Kami Sokong Tokguru |
- Lu Tunggu Ayah Saya Meninggal Dulu..
- Hari ini Kelantan Cuti Raikan Kemenangan
- Hadiah Untuk Tuanku
- Berita Panas ,TG.Nik Aziz Buat Ceramah Di Hospital
- Katak Lompat Lagi Di Batu Sapi
| Lu Tunggu Ayah Saya Meninggal Dulu.. Posted: 30 Oct 2010 08:45 PM PDT Ini adalah berita gosib yang tidak dapat dipastikan kebenarannya,tapi jika gosib ini benar .ia adalah satu kegembiraan yang besar kepada ummat Islam di Malaysia terutama penyokong pakatan rakyat. Dikatakan peristiwa ini berlaku disatu majlis ceramah yang dihadiri oleh KM P. Pinang ,Lim Guan Eng Seperti biasa,dalam ucapannya,dia selalu bercerita tentang kehebatan Umar Abd Aziz.tentang kejujuran saidina Umar Abd Aziz dan segala macam kehebatan tokoh Islam yang menjadi idolanya itu. Beliau berkata, sejak sekian lama..., Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Beliau juga berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz." Nak dijadikan cerita,dalam sesi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islam pun ramai yang tak tahu....??? Guan Eng jawab, dulu semasa saya dipenjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh Islam yang hebat ini.... Dalam kisah yang lain pula, Mat Sabu pernah berkata kepada Lim Guan Eng, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam." Guan Eng dengan selamba menjawab, " Lu... tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...." -ijoks2009- -Alhamdulillah,Takbir!!- Apa kata kalau suatu hari nanti Lim Guan Eng benar-benar memeluk Islam,ternganga pemimpin umno yang fitnah dia selama ini. |
| Hari ini Kelantan Cuti Raikan Kemenangan Posted: 30 Oct 2010 06:28 PM PDT Buat pertama kalinya Kelantan muncul juara Piala Malaysia dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Kemenangan itu turut menebus kekalahan musim lalu yang tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan yang juga pada saingan akhir. Sempena kemenangan, hari ini Kelantan telah diumumkan cuti. Pengumuman telah di buat oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Bukit Jalil selepas menyaksikan sendiri detik bersejarah semalam. Beliau yang mewakili TGNA juga turut berjanji akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain. |
| Posted: 30 Oct 2010 08:24 AM PDT HADIAH untuk Sultan Muhammad Ke-V. Itulah yang diluahkan oleh ketua jurulatih Kelantan, B.Sathianthan yang mahu semua pemainnya beraksi cemerlang merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan untuk dihadiahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V yang baru ditabalkan. Menurutnya, peluang beraksi pada final kali ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan mereka muncul juara dan membawa pulang piala paling berprestij ke Kota Bharu. "Seluruh rakyat Kelantan gembira apabila menerima Sultan baru dan saya rasa kegembiraan tersebut mungkin lebih bermakna jika pasukan mereka mampu membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu. Ternyata impian pasukan Kelantan itu menjadi kenyataan Malam ini. Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010 apabila tewaskan juara bertahan, Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. PEMAIN Kelantan, Hairuddin Omar berjaya melepasi kawalan pemain Negeri Sembilan, Tengku Qayyum Ubaidillah (kanan) pada aksi perlawanan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. – Foto Osman Adnan Foto: Berita Harian |
| Berita Panas ,TG.Nik Aziz Buat Ceramah Di Hospital Posted: 30 Oct 2010 02:41 AM PDT Ramai terkejut kunjungan Tok Guru, Dr Zul ke hospital GUA MUSANG, 29 Okt: Kehadiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama calon PAS Dun Galas, Dr Zulkefli Mohamed ke Hospital Gua Musang pagi tadi mengejutkan banyak pihak termasuk pesakit. ![]() ![]() harakahdaily |
| Katak Lompat Lagi Di Batu Sapi Posted: 30 Oct 2010 12:08 AM PDT SANDAKAN: Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota bahagian itu mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno. Turut menyertai Amir ialah naib ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa bahagian berkenaan. Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai Umno kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini, Sabtu. Selain itu, 50 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) dari lima cawangan di Batu Sapi turut mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno. Bekas calon bebas pada pilihan raya umum 2008, Dr Francis Chong pula mengumumkan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Anggota PKR dan SAPP berkenaan bertindak meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti asal mereka. - BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan