Sabtu, 2 Oktober 2010

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tengku Li tidak geraguk dengan perlantikan Muhyiddin itu...

Posted: 01 Oct 2010 05:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Walaupun Muhyiddin Yassin mengumumkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah jentera pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, beliau belum memberi sebarang persetujuan berhubung jawatan berkenaan.

"Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan dan akan menjelaskan isu tersebut sebaik sahaja pulang ke tanah air minggu depan. " jawab Razaleigh.

Tengku Razaleigh kini berada di Ireland, bagi melawat universiti di mana beliau mendapat pendidikannya - Queen's University di Belfast. Beliau dijadualkan pulang pada 9 Oktober ini.

Pelantikan itu dilihat akan menyebabkan Tengku Razaleigh berada dalam keadaan tersepit kerana beliau bertindak mempengerusikan Jawatankuasa Kaukus Parlimen yang ditubuhkan untuk menyiasat isu royalti minyak Kelantan.

Bekas menteri kewangan yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li itu juga sering menghadiri majlis anjuran Pakatan Rakyat berkaitan isu tuntutan royalti minyak Kelantan. / end

Tiada ulasan: