:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
| Gambar sekitar perhimpunan 50,000 orang Melayu Kelantan dalam program PERKASA-Mahathir!! Posted: 25 Sep 2010 07:42 PM PDT ![]() 1. Memalukan! kehadiran tokoh ulung negara yang kononnya disegani dlm dan luar negara langsung tidak mampu menarik orang ramai ke majlis perhimpunan PERKASA di Kelantan.. 2. Hanya sekitar 1000-2000 orang yang berkumpul walaupun telah mendapat publisiti yang meluas dari media arus perdana.. 3. Jumlah ini tersangat rendah berbanding ketika kehadiran Mahathir ketika memegang kuasa dahulu..nampaknya pengaruh beliau semakin merudum di Kelantan.. 4. Penganjur terpaksa mengerahkan bukan-Islam untuk hadir ke program ini dengan menjemput pelajar2 sekolah membuat persembahan Tarian Naga..namun ternyata, ianya gagal untuk menarik perhatian non-muslim.. 5. Kehadiran seramai ini di dalam sebuah negeri majoriti Melayu ternyata merupakan satu kegagalan, dan memalukan penyokong tegar parti perkuaman Umno... 6. Petanda Umno belum mampu utk merampas kuasa memerintah Kelantan...fikir2kan.. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| MCA cadang anjur protes di depan sekolah pengetua 'rasis': Kenapa Umno dan Muhyiddin membisu? Posted: 25 Sep 2010 06:50 PM PDT ![]() Oleh: Pria Malaya.. TPM Muhyiddin kata DAP (Lim Kit Siang) '100 peratus totok politik' sebab bangkitkan isu pengetua rasis (baca di sini)... Ni sekutu mereka ni MCA, bukan sahaja beri tekanan pada kerajaan suruh hukum dan pindahkan pengetua berkenaan, malah siap nak anjur DEMO depan sekolah Pengetua 'rasis' tu..mana suara penyokong totok Umno? mana suara Muhyiddin Yassin? Nampak sangat Muhyiddin Yassinlah yang '100 peratus totok politik'!!.dasar HIPOKRIT!!.. Pengetua 'rasis' - MCA cadang anjur protes MCA tidak berpuas hati dengan pengetua sebuah sekolah menengah di Kedah yang tidak dikenakan sebarang hukuman kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap peljar bukan Melayu pada bulan Ramadan yang lalu. Ketua MCA Kedah, Chong Itt Chew berkata jika pengetua itu - Ungku Aznan Ungku Ismail, tidak dipindahkan ke sekolah lain, parti itu mungkin menganjurkan protes di depan sekolah berkenaan. Chong berkata ibu bapa murid-murid terbabit juga telah memohon kepada jabatang pelajaran agar pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani, itu dipindahkan secepat mungkin. "Kami akan memberikan pihak berkuasa masa yang mencukupi tetapi tidak menolak langkah drastik seperti mengadakan protes di luar pagar sekolah," katanya. Namun, beliau tidak dapat mengesahkan bila protes itu akan diadakan. Setiausaha MCA Kedah, Yong Pau Chak berkata beliau masih memantau keadaan dan berkata pengesahan akan didapatkan untuk mengetahui sama ada Ungku Aznan telah kembali ke sekolah itu selepas cuti Aidilfitri. "Pendirian kami MCA) tetap tidak berubah, pengetua sepatutnya dipindahkan atau dikenakan hukuman. Jika terbukti dia tetap kekal di sekolah itu, kami akan memikirkan langkah seterusnya," katanya. Sementara itu Chong menggesa Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong supaya menghormati permintaan ibu bapa yang anak-anak mereka terlibat dengan kejadian itu yang mahu pengetua berkenaan dipindahkan. Difahamkan pengetua 'rasis' itu telah kembali ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat mingguan tetapi dia tidak lagi menghamburkan kata-kata berbaur perkauman semasa perhimpunan. Dia juga dilaporkan telah memohon maaf kepada sekumpulan pelajar semasa mesyuarat khas di sekolah itu beberapa hari selepas kejadian tersebut. Meskipun Chong berkata permohonan maaf itu dialu-alukan namun kesilapan pengetua itu harus setimpal dengan "kesalahan" yang dilakukannya. - MK |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan