Sabtu, 2 Oktober 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Sibukkan hal lain jer...

Posted: 02 Oct 2010 02:50 AM PDT


Polis Malaysia ini memang selalu buat kerja bangang yang buang masa dan tenaga. Kerja yang lebih afdal mereka buat.... mereka tak buat, tapi sibuk menyiasat perkara yang tak sepatutnya.

Inilah yang mereka buat terhadap YB Serdang, Teo Nie Ching. Amoi tu, masuk surau jer... bukannya membunuh atau merompak sampai diberi sebegitu banyak masa dan tenaga, menyiasat dia. Weh... pi la siasat kes-kes jenayah yang banyak belum selesai. Pi la jaga keselamatan rakyat daripada kegiatan jenayah yang semakin berleluasa.

Janganler jadi pak turut sangat..... mengikut jer apa yang tuan politik ngkorang cakap. Profesional ler sikit. Malangnya, mengaku profesional.... tapi cakap tak serupa bikin. Buat kerja macam... lembu kena cucuk hidung.

Baca sini.

Test Power

Posted: 01 Oct 2010 08:31 PM PDT


Perkasa-UMNO... UMNO-Perkasa. Sehati sejiwa. Bak irama nak lagu. Bagai aur dengan tebing. Gam giler!! So, apa kata....???

Apa kata... apa?? Aha... apa kata mereka test power!! UMNO-Perkasa parti@NGO Melayu yang terover Melayunya, test Melayu punyer power, dalam PRK DUN Galas.

Kita tengok, Melayu mana lebih power dan rakyat lebih prefer Melayu mana.?? Melayu PAS atau Melayu UMNO-Perkasa??

Dengan itu... apa kata UMNO/BN, letakkan Brahem Ali sebagai calon bagi DUN Galas. Biar dia galas tanggung jawab bagi mengiyakan apa yang dia kata selama ini.... yang Melayu mesti bersatu demi survival politik Melayu. Aaaiii .... dia bukan ke dah isytihar diri dia BN-friendly. So, no problem, kan??

Jadi... kita tengok Melayu di Kelantan, khususnya di DUN Galas.... bersama dia, atau bersama Tok Guru dan PAS.

Jika dulu dalam PRU12, PAS bersangka baik dengannya atas semangat persaudaraan sesama Islam , meletakkan Brahim Ali sebagai calon di Pasir Mas. Tapi.... kali ini, instead of letak Ku Li, apa kata, UMNO/BN letak Brahem Ali pulak.

Ha... ha... bukan apa. Just to text power, samada UMNO boleh rely on Perkasa untuk menyatukan Melayu, menjelang PRU13 nanti.

Ha... ha... Ibrahem Ali for Galas!! Ada berani??

Apa hal pulak ni?? Relax la....

Posted: 01 Oct 2010 07:24 PM PDT


Factionalism in Perak DAP is set to hit a crescendo as it was strongly rumoured the the state deputy chairperson M Kulasegaran would be leaving his state post.
In a short message on micro-blogging website Twitter, Kulasegaran - also the Ipoh Barat MP and party national vice-chairman - said that he will announce "what is lacking" in the Perak leadership today.
"Just finished DAP leadership meeting in Ipoh. Sad day as I will announce what is lacking in Perak leadership tomorrow (Saturday) and why I have to leave for good," he tweeted late last night.

He has dropped strong hints about leaving his state position, but maintained that he is still a party man.
"I have no intention to leave DAP. But contemplating to quit state leadership. Enough is enough. At tomorrow's press conference, I will explain all," he later tweeted at 12.45am, hours after his first posting.

Read more here

Kaki goreng

Posted: 01 Oct 2010 09:27 AM PDT


Mat Sembab... Mat Sembab.... Pandainya ngkau mengoreng. Kat mana kau belajar, ek??

1 Malaysia kau goreng. Dia dengan selamba lantik Ku Li sebagai Pengarah PRK DUN Galas dan hari ini pulak, mahu memilih Ku Li sebagai calonnya. Rupanya dia memandai-mandai buat keputusan tanpa persetujuan tuan badan. Dan... tuan badannya pulak tak da di sini. Nun.. di luar negara.

Tup-up hari ini, Ku Li buat penafian yang dia belum decide apa-apa lagi. Tungguuu.... kata dia. Baca kat sini.

Gila lu Mat Sembab!! Ha... ha... ha... Kantoi lu!!

Banyak-banyak Melayu UMNO, rasanya Ku Li ni, bijak sikit orangnya. Lebih rasional dalam membuat pertimbangan. Jadi... kalau dia rasa yang Mat Sembab ni nak perangkap dia, pasti dia akan menolak tawaran mereka. dia tak bodoh maa..

Just wondering... Apa sebenarnya muslihat Mat Sembab agaknya??

Tiada ulasan: