:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
- BONGKAR! Bukti jelas Umno berpolitik dalam masjid: Wujud dana JIHAD menentang PAS!
- Update isu perkahwinan Syafie Apdal dan Zahida Rafik: Esok pengumuman rasmi akan dibuat?
- Agak-agak apa reaksi penyokong Umno bila lihat foto ini?
- PANAZZ! Artis Zahida Rafik telah berkahwin dengan menteri Umno secara senyap sebulan lalu??
- PERKASA tunjuk jaguh: Kini cuba bermusuh dengan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ)
| BONGKAR! Bukti jelas Umno berpolitik dalam masjid: Wujud dana JIHAD menentang PAS! Posted: 23 Sep 2010 08:25 PM PDT Oleh: Pria Malaya Nah, dahulu bukan main hebat menyerang PAS dan PR kononnya berpolitik dalam masjid..kononnya boleh memecahkan msyarakat, boleh mebimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan ahli kariah masjid, bukan cara Islam sebenar dan lain2 lagi.. Hari ini, terbukti (bergambar) Umno adalah makhluk dua wajah yg hipokrit lagi munafiq...orang lain disergahnya HARAM berpolitik di dalam masjid, tetapi HAHAL jika dilakukan oleh Umno.. Mana Muftri Harussani? Mana pihak berkuasa agama negeri? Mana pihak istana? mana '40 ulamak' Umno? mana blogger jumud Umno?..terkena atas batang hidung pemerintah sendiri, terus senyap menikus... Jelas dari peristiwa bergambar di atas, Umno telah membelakangkan titah sultan supaya tidak berpolitik di dalam masjid..tetapi kini, Umno bukan sahaja berpolitik kepartian di dalam masjid, bahkan politik untuk membalas dendam utk menyerang musuh politiknya.. Kerana itu tidak pelik seorang yang 'menggelarkan' dirinya ulamak Umno, Mohd Nor Deris, telah mengishtiharkan tabung derma JIHAD bagi menentang musuh parti (PAS).. Ini kenyataan beliau yang dipetik dari laman facebook beliau.. Bicara tentang JIHAD, teringat semasa berlangsungnya PRK Permatang Pauh 2008, 'ustazah' Umno, Shahrizat Jalil pernah mengistiharkan JIHAD menentang Anwar dan Pakatan Rakyat..boleh rujuk di sini dan di sini...juga tidak dilupa tentang 'fatwa' yang diputuskan oleh ADUN Umno Terengganu, Rasol Wahid bahawa, "Undi BN dapat syurga, undi PAS tak dapat ganjaran"..boleh rujuk di sini dan sini.. Akhir kalam, dibawah disertakan beberapa keping gambar yg membuktikan Umno telah mempolitik dan berpolitik di dalam masjid..ianya akan tersenarai di dalam enrty penulis, "Koleksi Umno berpolitik di dalam Masjid"..wallahua'lam... Nama program: "Majlis Muzakarah Mencari Kebenaran Peristiwa Peperangan Ahzab dan Gerakan Umno adalah Jihad Berbanding Parti-Parti Pembangkang" Tarikh: 18 September 2010 Tempat: Masjid Nurih Al-Islah, Mulong, Kubang Kerian, Kelantan Anjuran: Veteran UMNO Kelantan Dirasmikan oleh: Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan Artikel berkaitan (mesti baca): - Koleksi Umno berpolitik dalam surau/masjid! (bukti bergambar) |
| Update isu perkahwinan Syafie Apdal dan Zahida Rafik: Esok pengumuman rasmi akan dibuat? Posted: 23 Sep 2010 05:34 PM PDT ![]() Menurut sumber, Shafie yang akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada esok (Sabtu), 25 September 2010 di Dewan Masyarakat Semporna bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dijangka akan membuat pengumuman berhubung gossip tersebut. Ramai rakan Zahida dijangka hadir di Majlis Rumah Terbuka berkenaan kerana menurut khabar angin, Shafie dijangka akan memperkenalkan Zahida di majlis tersebut yang turut dihadiri isteri pertamanya, Datin Seri Hajjah Shuryani Datuk Haji Shuaib. Sebelum ini, Zahida muncul dalam beberapa akhbar hiburan menafikan mempunyai skandal dengan VVIP, namun tidak menafikan hubungan dengan Shafie Apdal yang menjadi rakan rapatnya sejak Skandal London Gate! (hanya Zahida yang tahu). - Sabahkini Sementara itu, Kosmo!Online hari ini melaporkan.. Nafi kahwin ahli politik ![]() KUALA LUMPUR - Pelakon Zahida Rafik menafikan gosip-gosip di Internet bahawa dia sudah berkahwin dengan seorang ahli politik Malaysia di London baru-baru ini. Mengakui dirinya tertekan dengan gosip tersebut, pelakon berusia 35 tahun itu menegaskan gosip itu sudah pasti tidak disenangi oleh isteri ahli politik berkenaan. "Mana ada saya kahwin? Tak baik gosip saya dengan dia. Kalau isteri dia percaya, saya juga yang susah," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Zahida diminta mengulas dakwaan kononnya dia sudah melangsungkan perkahwinan dengan ahli politik berkenaan di London. Perkahwinan tersebut dikatakan berlangsung sebelum bulan Ramadan lalu. - Kosmo! Artikel berkaitan (mesti baca): - PANAZZ! Artis Zahida Rafik telah berkahwin dengan menteri Umno secara senyap sebulan lalu?? |
| Agak-agak apa reaksi penyokong Umno bila lihat foto ini? Posted: 23 Sep 2010 05:01 PM PDT |
| PANAZZ! Artis Zahida Rafik telah berkahwin dengan menteri Umno secara senyap sebulan lalu?? Posted: 23 Sep 2010 06:13 AM PDT Oleh: Pria Malaya Nampaknya hubungan 'istimewa' antara seorang artis tanah air, Zahida Rafik dengan seorang VVIP merangkap menteri dan pemimpin tertinggi Umno kini semakin hangat dan rancak diperkatakan... Dulu Bung Mokhtar berjaya mengambil hati Zizie, kini giliran seorang lagi artis tanah air di'ngorat' oleh seorang VVIP merangkap menteri.. ![]() Siapakah menteri yang dimaksudkan?..tak lain dan tak bukan, orang yg dimaksudkan ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal.. Berdasarkan sumber2 (di bawah), Zahida Rafik dan Datuk Shafie Apdal dikatakan telah berkahwin sebulan yang lalu iaitu sebelum masuknya bulan Ramadhan..perkahwinan tersebut pula dibuat di London dan dilakukan secara tertutup... ![]() Kalian boleh rujuk ketiga2 sumber penulis dibawah, dimana2 ketiga-tiganya adalah dari laman web berunsur hiburan, gosip dan artis yang terkenal (famous) di kalangan peminat hiburan tanah air... 1. (GOSIP)Zahida Rafik Sudah Berkahwin Dengan Menteri Di London? (beautifulnara.com) 2. Panas, (GOSIP)Zahida Rafik Sudah Berkahwin Dengan Menteri Di London? (.selebriti.tv) 3. (Gossip) Zahida Rafik Dah Jadi Isteri Datuk Shafie Apdal (zonartis.com) Perkara ini turut dibangkitkan oleh blogger2 Umno.. 1. PANAS BERAPI! BENARKAH SHAFIE APDAL BERNIKAH!? (House PK) 2. Menteri Kawen Artis Lagi...??? (sarfarizmalsaad.blogspot.com) 3. SHAFIE APDAL BERISTERI BARU? (kedahku.blogspot.com) 4. SHAFIE APDAL TAMBAH ISTERI?? ZAHIDA RAFIK? (blogtopsites.com) Persoalan kini, apakah berita/gosip ini benar?..apakah pemimpin Umno ini secara senyap telah berkahwin dengan artis sebulan yg lalu?..kenapakah beliau masih belum tampil membela diri jika ianya dusta dan bohong?... Kalau kita imbas kembali, pada bulan 6 (15 Jun 2010) yang lalu, Zahida Rafik pernah ditemubual/diwawancara khas oleh Utusan Malaysia berkaitan isu ini, dan berita mengenainya telah dimuatkan 4 muka penuh di dalam akhbar berkenaan... ![]() Memetik kata2 Zahida Rafik diatas: "Bagi saya apabila gosip mengatakan saya dibela oleh VVIP ia satu penghinaan. Saya bukan perempuan simpanan. Sebagai anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama, ayah tidak membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin."..Namun, apakah kita percaya dengan penafian ini?..apakah anda masih ingat bagaimana suatu ketika dahulu Bung Mokthar dgn pasangannya Zizie begitu bersungguh2 menafikan hubungan mereka sehingga menimbulkan rasa meluat dan benci kepada pasangan berkenaan?.. Bak kata seorang blogger pro-Umno (RBF), "Macam inikah anak dari sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama ? Jika di sini secara terang-terangan dia telah menipu pembaca adakah anda semua nak percayakan penafian yang dia buat sebanyak empat muka surat ?"Ini antara komen seorang blogger tegar Umno..bak kata pepatah, "Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang".. Akhir kalam, sepertimana rakan2 blogger dari Umno, penulis turut memohon supaya YB berkenaan respon dan menafikan sekiranya berita ini tidak benar bagi mengelakkan tanggapan negatif masyarakat..namun, jika ianya benar, maka akuilah, tiada apa perlu ditakutkan..dan penulis tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagian Yb dan pasangan, insyaAllah...selamat pengantin baru Yb..wallahua'lam.. ![]() Artikel berkaitan (mesti baca): - Terlerai sudah teka-teki: Bung Moktar telah disahkan berkahwin dengan pelakon Zizie Izette. - Bung Mokhtar & Zizie Ezette 'berbulan madu' di nite club?... - Bernikah tanpa kebenaran: Ahli Parlimen Umno/BN Bung Mukhtar mengaku salah - Menteri 'hadiahkan' kereta mewah pada artis? - Siapa Menteri kanan terbabit? |
| PERKASA tunjuk jaguh: Kini cuba bermusuh dengan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) Posted: 23 Sep 2010 03:56 AM PDT ![]() Oleh: Pria Malaya Baru je baru-baru ni PERKASA nafi mereka ada kaitan dengan politik..siap marah2 lagi siapa yg tuduh PERKASA menjadi perkakas Umno, pro kepada parti Umno..tegas mereka, PERKASA adalah badan bebas NGO, bukan politik, dan tidak akan sesekali memihak kepada mana2 parti politik (berkecuali).. Alih2 hari ini, tak pasal2 PERKASA buat tuduhan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) cenderung kepada politik pembangkang, pro pembangkang...pulak dahh..dulu marah orang tuduh PERKASA sokong parti politik, sekarang dia plak sibuk tuduh orang lain sokong parti politik tertentu.. Nampak, jelas PERKASA ni haru-biru dan tiada pendirian...memang kewujudannya ada motif dan ada agenda tersendiri..tak habis nak mencari musuh, lepas satu persatu dihentam dan dibangkangnya...korang fikirlah sendiri sekutu rapat Umno ini..wallahua'lam.. Presiden NUJ Sangkal Tuduhan Perkasa ![]() PETALING JAYA: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ), Hata Wahari menyangkal tuduhan Perkasa bahawa beliau merupakan penyokong parti pembangkang. Presiden yang baru dilantik itu berkata pada Rabu, kenyataan ahli majlis tertinggi, Mohd Zahid Md Arip adalah 'tidak logik' dan 'tidak relevan'. Hata memberi respon terhadap tuduhan Mohd Zahid bahawa beliau pro-Pakatan Rakyat, menurut laporan Utusan Malaysia, Selasa. "Kenyataan Mohd Zahid, yang menggambarkan saya sebagai condong ke arah pembangkang, jelas menunjukkan bahawa Perkasa memihak kepada parti politik dan parti itu adalah Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan. "Nasihat saya kepada Perkasa adalah menjaga ahli-ahlinya, melaksanakan tugas dan tanggung jawab seperti dimandatkan oleh ahli dan juga berlaku adil," kata Hata. Hata juga berkata, NUJ merupakan organisasi bebas dan tidak menyokong mana-mana parti politik. Sebaliknya, ia memperjuangkan etika kewartawanan bagi memastikan para wartawan mampu menjalankan tugas secara profesional tanpa berat sebelah, sekali gus memastikan laporan tepat dan telus. "Sebagai presiden NUJ, saya menegakkan prinsip tersebut, di samping memperjuangkan lebih dari sekadar kewartawanan beretika. "Perjuangan saya adalah untuk melihat akhbar di negara ini bebas daripada cengkaman tuan politik, sama ada Barisan, Pakatan Rakyat atau pemimpin politik lain." Beliau menambah, media seharusnya menjadi milik masyarakat agar ia mampu benar-benar berkhidmat untuk mereka. Artikel berkaitan (mesti baca): - Ibrahim Ali (PERKASA) dikecam sekutu Umno: "Ekstremis celaka ini patut dipenjarakan!" - Pemuda MCA - POSTER HANGAT sempena Drama bersiri Umno VS PERKASA...Sebarkan!!! - PANAS: Ibrahim Ali akhirnya akui parti Cina kuasai Umno! Umno kini barua MCA! |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan