Muslimeen United |
- PRK Galas Batu Sapi India Cina Tolong Ajar Umno BN Dan SPR
- Budget 2010 : Budget Untuk Rosmah Mansor?
- Jaringan Melayu pun kena tahan...
- Bahang PRK Galas mulai terasa
- Tiada kesan tusukan? ... pelik2 ... tapi perbicaraan diteruskan
- ALHAMDULILLAH PULAU PINANG MENGIKTIRAF HUFFAZ.. NEGERI UMNO BILA LAGI
- Ku Li Enggan Terima Jadi Calon Galas
- Pilihanraya Galas/Batu Sapi Serentak. Konspirasi UMNO-SPR?
- SKANDAL PROJEK PEMBINAAN ISTANA NEGARA
- Konsert: Peserta XPDC dakwah lepasi halangan FRU
- Wang Ihsan : Mana Senarai Nama Warga Emas Dan Wang Yang Dikembalikan?
- Gambar: ADUN kaki Intai ...?
| PRK Galas Batu Sapi India Cina Tolong Ajar Umno BN Dan SPR Posted: 15 Oct 2010 07:13 AM PDT Rakyat Kelantan dan Sabah berpeluang besar untuk mengajar KERAjaan KURANG AJAR Umno BN dan SPR hanya dalam 2 PRK ini melalui pengundi2 Galas dan Batu Sapi. Jangan sia2 kan peluang keemasan ini sebelum Umno lebih Menggila menjelang nya PRU13 nanti. Wahai pengundi2 Galas, Batu Sapi, PAS, DAP, PKR, Cina, India dan lain2 Bangsa, anda sedang di permain2 kan oleh pemimpin Umno, tiada erti nya anda berada dalam MCA, MIC dan lain2 komponen BN, kalau hanya Umno saja yang berkuasa dan menjadi Diktator, suara anda, perasaan anda sensitiviti anda tidak di pedulikan.
Hari mengundi di kedua2 tempat ini akan di jalan kan SEHARI sebelum Penganut2 HINDU menyambut Depavali, ape hal ni ?, Umno bersekongkol dengan PERKASA menghentam kaum2 CINA tak kira parti asalkan CINA jah, ape hal ni ?, PERKASA yang AHLI2 nya terdiri dari UMNO terus menerus mengungkit2 kesetian kaum2 yang dulu nya pendatang tapi kini telah menumpahkan taat setia nya kepada negara ini, ape hal ni ?. Nampak sangat musuh utama UMNO dan PERKASA kepada perjuangan Islam bawaan PAS, serta dua kelompok besar KAUM CINA dan INDIA, lihat saja di BLOG2 pencacai tajaan UMNO. Menampak kan tidak ketelusan dan tidak demokratik nya UMNO bila tarikh kedua2 PRK Galas dan Batu sapi di ada kan serentak, SPR memang UMNO dan tidak berkecuali, maka tidak mustahil akan ada PENIPUAN2 dan RASUAH dalam tempoh PRK itu nanti, UMNO + SPR = 2 2 Penipu dan bersekongkol. Tolak lah wahai pengundi !, KERAjaan UMNO APCO PERKASA ini, bermula di Galas dan Batu Sapi sehingga PRU13 nanti. | ||
| Budget 2010 : Budget Untuk Rosmah Mansor? Posted: 15 Oct 2010 05:01 AM PDT Kali ini disamping pelepasan cukai beberapa barangan termasuk 'Pewarna Rambut' yang digunakan oleh Rosmah, Najib juga telah memperuntukkkan RM111 Juta kepada Rosmah..Program Permata yang dipopularkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011. Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara. Peruntukan itu meliputi projek pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet 'istemewa'. Ini kerana, pertadbiran Najib hanya memperuntukan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah. Itu adalah laporan dari Harakah Daily yang menjelaskan kepada kita semua betapa Najib lebih mengutamakan Rosmah dari sekelian rakyat dan Malaysiakini pula melaporkan Najib mengecualikan beberapa barangan yang menjadi kegilaan Isterinya itu.. | ||
| Jaringan Melayu pun kena tahan... Posted: 15 Oct 2010 04:45 AM PDT Empat pemimpin Jaringan Melayu Malaysia (JMM), termasuk yang dipertuanya, Azwandin Hamzah ditahan polis di hadapan Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq Bangsar selepas solat Jumaat hari ini. Mereka dijadual untuk mengadakan perhimpunan anti sebuah portal berita - Malaysian Insider. Tiga lagi pemimpin JMM yang ditahan ialah naib yang dipertuanya, Omar Salleh; setiausahanya, Tengku Sani Tengku Amalluddin dan bendaharinya, Yusof Mahmud. Mereka dibawa ke ibupejabat polis Brickfields untuk memberi keterangan mengenai tujuan mereka berhimpun di situ. Mereka dibebaskan kira-kira jam 4 petang tadi. Sebelum itu, anggota polis dilihat menghampiri Tengku Sani yang sedang berdiri di persimpangan lampu isyarat di depan masjid tersebut, sambil membawa pembesar suara. Ketika dia sedang disoal oleh anggota polis, Azwandin pula datang, difahamkan, untuk bertanya apa yang berlaku. Para wartawan dan jurugambar turut menghampiri mereka. Azwandin kedengaran meminta polis memberi alasan mengapa mereka tidak boleh berkumpul di situ. Polis kemudiannya meminta Azwandin menunjukkan kad pengenalannya, tetapi pada mulanya beliau enggan berbuat demikian. Selepas arahan sebanyak tiga kali diberikan, akhirnya beliau akur dengan arahan tersebut. Tidak lama selepas itu, kedengaran arahan supaya pembantunya ditahan, menyebabkan mereka berpautan bagi mengelak ditahan polis. Kemudiaan beberapa anggota polis membawa pembantu Azwandin masuk ke dalam kereta poranda polis. Azwandin juga turut ditahan sejurus kemudian dengan tangannya digari. Beliau juga dimasukkan ke dalam kereta peronda yang sama dan kedua-duanya kemudiannya dipercaya dibawa ke balai polis. Insiden itu menarik perhatian para jemaah yang baru selesai mengerjakan solat Jumaat. Berikutan itu, perhimpunan anti Malaysian Insider yang diwar-warkan sebelum itu, tidak berlaku. Sebelum itu, kira-kira 20 anggota polis kelihatan mengawal lalulintas dan sekitar masjid tersebut ketika jemaah bersolat Jumaat. Anggota polis juga kelihatan di hadapan bangunan UOA yang terletak tidak jauh dari masjid tersebut, yang menempatkan pejabat Malaysian Insider. Sementara itu, Tengku Sani ketika dihubungi Malaysiakini petang ini berkata mereka memberi kerjasama sepenuhnya ketika memberi keterangan kepada pihak polis. Katanya, mereka dibebaskan dengan jaminan polis. | ||
| Posted: 15 Oct 2010 12:20 AM PDT
Tinjauan awal Harakahdaily mendapati, parti-parti bertanding khususnya PAS dan Umno mula tekun mempersiapkan segala kelengkapan menempuh fasa kempen tidak lama lagi. Bagi PAS, pejabat parti di Gua Musang menjadi markas induknya yang kini siap diubah suai untuk melancarkan perjalanan kempen nanti. Difahamkan petugas parti dari seluruh Kelantan sudah mula berkampung sejak pengumuman tarikh PRK itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu. Mereka kini selesai menjalankan persiapan-persiapan awal termasuk persediaan untuk majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Dun Galas pada 19 Oktober ini. Pelancaran tersebut akan disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.
Bagi Dewan Pemuda PAS Kawasan Gua Musang pula, mereka telahpun melancarkan program Perkampungan Futsal bermula 9 Oktober lalu dan akan berlangsung sehingga hari pengundian 4 November nanti. Menurut ketuanya, Abdullah Hussin, inisiatif tersebut bagi mendekati golongan belia sekaligus memberi kesedaran politik kepada mereka. "Ini salah satu cara kita nak mereka semua sentiasa dekat dengan kita sehingga hari mengundi. "Di samping bersukan kita juga terapkan nilai agama pada mereka. "Tidak pernah ada orang buat, sebelum bermain, kita solat hajat, solat Isyak dan tazkirah dalam gelanggang futsal," katanya. Selain futsal, beberapa aktiviti sukan lain turut dipertandingkan sepanjang pilihan raya ini. Lebih menarik, setiap pemain yang menyertai pertandingan perlu mendaftar sebagai pemilih.
Beberapa pengusaha homestay yang ditemui memberitahu, kos sewa untuk tiga minggu sepanjang pilihan raya mencecah RM12 ribu bagi teres dua tingkat berbanding hanya RM350 sebulan bagi kadar hari biasa. Walaupun peningkatan ketara, kami difahamkan semua penginapan telah penuh ditempah jentera parti dan media khusunya dari luar Kelantan bermula 16 Oktober hingga 6 November nanti. Dijangkakan, bandar Gua Musang akan mula sibuk menjelang hari penamaan 26 Oktober nanti. Galas mempunyai 13 Unit Peti Undi (UPU) iaitu Bdr Baru Gua Musang, Bdr Lama Gua Musang, Bihau, Belatim, Balar, Sungai Ber, Lojing, Hau, Kampung Pulai, Lepan Tupai, Kampung Baru, Sungai Terah dan Kampung Batu Papan. SPR sebelum ini menetapkan tarikh PRK Galas pada 4 November ini. -Hrkh | ||
| Tiada kesan tusukan? ... pelik2 ... tapi perbicaraan diteruskan Posted: 15 Oct 2010 12:12 AM PDT Saya tidak nampak bahawa ulasan, kupasan, atau analisa yang terpampang di depan mata ketika kita menyelak akhbar ini memberi makna. Laporan pemeriksaan doktor telah menyatakan bahawa tiada kesan tusukan ditemui, namun perbicaraan tetap berjalan. Jadi, segala-gala ini seolah-olah cubaan untuk membuktikan kepada satu Malaysia, malah seluruh umat manusia di dunia ini bahawa air mani Anwar boleh sampai ke dalam dubur Saiful tanpa tusukan. Persoalannya, jikapun dibuktikan keajaiban ini berlaku di tanahair yang tercinta ini, apakah kehebatan ini bakal mengundang pelabur asing untuk menyuntik dana ke Malaysia? Padahal, belumpun paip ekzos Saiful terbocor, seramai 304,358 orang bakat buatan Malaysia telah mengalir ke luar negeri, antara Mac 2008 hingga Ogos 2009, apatah lagi kemerosotan 81% dalam pelaburan asing langsung di Malaysia, dari US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada tahun 2008, kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada tahun 2009? Apakah makna yang tersirat di sebalik segala-gala ini? Ertinya, sementara kerajaan Malaysia bertungkus-lumus dalam usahanya untuk "menghilangkan keyakinan" rakyat terhadap Anwar Ibrahim, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibatnya - kehilangan keyakinan daripada pelabur asing dan anak watan yang berbakat. Jelas, Anwar Ibrahim diletakkan pada kedudukan sedemikian bukan kerana beliau Ketua Umum PKR, atau kedudukannya sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat. Bahkan, adalah kurang tepat jikalau beliau sekadar Ketua Pembangkang dalam parlimen. Kita tidak perlu menjadi Profesor Sains Politik untuk memahami hakikat Anwar Ibrahim berpotensi menjadi Perdana Menteri, dan kita tidak perlu membaca Sun Tze untuk memahami percaturan politik yang berlangsung di depan mata. Teorinya mudah - musnahnya Anwar, maka terselamatlah Barisan Nasional. -EraPasca- | ||
| ALHAMDULILLAH PULAU PINANG MENGIKTIRAF HUFFAZ.. NEGERI UMNO BILA LAGI Posted: 15 Oct 2010 12:05 AM PDT
Greenboy : satu tamparan yang pedih kepada UMNO... | ||
| Ku Li Enggan Terima Jadi Calon Galas Posted: 14 Oct 2010 11:56 PM PDT
Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan Umno bahagian Gua Musang - yang mengadakan mesyuarat khas petang semalam - supaya bertanding sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.Cadangan tersebut dikemukakan oleh ADUN Nenggiri, Mat Yusoff Ghani dan disokong oleh ahli jawatankuasa bahagian yang menghadiri mesyuarat khas itu di pejabat Umno bahagian selama kira-kira dua jam mulai 5 petang. Ketika dihubungi Malaysiakini, Mat Yusoff mengesahkan beliau membuat cadangan tersebut dan mendapat sokongan para AJK bahagian. Bagaimanapun, katanya, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dan ketua bahagian berkenaan, meminta mereka memilih calon lain daripada beliau dan dua ADUN dalam Parlimen Gua Musang - Nenggiri dan Paloh. Mat Yusoff berkata, mesyuarat khas itu turut meneliti senarai calon yang dicadangkan oleh kalangan AJK bahagian, yang turut mengandungi nama Tengku Razaleigh. Katanya, turut dijemput menghadiri mesyuarat khas petang semalam termasuk di kalangan wakil kerajaan, pegawai lantikan politik, penggawa di bahagian berkenaan. "Tengku Razaleigh telah memberi kebebasan kepada AJK bahagian untuk menentukan calon BN di Galas. "Dan calon pilihan mereka itu akan diserahkan kepada pihak pusat untuk diputuskan. "Beliau kata walaupun perdana menteri mahu beliau (Tengku Razaleigh) sendiri yang memilih calon, tetapi beliau mahu perdana menteri yang memutuskannya," katanya. Menurut Mat Yusoff lagi, senarai calon tersebut turut diedarkan kepada mereka yang menghadiri mesyuarat khas semalam untuk mencadangkan calon yang sesuai. "Dua tiga hari lagi kita tahulah keputusannya," tambah beliau. Galas adalah antara tiga DUN dalam parlimen Gua Musang. Kerusi tersebut kosong selepas kematian ADUN dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September, kerana barah usus. Che Hashim memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum 2008 dengan mengalahkan Mohd Saufi Deraman dari BN, dengan majoriti 646 undi. -mk | ||
| Pilihanraya Galas/Batu Sapi Serentak. Konspirasi UMNO-SPR? Posted: 14 Oct 2010 11:55 PM PDT Tarikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini.
Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya. "Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini," katanya. Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.
Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu. Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan. Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.- M'kini | ||
| SKANDAL PROJEK PEMBINAAN ISTANA NEGARA Posted: 14 Oct 2010 07:55 PM PDT ![]() Andainya Projek Ini Ust Azizan Yang Luluskan..!! Kontrakor utama – MAYA MAJU (M) SDN BHDA. KONTRAK 1. Cadangan kos pembinaan yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan ialah – RM 394,803,200.00 2. Harga yang di tawarkan oleh JKR secara rundingan terus – RM 649,995,507.51 3. Letter of Intent di keluarkan pada – 30 Mei 2006 4. Kontrak di tawarkan pada – 26 Oktober 2007 5. Jangkaan tarikh siap asal – 29 November 2010 dipinda ke Februari 2011 6.. Kos meningkat kepada RM811.2 juta apabila kerja tambahan pembinaan flyover yang menyambung Jalan Duta ke Istana Negara dan kerja "upgrading" di Jalan Changkat Semantan yang diberi kepada Syarikat Ahmad Zaki. B. PERIHAL SYARIKAT Semasa kontrak ditawarkan syarikat ini di takrif sebagai "DORMANT" oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini bermakna syarikat ini tidak menjalankan apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai 'track record" dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan. C. TIDAK BERDAFTAR DENGAN CIDB DAN TIDAK ADA LESEN PKK 1.Syarikat ini tidak mempunyai lesen "PKK" yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR. 2. Syarikat ini juga tidak berdaftar dengan "CIDB" sebagai syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan. Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 menjelaskan Bahagian VI Pendaftaran Kontraktor 25. (1) Tiada seorang pun boleh mengaku janji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu Perakuan pendaftaran yang sah yang di keluarkan oleh Lembaga Atau bahasa Inggeris Part VI Registration of Contractors 25. (1) No person shall undertake to carry out and complete any construction works unless he is registered with the Lembaga and holds a valid certificate of registration issued by the Lembaga. D. ADA DUA SYARIKAT YANG MEMPUNYAI NAMA SAMA MAYA MAJU (M) SDN BHD – Kontraktor Istana Negara - Kedua syarikat ini tidak ada kaitan langsung dan di kuasai oleh orang yang berlainan. - Semua pengumuman oleh kerajaan baik dari Menteri Kerja Raya, media maupun portal kerajaan menyebut hanya Maya Maju Sdn Bhd. - Begitu dengan permasaalahan dan tindakan undang-undang yang diambil terhadap kontraktor pembinaan Istana Negara menyebut Maya Maju Sdn Bhd - Ini menjejaskan imej, prestasi dan persepsi syarikat Maya Maju Sdn Bhd. - Pada 23 Januari 2009, satu Perintah Injunksi telah dikenakan terhadap MAYA MAJU (M) SDN BHD dan pengarah2 nya daripada menggunakan nama "Maya Maju". Walaubagaimanapun Mahkamah Rayuan "overrule" keputusan ini. F. MASAALAH-MASAALAH LAIN. 1. Pada 18 Disember 2008, pihak Abd Mohd Rejab/JR Design Works keluarkan notis menggulung/winding-up MAYA MAJU (M) SDN BHD atas kegagalan membayar fees kerja rekabentuk artitek, 2. Dalam akhbar The Star 27 Jun 2010 di laporkan ramai buruh asing digunakan untuk bina Istana Negara Baru tetapi TIDAK DIBAYAR UPAH. 3. Pada 6 July 2010 SUHAKAM dilarang masuk tapak pembinaan Istana Negara Baru ketika cuba menyiasat dakwaan pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh 3 bulan. | ||
| Konsert: Peserta XPDC dakwah lepasi halangan FRU Posted: 14 Oct 2010 05:51 PM PDT ![]() Peserta berkumpul beramai-ramai sambil melaungkan "Tolak Adam Lambert" dan "tolak homoseksual" di samping mengedarkan risalah kesedaran yang mendedahkan kehidupan gay Adam Lambert. Wakil mahasiswa, yang dihantar meninjau di dalam stadium melaporkan bahawa suasana sangat teruk sehingga ada yang pengsan kerana sesak nafas. Peminat-peminat juga berkelakuan sangat teruk umpama diserang histeria.
Nasrudin Hasan yang mengetuai peserta pada malam tadi berkata, konsert itu sangat bertentangan dengan nilai-nilai hidup Melayu dan Islam kerana umum mengetahui budaya gay yang dibawa oleh Adam Lambert. "Selain mempromosi muzik, beliau turut mempromosi budaya gay, budaya yang bertentangan dengan gaya hidup oleh fitrah manusia. "Kita tak mahu negara menghadapi kehancuran disebabkan konsert pada malam ini," kata ketua DPPP itu. Menurut beliau, DPPP tidak menolak hiburan tetapi biarlah hiburan itu membina dan tidak melalaikan. Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar yang turut hadir mengecam kerajaan kerana memberi kebenaran konsert Adam Lambert diadakan di negara ini.
"Pemimpin negara mesti bertanggungjawab jika konsert malam ini mengahasilkan artis yang seperti ini (Adam Lambert)," tambahnya. Peserta XPDC turut memijak dan mengoyak poster artis American Idol itu sebagai simbolik bantahan penganjuran konsert berkenaan. Peserta mula beredar kira-kira jam 10.30 malam.
Nasrudin Hassan mengetuai solat hajat selepas solat Maghrib. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta yang menyertai ekspedisi tersebut sebelum bergerak ke stadium kira-kira jam 7.30 malam. -Hrkh | ||
| Wang Ihsan : Mana Senarai Nama Warga Emas Dan Wang Yang Dikembalikan? Posted: 14 Oct 2010 03:27 PM PDT
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, menggesa Umno Pulau Pinang supaya segera mengemukakan bukti tentang dakwaan mereka bahawa sebahagian besar warga emas menolak sumbangan wang penghargaan sebanyak RM100 sepertimana yang diuar-uarkan sebelum ini.Menurutnya, jika sebelum ini Umno menjadikan warga emas sebagai alat untuk memperdayakan mereka bagi mendapat sokongan yang hilang terhadap mereka, maka adalah lebih baik bagi Umno mengemukakan bukti segera supaya tidak dilihat sebagai membohongi warga emas yang tidak bersalah. "Sila kemukakan kepada kerajaan negeri dengan tepat butir-butir peribadi penerima serta surat akuan yang ditandatangani oleh warga emas sendiri membuktikan mereka sememangnya melakukannya dengan ikhlas untuk menarik diri dari menjadi penerima sumbangan tersebut. "Sebaik saja kita menerima butir-butir yang telah sahih itu, maka nama mereka yang telah dikenal pasti akan dipotong dari senarai penerima. Kita tidak mahu maklumat yang diberikan tidak benar serta tidak langsung terdapat nama mereka dalam sistem yang direkodkan sebelum ini," ujarnya ketika mengulas tindakan sebahagian besar warga emas yang menunjukkan sokongan terhadap kerajaan negeri di Dewan Ahmad Badawi, Butterworth, kelmarin. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungei Puyu berkata, sepatutnya Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang hadir dalam sidang Dun yang lalu menjelaskan perkara yang benar kepada warga emas. Namun begitu berlaku sebaliknya, apabila Azhar yang mengetahui mengenai peruntukan sebanyak RM20 juta yang telah diluluskan dalam sidang Dun itu tidak menyatakan kebenaran tersebut. "Sekiranya perkara yang sememangnya benar beliau ketahui dalam sidang Dun sendiri tidak dapat beliau nyatakan kebenarannya, maka bagaimana kita hendak mengharapkan beliau dapat memberi pembelaan yang sewajarnya kepada masyarakat yang diwakili oleh beliau," tegasnya lagi. -Hrkh ![]() ![]() ![]() | ||
| Posted: 14 Oct 2010 03:25 PM PDT Sejak jadi YB, dia jarang di rumah. Hari-hari kerjanya ialah mengintai. Mengintai rakyat tanpa diskriminasi agama, keturunan dan fahaman politik. Antara yang dilakukan, hasil dari intaian, ialah membuat pemeriksaan kesihatan dan menghulur bantuan. Hhmmm, nampaknya dah tak merawat di klinik dan dah tak jenguk kebun. Teringat saya kepada Saidina 'Umar al-Khattab yang suka mengintai rakyat dan terpaksa memikul guni gandum di waktu malam. Intai membawa ke syurga. Di sini. |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

GUA MUSANG, 15 Okt: Kehangatan bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) N45 Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas sudah mula terasa biarpun hari penamaan calon akan berlangsung 11 hari lagi.
Manakala petugas dari luar dijangka tiba beberapa hari sebelum tarikh pengumuman calon PAS yang dijadual 22 Oktober ini.
Selain parti-parti yang bertanding, turut sibuk membuat persiapan termasuk kedai-kedai makan, rumah penginapan dan hotel.









Pakaian juga terlalu menjolok mata terutamanya penari-penari.
"Di parlimen kerajaan berbahas dan bercakap soal keruntuhan moral (tetapi) pada masa yang sama memberi kebenaran kepada punca keruntuhan moral.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan