Ahad, 26 September 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Dr Asri: Rakyat terima bantuan kerajaan guna hasil judi tidak haram

Posted: 26 Sep 2010 09:48 PM PDT


Ahahaha ... mana mamak tanjung yang sibuk-sibuk kata LGE guna duit judi untuk bantu rakyatnya ... ni chek mai tengok sat ... gambaq di atas ni apadia ... tolong habaq mai sat chek oi ... ... jangan nak duk sibuk pasai orang sangat ... tengok dalam rumah sendiri juga ...
Padan muka hang nak duk sibuk pasai orang la ni kena kat hang balik ... hwa hwa hwa ..
(gambar aku cilok di blok Era Pasca)

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

"Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

"Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi," kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

"Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

"Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan," kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.

Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehari sebelum itu sebagai "satu pembohongan."

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Dalam kenyaatan itu, Asri juga berkata, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang dan juga kerajaan pusat.

"Berapa banyak cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.

"Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat.

"Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber," kata beliau sambil menegaskan judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

"Segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan," kata beliau lagi. - TMI

Kes Sosilawati : Lagi serpihan tulang ditemui

Posted: 26 Sep 2010 05:44 PM PDT

BANTING – Pasukan polis forensik semalam menjumpai sejumlah serpihan tulang dipercayai tulang manusia selepas menggali beberapa kawasan di sekitar ladang ternakan di Ladang Gadong, Tanjung Sepat semalam.

Satu sumber berkata, ada kemungkinan tulang tersebut milik Shafik Abdullah 37, yang dilaporkan hilang sejak April lalu.

Penemuan tersebut didakwa oleh sumber itu amat penting bagi membantu siasatan kes kehilangan ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah itu.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, tulang-tulang itu perlu dianalisis terlebih dahulu kerana ia dikhuatiri bukan tulang manusia.

"Tidak ada apa yang boleh didedahkan kecuali penemuan itu mungkin boleh membantu kehilangan Shafik," kata sumber itu lagi.

Selain tulang, satu sumber lain turut mendakwa menjumpai barangan lain yang akan dianalisis untuk mengetahui sama ada ia milik Shafik atau mangsa lain yang dilaporkan hilang.

Ditanya mengenai kehadiran sebuah jentera bomba ke ladang itu, sumber itu memberitahu, ia dipanggil dengan tujuan membekalkan air kepada pasukan penyiasat di situ ekoran ladang tersebut menghadapi masalah air.

Sebuah lori Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.) turut berada di situ didakwa bagi membantu membaiki paip pecah - Kosmo

BOMBA PAM AIR 2 LUBANG KUBUR

BANTING: Sebuah jentera bomba terpaksa digunakan untuk mengepam air yang bertakung dalam dua lubang besar di Ladang Gadong, semalam yang dipercayai kubur seorang ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, Mohd Shafik Abdullah, 37, dan rakannya.

Dua individu itu dipercayai turut menjadi mangsa bunuh suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Jentera bomba mula memasuki kawasan ladang terbabit kira-kira jam 10.30 pagi disusuli beberapa kenderaan polis termasuk dari Unit Forensik, selain van membawa empat suspek dipercayai pekerja ladang itu, 15 minit kemudian.

Mohd Shafik dan rakannya yang berasal dari Taiping, Perak dilaporkan hiang sejak 5 April lalu dan gagal ditemui hingga kini. Mereka sebelum itu dikatakan datang ke sini untuk bertemu dengan seorang peguam yang kini menjadi suspek utama pembunuhan Sosilawati.

Dua lubang besar itu terletak berasingan, satu di bahagian belakang ladang ternakan milik suspek dan satu lagi di kawasan penanaman kelapa sawit di luar ladang berkenaan. Lokasi kedua-duanya dipercayai dikenal pasti menerusi maklumat yang diperoleh daripada suspek sendiri.

Pada kira-kira jam 12.15 tengah hari, sebuah jengkaut dilihat memasuki kawasan ladang berkenaan dipercayai untuk menggali kedua-dua lokasi yang sudah ditanda polis.

Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan menghampiri kawasan terbabit selepas pita kuning dipasang oleh polis kira-kira 300 meter dari pintu masuk ladang milik suspek utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, mereka ke lokasi terbabit selepas polis meminta bantuan bagi menyedut keluar air sungai yang memenuhi lubang berkenaan berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.


Bagaimanapun jurucakap itu enggan mengulas lanjut dan meminta kumpulan media supaya berhubung dengan polis bagi mendapatkan maklumat terperinci.

Kerja mengorek kubur berkenaan dijangka diteruskan hingga malam tadi bagi mencari bukti kemungkinan mayat mangsa suspek ditanam dalam kubur itu.

Seorang lagi individu yang hilang dan turut dikatakan menjadi mangsa pembunuhan suspek bekerjaya peguam itu seorang ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 34.

Muthuraja dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu suspek berkaitan urusan perniagaan.

Sementara itu, isteri mendiang yang membatalkan perjalanan pulang ke Ramapuram, India semalam, S Usharani, 24, dilihat sekali lagi memasuki Ibu Pejabat Daerah (IPPD) Kuala Langat kira-kira jam 10 pagi dan keluar 45 minit kemudian - Metro

Artis 80an dicekup khalwat

Posted: 26 Sep 2010 05:12 PM PDT

PUTRAJAYA: Seorang penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an dan awal 1990-an memberi alasan datang berhari raya ketika dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah janda dipercayai kekasihnya di kuarters kerajaan di Presint 15, di sini, kelmarin.

Artis berusia dalam lingkungan awal 50-an itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu premis itu pada kira-kira jam jam 11.45 malam.

Menurut sumber, artis terbabit dipercayai sudah beberapa kali mengunjungi kekasihnya yang menginap di tingkat dua kuarters 15 tingkat itu sebelum penguat kuasa Jawi menyerbu premis itu.

Sebelum itu, penguat kuasa Jawi mendapat maklumat awam berkaitan kehadiran artis itu di rumah janda beranak dua berusia lingkungan 30-an yang juga kakitangan kerajaan di sebuah kementerian, di sini, yang dikatakan berdua-duaan di dalam rumah itu, sejak jam 10.40 malam.

Sumber itu berkata, lima penguat kuasa Jawi membuat pemeriksaan dan terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum dibuka artis terbabit dan ketika itu pasangannya berpakaian kemas seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

"Seperti biasa, penguat kuasa Jawi kemudian memasuki rumah dan melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang wanita yang juga berpakaian lengkap duduk di kerusi di satu sudut di dalam rumah itu.

"Artis terbabit yang dipercayai panik cuba melepaskan diri, cuba merayu bagi mengelak dikenakan tindakan dan secara jujur mengaku bukan mahram, tetapi tidak melakukan maksiat di rumah itu," katanya.

Sumber berkata, alasan tidak bijak artis terbabit tidak dipedulikan penguat kuasa Jawi yang kemudian mengingatkannya perbuatan berduaan dengan wanita bukan mahram adalah perbuatan maksiat dan boleh menjurus kepada perbuatan tidak bermoral termasuk zina.


Katanya, walaupun artis terbabit memberikan pelbagai alasan termasuk kononnya mahu menghantar barang kepada kekasihnya itu, tetapi alasan itu ditolak mentah-mentah penguat kuasa.

"Selepas rayuan tidak dipedulikan, artis terbabit dan pasangannya yang sudah beberapa bulan menjanda kemudian akur sebelum dibawa ke Pejabat Jawi cawangan Putrajaya untuk disoal siasat," katanya.

Menurut sumber itu, pasangan terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan selesai dilakukan dan bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah Putrajaya dalam tempoh terdekat.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen, 27, Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana melakukan khalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua penjara tahun atau kedua-duanya sekali. - metro

Polis dipercayai tak jumpa mayat di lokasi bunuh Sosilawati

Posted: 26 Sep 2010 09:32 AM PDT

BANTING, 26 Sept — Polis dipercayai tidak menemui mayat di ladang milik suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dalam operasi mencari bahan bukti di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini, hari ini.

Pihak media yang menunggu di lokasi berkenaan sejak pagi hingga 6.55 petang tadi melihat lebih 10 kenderaan polis termasuk van yang membawa empat suspek dan sebuah jengkaut meninggalkan ladang tenakan itu.

Bagaimanapun, seorang sumber yang tidak mahu dikenali, berkata polis tidak menemui mayat di dalam kawasan itu tetapi menemui "sesuatu" yang dipercayai boleh memberi pertunjuk kepada kehilangan seorang ahli perniagaan, Mohd Shafik Abdullah dari Sungai Petani, Kedah. J

abatan Bomba dan Penyelamat dari Banting turut dipanggil bagi membekalkan air ke lokasi itu yang menhadapi maslah bekalan air semasa operasi dijalankan. Kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd juga kelihatan memasuki kawasan itu dan menurut sumber berkenaan mereka dipanggil bagi membaiki paip pecah di kawasan itu.

Ladang itu menjadi tumpuan pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan Sosilawati, 47, pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38,dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Kesemua empat mangsa itu dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Pada 13 September lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan ladang tersebut.

Selain itu, suspek utama kes Sosilawati itu turut disiasat dalam kes kehilangan jutawan lelaki warga India Allal Kanthan Muthuraja sejak 18 Januari lepas dan Mohd Shafik, 37, sejak April lepas. Menurut laporan berita semalam, dua lokasi berasingan dipercayai tempat dua mayat ditanam di sekitar kawasan Ladang Gadong itu dikesan.

Sementara itu, isteri Allal, S.Usharani, 27, dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di sini pada pukul 10 pagi tadi dan meninggalkan bangunan itu 45 minit kemudian. — Bernama

Erni Dekritawati - anak Sosilawati - di Radia24 Bernama

Posted: 26 Sep 2010 07:36 AM PDT


KUALA LUMPUR, 26 Sept — Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, anak sulung jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, akan ditemuramah oleh Radio24 Bernama (93.9FM) menerusi programnya "Kerusi Panas" mulai pukul 6.30 petang esok.

Jurucakap stesen radio itu berkata beliau dijangka ditemuramah mengenai rancangan masa depannya serta syarikat kosmetik itu yang diasaskan oleh ibunya yang meninggal dunia secara mengejut.

Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguam peribadi Allahyarham Ahmad Kamil Abd Karim, 32 dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru di sini, Noorhisham Mohammad, 38 dilaporkan hilang pada 30 Ogos lepas setelah ke Banting, Selangor kerana urusan penjualan tanah.

Pada 13 September lepas, polis mengesahkan bahawa Sosilawati dan tiga yang lain dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, yang dikatakan milik suspek utama kes pembunuhan kejam itu, yang juga seorang peguam. — Bernama

Tiada ulasan: