Kami Sokong Tokguru |
| Proton Tarik Balik Gen2 Dan Neo Keluaran 2004 - 2008 Posted: 09 Oct 2010 12:10 PM PDT Kerosakan dikesan pada komponen 'clock spring' 15,911 unit keluaran 2004 hingga 2008 KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan. Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan 'cruise'. Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada 'clock spring' menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu. Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan. "Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu. "Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma. Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian 'clock spring' akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara. Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu. Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, PROTON AFTER SALES untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing. -bharian.com- -ijoks2009- Siapa dah beli Gen2 atau Neo tahun 2004 - 2008 tu bolehlah hantarkan kenderaan anda kepusat servis proton dalam secepat mungkin.. |
| Rosmah Menderhaka Kepada Permaisuri Agung,Apa Kata Pemuda Umno Dan Perkasa Posted: 09 Oct 2010 10:08 AM PDT "Yang peliknya bagaimana seorang yang tidak layak memanggil dirinya wanita Pertama atau First Lady dari segi Perlembagaan Persekutuan boleh menganjurkan sidang kemuncak yang mengumpulkan wanita Pertama negara lain walhal beliau sendiri bukan dalam kedudukan itu. Ini amat memalukan imej negara," kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi Suara Keadilan. Zuraida berkata tindakan Rosmah membelakangkan Tuanku Nur Zahirah dengan 'menyamar' sebagai wanita Pertama adalah sesuatu yang mencerminkan kejelekan peribadi beliau. Malah lebih memalukan dakwaan Rosmah yang mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia dipertikai bukan sahaja oleh pakar Perlembagaan dan juga rakyat negara tetapi pernah dibahaskan semasa sidang Parlimen. Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong". -ijoks2009- Dia patut tahu,gelaran Wanita pertama atau First Lady kat Malaysia ni hanya milik Permaisuri agung.dah terang lagi bersuluh.orang lain yang pandai-pandai mengaku dirinya wanita pertama dlm negara ini adalah menderhaka kepada tuanku.Saya nak tengok apa tindakan pemuda umno dan perkasa.Pergilah buat demo,ada berani ke? |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan