kalam Perantau |
- BATU SAPI : EX-USNO IKRAR SOKONG PEMBANGKANG
- Batu Sapi : Belum Habis Berkabung, BN Sudah Buat Pesta Dangdut
- Batu Sapi : Wan Azizah, Ansari Temui Rakyat
- Calon PAS syor tubuh Urusetia Orang Asal
| BATU SAPI : EX-USNO IKRAR SOKONG PEMBANGKANG Posted: 27 Oct 2010 04:00 PM PDT Oleh: DATU BADARUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA Assalamualaikum wbkth, SELARAS dengan prinsip Perjuangan USNO, "Berjuang Tetap Berjuang", kami tidak pernah lari dari perjuangan ini, untuk membela nasib Bangsa, Agama dan Negara khasnya berpaksikan matlamat untuk melindungi kepentingan ahli-ahli USNO, Generasinya, serta Rakyat Sabah keseluruhannya.
Pra-syarat Perjanjian Perkara 20 Atau 20 Point yang digariskan oleh USNO Pimpinan Tun Datu Haji Mustapha telah dikemukakan kepada British dan IGC bagi melindungi Hak dan Kepentingan Rakyat Sabah dalam Persekutuan Malaysia hendaklah dimasukan sebagai sebahagian Dari Perjanjian Malaysia. Parti Kemerdekaan ini telah berbuat demikian semata-mata kerana ingin melindungi masa depan Rakyat Sabah di dalam persekutuan Malaysia, USNO bukanlah Parti yang ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan Kuasa, Harta Dan Perkauman, tetapi tertubuhnya USNO pada 23 Desember 1961 adalah untuk melindungi Kepentingan Rakyat Sabah dan Kepentingan Bumiputera Sabah dan yang lebih penting Kestabilan Politik Negara Malaysia. Pembubaran USNO secara teknikal ini tidak semesti menjadikan alasan bahawa rakyat Bumiputera Sabah , mantan ahli USNO , Generasi Muda Sabah, Anak-anak tidak boleh mendaftarkan USNO semula sebagai NGO atau Parti Politik yang mewakili mereka demi masa depan generasi muda Sabah. Apa lagi jika Penubuhannya ditolak tanpa sebab dan alasan Oleh Pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). USNO adalah Lambang Pembebasan Rakyat Sabah dari belenggu Penjajahan Kapitalisme, Kolonialisme dan Neo-Kolonialisme yang seharusnya kekal menjadi pelindung kepentingan generasi muda anak-anak Sabah masa kini dan masa akan datang. Kepentingan menghidupkan semula USNO samalah juga ertinya 'Menjaga Kepentingan Kemerdekaan Sabah' Di dalam Persekutuan Malaysia kerana kami yakin USNO akan bertindak sebagai pelindung kepentingan Rakyat Sabah dan bukan sebagai Parti Politik yang hanya berpesta di setiap pilihanraya dan selepas itu berkuasa dan berpoya-poya. Kami telah berusaha untuk menubuhkan Kelab USNO Sabah secara serius dan teratur dalam bentuk NGO, Kami telah melantik Penal Guaman untuk meneliti Pendaftaran NGO USNO. Kami telah menubuhkan Jawatankuasa Undang-Undang tubuh Persatuan, Kami telah menemui Perdana Menteri Malaysia. Kami telah menemui Ketua Menteri Sabah bagi menerangkan hasrat dan tujuan NGO USNO tanpa mengganggu kepentingan Politik UMNO di Negeri Sabah, bahkan memberikan sokongan terbuka kepada Kerajaan Barisan Nasional BN bagi mengelakan syak wasangka, sekian lama usaha telah dibuat secara diplomasi, perundingan di peringkat atasan sehingga ke Perdana Menteri Malaysia, Ibu Pejabat Pendaftar Pertubuhhan di Putrajaya dan juga perundingan dengan ketua eklusif Negeri bagi memberi laluan kepada NGO USNO diluluskan oleh pihak berkuasa kerajaan Pimpinan Barisan Nasional. Usaha juga telah dilakukan oleh pihak Ex-USNO untuk turun padang pasa 2007/2008 bagi meninjau hasrat bekas ahli USNO yang ingin melihat USNO wujud semula dalam bentuk NGO, hasilnya kami telah menubuhkan wakil-wakil USNO di 25 Parlimen di Sabah, 60 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dapat mengumpul antara 200- 3,000 ahli bagi membuktikan bahawa USNO terus raleven untuk menjaga kepentingan mereka di seluruh Sabah. Namun semua usaha ini sia-sia setelah kami menerima penolakan pendaftarannya pada 26 Februari 2009 melalui satu surat dari Pendaftar Pertubuhan bertarikh 24 Jun 2008, Bil : PPM/SBH 1880 / 07 (1) yang ditanda tangani sendiri oleh Ketua Pengarah ROS Dato Haji Mohd. Alias Bin Kalil, tanpa sebarang alasan yang munasabah. Rayuan demi rayuan telah dipinta kepada kepada mereka yang bergelar Pelindung perjuangan Bangsa, Agama dan Negara, namun semuanya tidak berhasil; seolah-olah kebebasan untuk berpersatuan telah mati, sistem Demokrasi telah mati. Manakala Parti Kemerdeaan Rakyat Sabah sengaja dimatikan oleh pihak berkuasa kerana dihantui oleh Sindrom Takut Dengan Nama Usno, Fobia dengan laungan USNO, Gentar dengan sokongan yang diterima oleh USNO dari akar umbi. Jesteru itu kami dari Kelab USNO Sabah telah membuat ketetapan pada Mesyuarat AJK Penaja EX-USNO kali ke 12, pada 24 Oktober 2010, selaras dengan kehendak bekas ahli-ahli USNO untuk 'Mentranfomasikan Usno Ke arah Pembangkang'; maka hari ini kami ingin ucapkan "Sayonara" kepada Barisan Nasional. Kami bersiap sedia mengadakan kerjasama dengan PAKATAN RAKYAT di peringkat Persekutuan sementara di peringkat Negeri kami juga telah membuat keputusan untuk mengadakan 'Joint-Force' dengan parti-parti Tempatan dari Sabah seperti SAPP dan beberapa parti di Negeri ini bagi menghadapi Pilihanraya umum PRU-13; di samping itu kami akan memberikan kerjasama kepada wakil Pakatan Peringkat Negeri Sabah. Kepada Kumpulan yang berhasrat menghidupkan USNO dalam bentuk Parti Politik, kami menyarankan supaya melupakan hasrat itu sementara waktu, kerana kami melihat hasrat dan tujuan murni tuan-tuan akan sia sia sehaja seperti mana yang kami lalui bertahun-tahun berhadapan dengan pihak yang mempunyai 'Sindrom Takut, Gentar Dan Fobia Terhadap Nama Usno.' Marilah kita semua Rakyat Sabah, mantan USNO, Parti USNO 2006 & 2008, Generasi muda USNO, Pemuda Pemudi Sabah, Bangunlah. Ubahlah haluan Ke arah TRANFOMASI bersama USNO yang lebih aggresif menghadapi Pilihanraya PRU13 akan datang bersama Pasukan Pembangkang. Bagi maksud Pilihanraya kecil Batu Sapi Sabah, yang akan diadakan 4 November 2010, Ex-USNO Sabah menyeruh supaya semua ahlinya, semua Bekas USNO yang berada dalam UMNO di kawasan berkenaan supaya mengubah haluan memberikan undi dan sokongan kepada Calon Parti Pembangkang demi nama Usno ke arah Tranformasi Politik Usno. Berjuang Tetap Berjuang! (NOTA: Datu Badaruddin Bin Tun Datu Haji Mustapha ialah Presiden Penaja NGO EX-USNO Sabah) |
| Batu Sapi : Belum Habis Berkabung, BN Sudah Buat Pesta Dangdut Posted: 27 Oct 2010 05:00 AM PDT Oleh Dzulkarnain Taib
Beliau berkata nampaknya BN lebih mementingkan hiburan daripada menghormati pemimpin mereka yang baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. “Semalam saya lewat, orang Sabah bilang ‘limpas’ pesta rakyat di mana Tan Sri Muhyiddin berada di sana, saya nampak penari dangdut menari bergelek di atas pentas. “Sepatutnya pemimpin-pemimpin BN berkabung kerana wakil mereka baru sahaja meninggal dunia tapi mereka berpesta semalam bawa penyanyi menari atas pentas. “Saya tak tahu lah samada hiburan untuk pemimpin atau hiburan untuk rakyat tetapi tidak ada apa yang boleh menghiburkan rakyat Sandakan, rakyat Batu Sapi sehingga nasib dan badan mereka dibela,” kritik Ansari pada sidang media selepas pengumuman calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Masyarakat Sandakan pagi semalam. Ansari, 54, membidas kegagalan kerajaan memperjuangkan kebajikan rakyat Batu Sapi khususnya sejak 47 memerintah. “Seperti semua sedia maklum pengundi Batu Sapi terdiri daripada 60 peratus Bumiputera-Muslim. Mereka adalah masyarakat terpinggir di tengah-tengah kota Sandakan. “Saudara-sauadara boleh tengok sendiri keadaan yang dhaif di mana mereka tinggal, yang kedua kemudahan asas telah gagal diberikan dengan memuaskan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas 47 tahun. “Sandakan sehingga kini masih sering kali mengalami gangguan bekalan elektrik, gangguan bekalan air dan yang paling penting masalah keselamatan,” jelas beliau. Sambil merujuk kepada beberapa kawasan di dalam parlimen Batu Sapi, kerajaan BN katanya telah mengabaikan penyelenggaraan kemudahan rakyat sehingga terjejas sosio-ekonomi di kawasan tersebut. “Kita tengok sebahagian daripada Bandar Ramai-Ramai ditinggalkan oleh pemilik asal kerana mereka merasa tidak terjamin dan majlis berkuasa tempatan juga tidak kemudahan-kemudahan yang ada seperti jalanraya, lampu dan sebagainya, dengan itu pembangunan sudah beralih ke Batu 4, Batu 7. “Kawasan Tanah Merah sehingga Karamunting menjadi ‘slum area’ atau kawasan setinggan dan saya rasa prasarana yang paling teruk di Malaysia. Mereka ini tidak terbela selama 47 tahun yang diwakili oleh Barisan Nasional yang mana mungkin boleh mengkritik pemerintahan Barisan Nasional,” ujar Ansari lagi. Kata Ansari pilihan raya kecil Batu Sapi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil Pakatan Rakyat yang mampu membawa masalah dan suara hati masyarakat kepada di Parlimen. “Pertandingan ini bukan antara calon, pertandingan ini antara kerajaan Barisan Nasional yang gagal membela rakyat dan pembangkang yang akan membela rakyat. Samada kita menang atau tidak hanya Allah dan rakyat menentukan,” kata beliau. Ditanya mengenai Parti Maju Sabah (Sapp) yang dianggap sebagai ‘penganggu’ Ansari menjelaskan sekiranya parti itu menang ia tetap akan menjadi wakil Bebas yang tidak diketahui pendiriannya samada menyokong BN atau Pakatan Rakyat. Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PRK Batu sapi merupakan tanda permulaan arus perubahan di Sabah. “Kita rasa peluang kemenangan ada, kita mahu kerusi ini diwakili oleh Pakatan Rakyat sebagai pembangkang bukannya Sapp, merekalah yang menjadi perosak pertandingan di sini |
| Batu Sapi : Wan Azizah, Ansari Temui Rakyat Posted: 27 Oct 2010 03:30 AM PDT Oleh Dzulkarnain Taib
Bersama-sama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ansari berpeluang beramah mesra dengan rakyat di kawasan Jalan Leila dan Bandar Nam Tung yang menyambut mereka dengan baik sekali. Turut serta dalam kempen melawat rakyat termasuk Exco Selangor, Elizabeth Wong, Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang, Gan Pei Nei, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Sahamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew. Kebanyakan penduduk yang ditemui menunjukkan respons yang positif kepada kempen agar mereka memilih Ansari bagi mewakili mereka di Dewan Rakyat pada PRK Batu Sapi 4 November depan. Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi yang bakal di adakan 4 November depan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Ansari, calon Barisan Nasional Datin Tsen Thau Lin dan bekas Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dari Parti Maju Sabah. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Batu Sapi, Datuk Edmund Chong dalam satu kematian jalan raya di Tanjung Aru 8 Oktober lalu. Pagi ini Ansari bersama Dr Wan Azizah sekali lagi bertemu rakyat di beberapa kawasan sekitar Batu Sapi termasuk program sarapan pagi, lawatan ke Pasar Tanah Merah dan Pasar MPS, melawat Pulau Timbang dan merasmikan Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Bandar Ramai-Ramai pada pukul 5.00 petang nanti. Ceramah kelompok di Kampung Bahagia akan juga diadakan pada pukul 8.00 nanti bersama pimpinan Pakatan Rakyat |
| Calon PAS syor tubuh Urusetia Orang Asal Posted: 27 Oct 2010 02:47 AM PDT Oleh : Mohd Nor Yahya
Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Markas Besar PAS di Bandar Lama Gua Musang, pagi ini. Tambahnya, tujuan utama penubuhan urusetia tersebut adalah untuk memastikan pelbagai hal ehwal yang berkaitan dengan masyarakat Orang Asal akan diuruskan secara cepat dan cekap. "Dengan adanya urusetia seperti ini, ia boleh membantu secara langsung kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli milik Persekutuan dalam meneruskan pembangunan dan kebajikan masyarakat Orang Asli ini," ujar beliau. |
| You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Sejarah telah membuktikan bahawa USNO, Parti Kermerdekaan Sabah Pimpinan Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha telah berjaya membebaskan kita dari belenggu penjajahan sejak 50 tahun dahulu. USNO adalah peneraju Kemerdekaan yang mewakili rakyat Sabah dalam perundingan kemerdekaan kita, serta mengariskan syarat penyertaan kita untuk bersama menubuhkan Persekutuan Malaysia.
SANDAKAN 27 Okt – Belum habis waktu berkabung mengingati kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Datuk Edmund Chong dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Barisan Nasional sudah pun menganjurkan pesta dangdut di kawasan parlimen tersebut dakwa calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah.
SANDAKAN 27 Okt – Calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Ansari Abdullah tidak membuang masa untuk terus menemui rakyat bagi berkempen dan mendekati masalah yang mereka hadapi sejurus selepas selesai penamaan calon pada sebelah pagi semalam.
GUA MUSANG, 27 Okt: Keprihatinan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad terhadap nasib masyarakat Orang Asal jelas terbukti apabila beliau berhasrat untuk mencadangkan penubuhan sebuah urusetia yang khusus bagi menjaga kebajikan masyarakat berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan