Kelab Greenboc |
- Memadaikah Penjara 7 Tahun Untuk Pembakar Dan Pembuang Abu Mayat Sosilawati?
- Ku Li Enggan Terima Jadi Calon Galas
- Kes Sosilawati: 2 Dihukum Penjara 7 Tahun Lupus Bahan Bukti
- Pilihanraya Serentak Batu Sapi Dan Galas Pada 4 Nov
- Galas: Orang Asli Jadi Rebutan
- Manipulasi Pemilihan: Azmin Tak Mahu Mengaku
- Anwar Sebuas Dan Sijijik Itu?
- Kes Teoh Beng Hock: Insp Nazri Tak Mengaku Sembunyikan "Nota Terakhir"
- Kes Aminul-Rasyid: Bunyi Letupan Lebih 10 Kali
- Wang Ihsan : Mana Senarai Nama Warga Emas Dan Wang Yang Dikembalikan?
- Mustaffa Mahu Calon Isytihar Harta Dan Belanjawan Pemilihan
- Sultan Kelantan Berangkat Ke Majlis Raja-raja Pagi Tadi
- Pendedah Maklumat Mengenai Taib Mahmud Mati Diikat Beg Di Kepala
- 40 Peneroka FELDA Buat Laporan Polis Terhadap Ahmad Maslan
- Enam Maut Kereta Rempuh Pokok di Kampar
- Dollah Kassim Meninggal Dunia
- Ribut Melanda Baling. 60 Rumah Rosak.
| Memadaikah Penjara 7 Tahun Untuk Pembakar Dan Pembuang Abu Mayat Sosilawati? Posted: 15 Oct 2010 01:15 AM PDT Kes Sosilawati: Dua lagi didakwa, dipenjara selepas mengaku salahBANTING, 15 Okt — Dua lagi suspek dihadapkan di mahkamah hari ini dan kedua-duanya mengaku bersalah berhubung tuduhan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Pertuduhan dalam Bahasa Tamil ke atas U. Suresh dan K. Sarawanan dibacakan kira-kira 11.15 pagi tadi di Mahkamah Majistret di sini. Hukuman dijatuhkan selepas kedua-dua Suresh, 26, dan Sarawanan, 19, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menghapuskan bukti bagi kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain. Kedua-dua suspek yang juga pekerja ladang milik seorang peguam terbabit, yang didakwa kelmarin, dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh mereka ditangkap. Mereka merupakan antara lapan orang yang ditahan antara 9 dan 12 September lalu bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lepas.Kelmarin, peguam N. Patmanabhan, pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19; R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, 44. Sarawanan diwakili oleh peguam Roslie Sulle manakala Muhammad Naguib Abdul Malik bertindak sebagai peguam Suresh. Hurman menetapkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap kedua-dua suspek bermula dari tarikh mereka ditangkap. Empat pertuduhan dibacakan terhadap kedua-dua mereka, namun Hurman memutuskan hukuman tersebut berjalan serentak. Mengikut kertas pertuduhan, mereka membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin, Noorhisham dan Ahmad Kamil. Sarawanan dituduh membakar manakala Suresh pula membuang abu mayat keempat-empat mangsa. Kedua-dua suspek merupakan pekerja kepada Patmanabhan. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu. Berikut adalah kronologi kes itu yang menggemparkan masyarakat: * 5 Sept: Sosilawati dan tiga lagi terdiri daripada pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang selepas seminggu keluar rumah ke Banting atas urusan pembelian tanah. * 6 Sept: Dua buah kereta mewah dipercayai milik Sosilawati dan peguamnya ditemui oleh orang awam di dua lokasi berbeza di Subang Jaya. * 7 Sept: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memaklumkan polis mempunyai beberapa maklumat penting berhubung kes itu. * 10 Sept: Lima suspek ditahan di sebuah ladang di Banting. * 11 Sept : Seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya yang juga seorang peguam turut ditahan bagi membantu siasatan. Media melaporkan polis menjumpai bukti bahawa Sosilawati dan tiga lain menjadi mangsa pembunuhan kejam di Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib dan siasatan lanjut mendapati selepas dibunuh mayat mereka dibakar manakala abunya dicampakkan ke sebatang sungai berhampiran. * 12 Sept: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Bakri Zinin mengesahkan lapan suspek termasuk peguam yang menjadi suspek utama ditahan. * 14 Sept: Polis menggeledah pejabat firma guaman milik suspek utama di Banting bagi mencari bukti termasuk kes penipuan manakala waris keempat-empat mangsa menjalani ujian DAN di Hospital Kuala Lumpur. * 15 Sept: Unit Forensik Polis menemui beberapa lagi objek, dipercayai bukti penting kes di Sungai Panchau, Banting. * 16 Sept: Polis berkata selain kes bunuh, suspek utama turut disiasat berkaitan kehilangan dua lelaki lain, msing-masing warga negara India dan warga tempatan. * 18 Sept: Tempoh tahanan reman suspek utama bersama adiknya dan seorang lagi lelaki dilanjutkan. * 19 Sept: Pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang tetapi polis mengesahkan tiada kaitan dengan kematian Sosilawati. * 21 Sept: Unit penyelam Pasukan Gerakan Marin menemui satu objek seakan-akan gelang emas milik seorang daripada mangsa bunuh di kawasan kunci air Kampung Sungai Lang, Banting. Kertas siasatan kes diserah kepada Pejabat Peguam Negara. * 22 Sept: Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes dan meminta polis menjalankan siasatan lanjut. * 23 Sept: Tempoh tahanan reman lima suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain disambung untuk seminggu lagi. * 24 Sept: Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam mendakwa menerima dua aduan berhubung kehilangan anggota keluarga di Banting, Selangor yang dipercayai berkaitan suspek utama kes. * 26 Sept: Mahkamah Majistret Sepang membenarkan tahanan reman terhadap tiga suspek termasuk peguam dua beradik sehingga 1 Oktober. * 1 Okt: Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting membenarkan tahanan reman terhadap lima suspek dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati disambung sehingga 8 Okt. * 8 Okt: Polis mendapat perintah mahkamah untuk melanjutkan tempoh reman tiga suspek berhubung kes ahli perniagaan yang dilaporkan hilang baru-baru ini sehingga 13 Okt. * 11 Okt: Peguam dua beradik dan seorang suspek kes memfailkan permohonan supaya perintah lanjutan tahanan reman terhadap mereka yang diperoleh pihak polis, disemak semula. * 12 Okt: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh dua peguam adik-beradik berhubung perintah lanjutan tahanan reman. -tmi Ulasan GB Apa pendapat tuan-tuan tentang hukuman yang dikenakan oleh hakim keatas kedua-dua yang telah mengaku bersalah, membakar dan membuang abu mayat ini? Apakah memadai penjara 7 tahun? Apakah peguam ini peguam yang dilantik oleh tertuduh sendiri atau peguam yang diunjukkan oleh pihak berkenaan kepada tertuduh? Apakah peguam itu berkata kepada tertuduh "you plead for guilty, I plead for leniency?" | ||||||||||||||||||
| Ku Li Enggan Terima Jadi Calon Galas Posted: 14 Oct 2010 11:58 PM PDT Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan Umno bahagian Gua Musang - yang mengadakan mesyuarat khas petang semalam - supaya bertanding sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.Cadangan tersebut dikemukakan oleh ADUN Nenggiri, Mat Yusoff Ghani dan disokong oleh ahli jawatankuasa bahagian yang menghadiri mesyuarat khas itu di pejabat Umno bahagian selama kira-kira dua jam mulai 5 petang. Ketika dihubungi Malaysiakini, Mat Yusoff mengesahkan beliau membuat cadangan tersebut dan mendapat sokongan para AJK bahagian. Bagaimanapun, katanya, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dan ketua bahagian berkenaan, meminta mereka memilih calon lain daripada beliau dan dua ADUN dalam Parlimen Gua Musang - Nenggiri dan Paloh. Mat Yusoff berkata, mesyuarat khas itu turut meneliti senarai calon yang dicadangkan oleh kalangan AJK bahagian, yang turut mengandungi nama Tengku Razaleigh. Katanya, turut dijemput menghadiri mesyuarat khas petang semalam termasuk di kalangan wakil kerajaan, pegawai lantikan politik, penggawa di bahagian berkenaan. "Tengku Razaleigh telah memberi kebebasan kepada AJK bahagian untuk menentukan calon BN di Galas. "Dan calon pilihan mereka itu akan diserahkan kepada pihak pusat untuk diputuskan. "Beliau kata walaupun perdana menteri mahu beliau (Tengku Razaleigh) sendiri yang memilih calon, tetapi beliau mahu perdana menteri yang memutuskannya," katanya. Menurut Mat Yusoff lagi, senarai calon tersebut turut diedarkan kepada mereka yang menghadiri mesyuarat khas semalam untuk mencadangkan calon yang sesuai. "Dua tiga hari lagi kita tahulah keputusannya," tambah beliau. Galas adalah antara tiga DUN dalam parlimen Gua Musang. Kerusi tersebut kosong selepas kematian ADUN dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September, kerana barah usus. Che Hashim memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum 2008 dengan mengalahkan Mohd Saufi Deraman dari BN, dengan majoriti 646 undi. -mk | ||||||||||||||||||
| Kes Sosilawati: 2 Dihukum Penjara 7 Tahun Lupus Bahan Bukti Posted: 14 Oct 2010 11:15 PM PDT 2 mengaku salah lupus bahan bukti kes bunuh SosilawatiKUALA LUMPUR: Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini atas tuduhan melupuskan bahan bukti pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain. Kelmarin, seorang peguam, N. Pathmanabhan didakwa di mahkamah sama dengan niat bersama-sama dengan tiga lelaki lain termasuk seorang remaja belasan tahun membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Semua mereka juga didakwa membunuh pemandu Sosilawati, Kamarudin Shamsudin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB, Norhisham Mohammad, 38. Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan dan tiga lagi tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 8.30 hingga 9.45 malam, 30 Ogos lalu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat. -BH | ||||||||||||||||||
| Pilihanraya Serentak Batu Sapi Dan Galas Pada 4 Nov Posted: 14 Oct 2010 10:50 PM PDT Petaling Jaya: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini menetapkan tarikh 4 November depan sebagai pilihanraya kecil (PRK) bagi Parlimen Batu Sapi (P185), serentak dengan PRK di Galas.Begitu juga dengan penamaan calon Batu Sapi yang serentak dengan Galas iaitu pada 26 Oktober ini. Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas bermesyuarat dengan pegawai tertinggi SPR yang lain di pejabat SPR di Putrajaya. "Sebanyak 25,582 pemilih berdaftar yang layak mengundi dan 1,535 daripadanya adalah pengundi pos. Manakala sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini," katanya dalam sidang media di Putrajaya. Pilihan raya Batu Sapi merupakan PRK ke-13 selepas Galas sejak pilihan raya umum 2008. Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah (PBS) yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu 9 Oktober lalu. Mendiang yang juga Bendahari PBS menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan. Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771. | ||||||||||||||||||
| Galas: Orang Asli Jadi Rebutan Posted: 14 Oct 2010 09:30 PM PDT Umno kini menyasarkan pengundi kaum asli, yang mencatat 16% daripada populasi kawasan DUN Galas dalam Pilihan Raya Kecil pada 4 November 2010. Rancangan Ladang Rakyat di bawah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) telah dijadikan senjata UMNO-BN untuk menyerang kerajaan negeri Kelantan.Malah, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional Najib Abdul Razak mengingatkan bahawa orang asli boleh menentukan sama ada BN menang atau tidak dalam PRK Galas, ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-57, pada 10 Oktober 2010. Di ruang internet, Cyber-Trooper UMNO mula memainkan isu bagaimana projek Ladang Rakyat mengakibatkan orang asli kehilangan hak tanah. Laman web bergelar "Media UMNO Malaysia" dalam Facebook, menyelar projek tersebut kerana memberi kesan yang besar terhadap penduduk asli, terutamanya di kawasan Lojing dan Pos Brooke. Dalam artikel berjudul "Apa Sudah Jadi Ladang Rakyat" dan "Ladang Rakyat: PAS tak habis-habis jual temberang", kerajaan negeri Kelantan dituduh menggula-gulakan penduduk asli dengan janji, tetapi berakhir dengan penggondolan hutan. Bernama pula memetik pandangan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusof Abdul Ghanis bahawa PAS sememangnya menimbulkan ketidakpuasan pengundi, kerana tanah sebagai rezeki orang asli tidak diberikan geran, dan memberi kesan yang mendalam terhadap orang asli. Bagaimanapun, ahli parlimen Kuala Krai-PAS Hatta Ramli dan EXCO Kelantan, Husam Musa ketika dihubungi MerdekaReview berkata, mereka hanya boleh memberi respon setelah membaca laporan tersebut. Projek "Ladang Rakyat" dimulakan kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 2006 melalui PPLRNK, dengan tujuan untuk mengurangkan penyalahgunaan tanah kerajaan, meningkatkan pendapatan rakyat melalui penanaman dan membasmi kemiskinan. Orang asli dikhianati? Projek Ladang Rakyat ini dikatakan telah merampas hak tanah adat orang asli, apabila penerokaan dijalankan di situ. Malah, penduduk kaum asal di situ mengadu bahawa pemimpin tempatan memaksa orang asli yang terlibat dalam projek tersebut untuk mengundi PAS. Kamal , 25, dari kawasan DUN Galas ketika berucap dalam forum terbuka berjudul "Polisi Tanah Orang Asli: Impaknya" anjuran Majlis Peguam Malaysia pada 9 Oktober 2010 berkata, pembalakan dan projek Ladang Rakyat adalah masalah yang berlanjutan di Kelantan, dan ia harus dihentikan. Beliau menganggap terlalu banyak projek Ladang Rakyat dilaksanakan, dan orang yang menyokong projek Ladang Rakyat akan menyokong PAS. Pengundi Galas ini juga berada dalam dilema, sama ada untuk menyokong PAS atau Barisan Nasional. Beliau berkata, BN kini telah turun ke padang untuk berkempen, dan menawarkan perkhidmatan perubatan, pengangkutan dan sebagainya. Kalau undi PAS, tanah akan termusnah; kalau undi BN, hanya enam ekar tanah diberi – kata Kamal yang masih keraguan untuk membuat keputusan. Kamal memberi penilaiannya terhadap wakil rakyat dari parti berbeza, "dua-dua pun teruk", hanya menabur janji ketika kempen untuk pilihan raya, dan "balik tidur selepas menang". Kamal yang berasal dari Pos Brooke ketika ditemuramah MerdekaReview berkata, sesetengah penduduk tempatan telah mendaftar untuk menyertai projek Ladang Rakyat, dan insentif RM200 akan diberikan setiap bulan kepada peserta. Bagaimanapun, mereka diberitahu ahli PAS tempatan bahawa insentif ini akan dibatalkan seandainya mereka tidak mengundi PAS. Kamal yang hadir ke forum bersama empat orang rakan sekampung berkata, orang asli akan mengundi parti politik yang benar-benar mampu membantu mereka. Seandainya tiada parti yang mampu berbuat demikian, maka mereka tidak akan keluar untuk mengundi. Pengundi kaum asli melonjak ke 1926 orang Nisbah pengundi Melayu, Cina dan India menunjukkan penurunan jikalau dibandingkan dengan maklumat daftar pemilih ketika PRU ke-12. Sebaliknya, bilangan dan nisbah pengundi kaum asli meningkat dari 1,066 kepada 1,926 orang, penambahan sebanyak 860 orang atau bersamaan 6.35%. Sekali imbas, Allahyarham Che Hashim Sulaiman-PAS menewaskan calon UMNO Mohd Saufi Deraman dalam PRU ke-12 dengan majoriti 646 undi. Jelas, peningkatan bilangan pengundi kaum asli semestinya akan menjadi rebutan kedua-dua parti politik.
*Lain-lain terdiri daripada kaum asli, 1,889 orang (16.37%), bumiputera Sarawak 10 orang (0.09%) dan yang lain-lain 27 orang (0.23%), membawa jumlah kepada 1,926 orang (16.67%). Apa yang menarik, UMNO-BN menyerahkan amanah "Pengarah Pilihan Raya" kepada Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (atau dikenali Ku Li), dan bukannya kepada Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Presiden UMNO, atau Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO seperti biasa. Najib terpaksa menarik sokongan Ku Li yang disanjung tinggi di kawasan Gua Musang, salah satu daripada dua kerusi parlimen yang dimenangi UMNO-BN di Kelantan, daripada 14 yang dipertandingkan dalam PRU ke-12. Tiga kawasan DUN yang berada di bawah kawasan parlimen Gua Musang termasuklah Galas, Nenggiri dan Paloh. Selama ini kawasan tersebut dianggap kubu BN, berikutan pengaruh Ku Li. PAS hanya berjaya menawan Galas dengan majoriti tipis (646 undi), sedangkan BN memenangi Paloh dengan majoriti 2,833 undi dan Nenggiri dengan majoriti 2,090 undi. Daripada nisbah pengundi mengikut kaum, UMNO-BN berjaya meraih undi majoriti yang besar di Nenggiri yang mempunyai 85.78% pengundi Melayu, dan Paloh yang mempunyai 98.60% pengundi Melayu. Justeru itu, UMNO-BN dipercayai mampu mengekalkan sokongan Melayu, dan menyasarkan pengundi bukan Melayu untuk memenangkan mereka. Pemilihan calon EXCO kerajaan negeri Kelantan Husam Musa memberitahu MerdekaReview, bahawa beliau mencadangkan agar PAS melantik calon dari kaum asli, yang tidak semestinya beragama Islam untuk menyarung jersi PAS dalam PRK Galas yang akan berlangsung dari 26 Oktober hingga 4 November 2010. Bagaimanapun, sumber dalam parti memberitahu MerdekaReview bahawa calon PAS kemungkinan seorang doktor yang berasal dari Gua Musang, dan calon berketurunan kaum asli hanyalah strategi untuk mengelirukan musuh parti. Sementara itu, UMNO-BN juga mungkin melantik seorang calon dari Bahagian Gua Musang, dan kita bakal menyaksikan pertarungan antara dua orang calon tempatan. -MR | ||||||||||||||||||
| Manipulasi Pemilihan: Azmin Tak Mahu Mengaku Posted: 14 Oct 2010 08:25 PM PDT Azmin: Saya tak manipulasi pemilihan untuk menangKUALA LUMPUR, 14 Okt — Calon jawatan timbalan presiden PKR Azmin Ali menyangkal dakwaan bahawa beliau bersama "puaknya" memanipulasikan proses pemilihan agar memihak kepada mereka. "Kesemua masalah dalam parti, saya dipersalahkan. Saya bukan ahli jawatankuasa pemilihan pusat, jadi anda kena rujuk perkara ini kepada mereka," kata beliau (gambar) kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini. "Bagaimana saya boleh memanipulasikan keputusan pemilihan? Saya bertanya anda... bagaimana saya memanipulasikan undi? "Ini adalah pemilihan langsung, sistem baru dalam parti. "Setiap ahli ada satu undi, jadi mereka perlu datang untuk mengundi. Saya tidak boleh memanipulasikan undi," kata beliau dalam nada jengkel apabila wartawan terus mengajukan soalan berkaitan dakwaan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR N. Gobalakrishnan juga di bangunan Parlimen. Gobalakrishnan memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Azmin, yang juga Naib Presiden PKR, dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk "puak" untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti. "Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian. "Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua. "Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini," kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar. Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini. Mengulas lanjut, Azmin berkata, ketika proses pengiraan undi, pegawai-pegawai pemilihan parti akan turut hadir dan memang mustahil baginya memanipulasikan undi. "Dan, cabang-cabang pula akan mengemukakan laporan mereka kepada ibu pejabat. Jadi, saya tidak berada dalam kedudukan untuk memanipulasikan undi," katanya lagi. Azmin juga menegaskan bahawa parti telah menghantar notis kepada semua cabang supaya mengemukakan senarai pencalonan mereka kepada jawatankuasa pemilihan sebelum 10 Oktober. "Sebagai ketua cabang, saya juga menerima notis daripada sekretariat mengingatkan bahawa setiap cabang perlu mengemukakan laporan bertulis mereka sebelum 10 Oktober. "Jadi, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, anda kena memastikan bahawa kesemua laporan diserahkan. Ia proses yang mudah dan kena menghormatinya. Jangan berkata, kerana masalah itu pun saya juga dipersalahkan. "Tidakkah anda bersimpati dengan saya... saya dipersalahkan kerana semua masalah," katanya lagi. -TMI Ulasan GB Pemilihan PKR kali penuh dengan segala macam konspirasi yang mencemarkan parti itu ke tahap paling memualkan. Ia semata-mata bermula dari perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, apabila calonnya, ADUN Bukit Antarabangsa yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Hj Ali melakukan kempen secara agresif, menjauhi nilai-nilai akhlak serta dilihat keterlaluan untuk memenangi jawatan itu "dengan apa cara sekalipun" dan ia seperti seolah-olah direstui oleh pucuk pimpinan parti, bermula dari Penasihat PKR sendiri sampailah ke bawah. Apabila Datuk Zaid Ibrahim mengisytiharkan untuk bertanding jawatan yang sama, Azmin telah memulakan serangannya terhadap beliau sekalipun tanpa memperdulikan serangan itu berunsur fitnah atau tidak. Zaid tiba-tiba dikecam kerana kononnya telah melakukan kritikan pedas kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Penasihat PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seperti seolah-olah kedua-dua mereka tidak boleh dikritik, maka bersuaralah Azmin bersama-sama pengikutnya menghentam Datuk Zaid Ibrahim, dengan menimbulkan fitnah kononnya Datuk Zaid didalangi oleh orang tertentu untuk kononnya menghancurkan parti. Apakah PKR serupa dengan UMNO dimana pimpinan tertinggi tidak boleh lansung disentuh dan dikritik oleh sesiapa pun? Apakah semasa Zaid mengkrtik pimpinan tertinggi parti yang dituduh biadab kemudian terus sahaja dilabelkan pengkhianat? Seterusnya dicari-cari apa saja yang boleh dijadikan alasan, samada benar atau tidak, untuk mengiyakan label pengkhianat itu kepada beliau? Tak boleh kritik pimpinan secara terang-terangan, kata seorang blogger. Nak kritik pimpinan, kerana lakukan secara dalaman, tambahnya. Tetapi satu ketika dahulu bila Azmin secara terang-terang bukan sahaja mengkritik, tetapi menghentam MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim itu tidak mengapa? Kemudian, Azmin dengan taktik wayangnya pula, berjaya meyakinkan ahli-ahli parlimen dan ADUN-ADUN untuk membuat kenyataan "menyokong pencalonannya", sesuatu tindakan dan amalan kurang sihat yang mana taktik ini adalah taktik yang digunakan oleh parti-parti politik komponen pemerintah untuk memenangi jawatan di dalam parti. ![]() ![]() ![]() Sehingga tiba waktu pemilihan di cabang-cabang, "YB-YB Kuda" ini berkeliaran menagih pencalonan dari perwakilan untuk Azmin. Sehingga akhirnya berlaku kekecohan di banyak lokasi pemilihan. Hal ini dapat dibendung jika Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), pimpinan tertinggi dan sekalian YB PKR bertindak berkecuali serta adil. Tetapi ini berlaku. Rupa-rupanya kebanyakan JPP termasuk Setiausaha Agong PKR sendiri, mengambil sikap berpihak. Ini kerana mereka dan sekalian YB-YB ini takut namanya dicicirkan oleh Anwar nanti di dalam senarai wakil rakyat sewaktu pilihanraya akan datang! Senario seterusnya? Rakyat akan menghukum PKR di dalam pilihanraya akan datang. Kita sama-sama tunggu dan lihat apakah perkataan GB ini benar atau tidak. | ||||||||||||||||||
| Posted: 14 Oct 2010 07:05 PM PDT Mohd Saiful Dakwa Diliwat Individu Berprofil Tinggi Tanpa KondomKUALA LUMPUR, 14 Okt - Ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng memberitahu Mahkamah Tinggi Khamis bahawa semasa merekodkan sejarah perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun, 2008, Mohd Saiful menyatakan bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofil tinggi sejak dua bulan sebelum itu, tanpa menggunakan kondom. Beliau berkata Mohd Saiful memaklumkan kepadanya bahawa individu berkenaan tidak menggunakan kekerasan terhadapnya dan bahan pelincir digunakan dalam perbuatan itu, dengan episod terakhir berlaku dua hari sebelum dia pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan. Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan semasa pemeriksaan utama bilakah Mohd Saiful memberitahunya tentang perkara itu, Dr Siew berkata beliau mendapat maklumat itu daripada Mohd Saiful semasa merekodkan sejarah perubatannya. "Selepas Mohd Saiful memberitahu dia diliwat, saya bertanya kepadanya sama ada kondom telah digunakan, Mohd Saiful menjawab tidak, tapi katanya bahan pelincir telah digunakan," kata Dr Siew pada perbicaraan kes liwat Pemimpin Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Dr Siew, yang berpengalaman mengendalikan antara 200 dan 300 kes forensik dan menyelia 20 kes liwat, berkata selepas beliau menemubual Mohd Saiful, pakar bedah umum Dr Mohd Razali Ibrahim dan pakar penjagaan kecemasan HKL, Dr Khairul Nizam Hassan pula melakukan pemeriksaan. Katanya Dr Khairul Nizam membuat pemeriksaan terhadap tubuh Mohd Saiful, manakala Dr Mohd Razali memeriksa bahagian sulit pesakit itu. Beliau berkata para doktor berkenaan mendapat keizinan Mohd Saiful sebelum melakukan pemeriksaan perubatan terhadap bahagian sulit mangsa dan merakam gambarnya. Menjawab soalan Nordin sama ada pemeriksaan itu dibuat secara serentak, beliau berkata ia dibuat satu demi satu oleh dua doktor berkenaan. Dr Siew berkata peranan beliau ialah mengendalikan spesimen yang diambil daripada Mohd Saiful. Dr Siew, 40, saksi ketiga pendakwa, berkata laporan perubatan yang disediakan oleh beliau serta Dr Razali dan Dr Khairul Nizam, selepas membuat pemeriksaan terhadap Mohd Saiful, adalah tidak konklusif dan komprehensif kerana ia dibuat tanpa laporan kimia. Doktor itu berkata beliau membuat keputusan secara konklusif bahawa berdasarkan keputusan empat sapuan yang diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful semasa pemeriksaan perubatan pada 28 Jun, 2008, beliau mengesahkan bahawa telah berlaku penetrasi alat kelamin lelaki. Katanya laporan yang disediakan oleh beliau, Dr Mohd Razali dan Dr Khairul Nizam pada 11 Julai, 2008, dibuat tanpa laporan kimia mengenai sapuan berkenaan dan lokasi ia diambil. "Berdasarkan laporan itu dan mengetahui lokasi tempat sampel itu diambil, sekarang saya boleh mengesahkan bahawa telah berlaku penetrasi alat kelamin lelaki," kata Dr Siew bagi menjawab pertanyaan Nordin. Menjawab soalan sama ada liwat boleh berlaku tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan pada kawasan dubur mangsa, Dr Siew berkata perkara itu boleh berlaku sekiranya bahan pelincir digunakan atau kejadian itu lewat dilaporkan kepada doktor. "Ini berkemungkinan terjadi apabila perbuatan itu tidak melibatkan kekerasan atau sanggahan," kata Dr Siew. Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa Dr Mohd Razali mengumpul sapuan yang ditanda sebagai B5, B7, B8 dan B9 yang diserahkan kepadanya dan menyita sampel berkenaan dalam botol yang distril sebelum melabel dan menyerahkannya kepada pegawai penyiasat kes berkenaan DSP Juge Blacious Pereira pada kira-kira pukul 12.35 tengah hari keesokan harinya (29 Jun, 2008). Dalam keterangannya, saksi keempat pendakwa, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah membuat pemeriksaan fizikal terhadap Mohd Saiful, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Katanya dalam pemeriksan itu, beliau mendapati terdapat tiga tanda pada bahagian kiri dan kanan bahagian atas belakang Mohd Saiful dan satu tanda pada bahagian tengah di kanan belakang mangsa, dan kemudian mengukur tanda-tanda itu. Dr Khairul Nizam juga berkata penetrasi alat kelamin lelaki telah berlaku berikutan penemuan air mani lelaki pada bahagian 'periannal, low rectal dan high rectal' Mohd Saiful. Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar menangguhkan pemeriksaan balasnya terhadap tiga doktor itu kepada 25 Okt. Terdahulu, Karpal memberitahu mahkamah bahawa beliau akan mengusulkan prosiding menghina terhadap individu tertentu berhubung kenyataan yang dibuat kepada media. Katanya kenyataan itu tidak boleh dibincangkan kerana ia boleh mewujudkan prejudis terhadap perbicaraan kes berkenaan. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah meluluskan permohonan Karpal untuk memfailkan permohonan rasmi bagi mendapatkan prosiding menghina. - BERNAMA Ulasan GB Siapa yang berdusta. Anwar atau Saiful? Jika saya berkesempatan untuk bertemu Anwar, saya akan bertanya: "Benarkah dakwaan Saiful itu? Katakan "Ya" atau "Tidak" sahaja. Jika "Ya", maka tiada siapa yang berdusta. Jika "Tidak" maka salah seorangnya berdusta atau kedua-dua sekali pendusta. Tiba-tiba Anwar berkata, "Najib akan paggil pilihanraya mengejut", untuk menghentikan soalan GB itu supaya ahli-ahli PR jangan sibuk-sibuk cungkil halnya. Sadangkan di luar sana, tidak ada ribut, tidak ada taufan, untuk Najib memanggil pilihanraya umum secara mengejut itu. | ||||||||||||||||||
| Kes Teoh Beng Hock: Insp Nazri Tak Mengaku Sembunyikan "Nota Terakhir" Posted: 14 Oct 2010 05:50 PM PDT Pegawai Penyiasat Dakwa Tiada Niat Sorok SuratSHAH ALAM: Pegawai Penyiasat (IO) Asisten Superintendan Ahmad Nazri Zainal memberitahu Mahkamah Koroner di sini pada Khamis, bahawa beliau tidak pernah berniat mahu menyembunyikan surat yang didakwa ditulis oleh pembantu politik, Teoh Beng Hock sebelum dia ditemui mati. Ahmad Nazri, 38, yang merupakan saksi inkues ke-35 berkata, beliau telah pun memaklumkan mengenai penemuan surat tersebut yang ditulis dalam karakter Cina dan tulisan rumi sebaik sahaja beliau menyedari isi kandungannya pada Mac lalu. "Semasa saya menemui surat itu, tiada seorang pun di dunia yang tahu. Tetapi saya berlaku jujur dan memaklumkan penemuan dan membawa surat tersebut kepada Jabatan Peguam Negara," tambahnya.Mendengarkan jawapan Ahmad Nazri, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh dengan spontan mengatakan bahawa beliau sedar saksi telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai IO. Bagaimanapun, Gobind tetap menyoal saksi mengapa tiada siasatan dibuat terhadap isi kandungan surat itu (yang ditemui dalam beg sandang Teoh di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia –SPRM) kerana ia dapat membantu inkues yang telah berlangsung lebih daripada setahun. Ahmad Nazri: Saya telah memaklumkan kepada pihak atasan dan juga pendakwa raya, tetapi tidak mendapat arahan untuk menyiasat. Gobind: Kamu sebenarnya menunggu arahan untuk menyiasat, tetapi tidak menerima arahan tersebut? Ahmad Nazri: Prosiding inkues telah bermula, jadi saya berpendapat surat itu mungkin akan dikemukakan di mahkamah menerusi saya sebagai IO. Gobind: Saya cadangkan sebab surat disimpan adalah kerana ia boleh menunjukkan pekara sebenar iaitu pegawai SPRM telah menekan Teoh sehingga membawa kepada kematiannya? Ahmad Nazri: Saya tidak tahu. Gobind: Selepas keterangan Dr Pornthip Rojasunan, Dr Peter Vanezis dan Dr Shahidan Md Noor mengenai kesan pada leher Teoh diterima, pihak pendakwaan tidak tahu bagaimana mahu menjawab. Oleh itu, mereka membuat keputusan untuk mengemukakan surat ini untuk cuba menyakinkan bahawa Teoh membunuh diri? Ahmad Nazri: Tidak benar. Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima, Plaza Masalam di Seksyen 9, di sini dan kematiannya menimbulkan persoalan kerana beberapa jam sebelum itu dia dipanggil untuk memberi kenyataan di pejabat SPRM, yang terletak di tingkat 14 bangunan sama. Prosiding inkues yang didengar di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas bersambung 22 Oktober ini | ||||||||||||||||||
| Kes Aminul-Rasyid: Bunyi Letupan Lebih 10 Kali Posted: 14 Oct 2010 04:15 PM PDT Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, dia mendengar bunyi seperti letupan mercun diselang-seli siren polis, sebelum diakhiri dentuman kuat di tempat kematian Aminulrasyid Amzah, di Seksyen 11, akhir April lalu.Zafrullah Ahmad Zainal Abidin, 28, berkata, dia mendengar bunyi letupan rambang itu lebih 10 kali, tetapi berubah menjadi makin kuat apabila menghampiri kawasan rumahnya, sebelum melihat kereta tersadai kira-kira 30 meter dari kediamannya. "Bunyi itu diselangi siren polis dan makin kuat kedengaran. Akhir sekali saya mendengar dentuman seperti bunyi objek terlanggar dinding," katanya ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes polis berpangkat koperal yang dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15. Jenain Subi (gambar), 48, didakwa menyebabkan kematian pelajar tingkatan tiga itu jam 1.10 pagi pada 26 April lalu. Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini. Bapa kepada empat anak itu menghadapi hukuman maksimum penjara 30 tahun dan boleh didenda mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, Adilah Ahmad dan Siti Rohaida Che Hamid, manakala tertuduh diwakili peguam bela Salim Bashir dan M Athimulan. Zafrullah yang juga saksi pendakwaan ke-15 itu berkata, selepas mendengar dentuman kuat, dia bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kereta melanggar dinding pagar dan dua kereta peronda mengepung kenderaan itu. | ||||||||||||||||||
| Wang Ihsan : Mana Senarai Nama Warga Emas Dan Wang Yang Dikembalikan? Posted: 14 Oct 2010 08:59 AM PDT Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, menggesa Umno Pulau Pinang supaya segera mengemukakan bukti tentang dakwaan mereka bahawa sebahagian besar warga emas menolak sumbangan wang penghargaan sebanyak RM100 sepertimana yang diuar-uarkan sebelum ini.Menurutnya, jika sebelum ini Umno menjadikan warga emas sebagai alat untuk memperdayakan mereka bagi mendapat sokongan yang hilang terhadap mereka, maka adalah lebih baik bagi Umno mengemukakan bukti segera supaya tidak dilihat sebagai membohongi warga emas yang tidak bersalah. "Sila kemukakan kepada kerajaan negeri dengan tepat butir-butir peribadi penerima serta surat akuan yang ditandatangani oleh warga emas sendiri membuktikan mereka sememangnya melakukannya dengan ikhlas untuk menarik diri dari menjadi penerima sumbangan tersebut. "Sebaik saja kita menerima butir-butir yang telah sahih itu, maka nama mereka yang telah dikenal pasti akan dipotong dari senarai penerima. Kita tidak mahu maklumat yang diberikan tidak benar serta tidak langsung terdapat nama mereka dalam sistem yang direkodkan sebelum ini," ujarnya ketika mengulas tindakan sebahagian besar warga emas yang menunjukkan sokongan terhadap kerajaan negeri di Dewan Ahmad Badawi, Butterworth, kelmarin. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungei Puyu berkata, sepatutnya Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang hadir dalam sidang Dun yang lalu menjelaskan perkara yang benar kepada warga emas. Namun begitu berlaku sebaliknya, apabila Azhar yang mengetahui mengenai peruntukan sebanyak RM20 juta yang telah diluluskan dalam sidang Dun itu tidak menyatakan kebenaran tersebut. "Sekiranya perkara yang sememangnya benar beliau ketahui dalam sidang Dun sendiri tidak dapat beliau nyatakan kebenarannya, maka bagaimana kita hendak mengharapkan beliau dapat memberi pembelaan yang sewajarnya kepada masyarakat yang diwakili oleh beliau," tegasnya lagi. -harakahdaily ![]() ![]() ![]() | ||||||||||||||||||
| Mustaffa Mahu Calon Isytihar Harta Dan Belanjawan Pemilihan Posted: 14 Oct 2010 08:30 AM PDT Mustaffa Kamil Ayub yang bertanding jawatan timbalan presiden parti hari ini menggesa setiap calon mengisytiharkan harta dan belanjawan kempen masing-masing bagi membuktikan partinya boleh menjalankan pemilihan bersih.Selain itu, naib presiden PKR ini juga meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) memperkenalkan penggunaan sistem cap jari bagi menjamin ketelusan dalam sistem pemilihan yang julung kali memperkenalkan kaedah satu ahli satu undi. "Sekali saya cadangkan, JPP perkenalkan sistem dedah akaun peribadi calon dan cap jari demi mengangkat imej parti sebagai parti yang bersih dan saksama," kata Mustaffa (gambar). "Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia," kata beliau. Cadangan itu dikemukakan ketika tinggal dua hari lagi bagi kesemua bakal calon perlu mengesahkan penerimaan pencalonan masing-masing. Mustaffa berkata, cadangan. Itu penting diamalkan demi memperkasakan imej parti yang sedia bersih supaya dilihat berintegriti di mata rakyat dan dunia. "Tidak memadai pemimpin Keadilan bersih, tetapi kepemimpinan kita mesti dilihat bersih oleh rakyat Malaysia dan dunia melalui pembaharuan institusi ini," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Katanya, sistem dedah akuan peribadi calon dan celup jari demi mengangkat imej parti sebagai parti yang bersih dan saksama. Difahamkan, 'institutional reform' adalah usaha mereformasi sistem pilihan raya dan demokrasi yang sedia ada supaya mampu mengangkat pemimpin yang paling adil dan bersih. Kata beliau, pemilihan kali ini wajar dijadikan pelantar ujian pada perubahan landskap tanah air memandangkan PKR bersama-sama parti-parti oposisi yang lain pada pilihan raya umum ke-12 lalu telah pun mempopularkan cadang-cadangan tersebut melalui wadah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). "Semua ini relevan dan realistik untuk dilaksanakan dalam negara dengan kita menjadikan parti kita sebagai pelantar ujian yang sihat," kata Pengerusi PKR Perak ini. "Sempena proses pemilihan peringkat pusat dengan pengesahan calon-calon bertanding 16 Oktober ini, saya mencadangkan semua calon mengisytiharkan harta serta belanjawan masing-masing," katanya. Kata beliau, boleh dikatakan sepanjang pilihan raya umum dan kecil lepas, oposisi mengajak rakyat percaya bahawa kebanyakan pemimpin Umno dan BN mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. "Kita bukan sahaja mencabar mereka yang terbabit mendedahkan akaun masing-masing dan belanjawan pilihan raya masing-masing sempena pilihan raya. "Malah, kita juga mendesak pihak berwajib seperti SPR dan SPRM supaya menyiasat beberapa pemimpin Umno dan BN yang kita anggap tiada integriti. "Cabaran dan desakan ini semata-mata kerana kita mahu melihat proses pilihan raya dan demokrasi berlangsung secara bersih, bebas dan adil," kata Mustaffa yang juga Pengerusi Akademi Latihan PKR. "Apa yang kita cadangkan serta desakan ini, bagi saya adalah suatu pembaharuan institusi iaitu kita mereformasi sistem yang sedia ada supaya mengangkat pemimpin yang adil dan bersih," kata beliau lagi. Menurut Mustaffa, PKR gagal membenamkan parti rejim jua sebenarnya ekoran gagal membawa pembaharuan institusi terlebih dahulu ke dalam negara. "Sebab itu, rakyat perlu menganggap beberapa tuntutan Bersih ke atas SPR menjelang pilihan raya umum ke-12 lalu sebagai suatu pembaharuan institusi. "Institusi yang direformasi menjadi bebas, adil dan demokratik pastinya akan mengangkat kepemimpinan yang integriti, adil dan demokratik," kata beliau. Mustaffa memberitahu, sekarang PKR khususnya Pakatan Rakyat tidak mampu melakukan semua pembaharuan institusi ini dalam kerajaan khususnya SPR kerana masih tidak berpeluang mendapat mandat rakyat. "Tetapi, kita khususnya JPP mempunyai kuasa untuk membuktikan bahawa semua ini relevan dan realistik untuk dilaksanakan dalam negara, dengan kita menjadikan parti kita sebagai pelantar ujian yang sihat," kata Mustaffa lagi. "Biar dunia melihat bahawa semua cadangan pembaharuan institusi ini relevan dan realistik untuk dilaksanakan dalam Malaysia dengan melihat pelantar ujian kita. "Yang terjejas, mungkin pemimpin yang melakukan korupsi atau menyalah guna kuasa sahaja," katanya. Sambil menekankan bahawa rakyat akan melihat komitmen ini, Mustaffa berkata, tidak mustahil rakyat akan sokong usaha ini dan bersedia memberi mandat kepada Pakatan Rakyat khususnya PKR kerana mereka percaya parti ini jika memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 kelak akan laksanakan pembaharuan institusi dalam negara sebagaimana yang telahpun dibuktikan dalam parti. "Satu lagi, saya cadang kita laksanakan cat jari sempena pemilihan kali ini. "Cadangan ini yang bagi saya satu lagi pembaharuan institusi mampu membuka mata rakyat. "Rakyat akan berkata, 'rupa-rupanya sistem cat jari dan dedah akaun peribadi calon tidak lah mengganggu sistem demokrasi," katanya. Beliau berkata jika PKR boleh buat, mengapa kerajaan pusat masih cipta alasan untuk membodohkan rakyat. Ulasan GB Apa yang disampaikan oleh Mustaffa Kamil Ayub itulah apa yang selama ini GB perjuangkan. Bahawa, untuk mewujudkan sistem pemerintahan yang bersih dan adil, maka ia bermula dari parti kita sendiri. Bagaimana mungkin kita hendak memperjuangkan keadilan dan kebersihan jika pemimpin parti sendiri bersikap berat-sebelah, partisan dan penuh dengan kosnpirasi serta wayang-wayang? Bagaimana mungkin kita hendak mewujudkan sebuah kerajaan yang baik jika calon-calon yang bertanding giat menabur fitnah tanpa bukti dengan melakukan serangan-serangan peribadi terhadap calon lawan semata-mata kerana takut dengan bayang-bayang sendiri? Bagaimana mungkin kita mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang telus dan stabil jika parti sendiri bergelandangan dengan kekecohan akibat manusia-manusia yang kemaruk kuasa dan berebut jawatan? Semuanya itu sepatutnya dihentikan. Tetapi mungkinkah PKR berjaya sedangkan perbuatan-perbuatan buruk dan jelek itu dimainkan oleh pemimpin-pemimpin peringkat tertinggi sendiri? PKR bakal rebah jika terus-terusan bermain politik ala UMNO. | ||||||||||||||||||
| Sultan Kelantan Berangkat Ke Majlis Raja-raja Pagi Tadi Posted: 14 Oct 2010 07:30 AM PDT Majlis Raja-Raja Mengalu-Alukan Keberangkatan Sultan Muhammad VKUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat selama dua hari di Istana Negara di sini bermula Rabu mengalu-alukan keberangkatan hadir Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai anggota penuh Majlis itu. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mempengerusikan mesyuarat ke-222 itu, bertitah bahawa Majlis itu mendoakan agar Kelantan Darul Naim terus aman dan tenteram serta Sultan Muhammad V dapat memerintah dengan adil dan saksama, agar negeri itu menuju kejayaan, dan baginda sentiasa dikasihi rakyat. "Paduka Ayahanda bagi pihak diri sendiri dan juga Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Maha Mulia Seri Paduka Anakanda atas pemasyhuran Anakanda," titah Sultan Sharafuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Khamis. Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 yang baru di Istana Balai Besar, Kelantan bulan lepas bagi menggantikan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra yang sedang gering sejak lebih dari setahun. Titah Sultan Sharafuddin, sebagai seorang berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pernah dilantik sebagai Pemangku Sultan Kelantan, serta berjiwa rakyat, Majlis Raja-Raja berkeyakinan penuh bahawa Sultan Muhammad V dapat memberi bantuan, input serta idea-idea baru kepada Majlis Mesyuarat Raja-Raja. Sultan Sharafuddin turut bertitah, baginda dan semua Raja Melayu serta Yang di-Pertua Negeri turut dukacita atas kegeringan Sultan Ismail Petra dan mendoakan semoga kesihatan baginda bertambah baik. Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abdidin, Khamis berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berakhir di sini. Seri Paduka diiiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mesyuarat itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Pahang, yang diwakili Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Perak, oleh Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, dan Terengganu, oleh Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel. Menurut kenyataan itu, mesyuarat, antara lain, membincangkan perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, agama Islam, pelantikan-pelantikan dan Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri serta Biasiswa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. -Bernama Ulasan GB Sultan Kelantan Dikasihi Rakyatnya | ||||||||||||||||||
| Pendedah Maklumat Mengenai Taib Mahmud Mati Diikat Beg Di Kepala Posted: 14 Oct 2010 06:00 AM PDT Bekas pekerja empayar firma perniagaan yang dimiliki oleh keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijumpai mati Ahad lalu di sebuah bilik hotel di Los Angeles dengan sebuah beg diikat di kepalanya.Ross J Boyert, 60, adalah bekas ketua pegawai operasi Sakti International - firma hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang dimiliki oleh keluarga Taib. "Menurut spekulasi, dia mungkin membunuh diri, tetapi pihak koroner masih menangguhkan keputusan sementara menunggu siasatan lanjut," kata laman sesawang anti-Taib Sarawak Report, yang sebelum ini banyak mendedahkan berita 'mengejutkan' berhubung keluarga ketua menteri itu. Menuruk Sarawak Report, Boyert telah berkhidmat selama 12 sebagai pengurus yang mengendalikan beberapa blok pejabata dan unit kediaman yang dimiliki oleh keluarga Taib di San Francisco dan Seattle. Sakti International dianggarkan memiliki hartanah bernilai US$80 juta (RM258 juta). Antaranya adalah Bangunan Abraham Lincoln yang setinggi 14 tingkat yang didakwa mempunyai sistem keselamatan yang canggih. Bangunan ini menempatkan pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) cawangan Seattle dan unit pencegahan pengganas - Washington Fusion Centre. Boyert adalah pegawai yang bertanggungjawab bagi membantu Sakti International memujuk FBI menempatkan cawangannya itu di bangunan berkenaan pada 1998.Selain Bangunan Abraham Lincoln, hartanah utama Sakti yang lain termasuk 260 California Street, San Francisco, yang penyewanya termasuk Citibank. Boyert mengambil-alih pengurusan Sakti International yang tenat pada 1994 daripada anak Taib - Sulaiman - yang ketika itu seorang pelajar di California. Sulaiman, yang sekarang ini adalah ahli parlimen mengambil-alih kerusi bapanya di Kota Samaharan. Beliau meletak jawatan sebagai timbalan menteri pelancongan tahun lalu dengan alasan faktor peribadi. Menurut khabar angin, Sulaiman sekarang menghadapi masalah kesihatan. Diketepikan keluarga Taib Menurut Sarawak Report, Boyert meninggalkan Sakti International pada 2006 setelah persaingan yang tidak sihat berlaku di kalangan keluarga Taib. "Butiran berhubung apa yang terjadi ke atasnya boleh didadapti daripada rekod samannya di mahkamah di California. Rekod berkenaan membekalkan beberapa maklumat di sebalik pendedahan kepentingan hartanah yang dimiliki oleh Taib yang dibuat oleh Sarawak Report," lapor laman sesawang itu. Taib, yang memerintah Sarawak sejak 1981, disebut sebagai antara rakyat Malaysia yang terkaya dan mempunyai kepentingan perniagaannya baik secara langsung ataupun melalui pihak ketiga di dalam dan juga di luar negara.Antara konglomerat yang menonjol kepunyaan keluarganya adalah Cahaya Mata Sarawak Bhd, yang banyak diberikan kontark membina infrastruktur di Sarawak. Menurut notis saman yang dikemukakan oleh Boyert, Sulaiman menjanjikan beliau 50 peratus keuntungan Sakti International jika berjaya menyelamatkan syarikat itu. Namun, Sulaiman yang kurang cekap kemudiannya digantikan sebagai pengarah tunggal dengan menantu Taib yang berbangsa Kanada, Sean Murray - suami kepada seorang lagi anak Taib - Jamilah. -mk | ||||||||||||||||||
| 40 Peneroka FELDA Buat Laporan Polis Terhadap Ahmad Maslan Posted: 14 Oct 2010 05:00 AM PDT Ahmad Maslan didakwa hina penerokaLebih 40 peneroka Felda dari Negeri Sembilan telah membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan kerana didakwa menghina peneroka Felda baru-baru ini. Diketuai oleh presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman; peneroka terbabit membuat laporan di balai polis Seremban 2 dengan mendakwa Ahmad menghina mereka dalam laporan akhbar Harian Metro bertarikh 8 Oktober 2010. Menurut Mazlan, terdapat 14,882 peneroka dari seluruh negara yang masih belum mendapat semula wang tanam semula mereka berjumlah RM17,000 setiap seorang. "Bagaimanapun Ahmad dalam laporan akhbar tersebut berkata Felda tidak memberi wang tanam semula kepada peneroka bagi mengelak ianya disalahguna. "Beliau berkata jika wang itu diberikan kepada peneroka, mereka akan membelanja duit itu untuk membeli motor, baiki rumah dan beli kereta. "Beliau juga menghina peneroka dengan berkata kebun peneroka akan bertukar menjadi hutan dan dipenuhi dengan babi hutan, ular sawa dan tikus," kata Mazlan. Sehubungan itu, beliau menuntut Ahmad menarik balik kenyataannya "yang mengguris perasaan dan bersangka buruk terhadap peneroka". "Beliau mesti meminta maaf atas ungkapan yang berunsur penghinaan terhadap peneroka. "Sebagai satu pengajaran, hari ini saya bersama wakil peneroka di Negeri Sembilan membuat laporan polis agar satu siasatan dijalankan terhadap beliau," tambahnya. Mazlan turut menjelaskan bahawa wang tanam semula adalah hak peneroka, di mana wang tersebut dicarum melalui potongan bulanan, hasil daripada pendapatan peneroka selama 20 tahun sebelum ini. Oleh itu, tegasnya, adalah tidak munasabah untuk mempersoalkan penggunaan wang tanam semula oleh peneroka. Turut hadir menemani peneroka membuat laporan polis ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamed Omar. | ||||||||||||||||||
| Enam Maut Kereta Rempuh Pokok di Kampar Posted: 14 Oct 2010 03:45 AM PDT Enam Maut Kereta Rempuh Pokok di KamparKAMPAR: Enam orang, iaitu empat lelaki dan dua perempuan, terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang pokok dan terbakar di tepi jalan di Km 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat sini awal, pagi Khamis. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Abdul Aziz Salleh berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu ialah pemandu kereta Lim Kar Wai, 20, Yap Heng Loong, 21, Soo Poi Wan, 18 (wanita), Wong Chee Keong, 23, dan Tang Wai Leong, 18. Seorang lagi mangsa wanita yang masih belum dikenal pasti identitinya, meninggal dunia di Hospital Kampar pada pukul 4.50 pagi, katanya kepada pemberita di sini pada Khamis. Beliau berkata lima mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan mengalami kebakaran 80 peratus di badan. Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Abdul Aziz berkata kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Lim dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampar dikatakan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebatang pokok di kanan jalan dan terbakar. Akibat kemalangan itu, kereta jenis Honda City tersebut musnah terbakar dan pasukan Bomba dan Penyelamat dari sini dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan kesemua mangsa. -BERNAMA ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ||||||||||||||||||
| Posted: 14 Oct 2010 03:15 AM PDT Dollah Kassim bekas pemain bola sepak terkenal Singapura meninggalSINGAPURA - Dollah Kassim, bekas pemain bola sepak terkenal Singapura pada tahun-tahun 70-an meninggal dunia di rumahnya di sini hari ini, lapor media tempatan. Dollah yang lahir pada 13 Mac 1949, berusia 61 tahun. Allahyarham meninggal dunia setelah kira-kira setahun berada dalam keadaan koma selepas diserang sakit jantung ketika bermain dalam satu perlawanan bola sepak persahabatan antara bekas-bekas pemain Malaysia dan Singapura di sini pada 4 Okt tahun lalu. Dollah dikatakan berperanan penting dalam membantu pasukan republik ini menjulang Piala Malaysia pada tahun 1977 setelah Singapura berjaya menewaskan pasukan Pulau Pinang 3-2. Allahyarham digelar "Raja Gelek" oleh peminatnya di sini kerana kepandaiannya mengawal bola dan boleh mengelecek empat hingga lima pemain lawan apabila membawa bola. | ||||||||||||||||||
| Ribut Melanda Baling. 60 Rumah Rosak. Posted: 14 Oct 2010 01:15 AM PDT Baling 13 Okt. - Beberapa pemilik kenderaan yang melalui Jalan Lanai Parit Panjang dekat Kampung Lanai nyaris menjadi mangsa sebatang pokok besar yang tumbang merentangi jalan raya dalam kejadian ribut yang menyebabkan kira-kira 60 buah rumah rosak di beberapa kawasan di sini hari ini.Gambar: Kelihatan beberapa orang kanak-kanak melihat kesan kerosakan pada rumah yang timpa pokok kelapa yang tumbang itu. Sementara itu, kira-kira 50 buah rumah di mukim Bongor Baling dan mukim Pulai mengalami kerosakan terutama di bahagian bumbung akibat tiupan angin kencang. foto : Bernama Bagaimanapun kejadian pada kira-kira pukul 1.15 tengahari itu tidak melibatkan murid-murid sekolah yang sebelum ini sering melalui jalan tersebut apabila pulang dari sekolah. Murid-murid sekolah terbabit bernasib baik kerana sewaktu hujan lebat mereka tidak melalui jalan tersebut. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP), Kampung Lamai, Ghazali Murad, pokok tersebut tumbang semasa sesi persekolahan kanak-kanak sekolah tamat. "Jika tidak hujan, pasti kanak-kanak sekolah ini akan menjadi mangsa kerana mereka akan melalui jalan berkenaan," katanya. Kejadian ribut yang berlaku tengahari ini turut merosakkan sebuah bangsal yang menempatkan sebuah kereta dan stor baja seorang penduduk di Kampung Sungai Tas Lanai. Pemilik bangsal berkenaan, Ishak Ismail,58, berkata, angin yang berputar menerbangkan bumbung bangsal tersebut sebelum jatuh menghempap kenderaan miliknya. Ishak berkata, semasa kejadian dia tiada di rumah tetapi disaksikan isterinya, Halimah Abdullah, 52. Menurut Halimah, angin kuat disusuli hujan lebat telah menyebabkan bumbung bangsal tersebut terangkat beberapa kali sebelum menghempap kenderaan milik suaminya. Dalam kejadian ribut di kawasan lain, beberapa rumah di Kampung Asam Jawa, Pulai Kaki Bukit Rambong dan Kampung Bandar rosak termasuk rumah milik seorang warga emas. Akibat kejadian itu bumbung rumah mangsa turut diterbangkan angin. Namun, sehingga kini tiada laporan kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. -UM |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
































Tiada ulasan:
Catat Ulasan