MIMPI SENJA |
- DSAI tak yakin umNO cerai Perkasa
- Kabel TNB terbakar di Jambatan Pulau Pinang
- "Kami penentu kuasa politik" - PERKOSA ... Betul ke cakap katak ni?
- Kemelut Istana Kelantan ... tunggu Isnin
- Masjid tetap dibina dekat WTC
- Harussani kenapa diam ... dia buat lagi ni .. tak berani ker?
- DSAI minta umNO jelaskan hubungannya dengan Perkasa
- Musim hujan katak banyak bunyi .. tapi kesian dia ... hahaah
- Peneroka FELDA suram sambut Hari Raya
| DSAI tak yakin umNO cerai Perkasa Posted: 10 Sep 2010 10:34 PM PDT Anwar Tidak Yakin Umno Cerai Perkasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin Umno akan memutuskan hubungan politik dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Menurut Anwar, Umno perlu menjelaskan apakah tindakan Umno itu adalah dasar yang kekal "Umno perlu beri penjelasan, apakah ini dasar atau keperluan politik," kata Anwar di rumah terbuka Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam, semalam. Beliau skeptik kerana umum sedar bahawa Umno yang telah mencorak dan membesarkan Perkasa selama ini. "Mereka meluluskan dan beri sokongan kepada Perkasa," katanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 3 April lalu berkata Perkasa bukan kumpulan pelampau ekstrem, jika seseorang benar-benar memahami tuntutan mereka |
| Kabel TNB terbakar di Jambatan Pulau Pinang Posted: 10 Sep 2010 10:11 PM PDT Kabel TNB di Jambatan Pulau Pinang terbakar, sesak teruk GEORGE TOWN, 11 Sept — Kabel bervoltan tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Km 2, Jambatan Pulau Pinang di sini terbakar menyebabkan kesesakan teruk di jambatan itu hari ini. Kebakaran kira-kira pukul 10 pagi itu menyebabkan pihak Penang Bridge Sdn Bhd menutup lorong kanan di kedua-dua arah, kata jurucakapnya ketika dihubungi. Pengguna jambatan itu dinasihatkan agar berhati-hati. — Bernama |
| "Kami penentu kuasa politik" - PERKOSA ... Betul ke cakap katak ni? Posted: 10 Sep 2010 08:18 PM PDT Perkasa: Kami penentu kuasa politik, mengapa Umno-BN takut sangat September 11, 2010 KUALA LUMPUR, 11 Sept — Perkasa menafikan tanggapan bahawa Umno dan komponen BN telah mengkhianati persababatan dan sokongan moral diberikan pertubuhan bukan kerajaan orang Melayu ini tetapi mempersoalkan mengapa pemimpin-pemimpin perikatan itu "takut sangat mendekati kami." Mengulas luahan 'protes' secara terbuka beberapa pemimpin BN semalam, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya akan terus bergerak sendiri lebih-lebih lagi kerana tidak pernah menjalin persahabatan dengan Umno ataupun mana-mana parti politik lain di negara ini. Tegas beliau, Perkasa yang pernah secara terbuka membantu calon BN dalam beberapa pilihan raya kecil lalu termasuk di Hulu Selangor tidak akan menjadi sebuah parti politik sebaliknya akan menjadi "penentu hala tuju kuasa negara ini." "Perkasa tidak pernah buat kenyataan adanya jalinan persahabatan dengan Umno. Kebetulan ramai juga ahli Umno dalam Perkasa," kata beliau dalam satu kenyataan awal pagi ini. "Jadi dakwaan Umno mengkianati persahabatan dengan Perkasa sebenarnya tidak timbul kerana tiada jalinan persahabatan pun antara Umno dan Perkasa," kata beliau lagi. Semalam, buat julung kali pemimpin Umno dan BN 'sebulat suara' melahirkan pendirian memprotes dasar perjuangan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali atas alasan ia boleh menjejaskan sokongan kepada perikatan 13 komponen itu. Pendirian itu disusuli dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam temu bual dengan The Malaysian Insider bahawa Umno tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum ke-13. Tengku Adnan juga berkata perjuangan Perkasa tiada kaitan dengan Umno, malah beberapa tindakan mereka menjejaskan sokongan kepada BN. Bagaimanapun Perkasa mendapat sokongan padu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan penaungnya. Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, menubuhkan Perkasa selepas pilihan raya umum 2008 dijangka mengadakan sidang media pagi ini bagi menyatakan pendirian rasminya ekoran kenyataan terbaru semalam. Syed Hassan berkata, ahli-ahli PAS dan PKR Melayu yang berjawatan di kawasan-kawasan tertentu sama dengan ahli umno lain menyertai Perkasa selepas mereka mendapati pemimpin-pemimpin parti mereka sudah lari daripada usaha memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama. "Mereka dapati pemimpin-pemimpin parti mereka sangat takut mengkritik sesetengah kenyataan dan perbuatan biadap pemimpin kaum lain kerana hendakan sokongan politik sehingga mereka (ahli Perkasa itu) merasa cemas akan kehilangan hak yang telah diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin dahulu. "Mereka lihat Perkasa saja yang berani dengan tegas mempertahankan hak-hak mereka. "Begitu juga tiada jalinan persahabatan dengn PAS dan PKR. Perkasa bergerak sendiri. Perkasa tidak paksa mereka sertai Perkasa," katanya. Syed Hassan mendakwa mereka dengan rela hati menyertai Perkasa manakala beratus borang menjadi ahli Perkasa diterima setiap hari. "Dan, mereka sedar Perkasa tidak akan menjadi parti politik tapi akan menjadi penentu arah politik negara," katanya. Tambah beliau, Perkasa juga tidak pernah meminta komponen-komponen BN agar mendekati pertubuhan itu yang dikatakan mempunyai sekitar 50,000 ahli sekarang. "Dengan kenyataan persetujuan beberapa parti komponen untuk menjauhi Perkasa, kami tidak minta pun mereka dekati Perkasa," katanya. Syed Hassan juga memberitahu pihaknya tidak akan rugi apa-apa sekiranya Umno dan rakan mereka memutuskan untuk menjauhkan diri. "Yang pasti merekalah yang akan rugi. Hairan kenapa mereka takut untuk dekati Perkasa. Adakah undi ahli Perkasa di pilihan raya umum ke-13 nanti tidak dikira nanti oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kah?" katanya. - TMI |
| Kemelut Istana Kelantan ... tunggu Isnin Posted: 10 Sep 2010 08:03 PM PDT Perhatian kini bertumpu ke Kelantan dengan khabar yang kuat mengatakan isu yang sekian lama menyelubungi keluarga diraja negeri itu bakal selesai dengan permasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan Isnin ini. Ini berikutan indikasi yang diperolehi oleh media mengenai majlis yang dikatakan akan diadakan Balairong Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu bermula pada pukul 11.30 pagi. Kini sudah lebih setahun berlalu sejak macam-macam cerita timbul ekoran kegeringan baginda Sultan sejak Tuanku Ismail Petra yang mula mendapatkan rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 14 Mei 2009. Sekalipun secara rasmi ia tidak dapat disahkan lagi ketika berita ini ditulis,namun desas desus permashyuran putera sulong Sultan Kelantan itu sudah menjadi bualan wartawan tempatan sejak adanya jemputan dari Istana meminta wartawan serta jurugambar memakai pakaian kebangsaan berwarna hitam mengikut protokol rasmi. Apa lagi yang dapat difikir lebih besar dari sesuatu majlis penting bila mereka diminta hadir berpakaian begitu. Malah ada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri yang mengaku turut menerima jemputan dari Istana pada hari berkenaan. Mungkinkah ia hanya satu majlis yang ada kaitan dengan Hari raya Aidilfitri. Jika demikian ia tidak mungkin melibatkan soalan pakaian protokol. Apapun Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipetik sebagai berkata setakat ini beliau belum menerima surat rasmi dari Istana mengenai pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan Isnin ini. Katanya sehingga kini beliau tidak mendapat sebarang khabar mengenai perkara itu daripada mana-mana pihak. "Saya kalau boleh tidak mahu komen sebarang perkara berkaitan Istana (Kelantan)," katanya kepada Bernama Jumaat bila diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai hal berkenaan. Sementara itu Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad ketika dihubungi Bernama berkata beliau enggan mengesahkan mengenai istiadat pemasyhuran itu. "Saya tidak mahu mengesahkan dan juga tidak mahu menafikan perkara itu. Saya juga tidak mendapat perintah daripada Pemangku Raja untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara itu," katanya.- Agenda Daily |
| Posted: 10 Sep 2010 07:01 PM PDT Imam: Masjid tetap dibina dekat WTC, tidak temu Pastor Jones NEW YORK, 11 Sept — Imam New York, yang menerajui projek pembinaan pusat kebudayaan beserta masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah genap sembilan tahun lalu, tidak bercadang untuk bertemu dengan pastor dari Florida yang sebelum ini mengancam mahu membakar al-Quran. Imam Feisal Abdul Rauf berkata, tiada rancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Pastor Terry Jones yang telah mengubah pendiriannya - tidak akan membakar al-Quran kelmarin. "Saya bersedia untuk bertemu sesiapa sahaja yang dengan serius mahu menegakkan keamanan. Kami tiada rancangan pertemuan sedemikian pada masa sekarang. "Pendirian kami untuk mengadakan pusat masyarakat (dekat dengan tapak WTC) tidak berubah. "Ketika detik hari 11 September yang menyedihkan di depan kita, saya meminta setiap daripada kita meluangkan masa untuk mengadakan solat dan muhasabah diri," kata Feisal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. Ejen publisiti beliau juga mengesahkan tidak akan ada pertemuan dengan Pastor Terry Jones dari gereja Dove World Outreach Center, Gainesville, Florida. Kelmarin Jones berkata, beliau membatalkan hasrat membakar al-Quran hari ini sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas WTC dan mengesahkan masyarakat Islam telah membatalkan pelan membina pusat kebudayaan di kawasan berhampiran dengan WTC. Projek itu akan dialihkan ke tempat lain, kata Jones tetapi ia juga telah dinafikan oleh Feisal kelmarin. Malah Jones juga memaklumkan bahawa satu pertemuan akan diadakan dengan Feisal di sini hari ini. Hari ini genap sembilan tahun WTC musnah dalam serangan pengganas. - TMI |
| Harussani kenapa diam ... dia buat lagi ni .. tak berani ker? Posted: 10 Sep 2010 05:26 AM PDT ![]() Bini najib semasa menerima tetamu pada rumah terbukanya hari ini ... Sebab buat rumah terbuka, jadi semua kena buka ker ??? Mana Harussani, Mufti hebat tu ... dah beberapa kali blog-blog pro PR keluarkan gambar rosmah tidak menutup aurat, tapi sehingga ke hari ini tiada sebarang komen dari Mufti 'cari makan' tu .... Takut ker nak komen bini PM??? hahahaha Mufti .... |
| DSAI minta umNO jelaskan hubungannya dengan Perkasa Posted: 10 Sep 2010 04:18 AM PDT SHAH ALAM, Sept 10 — Opposition leaders, including Datuk Seri Anwar Ibrahim, have expressed scepticism over Umno's move to distance itself from Perkasa. "Umno needs to explain. Is this policy or is this political expediency," Anwar said today. The PKR adviser and Opposition leader pointed out that it was Umno which built up the Malay rights group to what it is. "They endorsed, they gave facilities and they gave support to Perkasa," he said. Top Umno leaders earlier today spoke up against the Perkasa and its controversial president Datuk Ibrahim Ali. Among those speaking out against Ibrahim, who has been seen as a thorn in the side of the Najib Administration was Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin. Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor reportedly also told his counterparts in Barisan Nasional that Umno would not back Perkasa or its president Ibrahim in the next general election. Anwar said he did not understand the inconsistencies but doubted the move was a prelude to snap elections. He also noted that the prime minister himself had remained silent on the issue. Anwar said Najib has allowed Perkasa to continue inciting racial hatred all this while. While Umno moved to distance itself, Tun Dr Mahathir Mohamad has declared his support for Perkasa which he described as a crutch for a weak Umno. The former PM, who is also Perkasa patron, said that members of the Malay rights group are Umno supporters and it would not help the party's cause to turn them away. "He is trying to make himself relevant," said Anwar while dismissing Dr Mahathir's comments. PKR Batu MP Chua Tian Chang today also expressed disbelieve at Umno' move. "It's not for real," said PKR strategy chief. His view is that Perkasa was allowed to run its course so that Umno could look more appealing to non-Malays. "This is a game and Perkasa is irrelevant," he said. Chua said it would have been better for the BN federal government to concentrate on solving issues without looking at the race card. Tan Sri Khalid Ibrahim described the move by Umno as the "usual drama" which is being repeated. The Selangor Mentri Besar advised Umno to take a page from Pakatan Rakayat's (PR) administration of Selangor for the last two and half years. He said that PR had managed to avoid using the race card and focused on governing the state fairly. Khalid pointed out that help was extended to those who needed it regardless of race. - TMI |
| Musim hujan katak banyak bunyi .. tapi kesian dia ... hahaah Posted: 10 Sep 2010 03:13 AM PDT PUTRAJAYA, 10 Sept - Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) - dalam perkembangan julung kali kelihatan mula bersatu untuk melahirkan pendirian mereka menyangkal matlamat perjuangan Perkasa dan pemimpinnya Datuk Ibrahim Ali, yang mula disisihkan oleh pentadbiran Najib.Pemimpin-pemimpin Umno yang selama ini kelihatan 'membisu' dalam melahirkan pendirian mereka, hari ini secara terbuka mengaku bahawa perjuangan Perkasa boleh memudaratkan dasar BN dan sokongan kepada perikatan 13 komponen itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider bahawa sudah sampai masanya Umno membuat pendirian tegas terhadap Ibrahim dan Perkasa. "Saya sudah berkata perkara ini awal-awal lagi... Umno seharusnya tampil lebih awal lagi. Hanya sekarang mereka mengekori pandangan saya. "Bagaimanapun langkah ini baik, ya, ia akan membantu kami, dalam perjuangan kami sebab langkah untuk menjauhkan diri daripada kumpulan seperti ini adalah baik. ... seterusnya |
| Peneroka FELDA suram sambut Hari Raya Posted: 10 Sep 2010 01:20 AM PDT
STONE : Baru-baru ni aku terjumpa seorang peneroka Felda dari salah sebuah tanah rancangan di Pahang. Katanya Felda menyediakan 'duit raya' RM350 satu keluarga. Heboh dalam akhbar perdana Felda edarkan duit raya pada semua penerokanya. ... Penghujung nya pak cik ni hanya terima RM90 sahaja, selepas ditolak itu ini ... Wajarkah tindakan sebegitu. Sepatutnya tak perlu lah ditolak semua tu ... Ini lah yang sebenarnya ...... |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan