Sabtu, 2 Oktober 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Pemilihan PKR 2010: Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chegubard Dahului Pencalonan Ketua AMK

Posted: 02 Oct 2010 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt [9.35 pm] -Perebutan jawatan tertinggi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat terkini menyaksikan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin (foto) mendahului pencalonan setakat ini. Beliau mendapat 35 pencalonan sementara penyandang jawatan itu Shamsul Iskandar Md Akin mengikutinya dengan 29 pencalonan. Sementara itu, Rafizi Ramli setakat ini hanya mendapat 8 pencalonan sahaja. Bagi jawatan Timbalan Ketua AMK pula , Ketua AMK Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin mendahului dengan 43 pencalonan. Sementara itu ADUN Teja, Chang Lih Kang yang mendapat 20 pencalonan dan Naib Ketua AMK Amiruddin Shari mendapat 8 pencalonan dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad hanya satu pencalonan setakat ini. Keputusan terkini adalah berdasarkan mesyuarat 72 cabang AMK.

Pilihanraya Kecil DUN Galas: Khairy Mendahului TPM Muhyiddin Kononnya Anak Tempatan Bakal Di Pilih Kiranya Ku Li Tidak Bersetuju Jadi Calon

Posted: 02 Oct 2010 05:25 AM PDT

REMBAU, 2 Okt [8.10 pm] - Jika Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menolak menjadi calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, anak tempatan yang dicalonkan itu pula mendapat restu beliau, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (foto). Pemuda UMNO akan memberi sokongan padu terhadap calon yang dipilih pucuk pimpinan dan yakin calon yang akan diketengahkan itu adalah seorang yang berwibawa, katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya di Dewan Seri Rembau di sini, hari ini. Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata beliau telah mengarahkan Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang membuat persiapan seperti yang dibuat untuk menghadapi pilihan raya kecil sebelumnya. Katanya Pemuda UMNO telah mengenal pasti senarai pengundi muda dan melahirkan keyakinan bahawa mereka akan menyokong Barisan Nasional. Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Kelantan Anuar Safian yang turut hadir pada majlis itu berkata Pemuda Kelantan yakin bahawa pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah pilihan raya itu akan dapat memberikan impak yang besar. "Kita merasakan sudah tiba masanya Tengku Razaleigh diberi peranan yang besar pada pilihan raya kecil ini, lebih-lebih lagi beliau merupakan seorang pemimpin yang berpengaruh dan mempunyai pengalaman yang luas dalam politik di Kelantan," katanya. Ku Li harus diberi peranan yang besar, bukan sahaja sebagai Anggota Parlimen malah sebagai anggota DUN yang akan membawa suara rakyat Kelantan dalam sidang dewan negeri itu nanti secara lebih menyeluruh.

[Nampaknya, baru sekarang Pemuda UMNO Kelantan dan Pusat sedar akan kewujudan Tengku Razaleigh. Jika selama ini, mereka mengagung-agungkan Mustapa Mohamad, Awang Adek Hussin dan Anuar Musa sahaja sebagai pimpinan utama UMNO di Kelantan. Kini mereka mula sedar bahawa kelibat Ku Li amatlah penting untuk mengembalikan maruah UMNO BN di DUN Galas dalam pilihanraya kecil kali ini. Nampaknya kini semua mata puak-puak UMNO tertumpu kepada Ku Li. Mereka amat mengharapkan agar Ku Li bertanding bagi memudahkan kerja buat mereka. Namun, andainya Ku Li tidak mahu menerima jawatan Pengarah Pilihanraya malah bertanding di DUN Galas, maka UMNO BN pasti akan berhadapan dengan laluar yang cukup sukar untuk merampas kembali kerusi itu. Ku Li kini dilihat lebih bersama rakyat terutamanya dalam memperjuangkan isu tuntutan Royalti Minya yang sengaja dipermainkan oleh Kerajaan Pusat menerusi Petronas. Ini semua akan menguji tahap pengaruh Ku Li sebenarnya. Jika beliau menjadi calon, maka sudah pasti akan dicemuh oleh majoriti rakyat kerana kes royalti minyak itu adalah kes yang melibatkan penipuan oleh puak-puak UMNO BN].

Pilihanraya: Nik Aziz Sifatkan Cadangan Namakan Ku Li Sebagai Calon BN Di DUN Galas Tidak Wajar Dan Sengaja Rendahkan Martabat Putera Raja Itu

Posted: 01 Oct 2010 11:21 PM PDT

KOTA BHARU, 2 Okt [1.45 pm] - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) menyifatkan cadangan untuk menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai tidak wajar. Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN. "Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul. "Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini. Nik Aziz berkata demikian mengulas cadangan untuk memilih Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Galas berikutan ketokohan pemimpin itu. Cadangan untuk memilih Tengku Razaleigh itu juga mendapat perhatian TPM Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata BN bersedia untuk mencalonkan pemimpin itu kerana ia paling sesuai dan tepat berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

PAS Masih Belum Buat Keputusan Siapa Calon

Sementara itu, Nik Aziz berkata, PAS masih belum membuat keputusan untuk menamakan calon untuk pilihan raya kecil itu kerana ia akan diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi parti tersebut. "Walaupun saya Pesuruhjaya (PAS Kelantan) tapi calon PAS dipilih di peringkat jawatankuasa dan ini dibuat supaya tidak ada yang berebut (jadi calon)," katanya. Nik Aziz berkata, antara kriteria calon PAS itu nanti adalah kalangan mereka yang diterima penduduk di Galas seperti tidak merokok, tidak meninggalkan solat dan tidak pernah berpoya dengan perempuan. "Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon. Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik. "Yang lain kriteria mesti diterima rakyat dan kita pilih hak terbaik tetapi nak cari satu orang yang boleh diterima semua memang tidak ada kerana Nabi Muhammad S.A.W pun ada yang kritik," katanya.

[Ternyata bukan sahaja rakyat Kelantan menyedari langkah Muhyiddin mahu melantik Ku Li sebagai Pengarah dan seterusnya menjadi calon BN di Pilihanraya Kecil DUN Galas adalah kerana terdesak sebenarnya. Muhyiddin takut, jika beliau sekali lagi dimalukan selepas tragedi Manek Urai dulu. Maka itu, dia cuba merendahkan martabat Ku Li. Padahal beliau tahu yang "standard" Ku Li adalah di Kerusi Presiden UMNO. Ku Li pernah menang ketika berlawan dengan Mahathir tahun 1988 dulu. Namun, tiba-tiba "blackout" berlaku dan kiraan semula dibuat akhirnya Mahathir menang. Perkara ini didedahkan oleh beberapa orang bekal pelajar ITM yang menjadi petugas semasa pemilihan pucuk pimpinan UMNO itu dulu. Makanya, dengan "title" bekas Menteri Kewangan, tidak masuk dek akal dan munasabah langsung Muhyiddin mahu Ku Li bertanding di DUN Galas. Tambah memalukan, belum pernah ada Pengarah Pilihanraya BN bertanding pula dalam sesuatu pilihanraya kecil sebelum ini. Itu pun jika Ku Li menerima kedua-dua tawaran terbabit nanti. Segalanya ditangan beliau untuk tentukannya!].

Kontroversi: Apa Dah Jadi, Polis Yang Sepatutnya Hapuskan Penjenayah Tiba-Tiba Mereka Sendiri Di Dapati Mencuri 'Bahan Bukti Kes' Jenayah Itu

Posted: 01 Oct 2010 10:50 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Sept [11.23 am] - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti kes salah laku 10 anggota polis berhubung kes rampasan dadah seberat 753,539 kilogram bernilai RM254 juta di dalam sebuah lori di Rompin, Pahang, Mei tahun lepas, untuk didakwa mengikut Kanun Kesesakan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (foto), berkata beliau bersetuju dengan cadangan Majlis Peguam Negara supaya kes itu didakwa di bawah Kanun Keseksaan. "Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) pun telah membuat kenyataan tegas untuk menyiasat kes itu secara menyeluruh. Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani juga sedang menunggu keputusan penolong pendakwa raya," katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri kementerian itu di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini. Hishammuddin berkata perkara ini perlu dipandang serius dan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana jelas ia boleh menjejaskan integriti dan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mata masyarakat, yang pastinya mengharapkan ketelusan dalam setiap siasatan. "Perlu sesuatu tindakan diambil, walaupun terhadap pegawai kita sendiri. Ini penting. Kita mahu rakyat yakin, bukan sahaja dengan kemampuan PDRM tetapi juga dapat lihat mereka yang mungkin segelintir, yang tidak jalankan tanggungjawab mereka juga diambil tindakan tegas," katanya. Hishammuddin mengulas kes seorang pemandu lori, Lee Yong Toe, 48, yang telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan semalam atas tuduhan mengedar dadah yang bernilai RM254 juta. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir semasa menjatuhkan hukuman tersebut pada Rabu lepas turut berkata mahkamah dimaklumkan terdapat laporan bahawa beberapa anggota polis mengaku mencuri dadah dirampas yang dianggarkan seberat 40 kilogram daripada dadah yang dirampas itu. Akhtar juga berpendapat anggota polis yang bersubahat menyediakan laporan polis, dan mereka yang melakukan salah laku itu perlu dikenakan hukuman berat daripada hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka oleh PDRM, iaitu hanya dikenakan tindakan tahan kenaikan pangkat dan pergerakan gaji.

[Sungguh memalukan dan mencemarkan imej polis sebenarnya. Pegawai yang berkenaan bukan sahaja perlu didakwa atas kesalahan mencuri dadah (40 kg) terbabit, malah mereka juga perlu disiasat mungkin mengedarkan pula dadah tersebut. Bahkan mereka juga boleh didakwa kerana menyebabkan penjenayah boleh terlepas daripada hukuman gara-gara kecuaian. Soalnya, kenapa polis mencuri dadah?. Inilah satu perkara aneh yang tidak sepatutnya berlaku. Apakah mereka menjualkan dadah itu demi mendapat habuan kemewahan. Bukankah dadah berkenaan adalah barang kes dan tidak sepatutnya diusik oleh sesiapa kerana ia berada dalam kawalan pihak polis. Jika dadah yang dalam kawalan pun mereka boleh buat sedemikian rupa, apatah lagi dalam kes yang melibatkan orang awam selama ini. Maka itulah, jika disabit dengan kesalahan berkenaan kesemua mereka wajar mendapat hukuman yang setimpal malah ke tali gantung sekali pun. Bukankah mereka diamanahkan untuk membenteras kegiatan tersebut, maka tidak wajar mereka sendiri yang cuba mencuri dadah-dadah terbabit. Namun, rakyat juga gusar akhirnya pegawai terbabit tidak akan dikenakan apa-apa tindakan kerana mereka "polis". Apapun, nantikan saja siapakah pegawai polis itu?].

Blog Pahang Daily Online (PDO) Lancar Facebook

Posted: 01 Oct 2010 07:23 PM PDT

Selaras dengan sokongan dan perhatian pembaca yang semakin meningkat terhadap Pahang Daily Online sekarang ini, maka kami dengan bangganya melancarakan Facebook PDO mulai hari ini. Justeru itu jadilah sahabat PDO untuk dapatkan info terkini dan pendedahan eksklusif yang akan dibuat terhadap isu-isu semasa rakyat dan politik tanahair. Anda boleh menghantarkan sebarang komen atau pendedahan eksklusif terus menerusi Facebook kami.

Pilihanraya: Tawaran TPM Muhyiddin Agar Ku Li Menggalas Tanggungjawab Sebagai Pengarah Dan Calon BN DUN Galas Masih Dalam Teka-Teki Lagi !!

Posted: 01 Oct 2010 06:24 PM PDT

KOTA BARU, 2 Okt [9.25 am] - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (foto) pada Jumaat belum membuat sebarang keputusan berhubung pelantikkannya sebagai pengarah pilihan raya UMNO/Barisan Nasional (BN) yang diberikan kepadanya bagi pilihan raya kecil Galas. "Saya tidak menyatakan ya atau tidak. Saya akan menjelaskannya apabila saya kembali ke Malaysia," katanya dalam laman sosial, Twitter, semalam. Tengku Razaleigh ketika ini berada di luar negara. Pada Rabu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN manakala Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dilantik sebagai timbalan pengarah, serta dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat. Kerusi Dewan Undangan Negeri Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Chek Hashim Sulaima, 46, dari PAS akibat barah usus di Kuala Lumpur pada 27 Sept yang lalu.

[Keputusan kini terletak ditangan Ku Li. Andainya beliau bermaruah, sudah pasti dia tidak akan menerima jawatan tersebut. Selama ini dia telah dipinggirkan dan dihina oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO, terutamanya dalam isu mempertahankan royalti minyak Kelantan baru-baru ini. Malah, dia dikritik seolah-olah tidak mempunyai jasa langsung terhadap parti itu. Semuanya, gara-gara menantang kepimpinan PM Mahathir dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada tahun 1988 dulu. Kini selepas lebih 20 tahun ia berlalu nasib Ku Li masih "bagaikan telur dihujung tanduk". Beliau hanya menjadi "Ahli Parlimen Biasa" sahaja, sedangkan pengalaman dan kepakaran jauh lebih tinggi daripada lain-lain pemimpin UMNO yang diangkat sebagai Menteri Kabinet Kerajaan BN itu sebenarnya. Maka, inilah masanya untuk Ku Li, menunjukkan jalan kepada pemimpin UMNO betapa dirinya cukup berharga sebenarnya. Kini Muhyiddin mula tersepit dan merayu agar putera raja itu menerima tawaran untuk memimpin UMNO BN dalam pilihanraya kecil DUN Galas tidak lama lgi. Apakah Ku Li sanggup menghina dirinya sendiri dengan menerima jawatan "ihsan" itu agaknya?].

Tiada ulasan: