Khamis, 16 September 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


EKSLUSIF: Gambar-gambar mahligai wakil rakyat Umno Pulau Pinang!..(video inside)

Posted: 16 Sep 2010 09:03 PM PDT

Oleh: Pria Malaya

Ekslufif untuk anda, dari team blogger Pakatan Rakyat...saksikan gambar-gambar Mahligai wakil rakyat (ADUN) Umno Pulau Pinang 'VS' rumah rakyat Pulau Pinang!..

p/s: sila tonton video di bawah untuk 'pandangan' lebih jelas...TQ



Ini rumah ketua pembangkang P.Pinang. Bila tidur asyik termimpi 13 Mei...


Ini rumah Melayu paling terpinggir di Kepala Batas..sian dia..tiada siapa nak bantu baiki atau nak naik taraf rumah dia...

Memang benarlah Melayu P.Pinang memang terpinggir...



Ini pula rumah mantan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang di Balik Pulau..Yusmadi menang di Parlimen Balik Pulau sebab Dr Helmi berkempen untuk Yusmadi sebab Yusmadi orang Balik Pulau tulen..

Kebetulan pula Yusmadi lawan dengan calon Pak Lah orang Bayan Lepas bukan orang Balik Pulau tulen...sebab itu di Balik Pulau agak unik sikit..3 Dun dalam Parlimen Balik Pulau UMNO menang tetapi Parlimen Balik Pulau UMNO kalah..macam Hulu Selangor...inilah sebab sebenar Yusmadi menang...



Ini rumah mantan Exco Belia dan Sukan P.Pinang dekat Pantai Robina...


Rumah orang kuat Pak Lah di Kepala Batas......satu lagi rumah di Sg Petani...


Rumah Ustaz Shabudin ada lagi satu...laaaaagi besar....


Ini rumah lama Arif Shah yang memang arif tentang judi bola di Seberang Jaya...rumah baru tak sempat nak ambil daaa...


Rumah Jasmin di Sg Dua..orang harapan Syariff Omar...


Yang ini rumah Tok Mud..hujan lebat sangat bila sharpshooter sampai di depan rumah dia di Taman Ilmu. Sebelum ini suruh kawan tolong ambil gambar rumah tok Mud tetapi malangnya macam-macam alasan...tu pun jangan...nak jadi pejuang juga...jangan buat alasan tetapi carilah jalan..


Ini pula rumah mantan Exco Perumahan P.Pinang di Kg Seronok. Tahun 2004 sharpshooter bertanding menentangnya...tetapi tahun 2004 semua calon Keadilan kalah kecuali Kak Wan seorang saja...:-)

Anda nak tahu apa 'jasa besar' YB Exco Perumahan pada orang Melayu P.Pinang...anda boleh baca di sini.



Ini pula rumah saudagar herba di Balik Pulau...


Ini pula rumah Tok Non dekat kelab Golf Jawi...boleh ajak Zahrain main golf di sini bila Zahrain, Fairus dan Zulkifli Noordin pejuang dan Wira Agama, Bangsa dan Negara balik dari Gaza lawan tentera Israel...Israel dah angkat bendera putih...hebat sungguh pejuang kita...anda patut berbangga dan bersyukur...


Yang ini pula rumah Ali gemok yang terlibat dengan skandal 6000 permit teksi bersama Nazri Aziz tetapi macam biasalah kes profile tinggi selalunya entahlah tak tau apa jadi...

Video ini pula "antara dua darjat" rumah wakil rakyat umno p.pinang dengan rumah rakyat...jangan risau bukan video 'sx18' macam ketua MCA...Video 'U' untuk tontonan Umum...selamat menonton...


VIDEO: rumah yb umno.flv



Sumber: Credit buat blooger Sharpshooter

POSTER HANGAT sempena pembukaan sekolah anak luar nikah kerajaan Umno negeri Melaka!

Posted: 16 Sep 2010 05:04 PM PDT



Sekolah Anak Luar Nikah (SALUN): Benda baik Umno buat kita mesti sokong....

Oleh: Pria Malaya

Korang ni kalau tak berpolitik sehari tak boleh ke? kalau benda baik umno buat kita mesti sokong...hari ni diberitakan sekolah anak luar nikah pertama di Melaka akan dibuka (patutnya semalam, tp umno xingat 16 september cuti HARI MALAYSIA..terima kasih DSAI n PR atas idea cuti ini)...

So, ada baiknya kita membantu dengan mempromosi sekolah anak luar nikah ini..bkn apa, utk anak2 bangsa kita jugak kan...so sebarkan poster kat atas ni pada anak-anak muda khususnya di tempat2 hiburan, konsert sure heboh, pub, dan lain2..

Beri mereka alternatif, beri mereka sokongan moral...sekurang2nya kita dapat membantu sesama kita anak bangsa Melayu kita!..hidup Melayu!..sekian harap maklum...


Sekolah Harapan beroperasi esok (Hari ini)



MELAKA - Sekolah untuk remaja hamil dikenali sebagai Sekolah Harapan akan memulakan operasi esok walaupun sehingga kini masih belum mempunyai pelajar.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, Sekolah Harapan sepatutnya mula dibuka hari ini namun ditunda esok kerana hari ini merupakan cuti umum Hari Malaysia.

"Walaupun belum ada pelajar, sekolah ini tetap akan dibuka bermula pukul 10 pagi Jumaat ini (esok).

"Kita akan buka sekolah ini dulu, selepas ini sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan dan segala maklumat mereka akan dirahsiakan," katanya ketika ditemui pemberita di Seri Bendahara di sini semalam.

- Kosmo

GEMPAR: Lim Guan Eng belanjakan RM 6,500 utk hanya sebuah rumah kaum Cina!!..(video inside)

Posted: 16 Sep 2010 10:24 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

"Ini perkauman!! rasis!!"

Pada 2 September 2010, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah turun padang menghulurkan bantuan bagi membaiki sebuah rumah keluarga miskin yang dhaif di Jalan Lintang, Air Itam, Penang..kos membaik pulih rumah tersebut menelan belanja kira-kira RM 6,500!..

RM 6,500 untuk sebuah rumah kaum/bangsa MELAYU?!!...korang fikirlah sendiri...

p/s: Maaf, sengaja tajuk diolah sedemikian utk menarik perhatian puak2 gerombolan..kalian hanya perlu ubah tajuk di atas dari perkataan 'Cina' kepada 'Melayu'....sumber - FB Lim Guan Eng
Penulis yakin, andai LGE pertaruhkan wang sebanyak itu utk membantu keluarga Cina atau India di tempatnya, pasti isu ini akan menjadi hangat di laman web, blog penyokong rasis Umno...maka segala maki hamun, sumpah seranah ditaburkan ke atas KM Pulau Pinang, termasuklah PAS yg turut mendapat tempiasnya..

Mereka akan bangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan untuk menghasut rakyat membenci PR, termasuk PAS itu sendiri...begitulah adat parti perkauman Umno, perjuangan assobiyah yang melampau ternyata menghilangkan kewarasan mereka dlm berfikir dan bertindak..fikir2kan..wallahua'lam...

Di bawah adalah gambar2 KM LGE melawat sebuah keluarga Melayu di Kg Air Itam, dan menghulurkan RM 6,500 bagi kerja2 pembaikan rumah tersebut..






















Berikut pula adalah aktiviti turun padang oleh ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen bagi membantu masyarakat Melayu yang memerlukan di kawasannya di Bukit Tengah..berita sebegini tidak akan sesekali masuk di dada akhbar Utusan Malaysia....

BERITA 1 (sumber)



KEBUN SIREH (15 September)– Gambar kenangan Syarifah Fazylah (tengah) bersama abangnya, Syed Hilmi (dua,kiri) dan adik, Syed Mohd Rais (kanan) ketika ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen mengunjungi arwah Zainab beberapa hari sebelum dia meninggal dunia.



YB Ong Chin Wen turut hadir pada hari pengkebumian Ibu tersayang Syarifah Fazylah dan beliau memberi sumbangan RM500 kepada keluarga Syarifah.

BERITA 2 (sumber)



JURU (14 September)– Seorang warga emas, Hasnah Bidin,66, yang mengalami penyakit tiroid, lega setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah YB Ong Chin Wen bermurah hati memberikannya kerusi roda. Selain Hasnah, tiga lagi penerima uzur turut menerima kerusi roda dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tengah.



Artikel berkaitan (mesti tengok):
- Koleksi wakil rakyat non-muslim dr PR bantu masyarakat Melayu/Islam

Bicara Gambar @ Pria Malaya (siri 8)

Posted: 16 Sep 2010 09:01 AM PDT

BICARA GAMBAR 1



Keterangan gambar: 16 September 2010 - Ahli Parlimen Kuala Krai merangkap Bendahari PAS Pusat, YB Dr Mohd Hatta Md Ramli bersama ADUN Manik Urai, Yb Abe Uji bergambar bersama pemimpin dan rakyat kawasan Manik Urai di 'Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Kuala Krai 2010' di Dataran Sg. Durian..sungguh meriah majlis ini dengan kehadiran orang ramai diserikan dengan pelbagai juadah hari raya yang istimewa...lagi gambar boleh lihat di sini dan di sini..

BICARA GAMBAR 2



Keterangan gambar: 16 September 2010 - ADUN Salor dan juga EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Paduka Haji Husam Musa disambut meriah oleh jawatankuasa Maahad Saniah Pasir Putih di Majlis 'Sambutan Aidilfitri & Pelancaran Dana Pembangunan Maahad Saniah 2010'..antara lain yang hadir pada majlis ini ialah YB Drs Zainudin ADUN Limbungan, YB Muhammad bin Husin Ahli Parlimen Pasir Putih serta YAB MB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...lagi gambar di sini..

BICARA GAMBAR 3



Keterangan gambar: 16 September 2010 - YAB MB Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan raut wajah ceria menghadiri rumah terbuka Ahli Parlimen Machang merangkap Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR), YB Saifuddin Nasution di kediamannya di Machang..turut hadir ialah Dato' Paduka Husam Musa..suasana meriah jelas terasa apabila melihat pelbagai lapisan masyarakat menghadiri rumah terbuka pemimpin mereka..lagi gambar menarik boleh lihat di sini...

Arkib 'Bicara Gambar @ Pria Malaya' (BGPM):
BGPM1 | BGPM2 | BGPM3 | BGPM4 | BGPM5 | BGPM6 | BGPM7

MERIAH: Gambar sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri MB Kedah 2010M/1431H

Posted: 16 Sep 2010 05:19 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

Meriah, cukup meriah!..itulah perasan yang dapat digambarkan tatkala melihat kehadiran puluhan ribu rakyat pelbagai kaum ke Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan negeri2 Pakatan Rakyat pada tahun ini!..rakyat di setiap pelusuk negeri sanggup hadir dari jauh semata-mata mahu bersama Menteri Besar dan Ketua Menterinya menyambut Aidilfitri..jelas terpancar perasaan gembira, ceria dan terharu di wajah mereka..

Apa yang menarik, sambutan kali ini menerima kunjungan yang hebat dari rakyat non-muslim...sungguh harmonis dan tenteram kehidupan mereka pelbagai kaum dan agama..tahniah diucapkan kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di 4 buah negeri, Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang...kami rakyat tetap bersama anda!








































































ANGKUH: Sikap penyokong Umno dalam isu kematian arwah Dato Sosilawati...

Posted: 16 Sep 2010 12:12 AM PDT


(Klik gambar di atas utk paparan lebih jelas)

Oleh: Pria Malaya

Berkatalah seorang hamba Allah, Hussaini Abdul Karim:
"Tolong bantu untuk mencari Datuk Sosilawati, jutawan kosmetik terkenal....Dilaporkan hilang sejak seminggu, berita Radio dan TV dan disemua akhbar-akhbar bahasa Melayu...

Salaams...- HAK"
Maka dijawab seorag facebooker fanatik Umno @ Suara Dari Bumi:
"maaf tak ada kaitan dengan aku...lantak dia le"
Ini antara dialog seorang hamba Allah dengan seorang penyokong tegar Umno di dunia facebook...di kala para blogger Umno menghentam dan memfitnah penyokong/blogger PAS kononnya tidak berminat untuk mengangkat dan membela isu kematian Dato Sosilawati, tiba2 kita dikejutkan dengan satu kenyataan angkuh lagi sombong penyokong tegar Umno berkaitan isu ini..

Siapakah penyokong Umno ini a.k.a 'Suara Dari Bumi' ini?..bagi mereka yg kerap 'berpolitik' di alam facebook, mereka pasti mengenali facebooker tegar Umno ini, paling tidak pun akan terjumpa dengan gambar-gambar fitnah oleh penyokong tegar Umno ini..ternyata tugas beliau adalah menghasilkan gambar/foto yang telah diedit utk disebarkan di ruang2 maya, khususnya dunia facebook...boleh lihat antara contoh2 di bawah...














Dan banyak lagi sepertimana gambar printscreen di bawah...kalian boleh lihat di sini..



Identiti 'Suara Dari Bumi' ini pernah dideahkan oleh seorang Facebooker dari Pakatan Rakyat menggunakan nama samaran 'Bumiputra Berjaya'..boleh lihat pendedahannya di sini..yg nyata, jumudian Umno ini rapat dengan pimpinan atasan Umno...

Untuk yg terakhirnya, penulis minta agar penyokong/blogger Umno tidak lagi mempolitikkan isu ini..jika tidak, penulis tiada pilihan lain selain menjawab balik tuduhan2 liar oleh blogger Umno ini...ini prinsip penulis...pada Papa Gomo dan rakan seangkatannya, cukuplah mempolitikkan isu ini, kalau tidak 'rasailah sendiri!'...semoga Allah mencucuri rahmat buat arwah Dato Sosilawati dan 4 yang lain...wallahua'lam...


Tiada ulasan: