WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- Kelemahan, juga keistimewaan Anwar - YB Tian Chua
- APABILA TIAN CHUA MEMBELA AZMIN ALI
- TOK GURU, DENGAR KATAK NAK NASIHAT NI.....
- APABILA KERAJAAN PAS KELANTAN `DIDERA'.....
- TIMB PRESIDEN PKR - AZMIN 43, ZAID 21 DAN MUSTAFA 10 PENCALONAN
- MEMALUKAN !! DS ANWAR ATAU TAN SRI KHALID PUNYA KERJA INI ?
| Kelemahan, juga keistimewaan Anwar - YB Tian Chua Posted: 21 Sep 2010 09:00 PM PDT Kelemahan, juga keistimewaan Anwar Zulkifli Noordin mencetuskan pertikaian sejak beliau merempuh forum bertemakan isu agama anjuran Majlis Peguam Malaysia pada Ogos 2008. Namun demikian, isu ini dikendalikan secara "berhati-hati", malah lebih tepat secara "senyap-senyap", memandangkan seluruh tenaga PKR ditumpukan pada PRK Permatang Pauh, yang menyaksikan "kembalinya Anwar secara rasmi" ke dalam parlimen.
"Adakah ini kelemahan, atau keistimewaan Anwar? Pada dasarnya Anwar seorang demokrat. Jadi beliau selalu menyimpan 'sangka baik' terhadap kritikan yang dilontarkan terhadapnya. 'Dia kritik saya, ok-lah, sabarlah, saya bincang dengannya kemudian selesai' (sikap Anwar)." Tian Chua membela Ketua Umumnya, sambil memberi contoh bagaimana Anwar mempertemukan Zulkifli Noordin dengan tokoh agama, Yusof Al-Qaradawi, untuk membincangkan isu penggunaan kalimah Allah.
"Semestinya ia (sikap Anwar ini) ada baik dan buruknya. Ini bermakna apabila berdepan dengan masalah, maka orang di sisi Anwar perlu memikirkan cara untuk mengurangkan bahaya dan ancaman masalah tersebut," katanya./MerdekaReview | ||||||
| APABILA TIAN CHUA MEMBELA AZMIN ALI Posted: 21 Sep 2010 06:00 PM PDT Khalid vs Azmin "Saya tidak boleh secara ringkasnya, melabelkan Khalid sebagai golongan progresif, dan Azmin sebagai golongan konservatif. Untuk saya, perbezaannya sebegini, langkah pembaharuan dalam sistem kakitangan awam dan korporat terlalu perlahan. Dasar parti gagal diterapkan sepenuhnya. Ini kerana kami terlalu beri muka kepada kakitangan kerajaan ini, dan kami terlalu ikut prosedur. Tapi prosedur ini ditetapkan UMNO. Tan Sri (Khalid) tidak mahu menyentuhnya pada kebanyakan masa," kata Tian Chua.
"Masalahnya apabila kami berdepan dengan tekanan, anda menyerahkan jawatan ini kepada ahli profesional dan pegawai kerajaan. Ia menyebabkan satu situasi tersekat (jam), dan menjadi rintangan kepada diri kita." Tian Chua bersambung, maka orang dalam parti tertanya-tanya, "mengapa orang ini bekas penyokong BN, dan kini hanya dengan menukar topinya (sokong BN), dia masih memegang jawatan dalam kerajaan kami?" "Caranya mengolah isu ini, atau penyampaiannya memberi gambaran seakan-akan dialah yang mahukan jawatan tersebut, tetapi pada hakikatnya bukan semestinya begitu," jelas Tian Chua. Tian Chua seterusnya memberi contoh masalah yang dihadapi Khalid Ibrahim, yang akhirnya menjurus kepada penyerahan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor kepada Azmin Ali.
"Sudah tentu Tan Sri (Khalid) bosan dengan perkara remeh temeh ini, kerana beliau sebagai Menteri Besar nak uruskan hal pentadbiran negeri. Jadi, beliau akan mengambil sikap 'jangan kamu bangkitkan isu ini kepada saya, kamu cakap dengan orang lain'... Masalahnya, Tan Sri ialah Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Pemimpin akar umbi akan tertanya-tanya, siapa lagi yang harus selesaikan masalah bil bekalan air dan elektrik, kalau bukan beliau?"
Dalam situasi sedemikian, Tian Chua tidak menolak bahawa timbulnya rungutan daripada segelintir anggota parti, yang mahukan Khalid Ibrahim dijatuhkan, tetapi agak keterlaluan untuk dikatakan bahawa wujud satu komplot yang terancang agar Khalid digulingkan.
Tian Chua, pemimpin yang sama taraf dari segi senioritinya dengan Azmin Ali, berkata "veteran" seperti mereka akan menerima arahan bos, Anwar untuk menyelesaikan masalah yang timbul, misalnya di Sabah. "Tetapi untuk sesetengah orang, kami akan dianggap sebagai 'wakil dari pusat untuk campur tangan' dalam isu tempatan, atau negeri," katanya./Merdeka Review | ||||||
| TOK GURU, DENGAR KATAK NAK NASIHAT NI..... Posted: 21 Sep 2010 04:00 PM PDT ![]() SEDIH BILAMANA TOK GURU DIHINA DAN DI HERDIK TIDAK RETI AL QURAN DAN TAFSIRANNYA...KEJUMUDAN DAN KEDANGKALAN IBRAHIM ALI MENELAAH AL QURAN IKUT TAFSIRAN SENDIRI MENGENAI BANGSA...MENCABAR WIBAWA ALIM ULAMA...CUKUP BIADAP!!!! | ||||||
| APABILA KERAJAAN PAS KELANTAN `DIDERA'..... Posted: 21 Sep 2010 12:00 PM PDT
Exco perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menyeru rakyat bersama-sama bermunajat bersama 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas, lapor Suara Keadilan. Husam menerusi twitternya berkata sebuah laman web, www.munajatroyalti.com serta laman sosial facebook - www.facebook.com/pages/Misi-Munajat-Royalti-Rakyat telah diwujudkan bagi rakyat melayari dan seterusnya menyatakan sokongan mereka kepada usaha itu.
Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah. Majlis membaca doa dan beribadah di kota suci itu bertujuan untuk memberi sokongan spiritual kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tuntutan berkenaan. "40 ulamak dan tok guru pondok dari seluruh Kelantan akan bermunajat untuk memohon kerahmatan dan kesejahteraan khusus buat rakyat negeri Kelantan semuanya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya. "Tujuan kami adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan kepimpinan ulamak, alim ulama dan ahli agama di dalam kehidupan hal ehwal seharian kita sebagai umat Islam," menurut laman itu.
Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan - Thailand, Kelantan - Vietnam dan Kelantan - Terengganu. Berikutan dinafikan royalti minyak itu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu./Malaysiakini | ||||||
| TIMB PRESIDEN PKR - AZMIN 43, ZAID 21 DAN MUSTAFA 10 PENCALONAN Posted: 21 Sep 2010 10:00 AM PDT
Naib presiden PKR, Azmin Ali semakin jauh meninggal pencabarnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu November depan.
Selepas 78 cabang PKR selesai bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin memperolehi 43 pencalonan. Manakala pencabar terdekatnya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 21 pencalonan, manakala naib presiden, Mustaffa Kamil Ayub mendapat 10 pencalonan. Tiga lagi yang turut dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah pengarah strategik PKR Tian Chua yang mendapat dua pencalonan manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan. Sebanyak 80 cabang PKR telah bermesyuarat sehingga hujung minggu lalu. Keputusan pemilihan calon di dua lagi cabang di Sabah - Sepanggar dan Pensiangan - belum dapat disahkan. Manakala bagi jawatan presiden pula, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat tiga lagi pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut, menjadikan lapan pencalonan sehingga ini. Cabang lain mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden. Lapan cabang yang mencalonkan Anwar untuk jawatan presiden ialah Bera, Kuala Krau, Sipitang, Tasek Gelugor, Rembau, Parit, Kampar dan Arau. Cabang PKR mula bermesyuarat sejak 17 September lalu, dan 218 cabang dijadual selesai berbuat demikian sehingga 3 Oktober ini. Pihak pengurusan parti menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh akhir menerima pencalonan daripada cabang-cabang. Pemilihan anggota Majlis Pimpinan Pusat akan berlangsung antara 31 Oktober dan 21 November melibatkan pemilihan langsung. Manakala Kongres Nasional Tahunan parti itu dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 November depan./Malaysiakini | ||||||
| MEMALUKAN !! DS ANWAR ATAU TAN SRI KHALID PUNYA KERJA INI ? Posted: 21 Sep 2010 12:00 AM PDT Saudara bayangkan, kalaulah yang anjur sambutan Rumah Terbuka Aidil Fitri seperti di atas tu adalah Kerajaan Selangor atau anjuran DS Anwar, agak-agaknya berapa tahun TV3 Suku atau Utusan Meloya dok ulang? Agak-agaknya Harussani berbunyi tak? Tapi, nak buat macam mana kan.....kalau bapak minat yang macam tu, hairan apa anak jadi artis..... Apa yang penting, INI BUKAN RUMAH TERBUKA PEMIMPIN UMNO, Silap banner kot kat belakang tu....Takkan pemimpin Umno macam tu, sedangkan MP DAP masuk surau pun dia suruh mandi wajib dan tutup aurat....Mustahillah anjuran Umno tu....Aku tak caya !! |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Anwar dituduh teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap bekas peguamnya yang menyarung jersi PKR untuk bertanding di Kulim Bandar Baru ketika PRU ke-12. PKR hanya memecat Zulkifli Noordin (gambar kanan) pada Mac 2010, setelah beliau membuat laporan polis terhadap Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam-PAS, berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
Tian Chua berkata, ramai orang yang menganggap bahawa Anwar (gambar kiri) mempunyai kedudukan yang tidak tercabar dalam parti, tetapi pada hakikatnya, Anwar jarang menggunakan kewibawaan ini untuk menyelesaikan masalah. Sebaliknya beliau tetap dengan "sangka baiknya", dan beliau tidak percaya, seandainya diberitahu, misalnya "Wee Choo Keong telah bertemu dengan pemimpin UMNO".
Tian Chua menjelaskan, Khalid Ibrahim (gambar kanan) enggan mengubah model yang lama kerana khuatir menyinggung pegawai kerajaan ini. Inilah punca kekecewaan anggota parti. Bagaimanapun, Tian Chua menganggap niat Khalid mungkin baik, iaitu orang yang melaksanakan dasar bukan datang dari parti.
Tian Chua, yang mengakui dirinya bukan menyetujui Azmin Ali (gambar kiri) dalam semua isu, bagaimanapun sanggup membela Azmin Ali dalam isu ini. Pada tanggapan Tian Chua, adalah kurang adil untuk Azmin Ali apabila ditonjolkan dengan imej negatif dalam media.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan