Kami Sokong Tokguru |
- Umno Guna Duit Judi Untuk Derma Kepada Ummat Islam?
- Berita Misteri(Makhluk Apakah Ini ?)
- Kemelut Istana Tak Selesai Lagi ke?
- Aku Kembali Berbloging..
| Umno Guna Duit Judi Untuk Derma Kepada Ummat Islam? Posted: 05 Oct 2010 07:51 PM PDT Terima kasih pada pria Malaya dengan pendedahan ini "Sementara itu, Kumpulan Berjaya semalam menyumbang RM250,000 kepada tabung berkenaan, sumbangan terbesar setakat ini yang diterima daripada syarikat swasta. Mengumumkan sumbangan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata berita itu disampaikan kepadanya oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sports Toto Berhad, Tan Sri Vincent Tan." Sumber: Berita Harian HIPOKRIT: Kalian lihatlah sendiri wajah munafiq parti yg bernama Umno ni..betapa mesra dan intimnya pemimpin Umno dengan tokeh judi negara Vincent Tan...bukan sahaja menerima sumbangan judi haram, bahkan mendermakan wang itu pada rakyat Iraq yang sengsara akibat peperangan! Artikel berita ini mungkin cuba dipadamkan oleh Berita Harian kerana sehingga kini penulis gagal menemui artikel asalnya...namun melalui 'library.perdana.org', penulis dapat memaparkan balik berita tersebut.. | |
| Berita Misteri(Makhluk Apakah Ini ?) Posted: 05 Oct 2010 06:43 PM PDT -Santai- Pada 23 Julai 2010, dua penternak di Cerro El Creston, sekitar 40km barat San Jose de Metan, Argentina, berjaya membunuh seekor makhluk aneh seperti manusia, namun dengan gigi taring yang besar dan tajam. Foto kepala makhluk itu terdedah dan menggemparkan masyarakat Argentina. Menurut penduduk tempatan, makhluk yang ditemui ini menyerupai Ucumar iaitu makhluk yang dipercayai masyarakat tempatan yang memiliki tubuh seperti manusia dengan rambut hitam lebat menutupi tubuhnya. Seringkali juga makhluk dipanggil Yeti Argentina. Makhluk ini dipercayai berada di wilayah hutan bahagian selatan penempatan itu, terutama di Rosario de la Frontera. Ia telah telah menjadi sumber berita media selama beberapa dekad lalu. Foto kepala makhluk tersebut yang terdedah kepada umum setelah diambil oleh seorang lelaki bernama Martin yang mengambil gambar di rumah penternak itu. | |
| Kemelut Istana Tak Selesai Lagi ke? Posted: 05 Oct 2010 03:43 AM PDT Istana Mahkota hari ini membuat satu laporan polis berhubung penerimaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengatakan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke negara Thailand. Zahari yang hadir bersama seorang kakitangan Istana Mahkota ketika ditemui pemberita berkata beliau menerima satu sms daripada individu yang tidak dikenali pada 9.21 pagi, 21 September lepas memaklumkan ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand. Katanya sms itu berbunyi: "salam, mohon kawalan ketat dan rapi di sempadan (Kelantan-Thailand) ini kerana maklumat yang diperolehi ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand, minta dikeluarkan serta-merta arahan ini kepada semua yang bertugas di sempadan untuk bersiap sedia untuk menyekat niat jahat ini, marilah kita berdoa semoga Sultan Ismail Petra selamat dari golongan yang zalim. Please take nec action. Apa yang mungkin berlaku mereka ini akan menjadikan kem tentera sebagai tempat untuk berlindung. Elakkan dari perkara ini berlaku atau dituduh bersubahat." -malaysiakini- | |
| Posted: 05 Oct 2010 12:26 AM PDT Pada hari ini Jam 3.25 PM ,5/10/2010 saya memasuki kedunia blog semula setelah sekian lama menyepi..Assalamualaikum.salam blogger semua.. |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan