Jumaat, 17 September 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


BONGKAR: 'Ustaz Kamal' masuk masjid - Pukulan maut buat penyokong totok Umno!

Posted: 17 Sep 2010 08:58 PM PDT


Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan, tempat imam dan para makmum sujud..nampaknya masjid ini tidak lagi 'suci' mengikut tafsiran otak2 Melayu jumud di dalam Umno...

Oleh: Pria Malaya

Teringat lagi, semasa berlangsungnya kempen Pilihan Raya kecil Hulu Selangor, naman calon BN 'Kamal' lebih banyak dari nama sebenarnya 'Kamalanathan'..bahkan para perayu undi Umno sering menyebut, "undilah abang Kamal, sokonglah abang Kamal"...nampaknya hari ini penyokong Umno bukan lagi menyebut 'abang Kamal', tapi 'Ustaz Kamal'..korang baca di sini..

Penulis tidak mahu mengulas panjang, rasanya ramai dah tau berita 'gempar' yang didedahkan Khalid Samad semalam..

Persoalan kini, dimana mufti Perak, dimana suara dari pihak istana, dimana pegawai JAIS dan MAIS, mana '40 ulamak' muda Umno, dimana PERKOSA, dimana kuncu2 Umno yang lain? apakah sedang rancak berkira2 untuk mengubah hukum dan fatwa yg baru? apakah selepas ini fatwa hanya orang bukan-Islam WANITA sahaja yang HARAM masuk ke masjid?? sila jawab!!

Jelaslah, betapa hipokritnya Umno dalam setiap isu yang dicetusnya sendiri..selapas satu persatu bala menimpa...yang nyata, penganut tegar parti perkauman itu terkedu kaku tidak mahu mengulas..kerana tepat terkena atas batang hidung mereka!

Akhir kalam, apakah korang nasih lagi percaya dengan Umno dan segala sekutu mereka?


Versi Malaysiakini

'Ustaz Kamal' MIC pula didakwa masuk masjid

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi "berkura-kura", berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.

Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara"


Berkempen dalam kawasan masjid utk tujuan politik: Gambar menunjukkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa bersama Ahli Parlimen P. Kamalanathan menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta majlis gotong royong di pekarangan Masjid Felda Soeharto.

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu.

Versi Utusan Malaysia

p/s: maaf, Akhbar kami tidak menyiarkan berita seperti ini..tuan kami (Umno) marah nanti..lagi pun akan mengecilkan hati mufti Perak dan pihak istana....kami rela membodohkan penyokong kami dari menyiarkan berita seumpama ini...

Versi TheMalaysianInsider

Khalid Samad dakwa Umno hipokrit, benarkan MP MIC masuk masjid

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Selepas akhir Ramadan baru lalu "disajikan" dengan serangan Umno dan Perkasa terhadap kehadiran Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching di sebuah surau, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga ADUN BN.

"Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap 'tunduk kepada DAP' khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya," kata Khalid dalam blognya.

Tulisan bertajuk "Umno, Kura-Kura dan Perahu", Khalid menambah, menurut Umno dan BN lagi, ia dilakukan demi memperoleh undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri.

"... iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana surau dan masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

"Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid," kata beliau.

Sehubungan itu, kata Khalid, bagi yang mengenali Umno segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat.

"Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara, ia turut tidak memberikan sebarang kesan.
"Tetapi bagi yang masih 'kabur', saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat Umno yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi," katanya.

Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Antara gambar yang dipaparkan di blognya menunjulkkan wakil rakyat Umno memberikan tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid Felda Gedangsa.

Khalid menimbulkan persoalan sama ada wakil rakyat berkenaan mempunyai tauliah.

Selain itu beliau turut menyiarkan gambar Ahi Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan.

Ekoran insiden di Surah Al-Huda di Kajang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Teo sahaja.

MAIS menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha MAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

"Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

"Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas," kata beliau.

Dalam surat amaran itu, MAIS meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

MAIS juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.

Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang baru menghalang bukan Islam memasuki masjid dan surau.

HEBAHAN: Penggantian seruan "Daulat Tuanku" kepada seruan "Allahu Akbar"..

Posted: 17 Sep 2010 07:40 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Jika sebelum ini rakyat Malaysia cukup sinonim dengan lafaz dan ucapan "Daulat Tuanku" bagi menggambarkan kepatuhan dan penghormatan kepada institusi raja dan sultan..namun sejak YM Tuanku Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru, seruan "Daulat Tuanku" telah diubah kepada seruan "Allahu Akbar"!..

Buktinya, kalian boleh melihat dimana-mana akhbar arus perdana 2,3 hari ini yang menyiarkan iklan Ucapan Tahniah buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, perkataan "DAULAT TUANKU" pada sisi atas iklan tersebut telah digantikan dengan kalimah "ALLAHU AKBAR"!..




Ternyata ianya suatu yang baru buat rakyat Malaysia, khususnya umat Islam..penulis awalnya tidak pasti hebahan ini berbentuk 'arahan' (wajib), atau hanya untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja (tidak wajib), atau masih diperingkat cadangan (belum diwartakan lagi)...

Namun, memetik kenyataan dari website yang rapat dengan pihak Istana, 'The Kelantan Insider', artikel itu antara lain berbunyi..

"Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan "Daulat Tuanku" digantikan dengan seruan "Allahu Akbar" (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).

Bagaimanapun, walaupun seruan "Allahu Akbar" ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak."
Jelas, jika dituruti kenyataan ini, maka benarlah terdapat arahan (titah) dari tuanku sendiri supaya seruan "Daulat Tuanku" digantikan dengan seruan "Allahu Akbar"...

Ini bermakna, selapas ini tiada lagi seruan (untuk tujuan rasmi) menggunapakai seruan "Daulat Tuanku"..tetapi ianya perlu diubah kepada seruan "Allahu Akbar"..adapun titah ini hanyalah terpakai khusus untuk Sultan Negeri Kelantan..



Akhir kalam..Raja 'Alim Raja Di 'Sembah' Raja Zalim Raja Di Sanggah...semoga Allah lanjutkan usia Tuanku serta pentadbiran kepimpinan Islam Negeri Kelantan, seterusnya kemakmuran buat seluruh Rakyat di Negeri Kelantan, dan rakyat Malaysia umumnya..wallahua'lam..


Artikel berkaitan:
- TERBARU: Foto-foto menarik YAB Tuan Guru Nik Aziz bersama YM Sultan Kelantan Tuanku Faris Petra
- Tahniah rakyat Kelantan: Tuanku Faris Petra, Raja yang dekat di hati rakyat! (Gambar di dalam)

[Kemaskini] TERBARU: Foto-foto menarik YAB Tuan Guru Nik Aziz bersama YM Sultan Kelantan Tuanku Faris Petra

Posted: 17 Sep 2010 01:53 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

17 September 2010 (Jumaat) - Berikut adalah gambar-gambar Tuan Guru MB Kelantan bersama Sultan Baru Kelantan, YM Tuanku Faris Petra selepas menunaikan solat Fardhu Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan...

Apa yang menarik, kelihatan tuanku sultan 'mencemar duli' memberi penghormatan kepada Tok Guru utk berdiri bersama-sama dengannya utk bersalam dengan rakyat jelata...Sungguh terharu tatkala menatap foto-foto di bawah..

Semoga Allah memanjangkan umur Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, serta umur YM Tuanku Faris, supaya dapat sama2 memerintah rakyat negeri Kelantan dgn makmur dan jayanya..

Ikuti 'bicara' gambar-gembar menarik di bawah..wallahua'lam..



Photo 1: Tuanku Faris berada dihadapan sebelah kanan Tuan Guru Menteri Besar ketika para makmum mula bersalaman dengan Tuanku dan para pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan sebaik selesai solat sunat selepas solat Jumaat...


Photo 2: Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar...

*Tuan Guru pada mulanya memberi laluan kepada Tuanku Faris kerana menghormati Baginda Sultan.



Photo 3: Tuanku Faris memberikan laluan kepada Tuan Guru Menteri Besar supaya berada bersama Baginda di hadapan...


Photo 4: "Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan...


Photo 5: Gabungan 3 posisi penting dalam pentadbiran Negeri Kelantan... Tuanku Sultan Kelantan Tengku Faris Petra, Adinda Tuanku Faris, Tengku Muhammad Faiz (Tengku Bendahari Kelantan), dan juga Tuan Guru Menteri Besar Kelantan...

Gabungan terbaik yang wajib dijadikan contoh di Negara Malaysia... Sultan yang berjiwa rakyat & mementingkan agama dalam urusan harian dan juga Ulama yang menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai rujukan dalam pentadbiran Negeri dan kehidupan harian...



Photo 6: Para makmum beratur mengikut giliran untuk beramah mesra dengan 3 orang penting dalam Negeri Kelantan...

Lain-lain gambar...

















Sumber: Credit pada blogger@facebooker TopengPerakUnmasked (TPU)

Artikel berkaitan:
- Tahniah rakyat Kelantan: Tuanku Faris Petra, Raja yang dekat di hati rakyat! (Gambar di dalam)

Tiada ulasan: