Anak Sungai Derhaka |
- Scandal Pembinaan Istana Negara
- Budget 2010 : Budget Untuk Rosmah Mansor?
- Kes Bunuh Sosilawati: Dua tertuduh mohon Maaf
- Hebahan : Solat Hajat Untuk DSAI
- Kes Bunuh Sosilawati : Dua di Penjara 7 tahun
- Pengerusi SPR, Lidah Biawak?
- Rosmah Berlagak Seperti Menteri biarpun hanya Isteri Perdana Menteri
- Biarpun ada elemen RASUAH, Tren tetap dibeli
- KWSP, Khazanah beli PLUS RM23 bilion
| Scandal Pembinaan Istana Negara Posted: 15 Oct 2010 06:52 AM PDT |
| Budget 2010 : Budget Untuk Rosmah Mansor? Posted: 15 Oct 2010 04:31 AM PDT Kali ini disamping pelepasan cukai beberapa barangan termasuk 'Pewarna Rambut' yang digunakan oleh Rosmah, Najib juga telah memperuntukkkan RM111 Juta kepada Rosmah..Program Permata yang dipopularkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011. Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara. Peruntukan itu meliputi projek pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet 'istemewa'. Ini kerana, pertadbiran Najib hanya memperuntukan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah. Itu adalah laporan dari Harakah Daily yang menjelaskan kepada kita semua betapa Najib lebih mengutamakan Rosmah dari sekelian rakyat dan Malaysiakini pula melaporkan Najib mengecualikan beberapa barangan yang menjadi kegilaan Isterinya itu.. 'Rosmah' jabs greet Najib's budget speech Prime Minister Najib Abdul Razak's budget speech drew loud jeers and shouts of his wife Rosmah Mansor's name from the opposition. It began when Najib announced plans to turn Malaysia into a shopping haven with a proposal to exempt some 300 items from import duties. "Such goods are apparel, handbags, shoes, shampoo, suits..." said Najib, triggering a crescendo of murmuring from the floor. When Najib announced that "hair dye" was on the list, the government and opposition benches could not hold back any longer and burst into laughter. This was also punctuated with chants of "Rosmah" (left) from several members of the opposition bench. Najib etched a grin following the din and slowed down the pace of his speech while he read out, "... undergarments, lingerie, nightwear, perfumes and mosquito netting." His deliberate attempt to provoke his peers drew even more laughter. Louder jeers were saved for later, when Najib announced a RM111 million allocation for the Permata programme, which is Rosmah's brainchild. Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) was heard loudly shouting "Rosmah! Rosmah!", to which Najib responded with yet another smile. The budget speech has also resulted in high mentions on the premier's wife on micro-blogging site Twitter. "Tax deduction for bags, hairspray, perfume... Najib's early Xmas present for Rosmah?" wrote Serdang MP Teo Nie Ching. "This looks like Budget RM (Rosmah Mansor)," replied Bukit Bendera MP Liew Chin Tong. |
| Kes Bunuh Sosilawati: Dua tertuduh mohon Maaf Posted: 15 Oct 2010 04:07 AM PDT BANTING, 15 Okt – Dua lelaki yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah berhubung tuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain memohon maaf kepada keluarga mangsa dan orang ramai.Selepas Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman, K. Sarawanan, 19, dan U. Suresh memberitahu mahkamah bahawa mereka memohon maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat di atas perbuatan yang telah mereka lakukan dan telah insaf, dalam Bahasa Tamil dan telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh jurubahasa mahkamah. Sarawanan dan Suresh yang masing-masing menghadapi empat pertuduhan melupuskan bahan bukti didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan. Hurman menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap. Sarawanan dan Suresh diwakili oleh peguam M. Puravelan, Mohd Naguib Abdul Malik dan Roslie Sulie manakala pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohd Yusoff dan dibantu oleh Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abdul Ghani. Mereka merupakan antara lapan orang yang ditahan di antara 9 dan 12 September lepas bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lalu. Kelmarin, peguam N. Patmanabhan, pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, 44. "Anak guam saya mohon diberikan peluang kedua dalam situasi ini," kata Mohd Naguib. Roslie dan Mohd Naguib memohon supaya Sarawanan dan Suresh dikenakan hukuman penjara serentak bagi kesalahan mereka. Bagaimanapun, Ishak berkata di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan mereka berdua boleh dikenakan penjara maksimum tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan juga boleh didenda. Beliau memohon kepada mahkamah supaya tidak memberikan sebarang diskaun hukuman kepada kedua-dua pesalah dan perlu dikenakan hukuman maksimum yang dijalankan secara berasingan bagi memberikan peringatan kepada yang lain daripada melakukan jenayah yang sama. Perbuatan mereka menghapuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain serta kesan tindakan mereka terhadap mangsa dan keluarga mereka yang terbabit juga perlu diambil kira, katanya. Hurman ketika menjatuhkan hukuman tersebut berkata beliau mengambil kira tindakan tertuduh memusnahkan bahan bukti kes perbicaraan pembunuhan, kesan tindakan mereka terhadap keluarga si mati dan kepada masyarakat selain daripada latar belakang tertuduh yang mempengaruhi mereka melakukan jenayah itu. The Malaysian Insider |
| Hebahan : Solat Hajat Untuk DSAI Posted: 15 Oct 2010 01:46 AM PDT Seluruh Umat Islam yang menyokong Pakatan Rakyat yang berada didalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dijemput hadir bagi menjayakan Majlis Solat Hajat untuk DSAI yang akan diadakan pada 17.10.2010 di Surau Taman Ara Indah, Permatang Pasir, diimamkan oleh Ustaz Yusof Derawi, Tok Guru dari Pondok Lanai.. |
| Kes Bunuh Sosilawati : Dua di Penjara 7 tahun Posted: 14 Oct 2010 09:51 PM PDT 2010/10/15 KUALA LUMPUR: Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini atas tuduhan melupuskan bahan bukti pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain.Kelmarin, seorang peguam, N. Pathmanabhan didakwa di mahkamah sama dengan niat bersama-sama dengan tiga lelaki lain termasuk seorang remaja belasan tahun membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Semua mereka juga didakwa membunuh pemandu Sosilawati, Kamarudin Shamsudin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB, Norhisham Mohammad, 38. Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan dan tiga lagi tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 8.30 hingga 9.45 malam, 30 Ogos lalu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat. - Berita Harian Pagi tadi.. Kes Sosilawati: Dua lagi dijangka didakwa hari ini ![]() Dua lagi tertuduh kes bunuh Sosilawati, Suresh (dua dari kiri) dan Saravana, dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan pagi tadi. Kedua-dua mengaku bersalah. — Foto oleh Choo Choy May BANTING, 15 Okt — Dua lagi suspek dihadapkan di mahkamah hari ini dan kedua-duanya mengaku bersalah berhubung tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, pagi ini. Pertuduhan ke atas mereka — U. Suresh dan K. Saravanan dibacakan kira-kira 11.15 pagi di di Mahkamah Majistret di sini. Pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil. Setakat 9 pagi tadi, dua suspek telah dibawa ke mahkamah dan dijangka didakwa bila-bila masa. Kelmarin, seorang peguam N. Patmanabhan dan tiga pekerja ladang didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok atas tuduhan membunuh Sosilawati dan tiga yang lain. Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30. Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati. Mengikut kertas pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.- The Malaysian Insider |
| Posted: 14 Oct 2010 09:07 PM PDT Aku kata Lidah Biawak pasal 11 Oktober lalu dia kata "Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas kemungkinan tidak akan diadakan serentak dengan bahagian Parlimen Batu Sapi yang kosong ekoran kematian wakil rakyatnya kelmarin. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau tidak fikir pilihan raya kecil bagi kerusi Batu Sapi, Sabah akan diadakan serentak dengan kerusi DUN Galas yang telah pun ditetapkan 4 November ini" Hari ini pula dia kata.. Pilihan raya Batu Sapi serentak dengan Galas Tarikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini.Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Oktober ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff. Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya. "Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini," katanya. Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu. "Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini," kata Abdul Aziz. Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu. Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan. Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771. Malaysiakini |
| Rosmah Berlagak Seperti Menteri biarpun hanya Isteri Perdana Menteri Posted: 14 Oct 2010 08:55 PM PDT SHAH ALAM 15 Okt - Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menubuhkan pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin dilihat mahu mengambil alih tanggungjawab serta memperlekehkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dam Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil."Saya hendak cakap pun tak faham, apakah sebenarnya peranan Rosmah. Beliau menteri atau isteri Perdana Menteri ke, apa jawatan rasmi beliau yang sebenarnya? "Cadangan beliau menunjukkan beliau ingin campur tangan dalam kementerian dan urusan kerajaan, dia tidak ada apa-apa latarbelakang maklumat mengenai masalah tersebut tiba-tiba nak bagi idea yang sebegini. Ini adalah satu perkara yang 'adhoc'. "Sebarang cadangan sekali pun, Rosmah perlu berbincang dengan pihak kementerian yang berkenaan dan bukannya berlagak seperti mahu ambil alih tugas menteri dan campur tangan dalam pentadbiran negara," jelas Zuraida kepada Suara Keadilan. Zuraida berkata Rosmah seolah-olah mencerminkan kepada rakyat bahawa Shahrizat dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota Kabinet. "Kalau macam ini baik tutup sahaja kementerian Shahrizat dan letak sahaja tanggungjawab ini di bawah Rosmah," tambah beliau lagi. Semasa di Belgium mengiringi Datuk Seri Najib Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels, Rosmah telah melawat "Centre of Integrated Family Welfare" (CIG) untuk mendapatkan input bagi menangani masalah pembuangan bayi . Pusat tersebut ditubuhkan oleh kerajaan Belgium dengan bertujuan mendekatkan lagi perhubungan ibu dengan anak di mana remaja yang tidak berkahwin akan diberikan latihan bagi menjalankan kehidupan seperti biasa. Lawatan Rosmah ke CIG telah mendapat kritikan Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad yang menyifatkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea untuk mengatasi gejala tersebut. Idris berkata tindakan Rosmah itu ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan Islam mempunyai penyelesaiannya yang jitu terhadap masalah ini Suara Keadilan |
| Biarpun ada elemen RASUAH, Tren tetap dibeli Posted: 14 Oct 2010 08:33 PM PDT Menteri Pengangkutan dalam jawapan bertulisnya menggesahkan bahawa pembelian tren elektrik tersebut akan tetap dibuat meskipun Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam mesyuarat Julai lalu memutuskan bahawa wujud alasan untuk disiasat wujudnya amalan rasuah dalam perjanjian tersebut. Alasan kementerian beli tren elektrik memalukan Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 15 Okt: Alasan Kementerian Pengangkutan bahawa pembelian tren elektrik bernilai RM1.8 bilion dari China diteruskan kerana surat tawaran (LOA) telah dikeluarkan adalah memalukan, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan kementerian tersebut meneruskan pembelian tersebut walaupun kontraknya masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "LOA yang sudah dikeluarkan tidak seharusnya dijadikan alasan," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, semalam. Beliau, Selasa lalu meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada akan meneruskan perolehan 38 unit Electric Multiple Unit (EMU) 6 koc untuk KTMB dari China, setelah pihak SPRM mengesahkan memulakan siasatan tentang dakwaan perbezaan harga yang melampau mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM500 juta. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dalam jawapan bertulisnya menggesahkan bahawa pembelian tersebut akan tetap dibuat meskipun Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam mesyuarat Julai lalu memutuskan bahawa wujud alasan untuk disiasat wujudnya amalan rasuah dalam perjanjian tersebut. PAC seterusnya telah meminta secara rasmi SPRM menjalankan siasatan rasuah ke atas pembelian tren elektrik tersebut. Kong memberi alasan bahawa pembelian tersebut diteruskan memandangkan Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan LOA kepada syarikat dari Cina, Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd untuk membeli 38 unit enam koc Electric Multiple Unit (EMU) dengan harga RM48 juta sebuah. Dzulkefly turut mengingatkan kerajaan mengenai satu insiden lain apabila kerajaan membatalkan pembelian lapan tren berenjin diesel dari Sepanyol untuk digunakan dalam perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) walaupun LOA mengenainya sudah dikeluarkan. "Pembelian itu dibatalkan walaupun perjanjian sudah ditandatangani dan mantan Menteri Pengangkutan pada ketika itu juga mengalu-alukan tindakan PAC menjalankan siasatan terperinci mengenai pembatalan pembelian tersebut. "Kita juga ingin mengingatkan projek dwi landasan elektrik Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Johor Bahru yang diluluskan oleh Tun Dr Mahathir tetapi dibatalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya. Harakah Daily |
| KWSP, Khazanah beli PLUS RM23 bilion Posted: 14 Oct 2010 08:20 PM PDT Akhirnya dijual juga.. Tetapi siapa yang untung dan siapa pula yang akan terus dibebani dengan Tol? Biarpun dana kerajaan digunakan.. adakah KWSP itu juga disifatkan sebagai Dana Kerajaan sedangkan ianya ialah badan yang menyimpan wang tabungan rakyat Malaysia yang berkerja untuk masa depan mereka? KUALA LUMPUR, 15 Okt — Dua dana kerajaan Malaysia akan membeli operator lebuh raya utara-selatan, PLUS Expressways membabitkan urus niaga bernilai RM23 bilion, lapor akhbar bisnes Edge hari ini. Menurut laporan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional akan membentuk organ tujuan khas untuk mengambil alih aset dan liabiliti PLUS pada harga RM4.60 sesaham. KWSP sudah pun memiliki 12.3 peratus saham dalam PLUS manakala Khazanah pula 55.2 peratus. Pegawai-pegawai dari KWSP, Khazanah dan PLUS tidak dapat dihubungi untuk reaksi awal. Urus niaga saham PLUS di Bursa Malaysia telah digantung selama dua hari bermula semalam sementara menanti pengumuman daripada pemegang saham. Reuters |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan