Selasa, 12 Oktober 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Gambar Barack Obama kena baling dengan buku

Posted: 11 Oct 2010 03:12 PM PDT


Kalau dahulu President US Bush kena baling dengan kasut, kali ini President US Barack Obama kena baling dengan buku pulak. Cuba lihat betul-betul di dalam gambar, sempat pulak tu jurukamera tangkap gambar sewaktu buku tu melayang kah kah kah. Untuk lebih jelas sila klik untuk membesarkan image.

Barack Obama ni kena baling buku mesti sebab ada orang tak puas hati dengan dia. Beginilah bila ramai orang menyampah dan meluat. Rakyat biasa pun berani lempar buku ke kepala Obama. Nasib baik tak kena, kalau kena lagi haru.





ReJaM©

Lagi gambar ngeri tragedi 10-10-10

Posted: 11 Oct 2010 05:57 AM PDT


Berikut sebahagian lagi gambar gambar kemalangan ngeri yang melibatkan 12 kematian dan 40 kecederaan parah dikongsikan oleh salah seorang pembaca BloG MiLo SuaM siloboom84@gmail.com . Sila klik untuk membesarkan image.

Ajal maut di tangan tuhan. Bila ajal datang menjemput tiada siapa boleh menghalang, apapun berhati-hatilah di jalanraya. Anda mampu mengubahnya!







ReJaM©: "Berhati-hati di jalanraya ajal tiada tawar menawar"

Kemalangan ngeri 10-10-10 (Gambar)

Posted: 11 Oct 2010 05:34 AM PDT


REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.

Berikut beberapa keping gambar yang dihantar oleh didilia91@gmail.com, Sila klik untuk membesarkan image







ReJaM©

Rahimi Osman: Tanyalah Anwar siapa bawa saya!

Posted: 11 Oct 2010 04:08 AM PDT

Enggan menamakan sesiapa, Rahimi Osman meminta pihak berkenaan bertanyakan sendiri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang siapakah yang membawanya masuk ke pejabat ketua umum PKR itu.

"Ada juga yang tanya siapa bawa masuk saya dalam pejabat Anwar? Jawapan saya, tanyalah Anwar sendiri.

"Yang penting, saya tidak direkrut oleh sesiapa di dalam PKR. Saya dah jadi penyokong parti sejak dahulu lagi," kata bekas pembantu Anwar itu.

Rahimi (kanan) dipercayai merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub semalam yang menimbulkan persoalan yang didakwanya tidak pernah dibincangkan oleh anggota PKR, iaitu siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR?

Mustaffa (kiri) juga mempertikaikan kenapa Rahimi "beriya-iya" mahu memadamkan nama Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan isterinya Datuk Seri Rosmah Mansor sekarang sedangkan kedua-dua mereka begitu berdiam diri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rahimi juga menjelaskan beliau langsung tidak berkecil hati dengan kenyataan yang mengatakan beliau seorang sahaja beria-ia mempertahankan Najib dan Rosmah sedangkan kedua-dua mereka cuma berdiam diri.

"Saya bukannya beria-ia untuk mempertahankan perdana menteri dan isteri. Lagipun sebagai PM, kenapa pula dia perlu buang masa untuk melayan perkara-perkara sebegini sedangkan ia dalam siasatan polis.

'Tak baca berita?'

"Biarlah polis buat kerja," katanya sambil menyifatkan Mustaffa sebagai terdesak dan "kurang perhatian" daripada bosnya sendiri.

Lagipun, menurut Rahimi lebih penting bagi perdana menteri memfokuskan kepada tugas utama sebagai 'kapten' yang mengemudi Malaysia.

Beliau juga menyelar tindakan pihak tertentu yang terus mempersoalkan kenapa beliau mengambil tindakan itu sekarang, walaupun mendakwa dipaksa menandatangani akuan bersumpah itu pada 2008 lagi.

Menurutnya, persoalan itu telah pun dijawab dengan penuh terperinci dan disiarkan dalam akhbar.

"Cita-citanya ingin bertanding jawatan tinggi dalam PKR, tetapi nampak sangat dia sendiri tak baca berita. Macam mana nak jadi pemimpin?

"Nasihat saya, lain kali kalau nak cakap gunalah akal dahulu, jangan terlalu terdesak mencari populariti untuk meraih undi ahli serta mendapatkan pujian dan sokongan pemimpin atasan yang sebenarnya memandang rendah pada mereka," kata Rahimi.

Minggu lepas, Rahimi mendakwa dipaksa dua peguam PKR Latheefa koya dan Saiful Izham Ramli untuk menandatangani akuan bersumpah bagi mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Latheefa dan Saiful - kedua-duanya juga pemimpin PKR - bagaimanapun menafikannya


ReJaM©

Tiada ulasan: