Sabtu, 2 Oktober 2010

pemuda cheh

pemuda cheh


Ku Li Belum Putuskan Terima Atau Tidak Pelantikan Pengarah P/Raya Kecil Galas

Posted: 01 Oct 2010 08:37 AM PDT

 Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada Jumaat belum membuat sebarang keputusan berhubung pelantikkannya sebagai pengarah pilihan raya Umno/Barisan Nasional (BN) yang diberikan kepadanya bagi pilihan raya kecil Galas.

"Saya tidak menyatakan ya atau tidak. Saya akan menjelaskannya apabila saya kembali ke Malaysia," katanya dalam laman sosial, Twitter, hari ini.
Tengku Razaleigh ketika ini berada di luar negara.
Pada Rabu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya Umno/B Nmanakala Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dilantik sebagai timbalan pengarah, serta dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.
Kerusi Dewan Undangan Negeri Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Chek Hashim Sulaima, 46, dari PAS akibat barah usus di hospital swasta di Kuala Lumpur pada 27 Sept.

Tiada ulasan: