Rabu, 29 September 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


[Kemaskini] VIDEO SENSASI: Pensyarah tegar Umno di'terlanjang' secara LIVE di TV3..

Posted: 29 Sep 2010 09:13 PM PDT



VIDEO: Mahasiswa Tak Matang



Berita berkaitan:
- Kontrak Ibrahim Abu Shah Tidak Disambung, Dr. Sahol NC Baru UiTM
- Video: Ucapan terakhir Abu Shah sbg NC UiTM (menangis la pulak..)

Gambar bawah: Demontrasi penuntut-penuntut UiTM ketika pensyarah tegar Umno ini (Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah) masih memegang jawatan NC UiTM (12/08/2008)..siapa yg memberi arahan?..

Jelas penuntut2 ini 'DICUCUK' oleh pihak2 yg berkempentingan (politik) di dlm kerajaan dgn membenarkan mereka berarak, dan berdemontrasi ke jalan2 raya...fikir2kan..












Isu BTN: MIC dan GERAKAN gasak kerajaan Umno! Muhyiddin terus membisu..

Posted: 29 Sep 2010 08:45 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Seperti biasa, pemimpin Umno terutama Muhyiddin Yassin tidak akan memberi reaksi segera jika suara lantang ini datangnya dari sekutu rapat mereka (GERAKAN, MICA, MCA dan lain)...(isu terbaru BTN rasis di SINI)..

Jika ianya disuarakan oleh pihak Pakatan Rakyat terutama DAP, maka berbondong2lah perlian dan tuduhan mereka terhadap PR kononnya DAP perkauman, tujuan politik sempit, ganggu siasatan, 'totok politik', dan sebagainya...

Boleh lihat contoh terdahulu (dalam isu pengetua 'rasis)' di SINI...betapa hipokritnya Umno..benar kata Ibrahim Ali, Umno kini mula dikuasai parti Cina, Umno diperbodoh MCA dan lain2..dengan makna lain, Umno 'barua' (kuda tunggangan) MCA, MICA, GERAKAN, PPP (klik di SINI)...

Apa yang penting, Umno kini terperangkap dengan isu perkauman yang mereka sendiri cetuskan..diluah mati emak, ditelan mati ayah..fikir2kan..wallahua'lam..


PARTI GERAKAN:

Isu BTN: Pemuda Gerakan mahu Hamim dilucut jawatan

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pemuda Gerakan menggesa supaya Hamim Husin dilucutkan jawatan Timbalan Pengarah Belia Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan ekoran kenyataannya bersifat perkauman, perkembangan yang dikhuatiri boleh menjejaskan perpaduan kaum.

Setiausaha Agungnya Dr Dominic Lau berkata kenyataan yang dibuat Hamim adalah tidak berasas dan keterlaluan.

"Saya mahu supaya beliau (Hamim) dilucutkan jawatan tersebut kerana beliau dilihat sebagai tidak tahu matlamat sebenar konsep 1 Malaysia.

"Kenyataan yang dibuat beliau secara terbuka telah merendahkan orang Malaysia bahkan ia bertentangan dengan matlamat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya dalam satu kenyataan.

Lau juga menggesa supaya kursus yang dibawa dalam BTN diubah terutamanya modulnya supaya selaras dengan konsep 1 Malaysia.

"Ada banyak aduan daripada peserta bahawa kursus BTN ini adalah program yang berat sebelah, ketinggalan zaman, rasis dan ia harus diubah.

*baca seterusnya di SINI..

PARTI MIC

Kenyataan rasis: Pemuda MIC mahu KSN ambil tindakan tegas ke atas pegawai kanan awam

PUTRAJAYA, 29 Sept — Pemuda MIC menggesa Ketua Setiausaha Negara mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai kanan awam termasuk yang terbaru anggota Biro Tata Negara (BTN), yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman agar ia menjadi pengajaran kepada kakitangan kerajaan lain.

Setiausahanya C. Sivarraajh berkata kenyataan yang dikeluarkan pegawai awam seolah-olah mencerminkan imej sebenarnya pentadbiran negara yang boleh menggugat perpaduan kaum.

"Isu perkauman yang dimainkan oleh pegawai awam ini dilihat masih berterusan, sebelum ini ada pengetua dan guru besar yang keluarkan kenyataan berbaur perkauman.

"Yang terbaru pula pegawai kanan BTN yang turut menjadikan isu perkauman ini sebagai modal mereka.

"Jadi kita harap supaya Ketua Setiausaha Negara dapat menyiasat dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat sebagai pengajaran kepada kakitangan awam lain untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan tersebut," katanya selepas menyerahkan memorandum di pejabat Ketua Setiausaha Negara di sini.

*baca seterusnya di SINI...

Iklim pelaburan negara: Lagi kes akhbar Umno membodohkan penyokongnya..

Posted: 29 Sep 2010 08:32 PM PDT



fitnah, menipu memang keje utusang penipu..!!~ klau x tipu/fitnah sehari bagi utusang penipu umpama seperti "drakula tidak dapat darah"..!! fitnah/menipu haq mutlak Utusang penipu (media UMNO) dulu, kini dn selamenye....sape yg caye/bace media Utusang penipu nie mmg lerr d kalangan dungu selepas dari kekantoian ~ kalian nilai lh sndiri~

p/s tips nk kenal berita palsu :- berita yg d sampaikn trlmpau pendek...
(beritanye pendek sgt sbb xtau nk reka ape lg utk menfitnah...org dtg dari jauh dtg msia, xkan cakap sepatah dua...!!! dn klau berkaitan mnjatuhkn imaj anwar selalunye Utusang penipu lh no.1..!! berita xkurg 2 helai muke surat~kah kah kah~)

VERSI 'spin' UTUSAN MALAYSIA>>
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0927&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm&arc=hive

VERSI 'asal' oleh MALAYSIAKINI
http://www.malaysiakini.com/news/143731


sumber: FB 'Muhammad Muslimeen'

Artikel berkaitan:
- "Kebebasan media tidak ada di Malaysia, sudah mati!" - Bekas Pengarang Utusan Melayu..(video inside)

HIDOP MELAYU! Gambar ahli/penyokong PERKASA wanita..

Posted: 29 Sep 2010 07:46 AM PDT



Bicara Gambar: Yang di 'atas' semakin membuka, yang di 'bawah' semakin mengetat...

Itu antara ciri-ciri ahli/penyokong PERKASA perempuan..Apa kesah dengan ajaran agama, apa kesah dengan tuntutan agama, yang penting BANGSA tetap terus diperjuangkan dahulu...itulah prinsip UMNO=PERKASA....

HIDOP ME-LAYUUUUUU....!!


Artikel berkaitan (gambar 18sx):
- PERKASA atau PERKASAM??

Lagi banner 'Umno/PERKASA @ Buta Huruf'

Posted: 29 Sep 2010 07:16 AM PDT



Gambar di atas ini dirakam dalam peristiwa Perhimpunan PERKASA di Kelantan yang dihadiri lebih 50,000 orang Melayu (xsampai 5 ribu pun)..boleh lihat gambar di SINI..

Lagi pasal PERKASA @ Buta Huruf di SINI (memang lucu)...lain-lain gambar boleh tujuk di SINI..


VIDEO: ALIF MIM NUN WAU = UMNO = Circus ! (FULL VERSION)



Tiada ulasan: