Selasa, 12 Oktober 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Istana Kelantan tarik gelaran "Datuk" Ibrahim Ali

Posted: 12 Oct 2010 09:38 PM PDT

Kelantan revokes datuk title, Perkasa boss has two more .

Wed, 13 Oct 2010 11:50 .KUALA LUMPUR: The Kelantan palace has revoked the datukship it conferred on Perkasa boss Ibrahim Ali, but the latter is not perturbed.

According to him, he still has two more Datukships from Selangor and Malacca.

Speaking to reporters in Parliament, Ibrahim said he learnt about the Kelantan palace's decision through the media this morning.

However, the Pasir Mas MP did not know the reason for this and had yet to receive an official letter regarding the palace's decision.

"I am not upset, I will keep fighting to uphold the Federal Constitution and the special position of the Malays," he said, adding that he would not mind if people stopped addressing him as Datuk.

The Perkasa leader also claimed that his relationship with the Kelantan palace, which was rocked by a power squabble, was good.

The revocation of Ibrahim's datukship came several days after he visited the former Sultan of Kelantan Tuanku Ismail Petra.

After Friday's visit, Ibrahim told the media that the former Sultan was glad to see him.

The palace had lso stripped Wan Hashim Wan Daud, the private secretary to the former ruler, of his Datukship as well - FMT

Rais Yatim buat laporan terhadap 2 blogger

Posted: 12 Oct 2010 08:43 PM PDT

Rais Yatim lodges report over allegations against son

The Malay Mail) Information, Communication and Culture Minister Datuk Seri Rais Yatim has lodged a police report today against the bloggers behind two blog sites which had alleged that his son was one of the beneficiaries of the ministry's RM1 billion grant to improve broadband access within the nation.

Rais' Press secretary, Norazli Noh, confirmed this with The Malay Mail this afternoon.

"The minister has already lodged his police report against the bloggers this morning."

Norazli declined to elaborate and told The Paper That Cares to contact Rais for comments. Our efforts to do so have been futile thus far.

Meanwhile, sources told The Malay Mail that the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has reacted swiftly on the issue and has hauled up bloggers to assist in the investigation.

On Sept 27, two blogs namely Taikors and Taikuns (TnT) and bigdogdotcom had alleged that Rais' son's telecommunication company was one of nine companies which had benefitted from the government grant to develop the broadband connectivity access in Malaysia.

The grant, made via the MCMC, is intended to achieve a 50 per cent broadband household penetration rate. The 2.6GHz spectrum would be made for allocation in January 2013.
Yesterday, we reported that Rais had refuted the claims made by the bloggers.

Rais had told The Malay Mail that none of his family members were "even remotely associated with those slanted and ill-intended allegations, and will forthwith assert my rights under the law and report the matter to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) so that an investigation could be under way".

He had also said he would lodge a police report in reference to the "false" news raised by the bloggers.

The issue of "false news" had made headlines recently, in particular the case of The Malay Mail's entertainment and lifestyle executive editor Irwan Abdul Rahman, who was charged in court over his blog post 'TNB To Sue WWF Over Earth Hour', penned under his blogger name, Hassan Skodeng.

Irwan was charged by MCMC under Section 233 (1)(a) of Communications and Multimedia Act 1998 for improper use of network facilities or network service by making, creating, soliciting and initiating transmission of any content that is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with malicious intent.

The charge has been met with ridicule and disdain by the blogging community as well as the legal fraternity, who have labelled it "frivolous". - Malay Mail

Kes Sosilawati : 4 suspek didakwa hari ini

Posted: 12 Oct 2010 06:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Selepas genap sebulan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain disahkan mati dibunuh dengan kejam dan penuh tragis di Ladang Gadong, Banting, empat suspek kes akan didakwa hari ini.
Empat suspek itu termasuklah seorang peguam adik-beradik yang ditahan untuk siasatan.

Peguam kepada peguam adik- beradik itu Ravi Nekoo berkata mereka didakwa 9 pagi ini di Mahkamah Majistret Banting.
"Empat orang didakwa, dan seorang daripada mereka adalah peguam," kata beliau ketika dihubungi pagi ini.
The Malaysian Insider difahamkan beberapa suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Banting sekitar 8 pagi tadi.
Malah, difahamkan kes itu jika disebut hari ini akan dibuat permohonan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh dua peguam adik-beradik dan seorang suspek terhadap perintah lanjutan tahanan reman mereka yang diperoleh polis berhubung kes ini.
Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah.
Pada 6 September, dua kereta iaitu BMW M5 dipercayai milik Sosilawati, ditemui di parkir kenderaan Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW 5 series milik Ahmad Kamil pula dijumpai berhadapan sebuah rumah teres yang terletak berhampiran sebuah hotel di sini.

Misteri kehilangan keempat-empat individu terbabit terungkai pada 12 September apabila pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam satu sidang akhbar, mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampakkan ke sebatang sungai berhampiran.

Mohd Bakri berkata ekoran perkembangan terbaru itu, seorang peguam bergelar "Datuk", adik lelakinya, dua wanita bersama empat yang lain, termasuk pekerja ladang itu, ditahan

Beliau berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati, dan mayat mereka dibakar.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kemudian ditahan reman selama tujuh hari di Balai Polis Bukit Jalil, dengan tangkapan pertama ke atas peguam dan adik lelakinya pada 9 September, lima individu lagi pada 10 Sept dan seorang lelaki pada 12 September lepas.
Penahanan reman kesemua suspek itu ternyata memberi ruang kepada pasukan forensik melakukan siasatan secara terperinci, termasuk mencari bukti yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi tersebut.

Antara bahan bukti yang ditemui di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut dan beberapa lokasi lain adalah tulang-temulang, gelang emas, jam tangan, zink dan rambut, dipercayai milik mangsa.

Pejabat guaman milik Datuk berkenaan turut digeledah bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan yang membawa kepada pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata suspek utama siasatan kes pembunuhan itu turut dikaitkan dengan beberapa kes orang hilang, pembunuhan dan jenayah komersial di daerah Kuala Langat.

Beliau berkata suspek utama itu yang turut disiasat berhubung kes kehilangan ahli perniagaan dari Chennai, India, Allal Kanthan Muthuraja yang tiba di negara ini pada 18 Januari lepas.

Khalid berkata peguam tersebut juga disyaki mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita di Banting tahun lepas.

Akhbar melaporkan bahawa wanita itu T.Selvi, 44, isteri seorang pemilik bengkel kenderaaan, dipercayai dibunuh ekoran perselisihan faham mengenai urus niaga pinjaman wang yang melibatkan peguam itu.

Beliau berkata polis menerima tujuh laporan jenayah komersial terhadap peguam itu, antaranya kes pecah amanah dan penipuan jual beli tanah sejak 2005, yang melibatkan kerugian sebanyak RM7.1 juta.

Kertas siasatan berhubung kes itu kemudian dihantar kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 21 September lepas, namun dipulangkan kepada polis sehari selepas itu, untuk dilengkapkan termasuk menyertakan laporan DNA.
Penahanan reman ke atas semua suspek pula dilanjutkan beberapa kali bagi membantu siasatan berhubung laporan kes kehilangan beberapa individu lain di sekitar daerah itu, yang dikaitkan dengan peguam bergelar Datuk.
Suspek itu turut disiasat bagi kes kehilangan kontraktor dari Sungai Petani, Kedah iaitu Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya - TMI

Penyokong bolasepak Kelantan meninggal dunia di Stadium Shah Alam

Posted: 12 Oct 2010 06:47 PM PDT

Kelantan football fan dies of breathing difficulty at Shah Alam stadium

Bernama

KUALA LUMPUR: A Kelantan fan collapsed and died while trying to make his way through the crowd after the Selangor-Kelantan Malaysia Cup quarterfinal match at the Shah Alam Stadium Tuesday night.

Shah Alam police chief ACP Noor Azam Jamaluddin, said the body of Che Karma Sulaiman, 39, from Bachok, Kelantan was sent to the Tuanku Ampuan Rahimah Hospital in Klang for post-mortem.

"According to Che Karma's colleague, his friend who was seated at Level 5 of the stadium had complained of breathing difficulties during the match but claimed he was okay when asked.

"However, when coming out of the stadium after the match, his condition got worse. He later collapsed and was pronounced dead," he told Bernama when contacted yesterday.

At the same time, there was a fracas outside the stadium as fans from both sides started provoking each other but fortunately the Federal Reserve Unit (FRU) quickly intervened and prevented any untoward incidents.

However, a Selangor fan suffered an injury to his head, believed to be caused by an object thrown from the crowd. He was later sent to the Tuanku Ampuan Rahimah Hospital for treatment.

Meanwhile, the quarterfinal match yesterday saw Kelantan and Selangor play to a goalless draw while the second leg will be played at the Sultan Muhammad IV Stadium in Kota Baru on Saturday - Malay Mail

Mazlan kepada Yusof Nor - Anak Tak Buta, akan dedah banyak lagi isu dalam Felda

Posted: 12 Oct 2010 05:46 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mengingatkan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor supaya berhati-hati dalam menguruskan pentadbiran badan berkanun itu, sebaliknya tidak mempersalahkan pertubuhan itu dan PAS.

Pemimpin PAS ini berkata parti yang diwakilinya bukan buta dalam soal perkembangan Felda, sebaliknya akan mendedahkan lebih banyak isu berkaitan dengan agensi persekutuan itu.

"Saya nak ingatkan beliau (Yusof) yang galak bercakap soal Felda dengan kata kita ini penghasut, menabur fitnah, buta dan pelbagai tuduhan lain lagi.

"Saya minta beliau supaya berhati-hati dengan setiap kenyataan dan komen yang dibuat. Jika tidak lebih banyak pendedahan akan dibuat selepas ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata Yusof perlu memperbetulkan keadaan yang "kucar-kacir ini dan jangan menjadi alat Umno lagi."

"Jika pentadbiran Felda masih angkuh dan tidak memperbetulkan keadaan ini, saya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan lebih banyak penyelewengan yang dibuat Felda.

"Jadi saya minta supaya Yusof dan pemimpin Umno lain supaya bermuhasabah selain berfikir adalah Felda sudah mencapai hasratnya.

"Sebelum buat tuduhan kepada kita, lebih baik mereka fikir dahulu," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Mazlan mengulas kenyataan Yusof Sabtu lalu, yang menyifatkan pemimpin parti Islam itu sebagai "orang buta" kononnya tidak memahami corak pentadbiran badan berkanun itu.

Yusof berkata pemimpin PAS hanya melihat peristiwa yang berlaku itu dari satu sudut sahaja.

"Bila berlaku masalah mereka hanya melihat dari satu sudut, mereka tidak lihat secara keseluruhan pentadbiran Felda.

"Kalau orang buta jumpa orang buta, mereka akan kata diri mereka dizalimi kerana dilahirkan buta. Ini adalah percakapan antara orang buta," katanya.

Felda sebelum ini menjadi perhatian apabila Pakatan Rakyat (PR) telah membangkitkan pelbagai isu membabitkan badan berkanun itu termasuk isu bankrap.

Malah terdapat peneroka yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Felda kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran.

Felda sebelum ini terpaksa membayar RM11 juta kepada seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan berhubung kes tuntutan manipulasi gred buah kelapa sawit.

Mereka menyaman Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu telah memberikan nilai yang rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka.

Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan peneroka berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Felda mempunyai 112,635 peneroka dengan 14,882 atau 13.2 peratus daripadanya merupakan peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka - TMI

Genap sebulan Sosilawati dan 3 lagi dibunuh kejam

Posted: 12 Oct 2010 05:03 PM PDT

KUALA LUMPUR: Hari ini (Selasa) genap sebulan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, serta tiga yang lain disahkan mati dibunuh dengan kejam dan penuh tragis di Ladang Gadong, Banting.

Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shansudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah.

Pada 6 Sept, dua kereta iaitu BMW M5 dipercayai milik Sosilawati, ditemui di parkir kenderaan Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW 5 series milik Ahmad Kamil pula dijumpai berhadapan sebuah rumah teres yang terletak berhampiran sebuah hotel di sini.

Misteri kehilangan keempat-empat individu terbabit terungkai pada 12 Sept apabila pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam satu sidang akhbar, mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampakkan ke sebatang sungai berhampiran.

Mohd Bakri berkata ekoran perkembangan terbaru itu, seorang peguam bergelar 'Datuk', adik lelakinya, dua wanita bersama empat yang lain, termasuk pekerja ladang itu, ditahan.

Beliau berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati, dan mayat mereka dibakar.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kemudian ditahan reman selama tujuh hari di Balai Polis Bukit Jalil, dengan tangkapan pertama ke atas peguam dan adik lelakinya pada 9 Sept, lima individu lagi pada 10 Sept dan seorang lelaki pada 12 Sept lepas.

Penahanan reman kesemua suspek itu ternyata memberi ruang kepada pasukan forensik melakukan siasatan secara terperinci, termasuk mencari bukti yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi tersebut.

Antara bahan bukti yang ditemui di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut dan beberapa lokasi lain adalah tulang-temulang, gelang emas, jam tangan, zink dan rambut, dipercayai milik mangsa.

Pejabat guaman milik Datuk berkenaan turut digeledah bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan yang membawa kepada pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata suspek utama siasatan kes pembunuhan itu turut dikaitkan dengan beberapa kes orang hilang, pembunuhan dan jenayah komersial di daerah Kuala Langat.

Beliau berkata suspek utama itu yang turut disiasat berhubung kes kehilangan ahli perniagaan dari Chennai, India, Allal Kanthan Muthuraja yang tiba di negara ini pada 18 Jan lepas.

Khalid berkata peguam tersebut juga disyaki mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita di Banting tahun lepas.

Akhbar melaporkan bahawa wanita itu T.Selvi, 44, isteri seorang pemilik bengkel kenderaaan, dipercayai dibunuh ekoran perselisihan faham mengenai urus niaga pinjaman wang yang melibatkan peguam itu.

Beliau berkata polis menerima tujuh laporan jenayah komersial terhadap peguam itu, antaranya kes pecah amanah dan penipuan jual beli tanah sejak 2005, yang melibatkan kerugian sebanyak RM7.1 juta.

Kertas siasatan berhubung kes itu kemudian dihantar kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 21 Sept lepas, namun dipulangkan kepada polis sehari selepas itu, untuk dilengkapkan termasuk menyertakan laporan DNA.

Penahanan reman ke atas semua suspek pula dilanjutkan beberapa kali bagi membantu siasatan berhubung laporan kes kehilangan beberapa individu lain di sekitar daerah itu, yang dikaitkan dengan peguam bergelar Datuk.

Suspek itu turut disiasat bagi kes kehilangan kontraktor dari Sungai Petani, Kedah iaitu Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya. - BERNAMA

Rebah dalam keadaan sujud

Posted: 12 Oct 2010 04:28 PM PDT

HULU SELANGOR: "Saya tergamam sebaik mendapat berita bapa saudara mati ditembak dalam rumahnya. Sungguh kejam penjenayah yang sanggup mengambil nyawanya selepas gagal menyamun mangsa," kata Zainuddin Mohd Shuhaimi, 40, anak saudara kepada bekas tentera, Saad Johari Yamin, 73, yang mati ditembak di rumahnya, di Kampung Keliang, Kalumpang, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 11.58 malam apabila mangsa cuba menjerit meminta pertolongan setelah rumahnya dimasuki penjenayah ketika dia dan isteri, Enson Rashid, 65, sedang tidur.

Menurut Zainuddin, bapa saudaranya ditembak daripada jarak hanya satu meter di ruang tamu rumah apabila seorang penjenayah menyedari kehadirannya di situ.

Katanya, isteri mangsa yang tidur dalam bilik tersedar selepas tembakan itu, namun mendapati suaminya jatuh dan mati di hadapannya.

"Ketika itu, saya berada di rumah di Shah Alam, dan menerima panggilan telefon daripada isteri mangsa memaklumkan khabar buruk itu.

"Apabila tiba di sini, saya mendapat maklumat lanjut kejadian menyayat hati itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Zainuddin, dua anak mangsa iaitu Salmah, 48, dan Abd Aziz, 47, yang tinggal di Keramat dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur dimaklumkan kejadian itu turut bergegas ke kampung mereka, jam 2 pagi semalam.

Katanya, lebih memilukan apabila mangsa rebah dengan keadaan bersujud di tempat kejadian itu. - metro

PRK Batu Sapi ditentukan Jumaat ini

Posted: 12 Oct 2010 09:07 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Tarikh pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah akan diputuskan Jumaat ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

Kerusi itu kosong ekoran kematian wakil rakyatnya Sabtu lalu.

"Kami telah menerima notis kekosongan petang tadi, dan memutuskan untuk mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini," kata Abdul Aziz ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mesyuarat diadakan tiga hari selepas notis diterima.

Suruhanjaya ada masa sehingga Selasa depan untuk menentukan tarikh pilihan raya kecil yang ke-13 ini.

Ketika ditanya sebab SPR mengadakan mesyuarat dengan segera, Abdul Aziz memberitahu, "kami adakan mesyuarat khas seperti biasa. Tak cepat, macam biasa sahaja."

"Lagipun pada Jumaat ini, ada kekosongan waktu dan ada ruang, jadi kami memutuskan untuk mengadakan mesyuarat khas menentukan tarikh pilihan raya kecil Batu Sapi," katanya lagi.

SPR menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung dengan kekosongan kerusi Batu Sapi.

Abdul Aziz akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Kerusi Batu Sapi kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah pada Sabtu lalu.

Chong yang juga Bendahari Agung PBS meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Parlimen Batu Sapi mempunyai dua DUN iaitu Sekong diwakili Datuk Samsudin Yahya daripada BN dan DUN Karamunting oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin yang kini wakil rakyat Bebas menyokong BN selepas keluar daripada Parti Liberal Demokratik bulan lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Chong memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan calon Bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708. Mendiang memperoleh 9,479 undi manakala Chung meraih 5,771 undi.

Ketika ditanya mengenai aspek-aspek khas dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil di Batu Sapi, Abdul Aziz berkata tarikh akan ditetapkan dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti hari-hari khas dan hari kebesaran.

"Seperti biasa hari peperiksaan, hari kebesaran, keagamaan dan, Hari Raya Aidiladha, aktiviti parti akan dipertimbangkan," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, SPR tidak boleh memuaskan semua pihak dalam menetapkan tarikh yang sesuai.

"Mesti ada yang berpuas hati, ada juga yang tidak berpuas hati... tetapi jika kami pilih tarikh yang sesuai untuk semua, tiada pihak yang akan puji kami. Bila silap sedikit, kami kena kritik," kata beliau merujuk kepada komen mengenai tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas yang diadakan pada hari kerja dan sehari sebelum Deepavali.

Pada minggu lalu, SPR menetapkan pilihan raya kecil kerusi Galas akan diadakan pada 4 November.

Kelmarin, Abdul Aziz memberitahu The Malaysian Insider, secara peribadi beliau tidak fikir kedua-dua pilihan raya kecil akan diadakan serentak - TMI

Ku Li tetap jadi saksi tuntutan royalti

Posted: 12 Oct 2010 08:07 AM PDT

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 12 Okt: Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Tengku Razaleigh Hamzah tetap akan menjadi saksi berhubung tuntutan royalti minyak kerajaan negeri terhadap Petronas.

Katanya, kedudukan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Umno BN Dun Galas perkara yang berbeza dengan kedudukannya sebagai saksi dalam tuntutan royalti itu.

"PAS tidak akan berkompromi berhubung perkara itu, lawan tetap lawan," ujarnya ketika menjawab soalan media kemungkinan PAS akan bertolak ansur dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata Umno Pusat tidak yakin dengan kemampuan sendiri menyebabkan pemimpin tertinggi parti itu bertegas meletakkan Ku Li yang anggota Parlimen Gua Musang sebagai pengarah pilihan raya kecil itu.

Tambahnya, tidak sebagaimana biasa, mana-mana pilihan raya kecil akan diketuai Timbalan Presiden Umno sendiri termasuk pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

Katanya, oleh kerana Umno sendiri tidak yakin dengan peluang mereka di Dun Galas, menyebabkan mereka melantik Ku Li sebagai pengarahnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Dewan Harian PAS negeri di JKR 10, di sini petang tadi - HD

Pakatan Rakyat akan kembali tawan Perak : DS Nizar

Posted: 12 Oct 2010 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan merampas semula Perak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun ada usaha untuk memindahkan para pengundi ke tempat-tempat tertentu, kata Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pakatan Rakyat, kata naib presiden PAS itu, akan membincangkan pembahagian kerusi di kalangan parti komponen kemudian nanti.

Menurutnya, Pakatan Rakyat juga menilai calon berdasarkan masa pilihan raya diadakan tetapi memberi jaminan hanya calon yang berwibawa akan dipilih.

Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan PKR memenangi PRU 2008 dan membentuk kerajaan negeri Perak sebelum digulingkan, dipercayai didalangi oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak pada 2009.

Ujar beliau, "kalau pilihan raya itu diadakan sekarang atau serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, Pakatan rakyat akan menang.

BN main kotor?

Nizar berkata, "cuma kita takut Barisan Nasional (BN) main kotor. BN telah memindahkan para pengundi ke kawasan sasaran mereka. Sebagai contoh, para pengundi PAS dari kawasan saya (Pasir Panjang) telah dipindahkan ke Dun Sitiawan.

"Tetapi oleh kerana DAP menang dengan majoriti lebih 8,000 undi di kawasan itu maka ia tidak boleh memberi kemenangan kepada BN," katanya ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Nizar juga berkata, politik dalaman PKR tidak memberi kesan kepada sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat termasuk kepada calon PKR.

Bagaimanapun, naib presiden PAS itu berkata, Pakatan Rakyat perlu menyebarluaskan maklumat kepada penduduk luar bandar termasuk di kawasan peneroka Felda.

"Di kawasan bandar atau separuh bandar, kita tidak ada masalah kerana mereka faham dengan apa yang berlaku," tambahnya.

Nizar berkata, prestasi pentadbiran Najib yang menurun dari 72% kepada 68% juga boleh membantu Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU.

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beberapa kenyataan Menteri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menimbulkan tanda tanya.

Ujar beliau, "bancian keluarga miskin di Perak menunjukkan seramai 2,000 keluarga tetapi menteri besar memberitahu terdapat hanya 700 keluarga sahaja. Kita tanya macam mana angka begitu, dia tidak boleh jawab.

"Kita tanya mengenai status tanah seluas 35,000 ekar di Gerik, juga dia tidak boleh jawab. Jadi biar rakyat Perak menilai pentadbiran BN Perak itu," katanya. - FMT

Bayi Baru Lahir Dibuang Dalam Semak

Posted: 12 Oct 2010 04:15 AM PDT

BALING: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan dibungkus dengan tuala, ditemui ditinggalkan dalam semak di tepi pagar berdekatan sebuah Taman Asuhan Kanak Kanak (Taska) di Kampung Titi Teduri, Mukim Pulai di sini Selasa.

Bayi yang terdapat kesan luka di badan akibat terkena duri, ditemui pekerja dan pemilik Taska berkenaan pukul 10 pagi ini dan kemudian membuat laporan polis.

Bayi seberat tiga kilogram itu dengan tali pusatnya sudah dipotong ditemui dalam keadaan lemah dan terdapat semut di badannya.

Bayi lelaki berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui dan turut ditemui bersama bayi itu adalah urinya yang diletakkan berdekatan bayi itu.Kesan darah turut ditemui dalam kawasan pagar taska itu serta di kawasan bayi ditinggalkan.

Pemilik taska terbabit, Siti Hawa Othman, 40, berkata dua guru di taska itu terpandang tompokan darah ketika membantu pelajar memberus gigi di kawasan itu sebelum bayi berkenaan ditemui dalam jarak tiga kaki dari mereka berdiri.

Berpandukan tompokan darah di atas simen dalam kawasan Taska terbabit, dua guru terbabit membuat siasatan hingga menemui bayi yang berbungkus dengan sehelai tuala dalam semak di sebelah pagar taska itu.Siti Hawa yang mengambil dan membersihkan kotoran yang terlekat di badan bayi berkenaan kemudian membuat laporan polis.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling Amelia Shatirah Dorahim berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Daerah Baling selepas pemilik Taska membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Supt Mohd Daut Md Hasan mengesahkan polis menerima laporan penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu dan pasangannya serta individu terlibat.

Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani petang ini untuk rawatan lanjut berikutan jangkitan kuman.- BERNAMA

hahaha ...patut dipanggil Perjumpaan Wanita Pertama Afrika saja ... kah kah kah

Posted: 12 Oct 2010 03:37 AM PDT

Lawak...tidak mampu menaip kerana menahan ketawa. Perlukah saya komen? Tidak perlulah! Lawak sungguh! Kah kah kah! Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 12 Okt: Mengapa hanya 14 negara dan hanya dari negara-negara Afrika sahaja menghantar wanita pertama mereka ke persidangan pertama Wanita Pertama Dunia menjadi tanda tanya.

Bagi Speaker Dun Selangor, Teng Chan Kim, jawapannya hanya satu sahaja iaitu tuan rumah sidang ini bukannya wanita pertama Malaysia iaitu Raja Permaisuri Agung.

"Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim.

Sidang pertama ini dianjurkan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Dr Rosmah Mansur. Sebelum ini, Rosmah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran untuk isteri beliau itu.

Persidangan Wanita Pertama yang bermula hari ini di hotel Palace of The Golden Horses disertai 14 wanita pertama iaitu kira-kira 7.3 peratus dari 192 negara di dunia. Ia turut dihadiri enam perwakilan wanita pertama dan 20 menteri.

Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.

Sidang hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Perbincangan panel membabitkan lima wanita pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia - dunia cacamarba.
MS: Aku nak tambah sikit... Kalau sekadar 14 orang yang mai mensyuarat tak perlu lah dinamakan SIDANG PUNCAK, namakan saja mesyuarat kecil pun dah cukup. .... kah kah kah kah. Tapi kalau dah muka tak malu tu sampai bila pun macam tu lah perangai dia ... Ni la yang orang kata kadok naik junjung ... kah kah kah

Wang judi: Warga emas tolak pembohongan Umno

Posted: 12 Oct 2010 01:11 AM PDT


Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.

Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.

Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.

Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.

"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.

Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.

"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.

Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.
"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.

Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I'd like to thank you for the efforts you have put in writing this blog. I am hoping to see the same high-grade blog posts from you in the future as well. In truth, your creative writing abilities has motivated me to get my own blog now ;)

my web blog: Same Day Payday Loans