Sabtu, 2 Oktober 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Semoga Allah Panjangkan Umur Makhluknya Ini

Posted: 02 Oct 2010 12:34 AM PDT

Punca DAP Perak Bergolak

Posted: 02 Oct 2010 12:21 AM PDT

Terkini! Punca Sebenar Kulasegaran "Merajuk" Dengan DAP Perak

Biarpun dikatakan, masalah dalaman dalam DAP Perak makin membarah selepas Pakatan Rakyat kehilangan kuasa di negeri itu, sebenarnya ia bukanlah punca sebenar mengapa Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran merajuk dengan kumpulan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming!

Tidak lama selepas ADUN Malim Nawar dari DAP, Keshvinder Singh yang keluar atas sebab "mainan" Umno-APCO, Kula pernah menyatakan, tidak seharusnya seseorang menjawat jawatan ahli parlimen dan ahli DUN mana-mana negeri secara serentak.

Bermakna, Ngeh dan Nga agak "terasa" dengan kenyataan Kulasegaran, walaupun ia cuma kenyataan umum yang tidak disasarkan kepada sesiapa.

Untuk rekod, Ngeh adalah Ahli Parlimen Beruas dan ADUN Sitiawan, manakala Nga pula adalah Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis.


Walaupun Kulasegaran dikatakan "bertikam lidah" dengan Ngeh-Nga, tetapi Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Nizar Jamaluddin sudah menghubungi kedua-dua "kumpulan" dalam DAP Perak itu bagi menenangkan keadaan.

Dalam twitter Nizar (http://twitter.com/mbnizar) juga telah dinyatakan, apa yang dikatakan sebagai "jangan bagi peluru kepada lanun dan musuh" sebagai balasan kepada twitter Penasihat DAP, Lim Kit Siang beberapa jam lalu.

Apapun, biarkan kita memberi ruang dan peluang kepada Kulasegaran dan Ngeh-Nga mencari ketenangan di sebalik kenyataan Kulasegaran yang tidak sengaja "mengusik" kawan-kawannya yang sedikit "terasa".

Kita tunggu seminggu lagi bagi memberi peluang kepada Kulasegaran kerana yang pastinya, semua pemimpin Pakatan Rakyat harus memfokuskan diri kepada sasaran asal, memerintah Putrajaya!/Jalan Pulang

Umno Terus Menghina Tengku Razaleigh

Posted: 02 Oct 2010 12:10 AM PDT

Nik Aziz: "Bukan Taraf Ku Li Tanding DUN"

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai tidak wajar.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.

"Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.

"Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat RajaJembal Kelantan di sini, hari ini.


Nik Aziz berkata demikian mengulas cadangan untuk memilih Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Galas berikutan ketokohan pemimpin itu.

Cadangan untuk memilih Tengku Razaleigh itu juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata BN bersedia untuk mencalonkan pemimpin itu kerana ia paling sesuai dan tepat berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

Sementara itu Nik Aziz berkata PAS masih belum membuat keputusan untuk menamakan calon untuk pilihan raya kecil itu kerana ia akan diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi parti tersebut.

"Walaupun saya Pesuruhjaya (PAS Kelantan) tapi calon PAS dipilih di peringkat jawatankuasa dan ini dibuat supaya tidak ada yang berebut (jadi calon)," katanya.

Nik Aziz berkata antara kriteria calon PAS itu nanti adalah kalangan mereka yang diterima penduduk di Galas seperti tidak merokok, tidak meninggalkan solat dan tidak pernah berpoya dengan perempuan.

"Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon. Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik.

"Yang lain kriteria mesti diterima rakyat dan kita pilih hak terbaik tetapi nak cari satu orang yang boleh diterima semua memang tidak ada kerana Nabi Muhammad S.A.W pun ada yang kritik," katanya.

-Bernama- / KERENGGA

Ku Li Pernah Dihina Dan Dikhianati Umno

Posted: 01 Oct 2010 09:12 PM PDT

Imbas Kembali : Tindakan UMNO Terhadap Ku Li




Baca versi Malaysiakini di SINI...

Namun, Respon Ku Li....

"Mereka mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal).." - Ku Li



Ku Li: Umno boleh pecat saya jika mahu



KUALA LUMPUR, Feb 8 — Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno berhak untuk memecat beliau jika berhasrat untuk berbuat demikian berhubung pendiriannya dalam isu pertikaian Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.

"Mereka mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal)," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Ketika ditanya sesetengah pihak tersinggung ekoran teguran dan pendirian beliau yang tegas berulang kali dalam isu ini, Tengku Razaleigh (gambar) berkata, "siapa yang makan cili dialah rasa pedas."

Pengasas dan bekas pengerusi Petronas berkata beliau hanya menjelaskan peruntukan dalam Akta Pembangunan Petroelum sejak kebelakangan ini termasuk hak kepada kerajaan negeri Kelantan.

"Ia bukan pendirian saya. Saya tiada apa-apa kaitan dengannya," kata beliau.

Oleh itu kata beliau, tujuan asal akta itu ialah memastikan negeri-negeri miskin di Malaysia menerima manfaat.

Nasihat beliau kepada Petronas ialah mematuhi peruntukan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan negeri-negeri berkenaan.

Awal bulan ini, Tengku Razaleigh berkata tindakan disiplin yang didesak sesetengah pihak dalam parti itu adalah tidak relevan dan Umno boleh mengambil apa sahaja tindakan yang mereka inginkan.

"Apa sahaja (tindakan yang) mereka hendak lakukan ke atas saya adalah tidak relevan," katanya.

Beberapa pihak dalam Umno menggesa agar parti mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh berikutan kenyataannya Khamis lepas yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukannya wang ihsan.

Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pula berkata pucuk pimpinan parti akan meneliti ucapan Tengku Razaleigh itu.- TMI

love perak

Kemelut DAP Perak Semakin Reda

Posted: 01 Oct 2010 09:07 PM PDT

Kula batal sidang akhbar pada saat akhir

Timbalan pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran telah membatalkan pada saat akhir, sidang akhbar berhubung apa yang dipercayai krisis dalam kepimpinan DAP negeri itu.

Difahamkan beliau telah dipujuk oleh pimpinan tertinggi DAP supaya
bertenang untuk tempoh seminggu ini.

Beliau sepatutnya mengadakan sidang akhbar itu pagi ini untuk mendedahkan dakwaan usaha puak 'Ngeh-Nga' untuk melemahkan pemimpin yang tidak sehaluan dengan mereka.

Puak 'Ngeh-Nga' - panggilan yang diberikan kerana pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Khoo Ham dan setiausahanya, Nga Kor Ming adalah sepupu - terlibat dalam konflik dengan ramai pemimpin DAP di negeri itu sejak beberapa tahun lalu kerana tidak selesa dengan gaya kepimpinan autoritarian kedua-duanya.

Usaha untuk menyelesaikan konflik tersebut berlangsung dalam mesyuarat pimpinan tertinggi DAP di Ipoh malam tadi, yang turut dihadiri penasihat parti, Lim Kit Siang.

Bagaimanapun, rundingan damai itu gagal dengan kem Kulasegaran mendakwa bahawa puak 'Ngeh-Nga' enggan berkompromi atau mengotai janji mereka.

Rakaman Audio MP Pasir Salak Bergaduh Dengan Drivernya..

Posted: 01 Oct 2010 06:11 AM PDT

Terserlah kebebalan dan kebodohan MP Pasir Salak dalam menegakkan benang basahnya.. Macam la audien yang ada dalam dewan tersebut budak-budak tadika.. Malang nasibmu pengundi Parlimen Pasir Salak punyai ahli parlimen sebangang dan sebodoh ini..



Ketua Pembangkang Makan Duit Judi

Posted: 01 Oct 2010 05:12 AM PDT

Kita tak suruhpun mereka pulangkan duit tu.. Mereka yang sukarela nak pulangkan.. Kami bukan dalang.. Duit gaji yang kami dapat pulak tak pa.. Kami memang suka benda-benda haram ni.. Itu yang kami semakin hari semakin sawan macam babi orang gila tu..

Ezam dan Zul Nordin Ada Anak Pungut

Posted: 01 Oct 2010 05:07 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah...

Ehehehehe...baru lepas melawat blog idola kecil blogger2 UMNO...encik Ezam Mat Nor dan Kipli Nodin..

Ahahahahahaha..

Dah ubah imej dah blog Zul Nodin wei..siap ada kata2 hikmat kat header blog dia..1 Islam Aqidah didaulatkan,syariat dimartabatkan..ahahahahaha..ini suma pengaruh 1Malaysia la ni..pigirah la..Aqidah didaulatkan konon...cakap nk bersumpah..alih2 kata berani je..wekkk..dah la kawan ngn kaki blu si Zahrain tu...nk tengok VIDEO ELI WONG BERAKSI..bongok tol...syariat dimartabatkan konon..jadi MP apa je hal ehwal ISLAM yg dia reformasikan??? ceh..

Blog Ezam lak...belambak kata2 hikmat...ceh..ahahahaa..bloglist blogger2 UMNO yg tak amik SPM pun ada..tapi diorang ada WAWASAN...WAWASAN 2020.. ahahahha...mmg la..Ezam suka kawan ngn orng tak skolah.. ahahahahahahhaa...yg aku heran pasal EZAM...dia ni taksub sangat nk perangi RASUAH..konon leh musnahkan negara la...pigirah..zina,dadah dan banyak lg pun leh musnahkan negara gak..yg aku heran tk dak lak dia kesah pasal kes rogol...ROGOL DALAM KALANGAN MELAYU la woi...ahahahahhaa


Slalunya..orng cam ni..orng ni la yg KUAT TELAN RASUAH.. ahaha nk cover..heran aku camne la ANWAR leh kutip mangkuk berayun ni.. ahahahahhaa..EZAM NI ANAK PUNGUT la rupenya...ye ye la ada bukti ANWAR RASUAH... ahaha dah tau rasuah berapa lama ko menghempet ANWAR tu woi...badigol tol.. ahahahahahahhahaa

antara kata hikmat kat blog ezam yg kaw2 aku gelak besau..."hilangnya akal budi kerana harta"...ahahaha tu ko la...ahahahhaa..lagi "negara runtuh akibat penguasa yg hidup mewah"...perati la rumah NAJIB wei.. ahahahaha...lagi satu"jatuh moral negara kerana sifat manusia durjana dan undang2 lemah"... ahahahaha...ko la durjana..cakap nk bersumpah...hapah pun tadak.....durjana la tu...undang2 lemah???dah jadi SENATOR...dah geng ngn UMNO..guna la pala hotak ko repair undang2..ini tak jugak..makan gaji buto je la ko...nnti PRU 13...PALIMEN mana yg dia akan bertanding aku nk tengok...

yg last sekali yg tk leh tahan..mmg badut sarkas la si EZAM ni.."sifat tamak haloba sempitkan dunia yg luas"... ahahahahahaha.....aku malas nk komen la..kepala otak EZAM ni mmg power... ahahahahahahaha

EZAM dan ZUL..dua2 ni mmg mat reform...dah kuar parti pumpang2 reformasi juga yg disebut.. ahahaha mmg klakau...masa dalam PKR dulu apa je reformasi yg diorang ni dua buat???skang ni??? jadi senator pun..apa je yg dikecohnya...

aahahahahahahaa...camnalah plak si ANWAR leh kutip ZUL..tau la dia ni dulu LAWYER ANWAR..mentang2 servis free ambik je la jadi geng..tu la..barang free ni kadang2 tk leh pakai pon... ahahahahahahaha

nah sapa yg nak gi blog HERO MELAYU DAN ISLAM dua orng ni...amik link

http://ezam-mohdnor.blogspot.com/ PEJUANG RASUAH YG ADA BANYAK BUKU BANK
http://zul4kulim.blogspot.com/ PEJUANG MELAYU DAN ISLAM...


aku baru lepas komen blog ZUL..pasal dia kata TONY PUA bodoh..ahahahaha...tak tau dia nk siarkan ke tak...ahahahahahahahahhaa

ahahahahahahahahahahaha

REFORMASI HANYALAH SATU KOSA KATA..
TETAPI PELAKNSANAAN YG BENAR2 BERKKATA-KATA..

Bukan BERKATAK2...ahahahahahahaa

Azam Mohd Nor

PRK Dun Galas - Umno Kelantan Ketandusan Calon Berwibawa

Posted: 01 Oct 2010 04:23 AM PDT

TPM: BN sedia timbang Ku Li calon Galas

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah boleh dipertimbang sebagai calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Katanya, BN sedia membincangkan perkara itu kerana beliau percaya Tengku Razaleigh merupakan calon paling tepat dan sesuai berdasarkan pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

Namun, katanya, soal sama ada Tengku Razaleigh mahu bertanding atau terdapat calon yang lebih sesuai untuk dicadangkan kepada pucuk pimpinan, terpulang kepadanya.

"Sebagai mana biasa kita beri lebih ruang pada beliau (selaku pengarah pilihan raya kecil BN bagi kerusi untuk senaraikan (calon) dan kalau fikir ada nama paling tepat, sesuai dan boleh beri kemenangan cemerlang di situ, kita akan berikan keutamaan," katanya.

Muhyiddin memberitahu pemberita demikian di Putrajaya hari ini ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian yang Tengku Razaleigh diletak sebagai calon BN kerana beliau mampu merampas semula kerusi tersebut daripada PAS.


Mengenai dakwaan PAS kononnya pelantikan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya BN bagi kerusi Galas memberi kelebihan kepada PAS kerana beliau turut menyokong tuntutan royalti minyak, Muhyiddin berkata, PAS sebenarnya sedang "gundah-gulana".

"Dia (PAS) kata beri kelebihan pada dia sebab isu royalti sebenarnya mereka gundah-gulana dengan pengaruh besar yang ada pada Tengku Razaleigh sebagai pemimpin parti yang cukup berpengalaman, sudah sebati dan sinonim dengan Gua Musang.

"Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat Melayu, Cina dan India kerana sudah biasa mengenalinya secara peribadi, soal isu royalti kita boleh jelaskan lebih-lebih lagi Tengku Razaleigh pastiya bukan sahaja faham tapi pakar dalam soal itu," katanya.

Muhyiddin berkata sebenarnya PAS sangat tertekan selepas mengetahui Tengku Razaleigh merupakan calon paling tepat yang dipilih sebagai Pengarah Pilihan Raya DUN Galas.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, daripada Pas di Kuala Lumpur pada Isnin lepas akibat barah usus.

Dalam pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya parlimen Gua Musang daripada BN dengan majoriti 646 undi.

Selain Galas, dua lagi DUN yang terletak dalam Parlimen Gua Musang ialah Nenggiri dan Paloh.

Gempar - Rais Yatim Bela Hantu Raya

Posted: 01 Oct 2010 02:15 AM PDT


Dah ramai orang cakap macam tu. Bukan setakat orang kawasan Rais di Parlimen Jelebu saja yang tahu, bahkan seantero Malaysia pun sedia maklum betapa sayangnya Rais kepada hantu. Buktinya, sejak Hari Raya Pertama sehingga kini, televisyen kita tidak henti-henti menyiarkan drama dan filem hantu. Umat Islam yang raya ka atau hantu yang raya?

'Baguslah' kau Rais sebab didik anak-anak kita dengan pelbagai perkara tahyul. Maka akan bertambah cepatlah negara kita maju. Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan jangan lupa pulak nanti buat jamuan raya untuk hantu belaan korang tu. Kesian depa penat keluar televisyen hampir setiap hari. Sesekali kena la jamu hantu dengan pulut kuning dan ayam golek. Takut sok hantu tu semua merajuk...susah pulak rakyat Malaysia nak tengok hantu beraya di televisyen lagi. - Paneh Miang

Felda Didakwa Enggan Kembalikan RM8,500 Baki Caruman Tanam Semula Setiap Peneroka

Posted: 01 Oct 2010 02:02 AM PDT

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) didakwa masih enggan sehingga kini menyerahkan Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 kepada setiap peneroka yang mengerjakan tanaman kelapa sawit secara persendirian meskipun telah mematuhi semua syarat yang ditetapkan.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menolak alasan Felda tidak menyerahkan kembali wang tanaman semula kerana mendakwa kira-kira 11,000 peneroka dikatakan tidak mematuhi garis panduan agensi itu

"Antara garis panduan itu ialah pokok tua yang berusia lapan tahun harus ditebang dan peneroka hendaklah tanam pokok yang baru. Mereka mematuhinya tetapi wang tanam semula itu tidak juga diberikan Felda," kata Mazlan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS tengahari semalam.

Mazlan menjelaskan, sejak 1970, Felda telah menubuhkan Tabung Tanam Semula yang dikutip secara bulanan dari setiap peneroka.

Peneroka mencarum pada kadar RM3.34 seekar dari 1970 sehingga 1984 dan kemudian ia dinaikkan kepada RM4.00 seekar mulai Januari 1985 bagi membiayai perbelanjaan penanaman semula tanaman kelapa sawit.


"Sungguhpun jumlah caruman tersebut hanya kira-kira RM9,600 tetapi persetujuan Felda memperuntukkan sebanyak RM17,000 bagi setiap peneroka sebagai anggaran wajar kos penanaman semula," kata beliau.

Felda juga menurut beliau bertindak melampau dengan memotong RM8,500 daripada Tabung Tanam Semula sebagaimana pakej berjadual yang dipersetujui.

"Felda mengemukakan pilihan bahawa daripada RM17,000 mereka memotong RM8,500 untuk digunakan bagi input pertanian seperti pembelian baja dan sebagainya dan bakinya dipulangkan kepada peneroka.

"Malangnya walaupun sebahagian peneroka akur dengan syarat yang dikenakan, Felda mungkir janji untuk mengembalikan baki separuh kepada peneroka. Maksudnya Felda juga gagal melunaskan baki wang penanaman semula dan saya ada bukti," jelas Mazlan.

Felda juga didakwa tidak membayar Wang Tanam Semula sebagaimana pakej berjadual yang dipersetujui.

"Mereka ajak kita berbincang dan bersetuju untuk membayar ansuran sebanyak tiga ataupun empat kali dan sampai masa, pakej yang dipersetujui itu juga tidak dihormati oleh Felda," ujar beliau

Mazlan berkata Felda juga telah sewenang-wenangnya membuat potongan baru bagi caruman Tanam Semula kali kedua antara RM114 sehingga RM119 setiap bulan walhal caruman yang lama belum dilangsaikan.

"Dalam keadaan Wang Tanam Semula sebanyak RM17,000 tidak dipulangkan, tiba-tiba Felda telah secara sewenang-wenangnya memberi borang untuk potongan kali kedua dan terus memotong sehingga tiga kali ganda dan ini merupakan satu tindakan yang amat melampau," tegas Mazlan.

Katanya, apabila peneroka membuat bantahan Felda bertindak dengan memulang semula potongan kali kedua itu hanya kepada mereka yang membantah sahaja tetapi tidak kepada peneroka yang berdiam diri," katanya.

Tiada ulasan: