:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
- [Kemaskini] SENSASI BERANI! Video cara Umno sambut kemulian Syawal!..(18SX)
- Non-muslim masuk masjid: Penulis jawab blogger Umno bagi pihak Khalid Samad
- [Kemaskini] HANGAT: Juara program realiti TV 'Imam Muda' bersama Lim Guan Eng dan Karpal Singh!
| [Kemaskini] SENSASI BERANI! Video cara Umno sambut kemulian Syawal!..(18SX) Posted: 19 Sep 2010 04:44 PM PDT VIDEO: 19 SEPT 2010 LAGU RAYA Parlimen Bera.wmv Tarikh: 19 September 2010 Tempat: Laman Kerayong, Parlimen Bera, Pahang. Program: Rumah Terbuka anjuran Ahli Parlimen Bera, merangkap Menteri KPDNK, merangkap juga Ahli Majlis Tertinggi Umno. ![]() Tujuan: Meraikan kesyukuran sempena Syawal yang mulia ini..sambil menyanyi, berjoget dan menari sepuas hati bersama rakyat jelata.. DAN....Sesungguhnya kita tidak lupa video dibawah ini... VIDEO: BN terdesak. Guna penari separuh bogel p/s: Pada rakan2 kita di sana, jangan lupa tolong sebarkan poster di bawah..bersama mempromosi Sekolah Anak Luar Nikah anjuran kerajaan Umno Melaka... ![]() Artikel berkaitan: - PANAS: Kejohanan bina badan puteri Umno!!! (18sx) - Hj Zahid Hamidi dan tarian separuh bogel.. sumber video: almankaraqi.blogspot.com |
| Non-muslim masuk masjid: Penulis jawab blogger Umno bagi pihak Khalid Samad Posted: 19 Sep 2010 10:49 AM PDT Oleh: Pria Malaya ISU 1 Segalanya bermula dengan pendedahan YB Khalid Samad (KS) di blognya di SINI (bagi yang tak faham isu ini, sila layari dahulu entry Khalid Samad ini).. Kemudian, isu ini cuba dijawab balik oleh seorang blogger Umno "Pejuang Bangsa" di lama blognya, 'http://sejarahmelayu.blogspot.com'...kalian boleh klik di SINI.. Berdasarkan blog KS, terdapat 5 isu (gambar) yang dibangkitkan oleh KS..penulis tidak mahu mengulas isu 1, 2, 4 dan 5..ini kerana Umno masih belum menjawab isu bergambar berkanaan, dan tidak pula dibangkitkan dalam artikel kononnya pendedahan oleh blogger Umno terbabit.. Maknanya isu yang menjadi perbahasan kini ialah gambar no.3 sepertimana gambar di bawah.. ![]() Memetik kata-kata KS mengulas gambar di atas: "Ahli Parlimen Hulu Selangor bersama ADUN UMNO menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sg. Tengi Selatan. Semua tersenyum lebar dan tiada pula mendakwa di hina atau Masjid tercemar. Ahli Parlimen berkopiah yang telah mengeluarkan fatwa 'penghinaan' terhadap ummat Islam kerana terpaksa menerima sumbangan dari orang kafir, pun mendiamkan diri - mungkin kerana sibuk menikmati juadah raya. Saya juga difahamkan oleh seorang sahabat bahawa ada yang berkopiah kerana hendak bersikap tawaddu', tetapi ada yang berkopiah kerana hendak menyorok 'bald spot'. WaLlahu 'Alam."Berdasarkan ulasan KS di atas, langsung tiada salahnya..ternyata ianya msih dikira berlaku di dalam masjid, bukan diluar perkarangan masjid...bahkan penulis setuju apa yg diperkatakan oleh KS...banyak sudah dari pemerhatian penulis, penyokong/blogger Umno kerap membangkitkan isu kononnya umat Islam adalah hina kerana sanggup menerima pemberian/hadiah/sumbangan/derma dari orang bukan Islam (wakil rakyat DAP).. Terutama apa yg berlaku di PP..sumbangan kerajaan LGE yang beterusan kepada masyarkat Islam di sana khususnya di bulan Ramadhan baru2 ini telah dituduh sebagai suatu penghinaan kepada orang Islam..malah dihinanya orang Islam berkenaan kerana sanggup menerima sumbangan hamper dari 'kafir harbi', dan pelbagai lagi gelaran dan kata2 nista... Jadi, tiada kesalahannya di sini..fullstop...jika ada, tunjukkan, dan kami akan jawab.. ISU 2 Seterusnya, menurut blog "Pejuang Bangsa", gambar berkenaan (gambar no.3 sepertimana di atas) adalah gambar yang telah diedit oleh KS dengan memotong sebahagian gambar dibawahnya.. Katanya: "Cuba bandingkan gambar di atas yang dipotong di bahagian bawah dengan gambar sebenar di bawah ini ..." Sah, ini barulah dikatakan satu FITNAH!..blogger Umno ini ternyata telah sengaja menyebarkan tuduhan dan fitnah terhadap KS (Khalid Samad) kononnya telah 'memotong' (mengedit) gambar (bagi tujuan jahat)...sedangkan gambar itu adalah gambar asal yg diambil oleh KS di satu laman blog tanpa sebarang edit dan pengubahsuain gambar! Kalian boleh lihat sumber asal (primier) di sini (klik)..penulis lampirkan printscreen keadaan asal gambar tersebut di blog berkenaan... Jelas di sini, gambar yg diterbitkan di dalam blog KS bukanlah gambar yg diedit atau dipotong mana2 bahagian, tetapi merupakan gambar asal yang dicedok dari laman blog (sumber primier) berkenaan!.. Maka jelaslah blogger Umno berkenaan a.k.a "Pejuang Bangsa" telah menfitnah dan menuduh YB KS dgn tuduhan jahat!..hasil dari penelitian penulis juga, puak2 gerombolan telah memanjangkan fitnah ini ke serata ceruk ruang maya tanpa dahulunya menyelidik.. Sekarang terpulang kepada KS (Khalid Samad) utk mengambil tindakan terhadap blogger ini atau tidak..yg nyata nama KS boleh shj tercemar jika fitnah dari blogger Umno ini tidak dikekang...(pada blogger Umno berkenaan, sila jawab!..) ISU 3 Berkenaan isu ruang masjid (utk bersolat)..blogger tegar Umno tersebut telah menyatakan sebagaimana berikut.. "Kedudukan YB Kamalanathan di dalam majlis ini bukan di dalam ruang solat masjid seperti difitnah pembangkang tetapi sebenarnya di beranda ( ruang legar ) . Bukan seperti pemimpin PAS yang membenarkan MP Serdang DAP masuk terus ke dalam ruang solat di surau di Kajang bulan Ramadhan lepas ." ![]() ![]() Mengenai perbahasan ruang solat masjid ini, kita ingin bertanya pada blogger fanatik Umno ini, apakah definisi 'ruang solat masjid' yang sebenarnya? apakah yang dimaksudkan dgn istilah 'masjid' itu sendiri?.. Melainkan ia bermaksud tempat utk umat Islam mendirikan solat (sujud) di dalamnya..apakah ruang dimana 'ustaz' kamalanathan pijak itu bukan tempat untuk bersolat (sujud)? apakah itu bukan dikira ruang untuk bersolat? apakah karpet yang dipihak oleh 'ustaz' Kamalanathan ini tidak akan digunakan LAGI utk solat? Melainkan ianya JUGA adalah ruang untuk solat, tempat utk umat Islam bersujud atau di dalam bahasa arabnya di panggil 'masjid'..maka, tidak sepatutnya ia menjadi isu kononnya boleh mengotorkan tempat umat Islam bersujud, kerana di dalam Islam, Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah solat di mana sahaja, bahkan dlm sejarah Islam, Saidina Umar al-Khattab pernah melakukan solat di dalam gereja.. Adapun pihak yang tidak bersetuju mereka hadir ke 'ruang utama' solat, kita boleh berbeza pendapat di sini, bahkan di dalam PAS sendiri ada yg tidak bersetuju...ya, kita tetap menerima pandangan org lain kerana perbezaan itu suatu rahmat...mungkin selepas ini perkara ini tidak lagi berlaku atas dasar mengelakkan ianya menjadi bahan fitnah pihak tertentu (hikmah/bijaksana).. Non-muslim masuk masjid.. Bagi PAS, isu non-muslim masuk masjid/surau hukumnya adalah dibolehkan dan harus dengan beberapa syarat sebagaimana yang 'dihukum' dan dibahaskan oleh sebahagian besar ulamak dan tokoh Islam..ini bermakna, walau wujudpun khilaf dikalangan mereka, ianya tetap masih diruang lingkup permasalahan furu'..yang sepatutnya tidak dibesar2kan, apatahlagi dipolitikkan.. Boleh rujuk Fatwa JAKIM dan pendapat ulamak yang mengharuskannya di SINI... Umno juga perlu menjawab pendedahan tentang artikel dan gambar yang menunjukkan kehadiran bukan muslim di dalam masjid/surau hatta ke ruang solat utama yang berlaku di seluruh dunia..fenomena ini merupakan satu perkara biasa di tempat orang, tetapi suatu yang begitu pelik (bagi penyokong Umno) apabila berlaku ditempat kita.. Boleh lihat pendedahan bergambar di bawah: - Gambar2 Pencemaran Masjid di Dunia - termasuk Syeikh Azhar - Imam dan masjid di luar negara mungkin tidak suci lagi pada pandangan Umno.. ![]() (Queen Elizabeth II dalam lawatan ke masjid negeri selangor pada tahun 14 okt 1989....sumber: arkib JAKIM) Yang terakhirnya, penulis mohon penyokong Umno menjawab baki 4 lagi gambar yang dibangkitkan oleh KS di blognya...ini kerana KS bukan hanya menumpukan kepada isu/gambar bernombor 3 semata-mata, tetapi meliputi keseluruhan isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 'Rumah Allah'..kerana itu tajuknya adalah "UMNO, Kura-Kura dan Perahu"..bukannya "Ustaz Kamalanathan masuk masjid"... Juga mohon penyokong tegar Umno jawab dua isu yang dibangkitkan penulis di bawah..jika tidak, benarlah kalian sebenarnya hipokrit dan memperjuangkan sesuatu isu..dua isu berkaitan 'Rumah Allah' ini adalah seperti berikut.. 1. Koleksi Umno berpolitik dalam surau/masjid! (bukti bergambar) 2. GEMPAR: Umno Kuala Langat anjur program 'maksiat' di rumah Allah!..(video inside) Akhir kalam, sebelum menamatkan entry kali ini, suka penulis mengulangi FATWA yang pernah diputuskan oleh pihak Jawatankuasa JAKIM pada Mac 2010, ia antara lain berbunyi.. "...Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid." Fikir-fikirkan...Wallahua'lam.. |
| [Kemaskini] HANGAT: Juara program realiti TV 'Imam Muda' bersama Lim Guan Eng dan Karpal Singh! Posted: 19 Sep 2010 03:18 AM PDT Oleh: Pria Malaya Harap penyokong fanatik Umno tidak menuduh Juara Imam Muda 2010 ini sudah 'tidak suci', kena samak (sbb sentuh org bukan Islam) dan pelbagai fitnah dan 'seranah' semata2 beliau bergambar dan berdampingan dengan pemimpin dari DAP, Karpal Singh dan Lim Guan Eng... Jauh dari itu, harapan semoga Saudara Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan (rakan penulis) terus maju dan berjaya..jangan ditakutkan dengan ugutan dan sogokan wang demi berundur atau lari dari perjuangan..sesungguhnya rezeki datangnya dari Allah, bukan dari pihak kerajaan atau mana-mana pihak...wallahua'lam... P/S: Lagi gambar akan menyusul..nantikan.. BIODATA JUARA IMAM MUDA ASTRO OASIS ![]() Nama Penuh: Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan Asal: Pulau Pinang Umur: 26 Tahun Tarikh Lahir: 12 Februari 1984 Status: Berkahwin Pekerjaan: Imam Pendidikan Tertinggi: Ijazah Sarjana Muda Fiqh Usul, Universiti Malaya Artikel berkaitan (artis dan sewaktu dengannya): 1. [Kemaskini] "Tok Guru Nik Aziz adalah idola saya" - Amy Seacrh 2. Wardina mahukan anaknya mencontohi sifat sederhana Tok Guru (Nik Aziz) 3. 'Aura Tok Guru': Bekas Model Sambilan, Kartika Saridewi bertemu dgn MB Kelantan 4. Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz dari pandangan penulis novel Ketika Cinta Bertasbih 5. Bok Lokman hadir majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus 6. Bukan Mahathir, bukan Najib: Tuan Guru Nik Aziz adalah "Guru Aku"- Amy Search (video inside) Lain-lain sumber: 7. Siti Nurhaliza dan Datu' K temui Tok Guru Nik Aziz |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan