Rabu, 15 September 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Bicara Gambar @ Pria Malaya (siri 7)

Posted: 15 Sep 2010 09:27 PM PDT

BICARA GAMBAR 1



Keterangan gambar: 12 September 2010..Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Naib Presiden dan Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS Pusat, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan duit raya kpd kanak-kanak yg hadir di 'Majlis Rumah Terbuka dan Himpunan Anak Muda di Perantauan'..Ini adalah kali pertama majlis ini diadakan PAS Pahang..kehadiran adalah sangat menggalakkan dan penuh warna-warni..lain2 gambar boleh lihat di sini dan di sini..

BICARA GAMBAR 2



Keterangan gambar: 15 September 2010 - Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sedang asyik melayan mesra para tetamunya di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2010 anjuran kerajaan negeri Kedah, di perkarangan Sri Mentaloon...apa yang menarik, masyarakat pelbagai kaum turut tidak ketinggalan memeriahkan majlis kali ini bersama YAB Menteri Besar..lebih 3 ribu rakyat Kedah dianggarkan telah menghadiri Rumah Terbuka kali ini...lagi gambar boleh lihat di sini dan di sini..

BICARA GAMBAR 3



Keterangan gambar: 1 September 2010 - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang menyampaikan 'duit raya' pada kakitangan2 kerajaan di 'Majlis Penyampaian Duit Raya' anjuran kerajaan negeri di dewan Komtar...pegawai awam yang menerima antaranya MPSP, MPPP, Pejabat Daerah, Warisan Dunia Georgetown Inc, PDC, PBA dan lain2..ribuan hadirin hadir pada majlis ini dari pelbagai kaum dan agama...lain2 gambar di sini..

Arkib 'Bicara Gambar @ Pria Malaya' (BGPM):
BGPM1 | BGPM2 | BGPM3 | BGPM4 | BGPM5 | BGPM6

Edisi Khas sempena Hari Malaysia yang ke-47: Mari kenali sejarah cuti 'Hari Malaysia'...(video inside)

Posted: 15 Sep 2010 12:52 PM PDT



Semenjak PM mengistiharkan hari cuti umum bagi tarikh kemerdekaan Sabah, Sarawak sebagai hari tertubuhnya Malaysia, ramai tertanya-tanya, bukankah dahulu kerajaan menentang penubuhan hari bersejarah ini?

Media massa tidak kira Utusan, TV3, dan lain2nya bersungguh2 menentang idea ini…kononnya atas dasar ia bertelagah dengan hari kemerdekaan negara, alasan lain agak terlalu 'politiking' saya kurang berminat, tp idea ia 'bercanggah' dengan hari kemerdekaan agak 'rasional' pd ketika itu… tp hari ini, ia sudah diiktiraf hari bersejarah.






Jika anda baca sebahagian dari laporan2 lama Akhbar Utusan Malaysia di bawah, anda akan lihat, betapa umno sangat terdesak utk menyerang Anwar Ibrahim sehingga sanggup menentang apa sahaja idea, cadangan dari beliau dan Pakatan Rakyat...mereka yg bukan pro-kerajaan, di'perlekeh' habis-habisan di ruangan surat pembaca, kononnnya utk memaparkan betapa ramai rakyat Malaysia (penyokong Umno je sebenarnya) membantah idea cuti 16 September....

Inilah kesan apabila segala benda hendak dipolitikkan..apa salahnya awal2 dahulu cadangan ini didengar dan diperhalusi, benda yang baik dr parti politik mana sekalipun kita terima...so, bila kita "CIPLAK" idea individu berkenaan tanpa menyatakan ia adalah hasil idea dan cadangan pihak berkenaan (Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat), tidaklah ia "mencemarkan" jati diri sendiri? menunjukkan betapa diri ego dan sombong?...Kata org, "orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa"..

Di hari baik, bulan baik ini, tidak salah bagi media massa dan kerajaan Malaysia memohon maaf secara terbuka kerana kenyataan-kenyataan mereka sebelum ini yang hampir menyebabkan hari bersejarah ini hampir tidak terlaksana. Saya yakin, rakyat akan terima permohonan maaf mereka walaupun hari ulangtahunnya sudah 'terlepas' lebih kurang 46 kali!..

Dibawah, dilampirkan segala kutukmaki, kecam hina kerajaan Umno/Bn terhadap idea cuti 16 September yg dicetuskan oleh Pakatan Rakyat...anda pasti akan 'teruja' dengan apa yg dikatakan oleh sesetengah pemimpin kita berkenaan hari bersejarah ini sebelum ini, ini tidak termasuk apa yg keluar di akhbar2 lain dan media televisyen lainnya..

Mari kita tinjau kembali laporan berita dari arkib 'Utusan Malaysia'....


1. ARKIB : 02/09/2008 -Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata, cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos.

"Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya memadai dengan cuti 31 Ogos," katanya.

Jelas beliau, pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada.
2. ARKIB UTUSAN – ruangan SMS : 04/09/2008
JANGAN pengaruhi kami yang berpendapatan rendah ini dengan 'agenda' anda. Anwar, 16 September adalah hari mencari rezeki, cukuplah dengan cuti umum 31 Ogos.

BOSAN

KENAPA pula kelepasan am pada 16 September? Kalau semua sudah cuti siapa yang akan hadir majlis 'angkat sumpah' PM baru kononnya?

HAMID JB

SAYA harap lenyapkan angan- angan hendak jadikan 16 September cuti umum. Mungkin ramai yang setuju dapat cuti tambahan terutama bagi pekerja sektor awam dan swasta. Buat apalah beria-ia sangat mahu membazir masa.

0199919XXX

SAYA amat setuju dengan penulis Zaini Hasan di ruangan Cuit Utusan Malaysia semalam. Isunya I0 September, bukan I6 September. Ramai orang cuba melupakannya. Jangan lupa kata pepatah, pelanduk yang lupakan jerat tapi jerat tak lupa pelanduk.

0194434XXX

TINDAKAN Nik Aziz menyokong cuti pada 16 September amat memalukan, tidak ubah seperti lalang ditiup angin.

MAN ENDA

NAMA pun pembangkang. Apa yang kerajaan BN buat semuanya tak betul! Jadilah pembangkang yang berkarisma seperti Tan Chee Koon, Lee Lam Thye dan Asri Muda.
3. ARKIB : 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar
KUALA LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli 'perasaan' rakyat Sabah dan Sarawak.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya.

Beliau bagaimanapun yakin rakyat Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.

"Anwar telah berjanji kepada rakyat bahawa dia akan membentuk kerajaan baru pada 16 September dan secara tiba-tiba juga mahu menjadikan tarikh ini sebagai cuti umum.

"Ini semua muslihat Anwar, dia memang bijak untuk memikat hati rakyat, tetapi dia lupa yang rakyat kini semakin matang dan mereka tidak mudah ditipu dengan sebarang fakta yang tidak berasas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Anwar supaya pimpinan pembangkang di lima buah negeri mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum.

Anwar berkata, cuti umum itu wajar kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah sama seperti 31 Ogos.

Vui Keong berkata, sejak 45 tahun lalu, rakyat Sabah dan Sarawak telah dapat menerima tarikh 31 Ogos sebagai satu-satunya tarikh kemerdekaan negara.
4. ARKIB : 03/09/2008 – Anwar 'terlalu teruja' tarikh 16 September (oleh lidah pengarang Utusan)
Apabila pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berakhir pada 26 Ogos lalu dan disusuli dengan majlis angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dua hari kemudian, ramai yang berpendapat maka redalah sedikit arena politik negara.

Mereka ingin melupakan seketika soal politik, tetapi malang sekali, ketika kita berada dalam bulan penuh keberkatan ini masih ada pemimpin politik yang terus berpolitik 24 jam.

Ini jelas apabila Anwar secara tiba-tiba mencadangkan supaya lima negeri yang kini dikuasai pembangkang menjadikan 16 September sebagai cuti umum – kononnya atas alasan, ia hari bersejarah memandangkan hari penubuhan Malaysia.

Sebenarnya, Anwar dan 16 September tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu sempena Ramadan, Anwar tidak mahu rakyat lupa tarikh tersebut, beliau mahu rakyat sentiasa ingat bahawa 16 September ada impian pembangkang yang harus dilunaskan. Anwar benar-benar teruja dengan 16 September, beliau sudah tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya biar apa cara politik sekalipun.

Justeru bagi mengelakkan rakyat terlupa, Anwar secara tiba-tiba mengemukakan cadangan mengenai cuti umum itu, kononnya atas alasan "kita mahu membuktikan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak mahu menipu sejarah. Tarikh (16 September) ini merupakan hari yang amat bersejarah."

Persoalannya siapakah yang menipu rakyat? Selama ini kerajaan tidak pernah menipu rakyat mengenai tarikh 16 September. Tarikh berkenaan sejak turun temurun lagi amat difahami oleh rak- yat Malaysia sebagai tarikh penubuhan Malaysia, malah setiap tahun, tarikh itu pasti akan dikenang terutama oleh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana ia juga adalah hari ulang tahun pasukan tersebut.

Anwar sengaja terus membangkitkan soal 16 September kerana merasakan kedudukan politik pembangkang semakin tergugat apabila Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu mendapat respons yang positif daripada rakyat.

Anwar memahami memberi cuti adalah cara terbaik untuk mengambil hati rakyat. Apa yang penting melalui pendekatan memberi cuti ini pembangkang akan menjadi popular.
5. ARKIB : 03/09/2008 – Shabery anggap Pas hipokrit
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.

Ahmad Shabery berkata, adakah dengan sekadar mempertikaikan tarikh tersebut sebagai cuti umum, kesilapan masa lampau Pas Kelantan yang menentang usaha Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu dapat dilupakan begitu sahaja.

Katanya adakah orang seperti Tunku Abdul Rahman tidak cukup semangat Malaysianya hanya kerana tidak mengisytiharkan cuti pada masa tersebut.

6. ARKIB ruangan SMS – Utusan : 03/09/2008
SMS

019-292XXXX

PAKATAN Rakyat ingin menyerlahkan kepada dunia betapa jahilnya mereka dalam menilai sejarah negara dan jati diri nasional, lantaran mahu memberi cuti umum pada 16 September.

DEN GOMBAK

16 SEPTEMBER, cuti atau tidak tidak penting. Untuk perpaduan negara, adakah baik kita ada dua perayaan kemerdekaan? Kenapa masa menjadi TPM tidak cadangkan? Anehnya negeri Semenanjung yang hendak cuti!

013-936XXXX

ADALAH lebih baik Anwar Ibrahim 'beri' cuti sepanjang tahun. Ini lebih baik, tidak payahlah cuti runcit-runcit.
Dan banyak lagi dari pelbagai sumber media2 ampu kerajaan..itu belum lagi di campur dengan kenyataan/atikel/posting angkuh lagi sombong oleh penyokong2 jumudian Umno di blog2, laman web, forum politik dan lain2..

Dibawah pula, dilampirkan kenyataan Anwar dan pakatan Rakyat tantang idea dan cadangan cuti 16 September sempena meraikan Hari Malaysia...


7. ARKIB UTUSAN : 02/09/2008 – Anwar cadang 16 Sept. cuti umum (Idea asal penubuhan hari Malaysia)
BUTTERWORTH 1 Sept. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya pimpinan pembangkang di lima negeri yang dikuasai pakatan pembangkang mengisytiharkan 16 September ini sebagai cuti umum.

Beliau berkata, cuti umum itu wajar kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah, sama seperti 31 Ogos.

"Kita mahu membuktikan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak mahu menipu sejarah. Tarikh (16 September) ini merupakan hari yang amat bersejarah.

"Jadi, kita harap lima negeri yang kita kuasai sekarang boleh diberi cuti umum pada 16 September ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran sempena kemenangannya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di tapak Ekspo Seberang Jaya di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pesuruhjaya Pas negeri, Saleh Man.

Kit Siang yang turut berucap pada majlis itu mencadangkan perkara yang sama.

Untuk yang terakhirnya, SELAMAT ULANGTAHUN HARI MALAYSIA YANG KE-47...semoga Malaysia lebih aman dan sejahtera di hari2 yang akan datang, di bawah sinar pemerintahan kerajaan baru, kerajaan Pakatan Rakyat, insyaAllah...

Sesungguhnya segala kekuasaan adalah hak milik mutlak yang Maha Berkuasa, yang dipinjamkan sementara kepada hambanya, utk diuji sebagai khalifah di muka bumi...akhir kalam, Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur, insyaAllah, wallahua'lam..






Sumber: FB Khairulrijal Arshad (setelah diolah dan diedit oleh penulis)







BONGKAR! Umno punyai perkaitan dengan pertubuhan haram HINDRAF!..(video inside)

Posted: 15 Sep 2010 06:54 AM PDT





Oleh: Pria Malaya

Nampaknya belum puas penyokong Umno mempolitikkan isu pembunuhan kejam arwah Dato Sosilawati dan 4 yang lain..selepas satu persatu isu ini cuba dipolitikkan mengikut selera mereka...

Terbaru, mereka menghasut rakyat, bahawa suspek yg membunuh arwah adalah dari kalangan penyokong haram Hindraf...tidak cukup dengan kenyataan itu, dikaitnya Hindraf ini dengan Pakatan Rakyat...dakwa mereka, ramai penyokong Hindraf adalah penyokong Pakatan Rakyat, maka suspek adalah orang Pakatan Rakyat..

Maka, para pengikut taksub blogger Umno ini mula percaya bulat-bulat, seterusnya memanjangkan berita palsu ke segenap ruang maya....




Namun ternyata mereka lupa, bahawasanya Umno di bawah pemerintahan Najib telah mengiktiraf pertubuhan haram ini secara tidak langsung..Umno bertanggungjawab memberi nafas baru kpd bekas pemimpin2 Hindraf yang pernah di ISA kan ini dgn penubuhan parti baru kaum India, Parti Makkal Sakhti Malaysa (MMSP)..

Sejarah menceritakan, selepas badan NGO terbesar kaum India ini diharamkan pada tahun 2008 dgn alasan mendatangkan ancaman kepada kerajaan, para pemimpin dan pengikut Hindraf telah memutuskan utk menubuhkan Parti Makkal Sakthi..akhirnya dengan sedikit 'tawar-menawar' antara bekas pemimpin Hindraf dan Umno, dan demi mendapatkan undi dan sokongan kaum India, Najib dengan murah hati dan bangganya merasmikan penubuhan parti kaum India ini..

Ternyata Najib sanggup mengorbankan prinsip yg diperjuangkan partinya demi sekaut sekongan bukan Melayu...



Memetik sejarah penubuhan Parti Makkal Sakhti Malaysia di laman web Wikipedia...
Parti Makkal Sakti Malaysia atau Malaysian Makkal Sakti Party (MMSP) ditubuhkan pada 11 Mei 2009 oleh bekas pemimpin Hindraf yang telah diharamkan. Parti itu diterajui bekas penyelaras kebangsaan Hindraf R. S. Thanenthiran.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak telah melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia , parti terbaru kaum India negara Malaysia pada 10 Oktober 2009 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor. Parti Makkal Sakti Malaysia berazam mahu menyaingi MIC yang dipimpin oleh Datuk Seri S Samy Vellu.

Walaupun MMSP mendakwa mereka bersifat berkecuali, tetapi ianya nyata cenderung ke arah BN yang dikatakan mendalangi penubuhan MMSP mengambil kesempatan gerakan Makkal Sakthi kumpulan HINDRAF.
Nah, lihatlah betapa sinonimnya pertubuhan haram ini dengan Umno/BN!...ternyata Umno juga ada 'saham'nya dalam menghidupkan kembali saki baki perjuang Hindraf!..mereka kini sudah punyai partinya sendiri!..



Adapun Pakatan Rakyat , pendiriannya tentang parti bekas penyokong pertubuhan haram ini pula telah dinyatakan secara jelas di dalam laporan berikut:
"Ini memang jelas ditaja oleh Barisan Nasional. Parti ini didaftarkan dalam masa yang sangat singkat, dalam beberapa minggu sahaja. Mengikut sejarah pendaftaran parti politik khususnya, ini dengan jelas menunjukkan bahawa ada sokongan langsung dari pemimpin atasan Barisan Nasional. Kalau tidak, parti ini tidak dapat didaftarkan dalam masa sesingkat itu.

"Bagi saya kemunculan satu lagi parti yang kononnya menjadi jaguh masyarakat India akan melemahkan lagi perwakilan politik masyarakat India kerana ia akan menyebabkan pemecahan dalam masyarakat India," katanya.

Menurutnya, penubuhan parti berkenaan juga tidak akan menggugat sokongan masyarakat India terhadap Pakatan Rakyat.



Beliau juga yakin bahawa parti berkenaan juga bakal menerima nasib yang sama dengan Parti Bersatu India Malaysia yang ditubuhkan Datuk Nallakaruppan pada 25 November 2007.

"Bagi saya, parti-parti yang baru ini akhirnya tidak akan berjaya mendapat sokongan, seperti parti yang ditubuhkan Datuk Nallakruppan. Sudah hampir dua tahun parti beliau, yang juga nampak seperti ditaja Barisan Nasional, didaftar dalam masa singkat dan diberi sokongan jelas tetapi tidak berjaya mendapat sokongan. Tidak berjaya langsung mendapat sokongan dari masyarakat India.

Sivarasa berkata majoriti besar masyarakat India kini menukar pendirian dengan menolak Barisan Nasional kerana mereka sedar dipinggirkan sekian lama. - TVantara
Jelas di sini, betapa terdesaknya para penyokong Umno bawahan mempolitikkan isu ini dlm keadaan diri sendiri jahil dan tidak bermaklumat..berapa ramai manusia terutama para pengikut taksub parti berkenaan menjadi mangsa, tertipu dgn mainan politik blogger fanatik Umno..

Akhir kalam, semoga penyokong Umno muhasabah kembali perjuangan mereka..perjuangan yg penuh dengan hasad dan kekotoran, yg sanggup 'menghalalkan matlamat' demi keuntungan politik sementara, yg sanggup mereka dan menabur fitnah demi survival parti mereka....semoga artikel ini disebarkan...wallahua'lam..





VIDEO: A Glimpse of Malaysia Makkal Sakti Party



POSTER HANGAT sempena Drama bersiri Umno VS PERKASA...Sebarkan!!!

Posted: 15 Sep 2010 02:01 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Sekilas ikan dilautan, kita boleh kenal mana satu jantan mana satu betina, 'sekilas' menonton drama bersiri 'Umno VS PERKASA', kita boleh kenal kedua2nya hipokrit, kedua2 bermuka-muka!...

PANAS: Ibrahim Ali akhirnya akui parti Cina kuasai Umno! Umno kini barua MCA!

Posted: 14 Sep 2010 11:54 PM PDT



"DAP sudah memperbodohkan PAS dan PKR. Kini MCA, Gerakan sudah nak memperbodohkan Umno pula. (Datuk Seri Dr Chua) Soi Lek, Presiden MCA pernah berkata tidak salah MCA sependapat dengan DAP atas isu kepentingan orang Cina. Ini tak salah?" - Ibrahim Ali

Berita sepenuhnya...

Isu Perkasa: Ibrahim kecewa parti kaum Cina kuasai Umno
Ibrahim mendakwa parti-parti Cina BN kini sudah "memperbodohkan Umno".

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, MCA kini menguasai Umno yang minggu lalu mengisytiharkan pendiriannya menjauhkan diri daripada pertubuhan bukan kerajaan membela hak dan kepentingan orang Melayu itu.

Ibrahim berkata, Barisan Nasional (BN) akan bertindak seolah-olah Pakatan Rakyat (PR) yang menurutnya parti-parti orang Melayu dan Islam seperti PAS dan PKR kini dikuasai oleh DAP.

"DAP sudah memperbodohkan PAS dan PKR. Kini MCA, Gerakan sudah nak memperbodohkan Umno pula. (Datuk Seri Dr Chua) Soi Lek, Presiden MCA pernah berkata tidak salah MCA sependapat dengan DAP atas isu kepentingan orang Cina. Ini tak salah.

"(Nampaknya) Pemimpin Umno terlalu bijak jika (hingga) mahu menjauhkan diri daripada Perkasa," kata Ibrahim dalam kenyataan menerusi SMS.

Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ini juga membidas kenyataan Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha kelmarin berhubung sokongan yang dizahirkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Perkasa berjuang dan mahu membela hak orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Perkasa juga berkata kepentingan bukan Melayu yang disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan juga akan dilindungi.

"Jadi, apa kena-mengena dengan dakwaan bahawa Perkasa ektremis atau perkauman?

"Saya mengambil kisah kebajikan orang Cina di kawasan saya, saya menghadiri majlis pengagihan wang dan hamper kepada orang Cina yang memerlukan bantuan dari semasa ke semasa di kawasan saya," katanya.

"Jadi, apa yang dimaksudkan dengan xenofobia? Jika Perkasa boleh datang dengan bukti-bukti seperti ini, saya mahu Kong sendiri membuat penjelasan.

"Adakah beliau mengecam tuntutan-tuntutan badan mewakili masyarakat Cina yang mahu kuota orang Melayu dan Bumiputera ditamatkan sebagai kenyataan rasis dan bercanggah dengan perlembagaan?" katanya.

Sehubungan itu kata beliau, adakah pihak berkenaan kecewa hanya kerana Dr Mahathir menyokong Perkasa.

"Apa lagi yang boleh diperkatakan oleh beliau (Dr Mahathir)... dia ingat MCA saja kecewa, kita juga kecewa dengan golongan yang tak tahu hendak berterima kasih dan menghargai budi... MCA tidak dapat sokongan kerana orang Cina membenci pada pemimpinnya," katanya.

Kelmarin, MCA kesal dengan pendirian Dr Mahathir bahawa Umno tidak harus membelakangi Perkasa jika tidak mahu BN hilang sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.

Jelas Kong, BN tidak harus sama sekali berkompromi dalam soal menjauhkan diri daripada Perkasa.

Kata Kong, MCA mengalu-alukan komen pelbagai pemimpin Umno yang mahu menjauhkan diri mereka daripada Perkasa yang dilihat mengambil pendirian berbaur perkauman atas alasan sebarang kerjasama dengan pertubuhan itu hanya akan menghakis sokongan kepada Umno.

Tegas pemimpin MCA itu, BN tidak boleh memikat sokongan ramai menerusi kerjasama dengan kumpulan-kumpulan ekstrem, sebaliknya memerlukan mandat daripada semua lapisan rakyat.

Oleh itu tambah Kong, sebarang ikatan dan kerjasama dengan pertubuhan ekstrem hanya akan menghakis undi kepada BN. - TheMalaysianInsider

Tiada ulasan: