Kerabu Bersuara ® |
- Bajet 2011: Bajet Untuk Isteri
- Hukum Memperjuangkan Kepentingan Bangsa
- Live! Ribuan penyokong kelantan
- Menyingkap hari-hari terakhir Umno-BN
- Ketua AMK: Saingan tiga penjuru, Shamsul tak tanding naib presiden
- Kontroversi Datuk Siti Nurhaliza Buat Konsert Di Melbourne Hari Ini
- PAS Guna Kaedah Mengundi Tentukan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Galas
- Ku Li tolak jadi calon Galas
- Nazri: Umno mampu atasi pengaruh PERKASA
- Lupus Bahan Bukti, Dua Lelaki Dipenjara Tujuh Tahun
- Shamsul ‘di upah’ pertahan ketua AMK?
- Timbalan presiden: Saya umum jawatan sesuai dalam waktu terdekat, kata Nurul
- Pelajar UKM fail injunksi digugur terima anugerah dekan
- Gaji minimum: Jangan jadi cerita Mat Jenin, kata PKR
- Terkini: Pilihan Raya Kecil Batu Sapi Pada 4 Nov
- PRK Galas dan Batu Sapi, kenapa tidak serentak?
- Gusti Dalam PKR...
- Sekolah Harapan: Alah bisa tegal biasa?
- Live! Tok Guru Nik Aziz Datang
- Bajet 2011 : Juak Pembodek Akan Bersorak Lagi
- Live! Kuliah Tg Nik Aziz
- Si ‘pelesit’ itu mesti dinyahkan
- PKR-UMNO, 2 kali 5
| Bajet 2011: Bajet Untuk Isteri Posted: 15 Oct 2010 08:45 AM PDT bajet kali ini boleh dikatakan bajet suami isteri terlopong makcik kiah kat sabak bernam bila najib sebut bajet untuk wangian, seluar dalam, baju dalam, beg tangan.. terlopong pak aji gua musang bila najib sebut bangunan 100 tingkat, wallet, shoping complex... senyum rosmah bila najib sebut semua benda di atas. Sah la, memang rosmah telah mencampuri urusan kerajaan. ayuh hantar rosmah dan najib jauh dari putrajaya pada pru 13! |
| Hukum Memperjuangkan Kepentingan Bangsa Posted: 15 Oct 2010 06:00 AM PDT Soalan : Dr Asri, apakah pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa? Ada yang kata tak Islamik, ada yang kata asabiyyah. Ada pula yang berkata Islam sama sekali tidak peduli masalah kaum. Kita di Malaysia orang Melayu beragama Islam, salahkah jika kita berjuang mengangkat hak bangsa melayu? Harap Dr Asri dapat jelaskan kekeliruan ini. Saifuddin, Johor. Jawaban Dr. MAZA: Saudara Saifuddin, Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak. Di sini saya sebut beberapa perkara untuk memahami isu ini; 1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau inggeris atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) "dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15). 2. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w: "Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan" (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani). Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal 'I have a dream' menyebut: "I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character". 3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13). Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil "Wahai manusia!". Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini: "Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu". (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq). 4. Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini. Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya) "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali 'Imran ayat 103). 5. Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga. Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya) "Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37) 6. Nabi s.a.w juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi s.a.w: "Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ertinya, walaupun Islam menentang 'asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum. 7. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanati puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain. Sabda Nabi s.a.w: "Sesiapa yang berperang di bawah rayah 'immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada 'asabiyyah atau marah kerana 'asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah". (Riwayat Muslim). Rayah 'immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu 'asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi 'asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan 'asabiyyah. 8. Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi keperluan yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy'ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa. 9. Kesimpulannya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji. [Sumber] |
| Live! Ribuan penyokong kelantan Posted: 15 Oct 2010 05:17 AM PDT ![]() Live! Ribuan penyokong kelantan Originally uploaded by Atendent Ini info dari sumber blog, ribuan penyokong kelantan sudah memenuhi tempat duduk. Pemain-pemain sedang memanaskan badan. |
| Menyingkap hari-hari terakhir Umno-BN Posted: 15 Oct 2010 05:00 AM PDT Hari-hari terakhir bagi sesebuah pemerintahan atau kerajaan menjadi sangat nyata apabila ianya semakin zalim dan korup. Begitulah keadaannya dengan Umno-BN di Malaysia. Dalam konteks ini, Johor yang kononnya sebagai benteng kuat Umno tidak terkecuali. Beberapa hari yang lalu, suasana perayaan Aidilfitri anjuran PKR Johor yang pada mulanya meriah dan berjalan lancar telah menjadi ribut apabila sepasukan polis tiba-tiba menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah persendirian di Kampung Air Manis, Kulaijaya tempat jamuan hari raya itu diadakan. Pada malam Sabtu 8 Oktober itu, kira-kira 40 orang anggota polis yang diarah sendiri oleh Ketua Polis Daerah, DSP Zulkefly Yahya, telah merentap mikrofon ketika Pengerusi Keadilan Negeri, Datuk Chua Jui Meng, sedang berucap. Selepas itu, mereka merampas pula peralatan siaraya yang lain termasuk dua keping banner di situ. Syed Hamid Ali Mengapakah polis yang kononnya "tegas, adil dan berhemah" itu bertindak sebegitu rupa? Zulkefly Yahya tidak ada jawapan lain kecuali membebelkan "tidak ada permit". Kalau itulah alasannya, kami ingin bertanya: berapa ribukah permit yang telah dikeluarkan oleh pihak polis, dan berapa ratuskah majlis rumah-terbuka yang telah mereka serbu sepanjang musim perayaan ini? Peristiwa polis menceroboh kawasan persendirin atas alasan "tidak ada permit" sudah pernah berlaku beberapa kali. Kejadian di Sungai Tongkang, Rengit pada malam 31 Julai masih segar dalam ingatan. Ketika itu, ribuan orang sedang menunggu untuk mendengar ceramah anjuran PKR di kawasan markas PAS. Pada masa itulah, ratusan orang polis termasuk dari unit FRU telah dikerah untuk menceroboh masuk ke kawasan yang berkenaan serta memecahkan pintu stor dan merampas peralatan siaraya yang terkunci di dalamnya. Pada masa yang sama, mereka juga telah bertindak memukul serta mencederakan sejumlah orang, dan menangkap beberapa yang lain. Semua ini tidak dapat dilupakan. Akan tetapi, mengapakah polis yang sepatutnya profesional bertindak sedemikian rupa? Dari dua contoh di atas, saya buat kesimpulan begini: Pemerintah yang sudah tidak berupaya, dan institusi kerajaan yang sudah korup serta tidak berwibawa, kedua-duanya akan berpaut erat antara satu sama lain. Demi survival, mereka akan berganding melakukan apa saja, tanpa mempedulikan nasib serta masa depan negara dan rakyat. |
| Ketua AMK: Saingan tiga penjuru, Shamsul tak tanding naib presiden Posted: 15 Oct 2010 04:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 Okt — Pemilihan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) hampir pasti akan menyaksikan saingan tiga penjuru dengan penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin dilihat akan mempertahankan kedudukan beliau. The Malaysian Insider difahamkan Shamsul Iskandar telah mengambil keputusan akhir mahu mempertahankan jawatan semasa beliau dan ia akan diumumkan secara rasmi esok. Difahamkan, beliau membuat keputusan itu dua minggu lalu dan akan membuat pengumuman final ketika menerima pencalonan secara rasmi esok. Ketika dihubungi hari ini, Shamsul Iskandar berkata, "tunggu dulu, saya akan membuat keputusan apabila tiba masa yang sesuai." "Ada orang mengatakan saya telah membuat pusingan 'U'... tetapi saya hendak jelaskan, apa yang saya sebutkan sebelum ini, cuma menawarkan diri untuk bertanding kerusi naib presiden. "Sejak itu saya mendapat sokongan (pencalonan) yang baik, begitu juga agar saya bertanding mempertahankan jawatan saya di peringkat AMK. Pencalonan sungguh positif bagi kedua-dua jawatan. "Bagi jawatan ketua AMK, saya juga menerima sokongan pencalonan baik... jadi, saya masih mempertimbangkan dengan mendalam, dan akan membuat keputusan terakhir apabila tiba masanya," kata beliau. Dalam pada itu, Rafizi Ramli juga mengesahkan yang beliau bertanding jawatan ketua AMK. "Ya, ya saya bertandng... pendirian saya yang diumumkan lebih sebulan yang lalu masih kekal dan tidak berubah," kata ketua PKR Kemaman. "Saya tidak melihat kami ada mengalami perubahan, tiada yang berubah... semua sama. Yang berubah cuma seorang sahaja, seorang calon kerusi Exco memutuskan untuk menyertai pasukan lain iaitu ADUN Teja, yang menyertai kumpulan Chegubard, yang lain semua sama," katanya lagi. Kelmarin, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin secara rasmi mengumumkan bertanding jawatan ketua AMK dengan gandingan ADUN Teja Chang Lih Kang sebagai calon timbalan ketua. Semua mereka yang dicalonkan perlu memaklumkan penerimaan pencalonan mereka esok di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya. Sesi itu akan berlangsung mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang. Mengenai peluang ekoran persaingan tiga penjuru, Rafizi berkata, mengambil kira sistem pemilihan langsung beliau yakin mempunyai peluang yang seimbang meskipun Shamsul Iskandar dan Badrul Hisham sudah terkenal di kalangan ahli-ahli parti. "Memandangkan sokongan yang diperlihatkan oleh ahli-ahli parti terhadap gagasan pertandingan saya dan pasukan saya cukup baik, saya terpanggil untuk meneruskan pertarungan dalam pemilihan ketua AMK. "Kita serahkan kepada ahli memandangkan parti menjalankan pemilihan satu ahli satu undi, lebih-lebih lagi ini melibatkan persaingan dalam keluarga parti" katanya lagi. |
| Kontroversi Datuk Siti Nurhaliza Buat Konsert Di Melbourne Hari Ini Posted: 15 Oct 2010 01:30 AM PDT
Hari bersejarah, Datuk Siti Nurhaliza akan membuat konsert live di Melbourne, Australia hari ini. Ada pihak yang tidak berpuas hati dengan Siti Nurhaliza. Kalau anda ingat, Siti Nurhaliza sepatutnya membuat persembahan pada 25 September lepas di Penang, namun doktor menyarankan Siti agar berehat untuk beberapa hari. Namun, hari ini timbul pula isu di'mana beliau boleh pula buat persembahan di Australia. Kata orang, macam ada something fishy! Macam biasa, penyokong kuat Siti Nurhaliza akan berhempas pulas backing-without-charges. Antara yang paling menarik ialah luahan seorang peminat'nya yang membuat penjelasan bagi pihak Siti Nurhaliza. [Selanjutnya] |
| PAS Guna Kaedah Mengundi Tentukan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Galas Posted: 15 Oct 2010 01:00 AM PDT KOTA BAHARU, 15 Okt (Bernama) -- PAS akan menggunakan kaedah mengundi dalam menentukan calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 Nov depan. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kaedah itu biasa dilakukan bagi menentukan calon yang benar-benar layak atau sesuai walaupun beliau diberi mandat sebagai kata pemutus dalam menentukan nama calon. Menteri Besar Kelantan itu juga berkata tiga nama telah dikenal pasti dalam senarai pendek calon PAS yang akan diletakkan dalam pilihan raya kecil DUN itu. "Kita akan menentukan dengan cara wakil dari Dewan Harian dan Badan Perhubungan mengundi pada kertas kosong dan menulis dengan nama Allah bersama nama calon yang dipilih sebelum saya membuat keputusan. "Cara demikian dapat mengelakkan ada perwakilan berasa segan terhadap calon yang tidak terpilih," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini Jumaat. Selasa lepas, Timbalan Pesuruhjaya PAS (1) Datuk Ahmad Yakub berkata Dewan Ulama Syura telah menyerahkan mandat kepada PAS Kelantan untuk menentukan calon yang bakal dipilih untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas itu. Bagaimanapun, Dewan Harian yang bermesyuarat pada hari berkenaan menyerahkan pula mandat kepada Nik Abdul Aziz untuk memberi kata putus bagi menentukan nama calon terbabit. Nik Aziz berkata: "Dalam pengundian itulah saya bertanggungjawab menentukannya. Kalau undi itu sama banyak, misalnya yang satu dapat 10 dan yang lain dapat 10, maka saya yang menentukannya. "Biasanya saya bagi kertas kosong, saya tak suka angkat tangan takut malu mata, saya beri kertas kosong, betul atau pangkah. Itu biasa bagi kita," katanya. Beliau juga belum dapat menentukan sama ada pengumuman calon akan dibuat pada 22 Okt ini kerana mesyuarat mengenai perkara itu belum diadakan lagi. Katanya mungkin perkara itu telah dibuat ketika beliau berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri beberapa program di sana. |
| Posted: 15 Oct 2010 12:30 AM PDT Abdul Rahim Sabri Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan Umno bahagian Gua Musang - yang mengadakan mesyuarat khas petang semalam - supaya bertanding sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini. Cadangan tersebut dikemukakan oleh ADUN Nenggiri, Mat Yusoff Ghani dan disokong oleh ahli jawatankuasa bahagian yang menghadiri mesyuarat khas itu di pejabat Umno bahagian selama kira-kira dua jam mulai 5 petang. Ketika dihubungi Malaysiakini, Mat Yusoff mengesahkan beliau membuat cadangan tersebut dan mendapat sokongan para AJK bahagian. NONEBagaimanapun, katanya, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dan ketua bahagian berkenaan, meminta mereka memilih calon lain daripada beliau dan dua ADUN dalam Parlimen Gua Musang - Nenggiri dan Paloh. Mat Yusoff berkata, mesyuarat khas itu turut meneliti senarai calon yang dicadangkan oleh kalangan AJK bahagian, yang turut mengandungi nama Tengku Razaleigh. Katanya, turut dijemput menghadiri mesyuarat khas petang semalam termasuk di kalangan wakil kerajaan, pegawai lantikan politik, penggawa di bahagian berkenaan. "Tengku Razaleigh telah memberi kebebasan kepada AJK bahagian untuk menentukan calon BN di Galas. "Dan calon pilihan mereka itu akan diserahkan kepada pihak pusat untuk diputuskan. "Beliau kata walaupun perdana menteri mahu beliau (Tengku Razaleigh) sendiri yang memilih calon, tetapi beliau mahu perdana menteri yang memutuskannya," katanya. Menurut Mat Yusoff lagi, senarai calon tersebut turut diedarkan kepada mereka yang menghadiri mesyuarat khas semalam untuk mencadangkan calon yang sesuai. "Dua tiga hari lagi kita tahulah keputusannya," tambah beliau. Galas adalah antara tiga DUN dalam parlimen Gua Musang. Kerusi tersebut kosong selepas kematian ADUN dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September, kerana barah usus. Che Hashim memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum 2008 dengan mengalahkan Mohd Saufi Deraman dari BN, dengan majoriti 646 undi. |
| Nazri: Umno mampu atasi pengaruh PERKASA Posted: 15 Oct 2010 12:00 AM PDT Salhan K Ahmad & Regina Lee Menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Nazri Aziz percaya Umno akan dapat bertahan dalam menghadapi kemaraan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwa semakin berpengaruh di kalangan anggota parti itu. NONEKatanya, Umno pernah menghadapi ujian yang lebih getir ketika menghadapi pengaruh gerakan Islam dalam Umno yang membentuk PAS, Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah, malah daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membetuk PKR. "(Umno) telah diserang dari kiri dan kanan tapi kami masih di sini. Anda fikir PERKASA akan dapat buat lebih baik daripada Semangat 46, PKR atau PAS?" katanya ketika bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini. Nazri juga bertegas bahawa PERKASA merupakan satu gerakan ekstremis, namun tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menghalangnya. Dalam kewajaran itu juga, anggota Umno bebas untuk menganggotai PERKASA, kata Nazri. "Sebab itulah saya katakan, saya mahu PERKASA didaftarkan sebagai satu parti politik, kemudian barulah kita tahu sama ada anggota Umno benar-benar menyokong mereka. perkasa first agm 270310 kerisJelasnya, apabila PERKASA menjadi parti politik, anggota Umno akan berada dalam kedudukan terpaksa untuk membuat pilihan. Biar saya bagi tahu, kalau mereka daftar (sebagai parti politik), itu akan menjadi petanda kemusnahan mereka," kata Nazri yang tidak begitu yakin dengan pengaruh PERKASA. "Berapa ramai (presidennya Datuk Ibrahim Ali) dapat kumpul di Kelantan? Saya boleh kumpul lebih ramai lagi." katanya lagi. PERKASA yang mendapat sokongan daripada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan persepsi berbeza terhadap kewibawaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekarang. najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309 0Pandangan seolah-olah Dr Mahathir masih lagi berkuasa, dengan sokongan gerakan seperti PERKASA yang giat mengutarakan pandangan yang bertentangan dengan usaha liberalisasi Najib. Ketika ditanya, Nazri sekadar menepis pandangan tersebut – "ia satu persepsi semata-mata," katanya. "Sebagai sebuah negara Timur, kita masih hormati bekas pemimpin yang telah berkorban untuk negara. Jadi saya rasa sokongan yang dilihat itu hanya disebabkan rasa hormat (terhadap Dr Mahathir)," katanya. Dr Mahathir pada Mei 2008 lalu pernah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu kerana tidak yakin dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. mahathir at umno assembly 280309 01Dr Mahathir turut mencadangkan ketua-ketua Umno cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehinggalah memaksa Abdullah letak jawatan. Bagaimanapun, Dr Mahathir mengubah keputusannya kira-kira setahun kemudian selepas Najib secara rasminya menjadi perdana menteri. "Itu menunjukkan (Umno) kuat, itu saja. Beliau tidak akan kembali jika kita tidak kuat, kata Nazri. [Sumber] |
| Lupus Bahan Bukti, Dua Lelaki Dipenjara Tujuh Tahun Posted: 14 Oct 2010 11:30 PM PDT BANTING, 15 Okt – Dua lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Mahkamah Majistret, Teluk Datok, di sini hari ini. K. Sarawanan, 19, dan U. Suresh, 26, masing-masing menghadapi empat pertuduhan melupuskan bahan bukti, didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan. Menurut Bernama, Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap. Mereka merupakan antara lapan orang yang ditahan di antara 9 dan 12 Sept ember lepas bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lepas ini. Pada Rabu, peguam N. Patmanabhan, pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, 44. |
| Shamsul ‘di upah’ pertahan ketua AMK? Posted: 14 Oct 2010 11:00 PM PDT Oleh Mat Zahari Ali PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin akan mempertahankan jawatan beliau walaupun sebelum ini menghebahkan akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden. "Saya rela dan bersedia mengadapi persepsi buruk media dan penganalisa politik kesan dari tindakan saya ini," jelas beliau ketika dihubungi hari ini. Tindakan Shamsul agak mengejutkan kerana keputusan dibuat selepas dua hari Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard mengumumkan bertanding. Sebelum ini pertembungan untuk Ketua AMK dijangka tiga penjuru yang melibatkan Rafizi Ramli, Hasmi Hashim dan Badrul Hisham. "Saya bukan di upah untuk melawan Che Gu Bad atau di suruh oleh sesiapa dan jauh sekali saya di beli oleh seseorang untuk bertanding Ketua AMK. "Persepsi semata-mata" "Saya tahu ramai yang menuduh demikian tetapi itu merupakan persepsi semata-mata," jelas beliau yang memberikan kenyataan eksklusif kepada FMT. Beliau yang juga Pengerusi PKR Melaka berkata strategi beliau adalah untuk memenangi pertandingan dan bukan sekadar merebut jawatan tinggi tetapi kalah dalam pertandingan. Selepas tamat sesi pertama pencalonan yang berakhir 3 Oktober lalu, Shamsul memperoleh 65 pencalonan untuk jawatan Naib Presiden dan 38 pencalonan Ketua AMK. Ditanya mengenai tindakan tidak bertanding merebut jawatan Naib Presiden walaupun mendapat pencalonan kedua terbanyak Shamsul berkata beliau telah berbincang secara teliti berhubung kedudukan tersebut. Katanya, pencalonan untuk Naib Presiden terlalu ramai sehingga mencecah 30 calon atau lebih. Ini akan memberi ruang yang amat sedikit kepada beliau untuk menang. "Saya dapat maklumat Tian Chua akan bertanding menggantikan Dr Lee Boon Chye dan undi kaum Cina akan memihak kepada Tian. Manikavasagam juga akan turut serta dan undi kaum India juga akan memihak kepada beliau. 'Manakala undi wanita sudah tentu akan memihak kepada Fuziah Salleh yang memperoleh pencalonan terbanyak untuk jawatan ini." jelas beliau. Selain itu menurut Shamsul, pencalonan dari cabang Selangor yang merupakan saluran pengundi Melayu paling ramai juga tidak memihak kepada beliau iaitu sebanyak empat pencalonan sahaja. Anwar tiada halangan Ditanya mengenai apakah beliau telah memaklumkan kepada Ketua Umum, Anwar Ibrahim untuk bertanding mempertahankan jawatan, beliau berkata Anwar tidak memberi sebarang halangan. Shamsul dijangka akan mengadakan sidang media petang ini bagi mengumumkan keputusan beliau mempertahankan jawatan. Sementara itu untuk jawatan Naib Presiden setiap ahli layak untuk mengundi memilih empat calon manakala untuk jawatan Ketua AMK hanya satu pilihan. Dalam kenyataan eksklusif dengan FMT, Shamsul enggan mengulas gadingan Timbalan beliau serta akan mengumumkannya dalam sidang media nanti. Pada 13 Oktober lalu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shaharin mengumumkan akan bertanding Ketua AMK dan menamakan Adun Teja, Chang Lih Kang sebagai gandingan Timbalan beliau. |
| Timbalan presiden: Saya umum jawatan sesuai dalam waktu terdekat, kata Nurul Posted: 14 Oct 2010 10:30 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 15 Okt — Walaupun sudah mempunyai kelayakan untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masih menunggu "masa yang sesuai" untuk mengumumkan pendirian rasminya. Anak sulung Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun menegaskan beliau hanya akan menawarkan diri untuk jawatan yang sesuai sahaja. "Saya komited pada dasar-dasar perjuangan parti dan akan menawarkan diri untuk jawatan yang paling sesuai dalam masa terdekat. "Sila nantikan sidang media saya dalam masa sehari dua ini. Tiada komen selanjutnya," kata Nurul Izzah menerusi khidmtan pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semalam mengesahkan perkembangan itu ekoran keputusan Biro Politik parti bersetuju menerima laporan pencalonan yang lewat diterima daripada cabang Semporna, Sabah. "Dalam mesyuarat Biro Politik parti, kita menetapkan untuk menerima pencalonan daripada enam cabang parti yang menghantar senarai pencalonan Majlis Pimpinan Pusat selepas 10 Oktober. "Cabang tersebut termasuk Semporna, Setiawangsa, Titiwangsa, Selangau, Segambut dan Beluran. Dari enam cabang tersebut, Semporna mencalonkan Nurul Izzah untuk bertanding jawatan timbalan presiden. "Dengan ini Nurul Izzah telah menerima dua pencalonan minimum untuk jawatan timbalan presiden. Jadi beliau layak untuk bertanding," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari tadi. Nurul Izzah sebelum ini menerima pencalonan bagi jawatan timbalan presiden dari cabang Keningau. Nurul Izzah sebelum ini dilihat hanya boleh bertanding jawatan naib presiden sebab beliau tidak melepasi kelayakan minimum dua pencalonan yang disyaratkan untuk bersaing kerusi nombor dua parti. Calon yang layak untuk bertanding di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) perlu menyerahkan borang pencalonan pada 16 Oktober ini. Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat. Anwar menyerahkan kepada Nurul Izzah membuat keputusan. |
| Pelajar UKM fail injunksi digugur terima anugerah dekan Posted: 14 Oct 2010 10:15 PM PDT KUALA LUMPUR, 15 Okt — Salah seorang daripada empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang gagal dalam permohonan injunksi erinford kelmarin, digugurkan daripada menerima anugerah dekan hari ini, dipercayai tindakan disiplin dikenakan ke atas mereka. Pelajar tahun ketiga jurusan sains politik, Woon King Chai berkata, namanya telah dilarang daripada anugerah yang dijadual untuk disampaikan pada satu majlis Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, petang ini. "Semalam saya menerima panggilan telefon memaklumkan bahawa saya tidak boleh menghadiri majlis hari ini untuk menerima anugerah dekan," katanya. "Apabila saya mengesahkan dengan Penolong Pendaftar fakulti, mereka mengesahkan nama saya telah dikeluarkan daripada senarai penerima hari ini atas alasan nasihat bahagian undang-undang," kata Wong kepada The Malaysian Insider pagi ini. "Kini saya dilarang dan status saya ialah 'KIV'," katanya. Wong sebahagian daripada, dipercayai kira-kira 40 pelajar, yang layak menerima anugerah dekan hari ini. Anugerah dekan diberikan kepada penuntut-penuntut yang memperoleh prestasi akademik CGPA 3.6 ke atas. Wong, penuntut semester kelima memberitahu dia sudah tiga kali menerima sebelum dan anugerah terbaru ini membabitkan semester pengajian keempat yang lepas. "Sepatutnya sebagai sebuah universiti, mereka seharusnya memisahkan antara isu akademik dan kes mahkamah. Malangnya mereka tidak berbuat demikian," kata Wong sambil menambah, permohonan injunksi masih di peringkat rayuan. "Saya merasakan tindakan UKM tidak adil... saya tidak tahu apa yang patut yang lakukan," kata Wong yang juga Pengerusi Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategik UKM. Katanya, lazimnya pengetusi kelab-kelab mahasiswa juga dijemput, tetapi mereka tidak "mengundang saya selaku ketua kelab." Ekoran keputusan kelmarin Wong dan tiga pelajar jurusan sains politik bakal berhadapan dengan tindakan tatatertib yang akan didengar oleh Mahkamah UKM. Mereka mengemukakan permohonan injunksi erinford mereka bagi menghalang universiti itu berbuat demikian. Keempat-empat penuntut itu didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April lepas. Injuksi erinford bermaksud status quo dikekalkan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan. Pada 1 Jun lepas, Muhammad Hilman Idham, 21, Woon, 22, Muhammad Ismail Aminuddin, 22, dan Azlin Shafina Mohamad Adzha memfailkan saman pemula terhadap kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM, untuk mencabar tindakan universiti itu terhadap mereka. Dalam saman berkenaan, semua penuntut itu mendakwa UKM, melalui surat bertarikh 13 Mei, meminta mereka hadir di universiti berkenaan untuk menjawab pertuduhan terhadap mereka, dan sekiranya mereka gagal berbuat demikian atau tidak menghantar representasi secara bertulis dalam tempoh 14 hari, maka pengajian mereka akan digantung serta-merta. Mereka yang merupakan penuntut tahun kedua jurusan sains politik, mendakwa tindakan tatatertib yang dikenakan oleh universiti itu bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti, adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang. |
| Gaji minimum: Jangan jadi cerita Mat Jenin, kata PKR Posted: 14 Oct 2010 10:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 15 Okt — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik langkah bahawa Kabinet akan membincangkan cadangan gaji minimum untuk pekerja-pekerja di Malaysia hari ini tetapi berharap usaha itu tidak akan berubah menjadi "angan-angan Mat Jenin." Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya berpendirian bahawa gaji minimum akan benar-benar bermakna hanya jika dilaksanakan bersama perubahan menyeluruh tersebut dengan keikhlasan membela hak pekerja dan rakyat Malaysia. "PKR juga mengalu-alukan sokongan Pemuda BN terhadap gaji minimumum. "Harapan PKR adalah agar ini bukan satu lagi angan-angan Mat Jenin, tetapi wujud keazaman politik untuk kerajaan melaksanakan dasar ini," kata Nik Nazmi dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. Kata beliau, sekian lama pekerja-pekerja terutamanya menerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah memperjuangkan dasar gaji minimum bagi membela kebajikan pekerja. Nazmi berkata PKR telah menjadikan gaji minimumum sebagai antara lima manifesto utama pada pilihan raya umum 2008. "Komitmen melaksanakan gaji minimum juga telah dimeterai oleh Pakatan Rakyat menerusi Dasar Bersama yang diluluskan Konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada tahun lepas," katanya. Beliau berpendapat kadar upah yang rendah adalah masalah utama yang membelenggu pekerja dan keluarga mereka. "Sudah begitu lama Malaysia bergantung kepada kadar upah rendah dengan kebanjiran pekerja asing. "Ekonomi negara tidak meningkat dalam rangkaian nilai dan rakyat Malaysia berhadapan kos sara hidup yang tinggi. "Kesannya, semakin ramai pekerja dan keluarga mereka dibebani hutang di sekeliling pinggang," katanya lagi. Malah kata beliau, PKR tidak berkongsi pandangan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam yang seolah-olah berat hati untuk melaksanakan dasar gaji minimum. Katanya, bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika rakyat memeriksa rekod Barisan Nasional yang gagal membela golongan pekerja selama lebih 50 tahun memegang kuasa. Beliau juga berkata pengalaman negara-negara luar membuktikan dasar ini boleh berjaya seiring pengenalan dasar-dasar lain yang memacu pertumbuhan ekonomi. Nazmi berkata, isu meningkatkan pengangguran mahupun mengurangkan pelaburan asing tidak timbul jika kerajaan membina keyakinan untuk meningkatkan pelaburan asing dan swasta serta pada masa yang sama melabur dalam sektor pendidikan, latihan dan infrastruktur. "Ini sekali gus dapat meningkatkan kemahiran dan produktiviti pekerja. Kerajaan juga mesti serius mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing," katanya. Sehubungan itu katanya, Keyakinan pelabur hanya dapat diperoleh dengan mengembalikan kewibawaan institusi-institusi kerajaan berserta memerangi gejala rasuah. "Isu-isu ini yang telah menjejaskan kebolehan Malaysia menarik pelaburan hari ini meskipun belum melaksanakan gaji minimum. "Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan pendapatan minimum isi rumah sebanyak RM4,000 menjelang lima tahun Pakatan Rakyat memegang tampuk kerajaan persekutuan ketika mengulas pencapaian separuh tahun ekonomi negara yang hambar Ogos lalu," katanya. ADUN Seri Setia ini berkata sasaran ini dapat dicapai dengan iltizam untuk memerangi ketirisan serta rasuah, melakukan reformasi terhadap sistem kehakiman serta institusi awam lainnya di samping mengembalikan kredibiliti, ketelusan dan pertanggungjawaban untuk menarik pelaburan asing secara langsung . Kata beliau, PKR merasakan gaji minimum akan benar-benar bermakna hanya jika dilaksanakan bersama perubahan menyeluruh tersebut dengan keikhlasan membela hak pekerja dan rakyat Malaysia. Ketika berucap merasikan Forum Gaji Minimum anjuran Pemuda BN-MTUC kelmarin, Subramaniam berkata, satu akta baru akan digubal bagi menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1974 yang didapati kurang sesuai untuk diaplikasikan dalam menetapkan gaji minimum ketika ini. Subramaniam berkata perincian asas berhubung penggubalan akta baru yang dijangka dibentangkan di Parlimen Mac tahun depan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini. "Penetapan gaji minimum melalui akta sedia ada mengambil masa yang lama serta rumit, malah ia juga tidak menyeluruh kerana pendekatannya adalah mengikut jenis pekerjaan dan subsektor tertentu. "Dalam melaksanakan dasar gaji minimum kebangsaan, ia memerlukan penguatkuasaan undang-undang," kata beliau. Dasar gaji minimum dibantah oleh Persekutuan Majikan-majikan Malaysia. |
| Terkini: Pilihan Raya Kecil Batu Sapi Pada 4 Nov Posted: 14 Oct 2010 09:15 PM PDT PUTRAJAYA, 15 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 Nov sebagai hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah manakala 26 Okt sebagai hari penamaan calon, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkannya di sini pada Jumaat. Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada Barisan Nasional (BN) pada Sabtu lalu kerana terbabit dalam kemalangan motosikal. |
| PRK Galas dan Batu Sapi, kenapa tidak serentak? Posted: 14 Oct 2010 09:00 PM PDT Oleh : Mohd Suhaimi Al-Maniri Pilihan Raya Kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada Pas, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 26 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan hari mengundi ialah pada 4 November. Manakala Pilihanraya Kecil Batu Sapi pula perlu diadakan kerana kerusi Parlimen Batu Sapi turut dikosongkan berikutan penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dari BN (PBS) terbunuh dalam kemalangan dengan sebuah kereta 9 Oktober lalu Sementara SPR pula menyatakan tarikh pilihan raya akan diumumkan dalam tempoh 10 hari daripada tarikh kekosongan kerusi itu, selewat-lewatnya pada 19 Oktober depan. Sepatutnya SPR tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya pilihan raya kecil diadakan serentak kerana pernah melakukannya sebelum ini di Bukit Gantang, Perak, Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Sarawak pada April tahun lepas. Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkata, adalah mustahil pilihanraya kecil Galas akan berlaku serentak Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi sebelum mesyuarat SPR pada hujung minggu ini menampakkan SPR mungkin bergantung kepada pihak lain terlebih dahulu dalam membuat keputusannya. Ku Li tidak bertanding di Galas, PAS bertanding di Batu Sapi? Tidak semena-mena nama Tengku Razaleigh Hamzah, yang lebih dikenali sebagai Ku Li mantan Presiden Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang kembali semula kepada UMNO dan BN secara tiba-tiba namanya melonjak naik dalam persada politik UMNO berikutan pilihanraya kecil Galas yang akan diadakan selepas persidangan tahunan UMNO pada hujung bulan ini. Jika tidak kerana pilihanraya kecil Galas di Gua Musang, nama Ku Li sudah dipedulikan lagi dalam UMNO. Beliau hanya setakat Ketua UMNO Bahagian Gua Musang dan Ahli Parlimen kawasan tersebut sama ada semasa berada dalam BN ataupun PMS46, sebuah parti pembangkang Melayu pada awal hingga pertengahan tahun 1990'an dulu. Tengku Razaleigh Hamzah menafikan spekulasi beliau akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini. Dalam pada itu UMNO semacam terdesak untuk memperkudakan Ku Li dalam pilihanraya kecilnya dalam usaha mereka untuk merampas kerusi tersebut yang dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya umum lalu buat pertama kalinya dalam sejarah dengan majoriti tipis, 646 undi sahaja. Namun, PRU 2008 PAS dapat mencapai kemenangan tipis (majoriti 646) adalah tempias perubahan sikap pengundi terutama pengundi Cina di bandar. Berdasarkan PRU 2008 sokongan diperolehi PAS sekitar 53.96% (54%). Kemenangan PAS tahun 2008 sedikit sebanyak berlaku penolakan rakyat kepada kepimpinan Pak Lah dan pengharapan baru kepada pendekatan sederhana PAS, terutama kesan pendekatan kebajikan pihak Kerajaan Negeri Kelantan. Apa yang pasti, kedudukan UMNO di sini dilihat lebih berpotensi untuk merampaskan kembali kerusi ini daripada PAS dalampilihanraya kecil ini jika berjaya menampilkan calon yang berjaya diterima rakyat. Berdasarkan tiga PRU yang terakhir (1999, 2004 dan 2008), setelah BN berjaya mengambil alih kerusi ini dari Semangat 46 ekoran pembubaran Semangat 46 menyertai UMNO. Kerusi ini dikuasai oleh S46 pada PRU 1990 dan 1995. Pengaruh reformasi 1998 tidak mengubah sikap pengundi pada PRU 1999 dan 2004 yang kekal dengan BN. Ini bermakna pengaruh krisis pemecatan Anwar Ibrahim tidak berupaya mengubah kesetiaan pengundi BN kepada Ku Li. Sementara di Batu Sapi Sabah, BN terkejut dengan kekosongan kerusi tersebut dalam keadaan luar jangka berbanding dengan kerusi Galas yang telah sekian lama diidamkan oleh BN untuk mengambilnya semula dalam satu pilihanraya yang ditunggu oleh mereka sejak lebih setahun yang lepas. Belum pun ada perundingan dengan mana-mana pihak, Fauziah Salleh, Pengarah Pilihanraya Keadilan Rakyat (PKR) terus menuntut kerusi Batu Sapi adalah milik mereka walaupun mereka gagal menghantarkan calon bertanding dalam dua pilihanraya berturut-turut iaitu pada 2004 dan 2008. Kenyataan Fauziah Salleh ini khabarnya turut tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin PKR Sabah sendiri. Apatah lagi dengan PAS yang sudah lama bertapak di Sabah sejak tahun 1986 lagi berbanding dengan PKR yang munculpada penghujung tahun 1990'an dahulu. Kegairahan PKR membolot semua 19 daripada 25 kerusi parlimen di Sabah dengan menafikan PAS untuk bertanding walaupun satu kerusi parlimen dalam pilihanraya umum yang lepas adalah satu tindakan yang tidak wajar. Apatah lagi tiada satu kerusi dimenangi oleh PKR di Sabah berbanding dengan DAP. Lebih mendukacitakan lagi PKR gagal menghantar calon dalam 2 pilihanraya berturut-turut di Batu Sapi ini. Ketidakmampuan pengaruh PKR jelas di sini, sebagai contoh di DUN Karamungsing dimana dalam PRU-12 calon PKR hanya mendapat 452 undi sahaja berbanding dengan DAP mendapat 1809 undi. Jika PKR mengatakan PAS tiada pengaruh di Sabah, saya kira di Kelantan, Terengganu malah di sesetengah parlimen dan DUN PKR langsung tidak mempunyai apa-apa kekuatan. Namun atas semangat setiakawan, PAS tetap diberikan kerusi di Kelantan dan Terengganu untuk bertanding. Dengan komposisi Batu Sapi dimana muslim membentuk 60% pengundi(60% muslim, 37% cina, 2.6% bumi bukan Islam dan selebihnya lain-lain), maka PAS amat sesuai diberi peluang bertanding di sini setelah PKR gagal menjadi calon dalam 2 pilihanraya bertutut-turut iaitu PRU 11 (2004) dan PRU 12 (2008). Keadaan ini boleh membalas budi PAS Sabah pernah memberi laluan kepada PKN (kini PKR) pada pilihanraya kecil DUN Likas pada tahun 2001 walhal kerusi N13 Likas adalah milik PAS dimana PAS meletak calon PRU 10 pada tahun 1999. Maka dalam pilihanraya kecil Batu Sapi kali ini giliran PKR pula berkorban dengan memberi laluan kepada PAS Sabah pula demi keutuhan Pakatan Rakyat di Sabah. PKR yang berada dalam keadaan kelam kabut ekoran pemilihan kepimpinan pada waktu sekarang wajar berkorban tidak bertanding di Batu Sapi. Dengan satu formula baru di mana Parlimen Bt Sapi diberi kepada PAS, DUN Sekong DUN Sekong diberi kepada PKR (80% muslim) diberi kepada PKR dan DUN Karamunting (muslim 44%, cina 53%, bbi 2.3%) diberi kepada DAP berjaya mengelakkan pertandingan sesama sendiri. Yang Dipertua PAS Sandakan, Abdul Wahid menegaskan bahawa peluang untuk Pakatan Rakyat (PR) yang diwakili oleh PAS, menang adalah cerah. Ini kerana, PAS Batu Sapi yang diketuai oleh Hamzah Abdullah yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah telah sekian lama menjalankan pelbagai program kemasyarakatan yang memberi kredit kepada PAS. Di samping itu parlimen Batu Sapi mempunyai 60.14% pengundi Bumiputera Islam. Maka dengan imej Islam yang dibawa PAS sudah pasti ia dapat menambat hati pengundi. Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah |
| Posted: 14 Oct 2010 08:00 PM PDT Oleh ROZAID A. RAHMAN ZAID Ibrahim adalah satu karakter yang sangat menyeronokkan. Nasib baik ada Zaid Ibrahim dalam PKR. Kalau tidak, kita asyik didendangkan dengan lagu dan irama yang sama. Sejak Zaid masuk PKR, adalah sikit warna-warni dalam kehidupan politik PKR. Dia sentiasa muncul dengan petikan-petikan yang mengejutkan. Kata-katanya menjadi bahan dan tajuk berita. Itu menjadikannya buruan para wartawan. Wartawan tidak akan pulang dengan tangan kosong. Sidang akhbarnya penuh dengan wartawan sama ada yang pro atau tidak berapa pro beliau. Tapi beliau tidak pernah melayani wartawan dengan mimik muka yang semacam yang selalu ditunjukkan oleh sesetengah orang politik khususnya dari parti yang Zaid sertai sekarang. Seorang veteran Umno dari Kelantan pernah membisikkan sesuatu ke telinga penulis yang Zaid ini tak tumpah macam Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebenarnya adalah tidak wajar sama sekali untuk meletakkan aura diri Zaid dengan tokoh besar negara itu tetapi pada masa yang sama, penulis terpaksa setuju, ciri-ciri Dr Mahathir memang ada pada susuk Zaid. Kedua-duanya berani termasuk berani mengambil risiko. Kedua-duanya juga tidak takut menyatakan pandangan dan pendirian serta berani menyahut cabaran. Mereka memiliki keazaman yang kuat dan berpendirian teguh ke atas sesuatu yang mereka percayai. Pernah Bekerja Bersama Dalam kes Zaid, beliau tidak gentar berarus songsang dengan pandangan umum. Beliau akan bercakap malah lagi disekat akan bertambah kuat suaranya kedengaran. Penulis berani berkata demikian kerana penulis pernah bekerja dengannya selama hampir tiga tahun di Zaid Ibrahim & Co. Setiap Khamis kami akan pulang ke Kota Baru dan pada Ahad kembali ke Kuala Lumpur. Ada waktunya kami berkereta. Ada masanya kami menaiki pesawat. Setiap kali di Kota Baru, penulis tinggal di rumahnya di Pasir Hor. Beliau ada gaya tersendiri dan tidak mudah tunduk kepada sesiapa walaupun pada waktu-waktu tertentu beliau berdiplomatik dalam berurusan. Satu contoh sikapnya yang tipikal ialah apabila beliau enggan menerima arahan Ibu Pejabat PKR agar memboikot kumpulan akhbar Utusan Melayu. Pada pandangan Zaid, itu adalah satu arahan yang tidak rasional. Khamis lalu, ketika berhadapan dengan para wartawan dan diajukan soalan apakah beliau bersetuju dengan kritikan yang dilemparkan ke atasnya kerana masih terus bercakap dengan Kumpulan Utusan walaupun terdapat arahan yang melarangnya berbuat demikian, Zaid berkata; "Bagaimana anda hendak memanggil diri anda seorang reformis tetapi pada masa yang sama memilih dengan media mana anda hendak bercakap. Jadi, jika saya tidak dibenarkan bercakap dengan Utusan, bagaimana pula dengan Berita Harian, New Straits Times, The Star? "Jika saya tidak dibenarkan bercakap dengan media, dengan siapa lagi yang harus saya bercakap," soalnya. Telunjuk Jadi Zaid tidak peduli sama ada arahan itu datang dari presiden atau timbalan presiden atau setiausaha agung, arahan itu mestilah bersifat progresif, rasional dan logika. Jika ketiga-tiga elemen itu tidak wujud, adalah sukar untuk sesiapapun untuk memaksanya patuh pada arahan. Bukan sahaja sikapnya ini terserlah ketika di dalam PKR sebaliknya ketika beliau di dalam Umno pun beliau sudah begitu. Beliau mempertahankan hujah-hujahnya jika beliau berasa betul. Ini terbukti benar menjelang malam sebelum penamaan calon pada pilihan raya umum 2004. Tidak ramai yang tahu akan insiden ini tetapi ketika kejadian itu berlaku, penulis berada di sisi Zaid. Beliau menerima satu panggilan telefon yang mengarahkan beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri dan bukannya parlimen kerana pucuk pimpinan ingin meletakkan bekas Ketua Pengarah DBKL, Datuk Nordin Razak sebagai calon parlimen Kota Baru. Zaid membantah. Dan beliau membantah bukan kerana pucuk pimpinan tidak meletakkannya sebagai calon parlimen tetapi kerana calon yang mereka syorkan itu walaupun bekas seorang tokoh pentadbir terkenal dari Kelantan tetapi beliau tidak pernah bekerja bersama jentera pentadbiran Umno Bahagian Kota Baru yang diterajui oleh Zaid ketika itu. Logika Logika Zaid ialah, bagaimana jentera parti tiba-tiba hendak bekerja dengan seorang yang tidak pernah bersama mereka tetapi diparacutkan sebagai calon. Zaid berhujah, ini Kota Baru dan pilihan raya umum, bukannya pilihan raya kecil yang mana seluruh jentera parti dari seluruh negara boleh bertumpu di satu tempat untuk membantu calon menang. Zaid juga berhujah, jentera parti telah bekerja selama lebih empat tahun untuk merampas kembali kerusi Parlimen Kota Baru yang ketika itu sudah 14 tahun berada di tangan pembangkang. Beliau menyakinkan Kuala Lumpur, jika seorang calon lain diletakkan di Kota Baru pada saat-saat akhir, Umno akan tewas. Yang lebih berani ialah apabila Zaid menyampaikan mesej melalui orang tengah, jika Kuala Lumpur tidak masuk campur urusan penentuan calon di Kota Baru, beliau memberi jaminan Umno akan merampas kembali kerusi Kota Baru. Benar. Kesemua kerusi DUN yang ditandingi Umno dalam Parlimen Kota Bharu tewas tetapi Zaid menang kerusi parlimen Kota Baru. Atas keengganan beliau untuk tunduk kepada tekanan dari Kuala Lumpur dan keberaniannya untuk mempertahankan dirinya sebagai calon Kota Baru, akhirnya Zaid menang menewaskan calon dari parti yang kini beliau sertai - PKR. Wajah Pluralisme Zaid yang penulis kenali dahulu adalah Zaid yang penulis kenali sekarang. Kalau nak terima Zaid, terimalah dia seadanya. Jika tidak, jenuh jugalah hendak menjinakkan orang bernama Zaid Ibrahim ni. Kenapa orang macam Zaid yang mewakili wajah pluralisme PKR nampak seperti payah untuk menembusi kepimpinan tertinggi PKR sekarang? Bukankah, PKR benar-benar hendak membawa politik baru dan bersungguh-sungguh hendak bolos keluar dari hegemoni budaya dan amalan politik sekarang yang pada pandangan mereka yang mendokong PKR sebagai tidak sesuai lagi dengan pendekatan rakyat Malaysia yang mahukan perubahan? Tetapi pelbagai cara telah dibuat untuk menidakkan peluang Zaid. Namun itulah politik. Gustinya lain macam. Sudah pastinya Zaid pun sedar akan situasi ini. Yang terbaru entah apa strategi Zaid, beliau umum akan tarik diri dan sokong Nurul Izzah sekiranya ahli parlimen Lembah Pantai itu bersedia tanding jawatan timbalan presiden. Kata Zaid, beliau telah bercakap dengan Nurul tentang hal ini dan mengambil pendirian ini apabila mendapat tahu yang Nurul pun sedang menimbang sama ada akan menerima pencalonannya sebagai timbalan. Setakat ini selain untuk jawatan timbalan, Nurul turut mendapat pencalonan bagi jawatan naib. Jika melihat kepada percaturan politik, tidak mungkin bapa jadi ketua umum, emak jadi presiden dan anak jadi timbalan. Nanti orang kata ini parti anak beranak. Tetapi menurut Zaid, beliau nampak Nurul mewakili wajah baru dan mampu memberi kesegaran baru dalam PKR dan yang lebih penting tidak takut untuk menyatakan pendirian serta pendapat - sama sepertimana dirinya juga. Jika Nurul setuju, kata Zaid, beliau tidak akan bertanding apa-apa jawatan pun sebaliknya akan menjadi 'pengurus kempen' kepada Nurul Izzah. Opsyen Apakah Zaid melihat syornya ini sebagai satu opsyen? Satu jalan keluar kepada tentangan terhadapnya supaya tidak bertanding jawatan timbalan? Apa strategi terbaru politik Zaid? Apakah wujud pakatan antara Zaid dan anak sulung Anwar itu? Menarik sungguh. Ayah sokong Azmin Ali. Zaid sokong anak. Ibu sokong siapa pula? Di sebalik kecoh baling kerusi di sana-sini, di satu sudut yang lain pula, Zaid Ibrahim telah menyemarakkan lagi sepak terajang politik PKR.M/Star Nota: MB Selangor, Khalid Ibrahim telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden tetapi keputusan muktamad akan ditentukan oleh sebuah jawatankuasa yang dibentuknya untuk menilai apakah keputusannya itu membawa kebaikan atau keburukan pada parti. Nurul Izzah pula pada mulanya berkata akan beri jawapannya pada Ahad tetapi sehingga sekarang masih belum mengisytiharkan keputusannya. Sama-samalah kita tunggu. |
| Sekolah Harapan: Alah bisa tegal biasa? Posted: 14 Oct 2010 07:00 PM PDT Oleh Siti Nadzirah Majeed Kita sedia maklum, kerajaan negeri Melaka memulakan langkah dalam pembinaan dan pembiayaan sebuah sekolah khusus untuk pelajar hamil yang dinamakan Sekolah Harapan. Sekolah yang ditempatkan di daerah Jasin, Melaka ini bahkan boleh menampung sehingga 40 orang pelajar. Ketika sekolah ini mula dilancarkan, saya berfikir untuk menyediakan masa membuat 'pemerhatian' Ternyata setelah lebih kurang 3 minggu sekolah ini dibuka, hipotesis saya benar; akan berlaku pertambahan pelajar dari semasa ke semasa. Walaupun di peringkat permulaan kita tahu tiada yang berani mendaftarkan diri. Sehingga saat ini, media melaporkan bilangan pelajar sudah melebihi 10 orang bahkan ada yang telah melahirkan. Apa yang perlu kita risaukan soal kuantiti? Inilah perkara pokok dalam isu ini. Pada pandangan saya, sekolah yang pada awalnya hanya diperuntukkan untuk 40 orang pelajar sahaja ini begitu 'berisiko' besar untuk menambah bilangan kerusi dan meja untuk pelajar lain lagi. Saya begitu bimbang, sikap 'keterbukaan' para menteri kita ini akan menjadikan pepatah 'alah bisa tegal biasa ' diterjemahkan dalam isu ini. Mula-mula malu, kemudian ramai yang mahu. Lama-kelamaan, tiada apa lagi yang akan menjadi 'isu' kerana ia telah menjadi sebati dalam masyarakat kita. Para remaja yang gemar bersosial tanpa batasan akan mula berasa 'selamat' setelah ada jaminan bahawa mereka tetap boleh 'menjadi manusia' seperti rakan-rakan sekolah mereka yang lain walaupun sebenarnya nilai hidup sebagai seorang manusia berakhlak itu makin terhakis dalam diri. Saya juga ingin menimbulkan dua persoalan yang nyatanya akan memberi kesan berbeza. Pertama, jika benar seorang pelajar itu hamil sebelum sekolah ini diwujudkan dan beliau benar-benar menginsafi perbuatannya, mungkin benar dirinya 'layak' ke sekolah harapan ini (jika berpandukan matlamat penubuhan). Tetapi kedua, jika pelajar tersebut hamil setelah wujudnya sekolah ini akibat rasa selamat akan 'terjaminnya' masa depannya walau hamil di luar nikah, ini yang bermasalah. Bahkan masalah ini memberi kemudaratan yang lebih besar kepada masyarakat kita berbanding keadaan pertama. Bukankah mengelakkan kemudharatan yang lebih besar itu adalah lebih perlu kita utamakan berbanding mewujudkan kebaikan yang sedikit? Benar, kita tidak akan mampu menjangkakan masa depan. Tetapi, jika jalan yang kita gunakan lebih berisiko dalam mengundang nilai negatif berbanding nilai positif untuk masyarakat, tindakan kita perlu dikaji semula. Bernilai lagikah masyarakat kita jika hidup dalam budaya 'keterbukaan tanpa batasan' hingga mengurangkan nilai sensitiviti terhadap maruah dan kehormatan? Penulis adalah TYDP Persatuan Mahasiswa Islam Universiti malaya merangkap Timbalan. Pengerusi Srikandi Gerakan Muslimat Muda 2010/2011 |
| Live! Tok Guru Nik Aziz Datang Posted: 14 Oct 2010 06:29 PM PDT ![]() Live! Tok Guru Nik Aziz Datang Originally uploaded by Atendent Alhamdulillah,Dapat dilihat TG Nik Aziz baru sampai dan menuju ke tempat kuliah. Sekarang beliau sedang membaca akhbar Harakah, mungkin ada isu yang akan disentuh. |
| Bajet 2011 : Juak Pembodek Akan Bersorak Lagi Posted: 14 Oct 2010 06:00 PM PDT Oleh: ZABIDIE Media sedang 'berpesta'apa yang akan berlaku Jumaat ini. Pembaca juga sedang menanti-nanti apa yang akan dibacakan oleh Menteri Kewangan mengenai Bajet 2011. Apa yang pasti juak UMNO akan 'kebulur' bercerita dengan wartawan untuk mengulas mengenai Bajet 2011. Juak ini akan menyokong dan menyatakan ini Bajet 2011 untuk rakyat. Dimanakah kebenarannya ? Pencatat ingin mengimbau kemabali Bajet 2010 yang dibacakan Oktober tahun lepas. Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan gagal melaksanakan Bajet tersebut. Keperihatian kepada rakyat adalah omong-omongan sahaja. Peratusan kepada rakyat miskin masih ditahap lama. Angka-angka ratusan juta dan billion hanya menyedapkan telinga sahaja. Rumah kos rendah masih banyak yang terbangkalai dan rumah yang ingin dibina entah dimana. Harga barang keperluan am tidak dapat dikawal dan rasuah dikalangan penjawat awan kelihatan tidak menurun malah bertambah. Maka esok Najib Razak akan mengumumkan mungkin penurunan beberapa harga atau cukai untuk disorak oleh juak UMNO. Disebut juga angka kenaikkan peratusan yang melibatkan 'chart index' ekonomi. Dalam masa yang sama kini kerajaan terkapai-kapai menentukan tanda aras kecapaian negara. Kini DUN sarawak yang sukar untuk ditentukan tarikh pembubaran menunjukkan kerajaan BN dalam keadaan sangat tertekan. Agak malang Pilihanraya Kecil DUN Galas, pemimpin utama UMNO-BN sudah cabut lari. Menjadi sejarah PRK dilantik Ketua Bahagian Gua Musang menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil. Ia jelas Perdana Menteri dan Timbalan sudah kecut perut. Mengibas Bajet 2011, pencatat membayangkan ahli ekonomi, penganalisis dan marhaen akan mengeleng kepala tanda BN-UMNO akan perbodohkan seluruh rakyat Malaysia. Mungkin pembaca tersenyum komentar pencatat ini. Kita dengar Jumaat teks itu dibaca dan bacalah Utusan Malaysia hari Sabtu. Pembodek bermaharajalela dan TV3 bermegah-megah. |
| Posted: 14 Oct 2010 05:54 PM PDT ![]() Live! Kuliah Tg Nik Aziz Originally uploaded by Atendent Suasana pada sesi pertama kuliah mingguan Tok Guru Nik Aziz. Disampaikan oleh setiausaha akhbar tok guru. |
| Si ‘pelesit’ itu mesti dinyahkan Posted: 14 Oct 2010 05:00 PM PDT Oleh - Abd Jalil Ali Kemalangan ngeri pada waktu senja di KM 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat itu melibatkan dua bas, dua kereta dan satu van. Sebuah bas ekspres dari arah Melaka yang dikatakan hilang kawalan telah merempuh pembahagi jalan, lalu masuk ke lorong bertentangan, dan bertembung dengan kenderaan-kenderaan lain. Akibatnya 12 maut, berpuluh lagi cedera. Selain mayat bergelimpangan di atas jalan raya, kelihatan juga kereta yang remuk sama sekali, badan bas menghempap kereta, dan darah yang masih merah bertompok-tompok di sana-sini. Fakta paling menyayat ialah 12 mangsa tidak berdosa, termasuk wanita, yang terkorban secara tiba-tiba. Hasrat dan hajat mereka tidak tertunai. Tentu sekali ini menjadi tangisan kaum keluarga dan sanak-saudara. Orang yang ditunggu kepulangannya dengan penuh harapan, tiba-tiba maut dalam keadaan mengerikan. Dan, fakta yang paling menyakitkan hati semua orang ialah pihak berkuasa masih amat lembap bertindak untuk perkara-perkara seperti ini. Sebenarnya apa yang terjadi pada tarikh 10/10/10 (sesetengah orang terlalu percaya pada tuah atau sial angka-angka tertentu!), bukan luar biasa sangat. Cerita-cerita darah dan air mata di lebuh raya bukan lagi luar biasa. Sebelum ini sudah beratus kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspres yang dipandu tidak mengikut peraturan keselamatan. Sudah beratus – mungkin beribu – nyawa pengguna jalan raya melayang akibat pemandu bas ekspres yang cuai. Mereka yang biasa memandu jauh menggunakan lebuh raya pasti akan terserempak dengan bas-bas ekspres – juga lori-lori besar! – yang menekan minyak tanpa menghiraukan had laju. Betapa kenderaan-kenderaan besar ini yang telah ditetapkan had laju 90kmj, telah memecut lebih dari yang dibenarkan. Mereka menekan hon untuk meminta laluan dari kenderaan yang bergerak mengikut undang-undang. Mentang-mentang mereka besar, mereka tidak menghiraukan kenderaan kecil dan memecut bagaikan kereta api peluru @ 'bullet train' di Jepun. Mereka memotong ikut suka, seolah-olah lebuh raya hanya milik mereka. Selalu saya berasa hairan apakah kelajuan bas-bas ekspres itu tidak boleh dikesan oleh kamera-kamera trafik yang dipasang sepanjang lebuh raya? Apakah kamera trafik dan saman ekor hanya untuk pemandu kerdil seperti saya? Atau, apakah bas-bas ekspres kita dilengkapkan dengan alat yang lebih canggih untuk mengesan kamera trafik? Menjadi kebiasaan setiap kali ada tragedi besar lebuh raya, badan penyiasat khas akan ditubuhkan. Kemudian terbongkarlah macam-macam kalut-malut dalam industri pengangkutan awam, khasnya bas ekspres kita. Antara yang telah dibongkar sebelum ini ialah perihal sebuah syarikat bas ekspres yang telah beratus kali menerima kompaun, tetapi tidak dilangsaikan. Ada syarikat bas ekspres yang dikesan melakukan beratus kesalahan trafik, saman telah dikeluarkan tetapi pihak syarikat tidak mempedulikannya. Ada syarikat ekspres yang menggunakan pemandu yang telah disahkan sebagai penagih. Ada pemandu bas ekspres yang telah disenaraihitamkan tetapi masih memandu bas. Ada pemandu bas ekspres yang mengantuk sebab memandu berterusan lebih 16 jam. Malah, ada sekian ramai pemandu bas ekspres yang mengaku telah menjadi 'pelesit' jalan raya. Persoalannya: apakah yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa, khasnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis, untuk menghukum pesalah dan pelesit jalanan ini? Apakah syarikat ekspres yang menerima beratus kompaun dan saman itu sudah ditarik permitnya? Atau, apakah setelah bayaran kompaun dibuat, syarikat itu dikira telah bersih sehingga tidak ada sebarang tindakan susulan dilakukan? Sudahkan pihak berkuasa mengadakan pemeriksaan dan ujian menyeluruh ke atas pemandu bas ekspres untuk memastikan penagih dan orang gila tidak menjadi pemandu bas ekspres kita? Tindakan tegas – termasuk menarik permit, menggantung lesen – hendaklah dikenakan ke atas mana-mana syarikat ekspres yang melakukan kesalahan dan kecuaian. Mereka sebenarnya pembunuh secara tidak langsung. Mana boleh orang-orang ini dilepaskan begitu sahaja? Sekiranya tindakan tegas tidak dilakukan orang ramai akan membuat berbagai andaian. Salah satu persepsi popular sekarang ialah sekiranya syarikat ekspres tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun berulang kali melakukan kesalahan, pasti ada 'orang besar' atau orang politik di belakang syarikat ekspres tersebut. Persepsi ini tidak semestinya betul, tetapi ia perlu diperbetulkan. Tidak kira orang biasa, orang kecil, orang besar, orang politik, kalau buat salah mereka patut dihukum. |
| Posted: 14 Oct 2010 04:00 PM PDT PKR tidak belajar dari kesilapan pihak lain, malahan parti ini melakukan lebih besar dari kesalahan pihak lain itu. Pemimpin-pemimpin besar PKR sekarang adalahlah anak-anak kepada UMNO yang bercerai-berai tetapi tidak mahu menjadikan apa yang berlaku didalam UMNO itu sebagai pelajaran tetapi melakukan kesalahan demi kesalahan; lebih besar lagi nampaknya dari semasa mereka didalam UMNO dulu. Betullah kata orang tua-tua dahulu; 'bagaimana acuan begitulah bentuk kuehnya' atau 'kalau bapa kencing berdiri anak kencing berlari'. Nampaknya penyakit yang dihadapi oleh UMNO begitu 'contagious' sekali; kemana pemimpin-pemimpinnya pergi mereka akan membawa penyakit yang ada kepada mereka sekali dengan mereka dan penyakit itu akan merebak dengan cepat sekali. Dalam proses pemilihan diperingkat cabang-cabang parti itu baru-baru ini penyakit itu berjangkit dari UMNO dengan nyata sekali. Semalam ramai diantara pemimpin-pemimpin cabang parti itu berdemonstrasi didepan Ibu Pejabat parti itu membantah permainan pemimpin-pemimpin besar mereka yang cuba menolak kemahuan dan kehendak ahli-ahli cabang siapa yang mereka hendak pilih sebagai pemimpin mereka. Tindakkan Azmin Ali masuk campur didalam pemilihan cabang Hulu Selangor misalnya telah menafikan kemenangan Mohd Nazar Yakin sebagai Ketua Cabang tersebut dan keadaan ini berlaku dibanyak cabang selyuruh negara. Kebanyakkannya dilakukan oleh penyokong Azmin Ali, salah seorang dari Naib Presiden yang akan bertanding sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan pimpinan diperingkat pusat yang akan berlaku tidak lama lagi. Azmin adalah calun yang Anwar Ibrahim hendak lihat memenangi kerusi Timbalan Presiden parti itu maka sesiapa sahaja yang mirip kepada penentang Azmin seperti Zaid Ibrahim misalnya akan menghadapi tekanan seperti yang kita lihat berlaku sekarang ini. Dengan cara apa sekali pun Azmin dengan sokongan Anwar mahukan pemimpin-pemimpin dicabang-cabang parti itu adalah 'orangnya' sahaja. Semasa didalam UMNO dahulu ini jugalah permainan Anwar Ibrahim sehinggakan Ghaffar Baba yang penyanding kerusi Timbalan Presiden UMNO gagal untuk mendapatkan cukup pencalunan untuk bertanding dan Anwar mendapat slot kedudukkan sebagai orang nubor 2 dalam UMNO itu tanpa tentangan dari sesiapa. Maka Anwar jadilah Timbalan kepada Dr Mahathir Mohammed dalam UMNO. Rupa-ruapanya Anwar mendapat banyak pelajaran dari Dr Mahathir bagaimana cara untuk mengekalkan kuasa, dan apabila mereka mempraktikkan 'ilmu' yang sama maka mereka pun berpecah dan Anwar dipecat dan beliau menubuhkan PKR dan mempraktikkan kaedah politik yang sama dengan lebih jelas semata-mata untuk mengekalkan kuasanya tanpa ada pihak yang menentangnya berada dalam parti pmpinannya. Dialam UMNO dan PKR, inilah penyakit yang tidak ada ubatnya seperti penyakit barah. Selalunya inilah kaedah pemimpin-pemimpin yang lemah untuk memperkuatkan diri mereka. Kalau kita kaji secara halus pemimpin-pemimpin diktator terbentuk dari pemimpin yang lemah. Tidak semua pemimpin ingin menjadi diktator. Ferdinand Marcos misalnya mengambil alih kuasa melalui demokrasi tetapi apabila demokrasi tidak menjamin beliau akan berkuasa dalam tempuh yang lama, maka secara beransur-ansur Marcos menjadi diktator dan menggunakan kuasa diktatornya itu memerintah Filipina selama lebih dari 2 dekad. Isterinya Imelda menggunakan kuasa suaminya tanpa halangan kerana suaminya adalah seorang diktator. Imelda menggunakan kesempatan untuk ber'shopping' secara gigl-gilaan sehinggakan barang yang murah dibelinya dengan harga mahal dan apabila Marcos hilang kuasa kerana gerakkan 'people's power' didapati Imelda mempunyai 7000 pasang kasut dan itu semua adalah hasil 'shopping' menggunakan wang rakyat tanpa halangan. Kita berdoalah agar tidak ada isteri pemimpin-pemimpin kita yang seakan-akan sama dengan Imelda dinegara kita ini. Tetapi saya rasa tidak ada isteri pemimpin seperti itu diMalaysia ini. Tak tahulah jika ada dikalangan kita ternampak isteri pemimpin yang 'glamor' seperti Imelda itu. Mungkin ada yang nampak tetapi saya tak nampak pula. Jika seorang pemimpin itu tidak mampu mengawal kehendak dan keinginan isterinya tanpa kawalan pemimpin itu tidak mungkin boleh megawal politik dan negara dengan baik. Barulah kita sedar PKR seperti juga UMNO dipimpin oleh pemimpin yang lemah; kerana takut kepada bayang-bayang sendiri, sanggup memecah belahkan parti yang dipimpinnya untuk berkuasa mengikut desakkan nafsu syahwat yang tidak terkawal. Kesungguhan ahli-ahli untuk memperkuatkan parti keseluruhannya dicacatkan oleh kemahuan peribadi seorang dua pimpinan diibu pejabat parti yang tidak memikirkan kekuatan partinya dalam jangka masa yang panjang. Bagi Azmin kepentingan dia sendiri adalah yang terpenting, kerana parti itu hanya merupakan badan untuk mendapatkan kuasa semata-mata kerana kuasa; bukannya kerana perjuangan yang diretorikkannya siang dan malam. Akhirnya kita lihat UMNO dan PKR adalah 2 kali 5 sahaja. Mungkin inilah sebabnya rakyat akan memilih batang tubuh pemimpin sahaja kali ini kerana hendak mengharapkan kepada parti tidak lagi cara memilih pemimpin yang relevan yang membawa kebaikkan kepada negara.. Selepas ini kita pilih pemimpin yang berani menyatukan rakyat dan mempunyai rekod cemerlang kepimpinan sahaja. Itu sahaja formula untuk memperbaikki keadaan politik dan siasah negara. Kita cari pemimpin seperti yang saya sebutkan ini. Jika hijab dibukakan tuhan, insyaallah kita akan bertemu dengan pemimpin yang saya maksudkan tadi. Mungkin pemimpin yang saya maksudkan itu sedang berselindung disebalik cahaya yang terang. [Sumber] |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




1 ulasan:
I was excіted tо uncοver this
website. I want to to thаnk you for your time
ԁue tо thіѕ fantastіс
rеaԁ!! I dеfinitelу lοveԁ eveгy little
bit οf іt anԁ i also haѵe yοu saved aѕ а favoritе to check οut new things on
youг blog.
Hеre is mу web-site - Same Day Payday Loans
Catat Ulasan