MiLo SuaM |
- Najib bentang budget 2011 live melalui blog dan twitter
- Pilihanraya Batu Sapi serentak dengan Galas
- Tarikh pengundian PRK Batu Sapi 4 November
- Rosmah ikut gaya Tun Mahathir agar nampak hebat?
- Perancis mungkin akan alami kekurangan minyak
- Tarikh tutup permohonan matrikulasi 2011 dilanjutkan ke 30 NOV
- Harga getah terkini mencapai RM 12.20 per Kg
- Bajet Negara 2011 dibentangkan petang ini
- Istana Negara, projek kroni UMNO
- Fakta-fakta penting isu air Kedah
- Pensyarah UNIMAS temui katak paling kecil di dunia
- Seekor lagi katak mahu melompat
| Najib bentang budget 2011 live melalui blog dan twitter Posted: 15 Oct 2010 12:34 AM PDT ![]() Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak mencipta sejarah yang tersendiri apabila beliau akan memberi liputan pembentangan budget untuk tahun hadapan iaitu tahun 2011 secara langsung melalui blog dan Twitter beliau. Hal itu dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri yang boleh diikuti dari halaman faceook beliau. Dapat dibaca dari dinding Facebook Najib Razak, beliau berkata, "Dear online friends, at 4pm today I will be tabling the 2011 Budget for Malaysia. I know from comments received here and on my blog that there is much interest in the announcement. You will be able to follow my Budget announcement live on Twitter at http://twitter.com/PMOMalaysia. You can also follow live updates via my blog at http://bit.ly/bsG3ok. I look forward to your feedback." Selain itu Najib telah menyatakan bahawa budget 2011 juga dibuat berdasarkan komen yang diterima di Blog dan Twitter beliau. Bagi anda yang ingin mengikuti pembentangan budget oleh Perdana Menteri, bolehla berbuat demikian menerusi blog ataupun twitter Perdana Menteri. Untuk ke Twitter perdana menteri sila klik Twitter Najib Razak Bagi yang ingin ke blog Najib sila klik Blog Najib RazakReJaM© "Gaya nampak macam berjiwa rakyat, kita tunggu budget 2011 juga berjiwa rakyat atau tidak" | ||
| Pilihanraya Batu Sapi serentak dengan Galas Posted: 14 Oct 2010 09:03 PM PDT Tarikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini.
Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya. "Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini," katanya. Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.
Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu. ReJaM© | ||
| Tarikh pengundian PRK Batu Sapi 4 November Posted: 14 Oct 2010 08:53 PM PDT PUTRAJAYA, 15 Okt - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 Nov sebagai hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah manakala 26 Okt sebagai hari penamaan calon, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkannya di Putrajaya pada Jumaat. Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada Barisan Nasional (BN) pada Sabtu lalu kerana terbabit dalam kemalangan motosikal. berita seterusnya akan menyusul sebentar lagi ReJaM© | ||
| Rosmah ikut gaya Tun Mahathir agar nampak hebat? Posted: 14 Oct 2010 06:56 PM PDT ![]() Kalau kita lihat ramai orang yang mengagumi Tun Mahathir, terutamanya penyokong-penyokong UMNO. Pada mereka Tun Mahathir pemimpin yang paling hebat pernah wujud di negara ini. Semasa pemerintahan Tun Mahathir, kita lihat tidak seorang pun dapat mengalahkan kewibawaan beliau. Seolah-olah Mahathir seorang sahaja yang pandai memerintah. Salah satu taktik Tun Mahathir untuk mengekalkan kuasa politiknya ialah dengan memilih menteri-menteri di kabinet yang hanya mengangguk bila dia memberikan arahan. Mahathir sengaja memilih orang-orang bawahan yang tidak pandai melawan beliau. Maka dia akan kelihatan hebat dan tiada tandingan. Sekiranya ada orang di bawahnya yang dilihat boleh menggugatnya dia akan 'sack' dengan pelbagai cara. Itulah yang terjadi kepada Anwar. Semasa Anwar menjadi timbalan PM, populariti Anwar tiba-tiba melonjak, kewibawaannya menonjol, malah popularitinya lebih hebat dari Mahathir pada masa itu. Pada waktu itu rakyat sudah mula lega kerana pengganti Mahathir sudah muncul. Namun Anwar terlalu cepat menunjukkan tentangan kepada Mahathir, maka umurnya sebagai timbalan PM tak panjang! Dia di 'sack' dengan cara yang tidak terduga. Maka kembalilah Mahathir dalam keadaan selesa tanpa penentang. Rakyat kembali risau sekiranya Mahathir tiada nanti, siapa akan jaga negara ini? Disebabkan itulah sewaktu dia memerintah rakyat lihat seolah-olah tiada seorang pun orang lain yang layak memerintah Malaysia kecuali Mahathir seorang. Sehinggalah rakyat mula membencinya pada 2003. Kalau nak kelihatan hensem duduklah di kalangan orang yang tak hensem. Kalau nak nampak cantik, duduklah di dalam kalangan orang yang tak cantik. Kalau nak nampak pandai duduklah di dalam kalangan orang yang bodoh dan seterusnya you name it! ![]() ReJaM© "Maka kalau nak nampak glamour, duduklah di kalangan orang yang tak glamour macam Rosmah buat kah kah kah!" | ||
| Perancis mungkin akan alami kekurangan minyak Posted: 14 Oct 2010 06:04 PM PDT PARIS- Akibat dari tentangan terhadap peningkatan had umur persaraan yang diunjurkan oleh Nicolas Sarkozy President Perancis, negara itu berkemungkinan menghadapi kekurangan minyak akibat dari tindakan mogok oleh pekerja-pekerja di pelbagai loji penapisan minyak di negara itu. Justeru itu pemerintah Perancis menasihatkan orang ramai agar tidak tergesa-gesa membeli bahan api itu kerana dibimbangi kemerosotan lebih cepat terhadap simpanan bahan api negara. di dalam mogok yang dilakukan itu, pelajar-pelajar membuat telah halangan ke sekolah dan ada juga sebahagiannya yang melontar batu-batu ke arah pihak Polis Perancis. Para pegawai yang terlibat turut memberi amaran bahawa protes menentang tindakan menaikkan umur persaraan dari 60 kepada 62 tahun itu mungkin tidak dapat dikawal lagi. Pemerintah menyatakan sebanyak 342 sekolah menengah di Perancis telah terjejas namun pihak kesatuan sekerja pula menjangkakan bahawa angkanya mungkin mencecah 500 buah sekolah. Ketika Sarkozy mahu melanjutkan had umur persaraan yang kini sedang didebatkan di Dewan Senat, Menteri Pengangkutan Perancis, Dominique Bussereau cuma menenangkan kebimbangan kemungkinan berlakunya kekurangan bekalan bahan api. Dengan lapan daripada 12 loji penapisan minyak ditutup, kesatuan pekerja pengendali trak menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri supaya tidak menghadkan bekalan minyak rizab kepada pengusaha pengangkutan. Kebimbangan itu berlaku ekoran mogok yang bermula sejak beberapa hari lalu menjejaskan 70 peratus kapasiti loji penapisan minyak. Sarkozy mahu meningkatkan had umur persaraan itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan defisit awam Perancis. - AFP ReJaM© | ||
| Tarikh tutup permohonan matrikulasi 2011 dilanjutkan ke 30 NOV Posted: 14 Oct 2010 05:37 PM PDT ![]() Untuk makluman adik-adik yang ingin memohon untuk kemasukkan ke Matrikulasi bagi tahun 2011, mengikut kementerian Pelajaran, Tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi bagi sesi 2011/2012 dilanjutkan dari 10 Oktober kepada 30 November ini. Dalam kenyataan Kementerian beberapa hari yang lalu, kementerian menyatakan bahawa semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 bolehlah untuk membuat permohonan melalui laman web baru kementerian di http://apps.emoe.gov.my/permohonan_matrikulasi atau klik di sini Namun begitu sebelum memohon adik-adik haruslah memiliki pin number terlebih dahulu, Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) pula boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM6 bagi permohonan melalui internet. Adik-adik dan orang ramai boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-88844036/4040 mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja) untuk sebarang maklumat lanjut. ReJaM©: "Belajar rajin-rajin ye dik, sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen" | ||
| Harga getah terkini mencapai RM 12.20 per Kg Posted: 14 Oct 2010 03:58 PM PDT ![]() TEMERLOH: (Berita Harian Online) Peningkatan harga getah SMR 20 yang tinggi secara konsisten dengan mencatatkan paras tertinggi sehingga RM11.90 per Kg pada pagi kelmarin membolehkan 380,000 para pekebun kecil RISDA memperolehi pendapatan sehingga RM3,000 sebulan. Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik, beliau menjangkakan ia akan menarik perhatian orang ramai untuk menoreh getah secara sambilan bagi menambah pendapatan, walaupun kegiatan menoreh getah kini dilihat telah semakin kurang popular. Sementara itu, Rahim ketika dihubungi berkata setakat jam 5 petang semalam harga SMR 20 ditutup RM12.02 sekilogram, iaitu yang tertinggi dalam sejarah industri getah negara dan dijangka akan terus memberi manfaat kepada pekebun kecil. "Pada 2008, apabila harga getah RM10 sekilogram, ada kakitangan awam dan swasta sanggup mengambil cuti tahunan untuk menoreh getah dan ada yang bangun awal pagi menoreh dulu sebelum pergi kerja. Berita baik ini juga dapat menarik perhatian belia untuk menjadi penoreh getah moden yang berjaya memandangkan ketika ini pekebun kecil majoritinya berumur 55 tahun ke atas. Selain itu, Rahim juga menggesa kepada para pekebun kecil agar sentiasa mengamalkan langkah berjimat-cermat memandangkan harga komoditi itu juga banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi global. Lantaran itu, beliau juga berkata, pihaknya bercadang mewujudkan skim simpanan khas bagi pekebun kecil bagi membantu mereka untuk jangka masa panjang. "Malah, ia bertujuan menggalakkan pekebun kecil berjinak-jinak dalam bidang perniagaan supaya tidak hanya bergantung kepada pendapatan menoreh getah," katanya. RejaM©: "Apa lagi dok mencongok tu?! Jom noreh!!" | ||
| Bajet Negara 2011 dibentangkan petang ini Posted: 14 Oct 2010 03:49 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR: (Berita Harian) Datuk Seri Najib Razak menjelaskan Bajet 2011 yang akan dibentangkannya petang ini, mengambil kira pandangan rakyat kerana sebahagian besar intipatinya adalah cadangan dan pandangan orang ramai. Sambil menyifatkannya sebagai 'bajet oleh rakyat', Perdana Menteri berkata, perkara berkaitan pekerjaan terutama pelaksanaan gaji minimum, cukai dan subsidi, kualiti dan kos pendidikan serta menaikkan taraf perkhidmatan internet dan jalur lebar adalah antara topik yang dibangkitkan. "Ada juga permintaan untuk peningkatan insentif kepada mereka yang kurang bernasib baik, kawalan ke atas harga barangan pengguna, peningkatan pembangunan di kawasan pedalaman bagi menarik peluang komersial kepada golongan muda, insentif untuk pembangunan teknologi hijau, peningkatan peruntukan untuk keselamatan negara dan program mengatasi pendatang tanpa izin," katanya. Dalam laman blognya, semalam, Najib berkata, lebih 1,000 pandangan untuk Bajet 2011 diperoleh dalam tempoh kurang dua minggu menerusi laman blognya. "Matlamat bajet ini adalah untuk menetapkan rentak mentransformasikan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. "Saya sendiri membaca semua pandangan ini dan mengemukakan sebahagian besar daripadanya kepada Kementerian Kewangan untuk penelitian lanjut dan kemungkinan menggabungkannya dalam bajet atau program kerajaan yang lain. "Malah, pejabat saya dan saya sendiri mengkaji pandangan ini dan merancang untuk meneliti dengan lebih mendalam cadangan yang berdaya maju untuk dilaksanakan, tanpa mengira sama ada dimasukkan ke dalam Belanjawan atau pun tidak," katanya. Sementara itu, ahli ekonomi menjangka selain terus memberi tumpuan terhadap kesejahteraan rakyat, Bajet 2011 juga akan menggariskan strategi transformasi ekonomi negara dan memastikan pertumbuhan terus kukuh pada kadar lebih enam peratus tahun depan bagi menghadapi risiko kelembapan ekonomi global. Susulan itu, bajet berkenaan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan permintaan domestik, yang antara lain membabitkan pelaksanaan projek berimpak tinggi yang memberi kesan gandaan kepada ekonomi. Ahli ekonomi OCBC Bank, Gundy Cahyadi, berkata antara projek yang dijangka bakal disegerakan termasuk projek sistem transit pantas (MRT) di bawah Greater KL yang dianggar bernilai RM50 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. "Kami menjangka kerajaan akan memulakan projek itu dari 2011, walaupun belum dapat dipastikan jumlahnya akan dibentangkan dalam cadangan Bajet 2011," katanya. Seorang ahli ekonomi yang enggan dikenali juga tidak menolak kemungkinan kerajaan akan memberi bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya sagu hati RM1,000 kepada kakitangan awam. Pengarah Eksekutif PWC Malaysia, Farah Rosley, pula menjangka kerajaan akan memansuhkan duti setem atau potongan cukai bagi faedah pembelian rumah pertama bagi meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat dan pada masa sama merangsang sektor pembinaan. Bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, tumpuan juga akan diberi dalam sektor kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan dan keselamatan. Seorang penganalisis berkata, antara lain kerajaan dijangka mengumumkan penstrukturan semula perjanjian konsesi tol PLUS Expresway Bhd pada bajet kali ini yang mungkin menyaksikan kadar tol di beberapa laluan dikurangkan. Kaunter pengendali konsesi lebuh raya itu digantung urus niaganya di Bursa Malaysia semalam dan hari ini. Turut dijangka diumumkan adalah liberalisasi seterusnya dalam beberapa subsektor perkhidmatan, antaranya borong dan runcit; telekomunikasi dan perkhidmatan kewangan. Mengenai subsidi, mereka berpendapat kerajaan tidak akan mengumumkan sebarang pembatalan subsidi dalam Bajet 2011. Cukai rokok dan tembakau serta minuman keras pula dijangka dinaikkan. ReJaM© | ||
| Istana Negara, projek kroni UMNO Posted: 14 Oct 2010 03:15 PM PDT ![]() Kontraktor utama yang dipertanggung jawabkan untuk membina Istana Negara yang baru dilihat adalah tidak layak untuk mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit itu, mengikut dakwaan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, syarikat berkenaan, yang menggunakan nama Maya Maju (M) Sdn Bhd, telah disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat di saat ia diberikan tender bagi projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007. "Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok," kata Anwar pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini. "Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib." Anwar berkata tiada penjelasan diberikan berhubung mengapa kos pembinaan projek Istana itu naik berlipat ganda daripada kos permulaan di bawah RM400 juta kepada melebihi RM800 juta sekarang. "Cadangan pembinaan dengan kos RM395 juta ditawarkan kepada Maya Maju mengikut konsep penswastaan tetapi selepas rundingan terus dengan JKR, ia naik menjadi RM650 juta. "Tiada penjelasan berhubung kenaikkan mendadak ini dan kosnya itu sekarang meningkat kepada RM811.2 million," katanya sambil menambah bahawa kontarktor utama itu tidak mendapat kebenaran menggunakan nama Maya Maju, yang telah didaftarkan sebelum itu kepada syarikat lain. Menurutnya, pihak pembangkang melalui ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, akan menimbulkan isu itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menuntut sisatan terperinci berhubung projek kontroversi berkenaan. Sumber: Free Malaysia Today ReJaM© | ||
| Fakta-fakta penting isu air Kedah Posted: 14 Oct 2010 10:49 AM PDT ![]() Berikut senarai fakta-fakta penting yang perlu diketahui berhubung penyelarasan tarif air Kedah yang dikeluarkan oleh Urusetia Kerajaan Negeri Kedah.
Berikut dokumen penjelasan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri sila klik untuk membesarkan image, ![]() ![]() ![]() ReJaM© | ||
| Pensyarah UNIMAS temui katak paling kecil di dunia Posted: 14 Oct 2010 10:20 AM PDT ![]() Seorang pensyarah dari Universiti Malaysia Sarawak mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya menemukan seekor katak yang kecil dan disahkan sebagai species katak paling kecil di dalam dunia. Katak yang berukuran antara 10.6 milimeter (mm) hingga 12.88mm itu ditemui di dalam ekspedisi pensyarah berkenaan di Taman Negara Kubah Matang. Katak yang dibandingkan tidak sampai sebesar duit syiling dua puluh sen itu dikatakan pernah ditemui sebelum ini di Hutan Hujan Tropika dan Amazon yang terkenal dengan kepelbagaian spesies kataknya. "Saya menemui spesies ini secara tidak sengaja selepas terdengar bunyi katak mengawan sebelum cuba menjejaknya, namun tidak menyangka apabila mendapati bunyi itu dikeluarkan katak yang saiznya terlalu kecil tetapi sebenarnya sudah cukup dewasa". ReJaM© "Anak ibrahim Katak ada kat Sarawak rupanya, keh keh keh " | ||
| Seekor lagi katak mahu melompat Posted: 14 Oct 2010 01:10 AM PDT ![]() Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR N. Gobalakrishnan (gambar fail) memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Naib Presiden Azmin Ali dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk "puak" untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti. "Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian. "Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua. "Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini," kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar. Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini. Kata Gobalakrishnan, sepanjang 11 tahun lalu beliau berdiri teguh bersama parti tetapi ini kali pertama "berdiri di depan kamera" mendesak jawatankuasa pemilihan bertindak tegas. "Mereka boleh panggil saya pengkhianat atau trojan, tetapi saya akan tegas… tetapi jika perkara ini berterusan, saya tidak fikir saya perlu kekal," kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen. Gobalakrishnan merupakan salah seorang pemimpin yang dicalonkan untuk jawatan naib presiden. Sumber : Free Malaysia Today ReJaM© |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |















Tiada ulasan:
Catat Ulasan