MIMPI SENJA |
- Zahid Hamidi habaq mai sat pasai apa paksa Bukan Islam ikut cara Islam
- KDN Haramkan buku "The March to Putrajaya ... "
- Rita anak Sosilawati mula guna pengawal peribadi
- Isteri jumpa seluar dalam wanita di bilik tidurnya
- Mahkamah arah Lembaga Lebuhraya (LLM) bayar RM6.5 juta pada 26 keluarga orang asal
- Lotus Group akan mulakan prosiding untuk hentikan Lotus Racing (1Malaysia) F1 Team guna nama Lotus
- "Umno ini jahat macam Firaun" - Lim Guan Eng
- Kereta Perisai tak siap ... kerajaan terpaksa lanjutkan 6 bulan lagi.
- Minum Arak : Penganggur disebat 6 rotan denda RM5 ribu
- Azmin dalam konspirasi jatuhkan MB Selangor
- Gelaran 'Temenggong' Tengku Fakhry Ditarik Balik
| Zahid Hamidi habaq mai sat pasai apa paksa Bukan Islam ikut cara Islam Posted: 30 Sep 2010 06:27 PM PDT KUALA LUMPUR, 1 Okt: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta menjelaskan kepada golongan bukan Islam di seluruh negara mengapa pelajar bukan Islam telah dipaksa untuk membuat cara sembahyang (berdoa) orang Islam. Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata, ini seperti yang berlaku pada 13 April 2008 di dewan kuliah Rejimen 515 Askar Wataniah, Jalan Ampang dengan meminta Zahid memberikan identiti pelatih yang terlibat dalam kes tersebut. "Saya meminta agar Zahid menjelaskan mengapa perkara sebegini boleh berlaku di bawah kepimpinannya," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Sebelum ini, katanya, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong amat kesal dengan tindakan mengungkitkan semula isu di mana pelajar bukan Islam telah dipaksa untuk meniru cara sembahyang orang Islam. "Sekiranya Kerajaan BN mengangap kes di atas merupakan satu-satu kes yang berlaku di negara ini, maka saya akan memberikan satu lagi contoh untuk membuktikan kes tersebut bukan satu kes terpencil tetapi merupakan a tip of the iceberg," ujarnya. Mengenai kejadian pada 13 April 2008 lalu itu, kata beliau sekiranya pelatih enggan untuk membuat perkara yang sama maka dia akan dipaksa untuk meninggalkan kem. Selain itu, tambahnya pemberi maklumat juga risau akan dipecat kerana membongkarkan isu itu. Baginya, Askar Wataniah merupakan pertubuhan penting dalam sistem pertahanan negara. Mereka yang menyertai askar wataniah tidak kira berasal dari mana-mana kaum, matlamatnya adalah sama iaitu mempertahankan kedaulatan negara dan memberikan sumbangan kepada negara. Malangnya, kata beliau remaja yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bercita-cita untuk mempertahankan negara telah berasa tidak senang hati kerana gangguan ke atas kepercayaan mereka daripada kumpulan fanatik agama yang wujud dalam pasukan. Menurut statistik yang dikeluarkan pada 2006, kaum Cina hanya membentuk 5% daripada jumlah askar wataniah di mana Rejimen 509 Askar Wataniah yang terletak di Lebuhraya Peel merupakan satu contoh yang baik. Rejimen ini menerima penyertaan hangat daripada orang Cina. Penyertaannya adalah tidak berasalkan kaum, malah pelatih telah mengadakan road show di setiap sudut untuk menyedarkan golongan remaja bahawa kepentingan untuk mempertahankan kedaulatan negara. Kaum Cina yang menyertai askar wataniah juga terdiri daripada golongan mahasiswa dan golongan profesional. Program askar wataniah telah memberikan masa yang fleksiber kepada para peserta untuk menggalakkan penyertaan mereka ke dalam perkhidmatan askar wataniah. Mereka akan dilatih pada hujung minggu. Latihan rekrut adalah lebih kurang seperti latihan sebenar malah mereka juga diberikan gaji. Peserta boleh memilih Latihan Tempatan atau Latihan Lanjutan apabila latihan rekrut tamat. Mereka akan dibahagikan kepada latihan ketenteraan yang berlainan seperti Kor Armour, Rejiman Askar Jurutera, Rejimen Semboyan dan sebagainya. "Malangnya, askar wataniah yang tidak membezakan warna kulit, terkenal dengan tindakan tatatertib yang ketat dan reputasi yang baik, kini reputasinya telah dicemari oleh dasar agama Kerajaan BN. "Situasi yang berlaku kini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang menjanjikan kebebasan beragama," ujar Teck Hwa lagi. - Harakahdaily |
| KDN Haramkan buku "The March to Putrajaya ... " Posted: 30 Sep 2010 06:16 PM PDT KUALA LUMPUR, 30 SEPTEMBER, 2010: The Home Ministry has banned a book written by Kim Quek titled 'The March to Putrajaya-Malaysia's New Era Is At Hand' under the Printing Presses and Publications Act 1984 as it may incite public hatred and anger. Home Ministry secretary-general Datuk Seri Mahmood Adam said the book contained elements of baseless accusations and speculations against national leaders and was not suitable for general reading. "Contents of the book has been banned because of the accusations against leaders while it may also incite hatred and anger among the people. If allowed to publish it can also be detrimental to public safety," he said in a statement here today. The printing, importing, publishing, reprint, sell, distribute or offer to sell or in possession of such books is an offence punishable under the law, he said. The book, 'The March to Putrajaya - Malaysia New Era Is At Hand' authored by Kim Quek is a 361-page book that has twisted facts and incites hatred against the constitution of the country, he said. - Bernama |
| Rita anak Sosilawati mula guna pengawal peribadi Posted: 30 Sep 2010 05:23 PM PDT SHAH ALAM - Anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dilihat menggunakan khidmat pengiring peribadi selepas insiden kematian tragis yang menimpa ibunya 30 Ogos lalu.Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, yang ditemui dalam majlis rumah terbuka pengasas kosmetik De Wajah, Junaidah Kiting di sini kelmarin, masih kelihatan sugul dengan kematian ibunya itu dan cuba melayani beberapa rakan karib ibunya. Kehadirannya kira-kira jam 9 malam itu agak mengejutkan hadirin yang sedang menikmati jamuan disediakan. Beliau, yang nama ringkasnya Rita, memakai kebaya biru dan tudung putih itu, sempat melemparkan senyuman kepada beberapa tetamu yang berada dalam majlis itu - SH |
| Isteri jumpa seluar dalam wanita di bilik tidurnya Posted: 30 Sep 2010 04:43 PM PDT Balik 'disambut' kekasih suami Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin 2010/10/01 KUALA LUMPUR: Kepulangan seorang isteri ke rumahnya di ibu kota selepas berhari raya di kampung disambut dengan kejutan besar apabila terserempak seorang wanita tidak dikenali di dalam kediaman itu, manakala suaminya tiada di rumah. Apabila mengetahui wanita itu kekasih suaminya, berlaku pertengkaran sebelum isteri malang itu ditikam dengan pisau lipat menyebabkan dia cedera pada lengan kanan selain lebam di muka dan tubuh akibat diserang. Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Selasa lalu di rumah mangsa yang berusia 28 tahun di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini. "Sebelum itu, kekasih suami wanita berkenaan cuba berhelah dengan memberi alasan dia kenalan adik ipar mangsa. Namun, mangsa tidak puas hati dengan jawapan itu kerana menemui pakaian dan seluar dalam wanita terbabit dalam bilik tidurnya. "Berikutan itu berlaku pertengkaran sehingga wanita berusia 34 tahun terbabit bertindak ganas dengan mengeluarkan pisau lipat dan mengelar lengan kanan tangan mangsa sehingga berlumuran darah sebelum lari meninggalkan rumah berkenaan," katanya. Menurutnya, lebih malang suami mangsa langsung tidak menunjukkan tanda simpati kepada isterinya, sebaliknya menghubungi mangsa pada jam 8 malam dan mengugut mahu membunuhnya. Sumber itu berkata, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini. "Berdasarkan laporan mangsa, wanita yang menyerangnya mula mengenali suaminya sejak Mac lalu sebelum mereka menjalin hubungan intim. Wanita terbabit berjumpa suami mangsa di KL Sentral pada 9 September lalu sebelum dibawa pulang ke rumah mangsa. "Ketika itu mangsa tiada di rumah kerana pulang berhari raya di kampung di utara tanah air," katanya. Menurutnya, bertindak atas laporan mangsa, polis menjalankan siasatan sebelum menahan suami wanita berkenaan serta teman wanitanya secara berasingan di ibu negara, Rabu lalu. "Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan," katanya. - Metro |
| Mahkamah arah Lembaga Lebuhraya (LLM) bayar RM6.5 juta pada 26 keluarga orang asal Posted: 30 Sep 2010 09:07 AM PDT Temuan community wins RM6.5m compensation SHAH ALAM, Sept 30 — Twenty-six Orang Asli families from the Temuan tribe in Bukit Tampoi, Dengkil, near here whose customary land was taken to build the Nilai-Banting highway to the KL International Airport (KLIA) 15 years ago, today received compensation totalling RM6.5 million. High Court judge Datuk Nurchaya Arshad ordered that of the amount, RM5,956,600 be deposited with Amanah Saham Nasional Bumiputera (ASNB) and distributed accordingly to the families concerned and the balance to be given to the Bukit Tampoi Temuan community to build a a community hall (RM95,200), set up a trust fund (RM307,300), down payment for housing (RM97,500) and village security and development committee fund (RM43,400). The matter was decided after all the families concerned agreed with the advice given by Nurchaya on the best way to manage the compensation due to them. Also present were lawyers Jerald Gomez and Valerie Chong who assisted the court in the proceedings, Pusat Keprihatinan Orang Asli (a non-governmental organisation) coordinator Dr Colin Nicholas and Shah Alam ASNB head, Razali Mohd Zain. On May 26, after a long legal battle, the Federal Court had recorded a consent judgement whereby the Federal Government, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) and contractor, United Engineers (M) Bhd (UEM) agreed that LLM would pay the families RM6.5 million as full compensation for their land. In April 1996, seven members of the community filed the compensation suit against the defendants after 15.2 acres of their land was taken to build the highway in 1995. They were Sagong Tasi, Kachut Tunchit, Dabat Chabat, Kepal Kepong, Sani Saken, Ilas Senin, and Tok Batin Tukas anak Siam. However, Tunchit, Senin, Kachut and Tukas Siam have since died. Some 50 members of the community dressed in traditional tribal gear turned up the court to witness today's proceedings. Sagong, 79, when met by reporters afterwards, said: "After 15 long years our ordeal is finally over. We are very thankful to our lawyers." — Bernama |
| Lotus Group akan mulakan prosiding untuk hentikan Lotus Racing (1Malaysia) F1 Team guna nama Lotus Posted: 30 Sep 2010 08:40 AM PDT PARIS: Lotus Group, anak syarikat milik penuh Proton Holdings Bhd, akan memulakan prosiding beberapa hari lagi untuk menghentikan penggunaan nama "Lotus" yang tidak sah di sisi undang-undang oleh pasukan Lotus Racing Formula One. Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menegaskan bahawa Proton dan Lotus Group akan mengambil segala tindakan dalam bidang kuasa masing-masing untuk melindungi nama "Lotus" itu, satu daripada jenama yang paling bernilai dalam Formula One. Beliau berkata Lotus Group merupakan satu-satunya syarikat yang berhak menggunakan nama "Lotus" itu dalam Formula One dan Ketua Pasukan Lotus Racing Formula One Datuk Seri Tony Fernandes dan 1Malaysia Racing Team bersetuju dengan sepenuhnya dengan syarat itu apabila kedua-duanya memohon untuk menggunakan nama "Lotus" itu bagi Formula One pada 2009. "Name "Lotus" itu merupakan milik Lotus Group. Kami telah dinasihatkan oleh para peguam kami bahawa nama "Lotus" itu adalah milik syarikat ini," katanya kepada pemberita Malaysia di sini selepas majlis makan malam gala yang dianjurkan Lotus Group malam tadi. Syed Zainal Abidin berkata, kenyataan oleh Lotus Racing bahawa Lotus Group gagal membatalkan tanda perdagangan "Team Lotus" itu sebenarnya langsung tidak munasabah dan tidak benar. "Kami telah dinasihatkan oleh peguam kami bahawa tanda perdagangan "Team Lotus" itu dimiliki oleh Team Lotus Ventures, adalah tidak sah oleh kerana beberapa sebab dan kami sedang mengambil tindakan undang-undang di pejabat Pendaftaran Tanda Perdagangan untuk membuktikan ini. "Kami yakin boleh berjaya. Perbicaraan minggu lepas itu hanyalah prosedur berkaitan dengan tarikh bukti-bukti akan dikemukakan. Ia tidak memberi sebarang pengaruh ke atas keputusan prosiding itu," katanya. Syed Zainal Abidin berkata Lotus Group telah beberapa kali, memohon untuk membatalkan pendaftaran tanda perdagangan Team Lotus itu berdasarkan tanpa guna. "Ketika prosiding tanda perdagangan itu, tidak kira sama ada David Hunt atau Team Lotus Ventures memberikan kami, atau mahkamah dengan butiran kenapa atau bagaimana mereka percaya mereka memiliki sebarang hak ke atas "Team Lotus" walaupun ini diminta beberapa kali," kata beliau. Awal minggu ini, Team Lotus Ventures mengeluarkan tuntutan terhadap Kumpulan Lotus di Mahkamah Tinggi di England, menyatakan mereka mempunyai hak ke atas nama "Team Lotus" itu. "Kami telah menyemak semula tuntutan itu dengan peguam kami. Team Lotus Ventures gagal memberikan kami atau mahkamah sebarang butiran kenapa atau sebab apa syarikat itu percaya ia memiliki hak itu. "Kami dan peguam kami, dengan ini yakin sama sekali, syarikat itu tidak ada merit dalam tuntutan itu dan pastinya gagal," kata beliau. - BERNAMA MS : Tempias la juga pada 1Malaysia ... 1Malaysia F1 Team ... padan muka hangpa ... |
| "Umno ini jahat macam Firaun" - Lim Guan Eng Posted: 30 Sep 2010 07:41 AM PDT Mohd Rashidi Hasan PAGI Sabtu lepas, penulis menerima panggilan telefon dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Beliau memang sering menelefon, tetapi jika panggilan dibuat pagi-pagi hari, ada lah sesuatu yang tidak kena. "Hai Rashidi, selamat pagi, apa khabar," kedengaran suara Guan Eng dicorong telefon. "Selamat pagi CM (Chief Minister), saya okay, kenapa pagi-pagi call, ini mesti ada problem," ujar penulis. "Ya lah, ini Utusan, you sudah baca? Saya betul-betul geram," katanya. "Belum, saya tak beli, biasa tengok kat internet sahaja," jawab saya. "Inilah..Utusan ini you tau la..memang suka buat fitnah..Umno fitnah saya. Dia orang lagi twist (putar belit)," katanya. "Umno ini fitnah saya, dia kata saya guna wang judi bantu orang Melayu yang miskin. Umno ini jahat macam Firaun. Hari itu dia kata saya guna duit judi untuk bagi RM100 seorang setiap tahun di bawah Program Penghargaan Warga Emas. "Bila kita sudah jawab, duit itu kita beri hasil lebihan belanjawan negeri, duit itu duit jimat sebab kita anti rasuah. Lepas itu dia tuduh kita guna wang untuk bantuan kemiskinan di bawah program Rakan Anti-Kemiskinan pula," ujarnya melepaskan geram. "Waahh..you betul-betul geram dengan Umno," usik penulis menambah kehangatan. "Mestilah, kita tak bodoh macam Umno. Umno tak pernah faham kerana dia tak tahu jimat. Umno-Gerakan sama sahaja..puluh tahun perintah, yang dia tahu sapu duit rakyat. Itu pasal pemimpin dia banyak kaya. "Ini program bantuan warga emas dengan anti kemiskinan pun dia (Umno) tak tahu beza. Dia (Umno) ingat Melayu sahaja kah miskin? Ramai lagi orang Cina, India, lain-lain bangsa..pun miskin juga! Ini semua kita mesti tolong," ujar Guan Eng dengan nada keras. "You betul-betul marah ini, saman sahaja lah Umno sama Utusan," kata penulis. "Ya lah..saman pun belum tentu menang..mahkamah dia (Umno-Barisan Nasional) punya. Tapi saya mahu cakap sama you..saya juga faham Islam. Saya tahu orang Islam tidak boleh terima wang judi. Sebab itu kita separate (asing) lejer (akaun). "Ini syarikat judi, Umno-BN yang kasi (beri) lesen. Kalau mereka hendak derma pada kerajaan negeri tak kan kita nak tolak? Wang itu kita guna untuk tolong orang bukan Islam yang miskin..salahkah? Ini pun Umno susah nak faham. "Pasal apa sekarang Umno sensitif dengan judi? Bukankah selama ini dalam negara kita, Umno yang luluskan judi. Judi bola pun dia lulus, kita tentang. "Rashidi, kalau you ingat, Pulau Pinang lah negeri yang pertama mengharamkan judi bola. Saya hairan, sekarang baru pemimpin Umno tahu, guna wang judi itu haram," ujarnya panjang lebar. Kesian Guan Eng. Perbualan kami berlangsung sekitar 20 minit. Ternyata banyak perkara yang hendak Guan Eng sampaikan. Sesekali penulis meminta beliau bersabar dengan tekanan yang diterima sepanjang menjawat jawatan Ketua Menteri. Sebagai seorang sahabat dan petugas di Harakah, penulis hanya boleh memberi jaminan untuk membantu membela beliau sekadar yang termampu. Pada penulis, keikhlasan Guan Eng membantu rakyat, ketelusannya dalam mentadbir, dengan mengetepikan kepentingan peribadi, jauh lebih baik daripada pemimpin Umno-BN. Apa pun penulis yakin Kerajaan Pakatan Rakyat dan Guan Eng sendiri, di Pulau Pinang, tidak akan tergugat dengan serangan-serangan jahat yang dilemparkan oleh Umno. Dalam isu berkaitan penggunaan wang judi ini, selain dari pendedahan palsu Umno negeri, isu ini turut mendapat respon Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Kita mahukan respons daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, kerana prinsipnya kena ikhlas. Kalau sumber (wang) itu daripada sumber haram, kita Muslim tidak mahu bersubahat," kata Muhyiddin. Cara Muhyiddin juak-juak Umno-BN bangkitkan isu memang hebat dan penuh bergaya. Macam Umno Islamik sangat dan tidak langsung mahu bertolak ansur dalam soal halal haram. Dakwaan Umno dimulakan oleh Ketua Penerangan Pemudanya, Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar. Serangan dibuat bertalu-talu terhadap Guan Eng dengan sokongan media talibarut Umno-BN. Dalam satu kenyataan media, respon kepada fitnah tersebut, Guan Eng menegaskan adalah tidak munasabah untuk kerajaan negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini. "Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang. "Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama BN yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini. "Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan Pakatan Rakyat sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya. Tetapi jawapan Guan Eng dan rakan-rakan dalam kerajaan negeri ini, tidak disiarkan, sebaliknya laporan mereka sebelah pihak dan penuh dengan putar belit. Sebab itu kita lihat pemikiran Umno, khususnya TPM yang membuat respon berdasarkan laporan media talibarut, makin jumud dan sembab. Fikiran mereka jumud kerana tidak menyerang hanya kerana sentimen politik dan otak mereka makin sembab kerana enggan menerima hakikat dari fakta yang sebenar. Dalam hal mentadbir, tiada siapa yang sempurna. Jika Guan Eng salah, kemukakan fakta yang betul, jangan memaki hamun dan membuat provokasi. Ini tidak baik bagi masyarakat yang kononnya beretika dan bermoral tinggi. Apa pun pada penulis, media talibarut tidak mudah mempengaruhi rakyat. Rakyat makin matang. Fakta sebenar, begitu mudah diakses menerusi media alternatif. Hasil dari kematangan rakyat ini, mereka akan menghumbankan pemikiran yang jumud dan sembab ke dalam muzium selepas PRU ke-13 nanti. - Harakah |
| Kereta Perisai tak siap ... kerajaan terpaksa lanjutkan 6 bulan lagi. Posted: 30 Sep 2010 04:53 AM PDT ![]() MS : Tak pa, yang diberi kontrak bekalkan kereta perisai tu syarikat adik beradik juga - Deftect - anak syarikat DRB Hicom .... hahahaha ... macam tu lah kerja depa. Yang dapat projek besar-besar adalah dari kalangan kawan-kawan, kroni-kroni, sedara mara ... tak siap pada masa ditetapkan dilanjutkan tempoh lagi .... jangan bila siap esok tak berfungsi pulak sudah lah macam kapalselam yang tak boleh selam di Teluk Sepanggar, Sabah tu ... hahahaha Deftect diberi tempoh sehingga Jun 2011 siapkan kereta perisai AV8 |
| Minum Arak : Penganggur disebat 6 rotan denda RM5 ribu Posted: 30 Sep 2010 04:18 AM PDT KUANTAN, 30 Sept – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menjatuhkan hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 ke atas seorang buruh atas tuduhan meminum arak di khalayak ramai di sini pada Februari lalu. Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamed Rezzal Mohamed Yussof, 24, mengekalkan pengakuan bersalah walaupun mahkamah telah memberikan masa untuk dia melantik peguam. Abdul Rahman juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama satu tahun sekiranya dia gagal membayar denda itu. Mengikut fakta kes, Mohamed Rezzal didakwa minum arak berjenama Tiger dalam tin minuman dengan isipadu 350 mililiter (ml) di tempat letak kereta di bumbung pusat beli-belah Kuantan Parade di sini pukul 5.30 petang, 13 Februari lalu ketika sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang mengadakan operasi penguatkuasaan. Tertuduh yang memilih untuk tidak diwakili peguam syarie dituduh mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya beserta sebatan maksimum enam kali. Dalam rayuannya tertuduh memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman denda minimum dan tidak dipenjara dengan alasan ia boleh menggelapkan masa depannya. Bagaimanapun, dalam penghakimannya, Abdul Rahman berkata mahkamah perlu menjatuhkan hukuman selaras dengan undang-undang untuk menginsafkan tertuduh dan orang lain supaya menjauhi perbuatan meminum arak yang jelas bertentangan dengan syarak. Abdul Rahman berkata tertuduh pada sepanjang perbicaraan juga mengekalkan pengakuan bersalah sejak kes disebut kali pertama pada 24 Mei lalu. "Walaupun diberi peluang untuk melantik peguam, tertuduh tetap enggan berbuat demikian serta mengekalkan pengakuan bersalah dan selepas mengambil kira pengakuan dan laporan air kencing yang mengandungi 254 miligram alkohol bagi setiap 100 ml air kencing seperti dikemukakan pihak pendakwaan, mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah," katanya. – Bernama |
| Azmin dalam konspirasi jatuhkan MB Selangor Posted: 30 Sep 2010 02:10 AM PDT KUALA LUMPUR: A former PKR supreme council member today revealed the recording of a telephone conversation that allegedly exposes a "political conspiracy" to topple Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim by his rival Azmin Ali.Party veteran and a founding member Ng Lum Yong, who likened his exposé to the "Lingam-gate" scandal, urged the party leadership to form a special committee to investigate the recording. "Ten days ago, I received a CD through an anonymous sender through the mail," he said. The CD contained a recording of the telephone conversation between the two men of about 10- minute duration. "In the coversation, Ramlan (Abu Bakar), the Reformis' president, who led the 'nude squad' protest in front of the Selangor Menteri Besar's office, had said that he was assigned by Azmin to bring down Khalid," said Ng, who added he recognised Ramlan's voice but not the other individual on the other line. "Ramlan also admitted to the individual that he was promised a reward in the form of a lot in a night market from Azmin," Ng told a press conference. "He also said that Azmin had provided him documents on Khalid's corruption for the purpose of bringing down Khalid." Ng said the conversation in the CD showed that Azmin has long planned for Khalid's downfall. "I want to ask Azmin: what is his purpose of using Ramlan to launch a campaign against Khalid when the latter is also a PKR member and Selangor Menteri Besar?" 'No ill-intentions' Ng, however, said that he had no ill-intentions, adding that the purpose of releasing the recording to the public is to clear the air for the party's sake. "I am still a party member and I love the party. I do not want to destroy the party. We have sacrificed so much in the past 10 years," said Ng, who was a candidate in the Tanjung Malim seat previously but had turned down the chance to contest in Wangsa Maju in 2008. He said the fact that he had helped in the campaign in Wangsa Maju (where Wee Choo Keong is now MP) when he could have been the candidate, showed he was not power hungry. "I am not controversial or gila kuasa (power hungry). I am here on my own accord and I'm not forced or paid by anyone," he said. He said his reason for coming out (with the CD phone conversation) was that he wanted the party to clear the names of his friends (including Azmin and Khalid) by highlighting the issue before the recording is widely spread. "Yesterday, Syed Husin Ali SMSed me and asked me to stop this press conference. But I feel that I need to continue. I do not accuse anyone of anything. I just want to seek verification and I want the party to be serious" he said. FMT also learnt that he had similar calls from vice-president Lee Boon Chye and strategic director Tian Chua. - FMT |
| Gelaran 'Temenggong' Tengku Fakhry Ditarik Balik Posted: 30 Sep 2010 01:11 AM PDT KOTA BAHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V menarik balik pelantikan dan penganugerahan gelaran "Temenggong" dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang ditauliahkan kepada adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra berkuatkuasa hari ini. Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini setelah surat pemakluman itu diserahkan kepada kakitangan Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini, 10 pagi tadi. Mohd Aiseri berkata Sultan Muhammad Ke-V turut menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran MahkotaKelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) (Al-Muhammadi) yang dianugerahkan sebelum ini kepada Tengku Muhamad Fakhry. "Penarikan telah dimaklumkan kepada Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini melalui surat kepada beliau yang dialamatkan di Istana Mahkota, Kubang Kerian," katanya. Tengku Muhammad Fakhry Petra merupakan anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Petra manakala Sultan Muhammad Ke-V adalah yang sulung. - BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan