:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
- Allahuakbar: Tuan Guru Haji Hadi telah meng-Islamkan seorang non-muslim menjelang Hari Raya Fitrah
- Umno tak sokong PERKASA?: Buktikan dengan boikot segala aktiviti PERKASA!- Parti Cinta Malaysia
- Bicara Gambar @ Pria Malaya (siri 5)
| Allahuakbar: Tuan Guru Haji Hadi telah meng-Islamkan seorang non-muslim menjelang Hari Raya Fitrah Posted: 10 Sep 2010 05:15 PM PDT Oleh: Pria Malaya Alhamdulillah, bertambah lagi seorang saudara kita menjelang Hari Raya Fitrah..bertambah lagi ummat nabi Muhammad s.a.w yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya...segala puji bagi Allah.. Tanggal 30 Ramadhan 1431H yang lalu, iaitu malam menjelang Aidilfitri (malam Raya), Tuan Guru Haji Hadi Awang telah mengislamkan seorang non-muslim, saudara Sai di kediamannya di Rusila setelah selesai mengimamkan solat Isyak di Masjid Rusila...beliau berketurunan Burma.. Semoga beliau menjadi seorang muslim yang bertaqwa, seterusnya melahirkan zuriat yang tegar mempertahankan kesucian dan keindahan agama Islam, yang lantang mempertahankan akidah ummat... Sesungguhnya tiada paksaan di dalam agama Islam..Islam adalah agama fitrah kepada seluruh manusia..Islam agama yang aman dan selamat...ISLAM UNTUK SEMUA...wallahua'lam... |
| Umno tak sokong PERKASA?: Buktikan dengan boikot segala aktiviti PERKASA!- Parti Cinta Malaysia Posted: 10 Sep 2010 10:25 AM PDT ![]() Oleh: Pria Malaya Tanggunglah sendiri wahai pemimpin dan penyokong Umno..berani keluar statement (konon nk tunjuk tidak ada kaitan dgn PERKASA), so berani lah tanggung...selepas satu persatu bala menimpa..kelmarin 13 kompenan BN dah beri 'warning', hari ini Parti Cinta Malaysia pula beri pukulan maut... Umno kini hanya ada dua pilihan, sama ada menurut 'titah' parti2 kompenan BN dan Parti Cinta Malaysia, iaitu dgn memboikot segala aktiviti PERKASA sebagai membuktikan kata2nya, atau membuat U-turn dgn mengumumkan akan menyokong PERKASA.. Benarlah kata orang, kewujudan PERKASA adalah satu bebanan 'maha' berat kepada Umno..kehadirannya ternyata membuatkan Umno tidak selesa, selain membuktikan Umno gagal dalam membela hak Melayu/bumiputra (cakap je lebih).. (Perkaitan Umno dan PERKASA ibarat aur dengan tebing, tak dapat dipisahkan..) Tidak pelik selepas ini, Umno akan berpecah kpd dua kumpulan, iaitu satu kumpulan yg cenderung kpd PERKASA/Ibrahim Ali/Tun Mahathir, dan satu kumpulan lagi yang menyampah dan meluat kepada team PERKASA tadi yg menjunjung gagasan 1Malaysia Najib, antaranya Khairy Jamaluddin dan Nazri Aziz... Team manakah yg lebih dominan?..apakah Umno akan menyokong NGO melayu (PERKASA), atau sekadar berlutut mengikut telunjuk parti2 kompenannya?....sama2 kita saksikan babak seterusnya dalam siri drama 'Umno-PERKASA II'....wallahua'lam... Pemimpin Umno digesa boikot aktiviti PERKASA Parti Cinta Malaysia menyokong tindakan pemimpin Umno memisahkan diri mereka daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Naib presidennya, Huan Cheng Guan berkata orang dan individu yang berfikiran waras sepatutnya menjauhkan diri daripada pertubuhan pimpinan ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali. ![]() "Barisan Nasional, khususnya kepimpinan Umno, perlu menunjukkan dengan jelas bahawa PERKASA dan Ibrahim tidak disokong oleh Umno jika mereka mahukan sokongan masyarakat Cina dan masyarakat lain," katanya kepada Malaysiakini. "Kepimpinan Umno mesti mengarahkan wakil rakyatnya dan ketua bahagiannya supaya tidak menyertai aktiviti anjurah PERKASA dan menganggotai jawatankuasanya," kata Huan yang juga bekas naib presiden Gerakan. "Harus ada arahan terus daripada pihak pengurusan tinggi Umno kepada ahli akar umbinya berkaitan dengan pembabitan mereka dalam PERKASA," tegasnya. PERKASA, yang mendakwa mempunyai 50,000 ahli, ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008 selepas pilihanraya dalam usaha untuk melindungi hak-hak berperlembagaan orang Melayu. Ramai ahlinya adalah dari Umno. Rabu lalu, mesyuarat BN di Putrajaya memutuskan untuk memisahkan dirinya dari PERKASA kerana aktiviti pertubuhan itu boleh menjejaskan usaha BN untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu. Sejumlah pemimpin BN yang menghadiri mesyuarat tersebut, telah menyatakan keraguan terhadap PERKASA dan mendesak Umno menyatakan pendiriannya terhadap pertubuhan tersebut. Setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor kemudian berjanji kepada rakan-rakan BN bahawa parti itu tidak akan memberi sokongan kepada PERKASA ataupun Ibrahim.- MKini Artikel terdahulu (mesti baca!): - Drama Umno-PERKASA: "Ibrahim Ali/PERKASA punca Umno hilang sokongan!" - S/u Agung Umno - Drama Umno-PERKASA: 13 parti kompenan BN sokong jauhi PERKASA, Ibrahim Ali putuskan hubungan dengan Umno! |
| Bicara Gambar @ Pria Malaya (siri 5) Posted: 10 Sep 2010 03:16 AM PDT BICARA GAMBAR 1 ![]() Keterangan gambar: 10 September 2010(1 Syawal 1431H)..Tok Guru bersalaman dan berpelukan dengan jemaah selepas selesai mengimamkan solat sunat Aidilfitri di Masjid Rusila...dianggarkan lebih 5 ribu umat memenuhi ruang solat Masjid Rusila untuk sama2 berjemaah solat sunat hari raya bersama Tok Guru...lagi berita di sini.. BICARA GAMBAR 2 ![]() Keterangan gambar: 12 Julai 2010..Tok Guru menerima kehadiran tetamu dari masyarakat non-muslim (Sami Budha) ke majlis kesyukuran dan meraikan perkahwinan puteri bongsu beliau, Nik Asma' Salsabila Binti Nik Abdul Aziz dengan pasanganya Ahmad iskandar Zainuddin...sungguh harmonis kehidupan kepelbagaian kaum di Kelantan...lagi gambar dan cerita lanjut di sini... BICARA GAMBAR 3 ![]() Keterangan gambar: 24 Ogos 2010..Gambar Tok Guru Haji Hadi Awang bersama cucunya selepas selesai menunaikan umrah Ramadhan 13 Ogos lalu..semoga cucunya bakal menjadi seperti atuknya yang tegar berjuang dan berbakti demi agama tercinta..lokasi, Perkarangan balai tiba Lapangan Terbang Sultan Mahmud K.Terengganu...lagi gambar di sini.. |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan