:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
| ~Selamat Hari Raya Aidilfitri ikhlas dari Pria Malaya, Maaf Zahir Batin~ Posted: 09 Sep 2010 05:02 PM PDT ![]() Assalamualaikum... Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar...walilla hilhamd... Penulis, PRIA MALAYA dengan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin dan muslimat, khususnya para pembaca setia blog RUANG BICARA PRIA MALAYA...moga Allah merahmati dan menyayangi kalian... Di kesempatan ini juga, penulis ingin menyusun sepuluh jari memohon beribu kemaafan andai terdapat kesalahan ketika berbicara, terkeras bahasa atau tersilap kata selama penulis menulis blog..ampun maaf dipinta.. Akhir kalam, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ~ KULLU AM WAANTUM BIKHAIR ~ MAAF ZAHIR DAN BATIN~... |
| Posted: 09 Sep 2010 10:08 AM PDT ![]() Anda percaya sandiwara Umno-PERKASA ini? sila baca entry PANAS di sini terlebih dahulu sebelum anda melanjutkan bacaan di bawah... BERITA 1 13 parti komponen BN sokong jauhi PERKASA PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum. Dalam keputusan pada mesyuarat bulanan BN bagi memperkukuhkan gagasan itu yang pertama kali diadakan di sini semalam, semua parti komponen turut mengalu-alukan tindakan UMNO mengambil langkah pertama menyatakan pendirian mahu menjauhkan diri daripada PERKASA. ![]() Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata UMNO tidak akan menyokong PERKASA atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN. "PERKASA sudah beberapa kali mengadu domba parti komponen BN hingga menjejaskan perpaduan BN, selain mencetuskan persoalan di kalangan rakyat mengenai pendirian kita. "UMNO tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan PERKASA seperti didakwa sesetengah pihak dan parti komponen BN lain yang selama ini bimbang dengan maklum balas akar umbi dan mereka menerima baik pendirian ini," katanya ketika dihubungi, semalam. Beberapa parti komponen BN secara terbuka membidas kepemimpinan PERKASA kerana tindakan mereka menjejaskan usaha kerajaan mencapai matlamat konsep 1Malaysia, walaupun Datuk Seri Najib Razak menegaskan hak orang Melayu akan sentiasa dilindungi dan terjamin. - BeritaHarianOnline BERITA 2 Ibrahim Ali: Perkasa tidak perlukan sokongan Umno (versi Inggeris klik link disebelah, "Perkasa severs ties with Umno"...) KUALA LUMPUR, 9 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataan lebih tegas hari ini berbanding semalam berkata, pertubuhan bukan kerajaan pimpinannya tidak memerlukan sokongan Umno termasuk jika pihaknya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13. ![]() "Perkasa, NGO tidak memerlukan sokongan Umno atau mana-mana parti politik. "Cuma (kami) memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangan Perkasa," kata beliau dalam kenyataan SMS susulan dikeluarkan hari ini. Semalam, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini mendakwa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu. "Beliau (Tengku Adnan) mahukan undi orang Cina. Beliau tidak mahukan undi orang Melayu," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini kepada The Malaysian Insider hari ini. Bagaimanapun semalam, Ibrahim (gambar) yang lantang bersuara ini enggan mengulas lanjut sambil berkata: "Tidak perlu. Ini sudah cukup." Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Tengku Adnan menegaskan partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas. Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim. Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008. "Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN. Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS. "Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami," kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno. "Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi," katanya lagi. Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang. Ibrahim berkata, Perkasa akan terus berjuang untuk kesejahteraan rakyat dan negara. "Saya percaya, jika Perkasa tidak wujud, sokongan bukan Melayu kepada BN pun sama selepas pilihan raya umum ke-13 kerana komponen BN, terutama pemimpinnya ada macam-macam rekod yang rakyat tolak dan janji PKR kepada mereka... nampak pasti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir," katanya. Ibrahim juga mendakwa Perkasa cuma memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangannya iaitu mempertahankan perlembagaan negara dan kerajaan yang amanah, adil, saksama, tidak rasuah, salah guna kuasa, sistem penyampaian cekap, mesra rakyat dan pemimpin atau wakil rakyat yang amanah, mesra rakyat, tidak rasuah, bermoral, tidak maksiat dan bertaqwa. - TMI |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan