Sabtu, 2 Oktober 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Badan Perhubungan UMNO SABAH DiBubar?

Posted: 02 Oct 2010 12:33 AM PDT

"Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Kunsul Nahul ketika menghubungi Sabahkini.net kesal kerana tindakan Shafie membelakangkan Badan Perhubungan UMNO Sabah dalam semua programnya termasuk di Lahad Datu mencerminkan 'retak menanti belah semakin kelihatan' di mata ahli UMNO.

Tegas Kunsul, beliau menafikan laporan bahawa 70,000 hadir di Majlis Rumah Terbuka Shafie di Padang Bandaran Lahad Datu kerana beliau yang hadir dan mendengar ucapan Shafie dalam jangka masa yang agak lama hanya menganggarkan tidak sampai 7,000 yang hadir dan bukannya 70,000 seperti yang digembar-gemburkan penyokong Shafie.

"Saya agak kesal kerana sebagai Naib Presiden UMNO yang kami sanjungi, sepatutnya Shafie berunding dan bekerjasama dengan Badan Perhubungan UMNO Sabah dan UMNO di semua bahagian di Sabah untuk apa juga program agar kelihatan lebih mantap dan mengukuhkan perpaduan, sekaligus menafikan khabar angin dua pemimpin UMNO (Musa dan Shafie) bermusuhan," ujar Kunsul yang mahu melihat dua pemimpin ulung ini melupakan sengketa peribadi demi kesinambungan perjuangan UMNO Sabah."

Sedutan dari di sini.

TPM fikir: Ku Li masih menyusu botol ...?

Posted: 01 Oct 2010 07:46 PM PDT

"Ku Li Nafi Terima Pelantikan Umno-BN, Tamparan Buat TPM

KUALA LUMPUR 1 OKT: Ketika pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) beriya-iya mencanang persetujuan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno-BN Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ahli Parlimen Gua Musang itu menafikannya.

Malah, sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan persetujuan Tengku Razaleigh menyandang jawatan itu, Timbalan Presiden Umno turut mencadangkan beliau sebagai calon DUN Galas.

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia," katanya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Kenyataan ringkas itu adalah reaksi sulung Tengku Razaleigh yang kini berada di luar negara kerana melawat Queen's University di Belfast, Ireland, terhadap pelantikan kontroversi itu.

Rentetan paparan twitter itu, bekas Presiden Semangat 46 yang dijadual pulang 9 Oktober ini, mendapat reaksi pengikut twitter yang bertanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari."

Tanpa memberi sebarang kata putus, Teng Razaleigh hanya berkata: "Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan.""

Sumber di sini.

Ibrahim PERKASA bertanding DUN Galas ...?

Posted: 01 Oct 2010 02:58 PM PDT

Ibrahim Ali bertanding DUN Galas ...?
Biar betul ...?

Berkaitan di sini.

Tiada ulasan: