MIMPI SENJA |
- Pemilihan PKR : Zaid Ibrahim diugut
- Janda Nash - Pengasas Nouvelle Visages Dilaporkan Hilang Sejak Seminggu Lepas
- Khatib Zakaria saman dua akhbar, seorang pemimpin Umno selepas Aifilfitri
| Pemilihan PKR : Zaid Ibrahim diugut Posted: 05 Sep 2010 07:37 PM PDT KUALA LUMPUR, 6 Sept — Datuk Zaid Ibrahim, yang minggu lalu mengubah fikiran untuk bertanding pada pemilihan kali ini, mendedahkan beliau kemungkinan akan berhadapan dengan nasib Allahyarham Tun Ghafar Baba yang tidak mendapat pencalonan minimum untuk mempertahankan jawatan nombor dua dalam Umno.Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) itu berkata beliau diberi amaran akan berhadapan dengan situasi 'diaibkan' dialami Ghafar pada pemilihan 1993 ketika menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. "Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba," kata Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini yang dijangka akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR kali ini. "Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri. "Jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk Umno dilupakan begitu saja. Sedikit penghormatan dengan memberi pencalonan kepada dia pun Umno tidak sanggup semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu iaitu Anwar Ibrahim (kini Penasihat PKR)," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya di bawah tajuk "Saya akan menerima nasib seperti Pak Ghafar Baba?" hari ini. Oleh itu bekas menteri Kabinet ini yang menyertai PKR tahun lalu memberitahu, beliau rela berhadapan dengan nasib yang pernah dialami oleh Ghafar. Zaid mengeluarkan pandangan ini ketika sekumpulan ahli Parlimen PKR dijadual mengadakan sidang media pagi ini untuk menyatakan pendirian mereka berhubung pemilihan kali ini. "Dalam perjuangan politik saya, sifirnya mudah. Kalau benar saya sokong, kalau palsu saya bantah," katanya. Pada Rabu lalu, Zaid menulis dalam blognya bahawa beliau akan bertanding mana-mana jawatan parti jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk tidak turun gelanggang. Bagaimanapun Zaid tidak menamakan jawatan yang hendak ditanding tetapi difahamkan jawatan nombor dua. Kata Zaid beliau membuat keputusan itu selepas terus diasak oleh sesetengah pihak dalam PKR. "Sejak saya umumkan hasrat nak bertanding jawatan dalam PKR minggu lepas, sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini. "Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat," kata beliau lagi. Kata Zaid, kesetiaan beliau juga dipersoalkan oleh sesetengah ahli-ahli Parlimen PKR, tapi kesetiaan terhadap siapa itu tidak dijelaskan. "Mungkin saya ini tidak setia kepada perjuangan parti, atau kepada pemimpin tertinggi parti. Entahlah. "Mungkin ahli-ahli Parlimen ini akan menjelaskan mengapa saya tidak boleh disokong hari Isnin ini (hari ini) dalam sidang akhbar mereka untuk mengumumkan sokongan mereka kepada gandingan hebat Anwar Ibrahim-Azmin Ali," kata Zaid lagi. Zaid juga mendakwa beliau ada mendengar bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga akan diminta berundur daripada jawatan Presiden PKR. "Pelik sungguh tabiat dan tindakan mereka ini. Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang orang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan. "Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada Umno," kata Zaid sambil menambah tuduhan terhadap peribadinya juga ditingkatkan. "Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu Umno yang membelasah saya. "Jawapan saya begini: Saya masuk Keadilan kerana saya mahukan parti ini berganding dengan Pakatan untuk mengubah budaya dan kuasa politik di negara ini supaya rakyat Malaysia mempunyai Kerajaan yang berlaku lebih adil dan saksama kepada rakyat jelata. "Dalam perjuangan ini, kesetiaan saya tidak berganjak seinci pun. Malah semangat saya lebih kuat," katanya. Tegas beliau, itu sebab beliau ingin menawarkan diri untuk bertanding dan kemungkinan ahli-ahli PKR "terpanggil untuk melihat perubahan dalam parti ini dan menyokong gandingan Anwar Ibrahim-Zaid Ibrahim." Zaid berhujah bahawa rakyat tidak boleh mengubah budaya politik dan meningkatkan tahap pentadbiran negara kalau parti sendiri tidak mempraktikkan prinsip-prinsip yang dilaungkan ini. "Saya akan huraikan semasa berkempen nanti," katanya lagi. - TMI |
| Janda Nash - Pengasas Nouvelle Visages Dilaporkan Hilang Sejak Seminggu Lepas Posted: 05 Sep 2010 11:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak, sejak seminggu yang lepas.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata polis yang menerima mendapat laporan Sosilawati tidak pulang ke rumah akan menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes kehilangan jutawan itu, yang juga merupakan bekas isteri kepada penyanyi, Nash. "Buat masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang hilang," katanya ketika dihubungi Bernama Ahad. Difahamkan Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya yang beliau mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari, namun selepas tiga hari, beliau tidak pulang ke rumahnya sehingga ke hari ini (Ahad). - BERNAMA |
| Khatib Zakaria saman dua akhbar, seorang pemimpin Umno selepas Aifilfitri Posted: 05 Sep 2010 06:19 AM PDT Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 5 Sept — Zakaria Ahmad, khatib yang dikaitkan dengan isu khutbah Pulau Pinang bulan lalu berkata, beliau sudah mengambil keputusan muktamad untuk memfailkan saman fitnah terhadap dua akhbar harian dan seorang pemimpin Umno negeri itu selepas sambutan Aidilfitri. "Saya memutuskan untuk mengambil tindakan saman fitnah selepas pihak-pihak terbabit enggan memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan reputasi saya sebagai seorang khatib," kata Zakaria ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini. "Mula-mula saya memberi mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak betul tentang diri saya selama dua hari untuk mohon maaf, tetapi meskipun saya menanti sehingga kira-kira seminggu, mereka tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memohon maaf... jadi saya memutuskan untuk mengambil tindakan saman. "Peguam saya sedang menguruskan perkara ini, dia sedang meneliti segala kandungan kenyataan mereka," kata beliau lagi. Kata Zakaria, sekurang-kurangnya jika mereka meminta maaf beliau bersedia untuk memaafkan lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan sekarang. "Saya seorang ahli PAS dan seorang yang beragama Islam saya sanggup untuk memaafkan mereka... Islam mengatakan kita harus memaafkan orang lain jika mereka memohon maaf, tetapi malangnya walaupun mereka telah memfitnah saya tetapi enggan memohon maaf," kata beliau lagi. Zakaria tidak menolak untuk memaafkan mereka jika tampil memohon maaf secara terbuka sebelum 1 Syawal. Sebelum ini, Zakaria mempertahankan tindakannya berdoa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang sambil menegaskan, ia tidak salah di sisi agama. "Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan. "Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain," katanya. Zakaria menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang kerana memberi bimbingan kepadanya. Isu membaca doa didakwa menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Pada 21 Ogos lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan dari Umno, Shabudin Yahaya berkata doa yang dibacakan oleh khatib pada khutbah kedua solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Menora 25 Jun lalu dibuat dalam bahasa Melayu. Kandungan doa itu adalah meminta Ketua Menteri terus kekal dan berjaya mentadbir negeri Pulau Pinang selain tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abas. Shabudin menafikan dakwaan kononnya berlaku salah faham dalam kalangan jemaah yang tidak memahami doa kerana ia dibacakan dalam bahasa Arab. Menurut Shabudin, biasanya doa dalam khutbah dibaca untuk ketua agama negeri seperti Yang di-Pertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri dan tidak melibatkan unsur-unsur lain. Shabudin mendakwa Zakaria tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. - TMI |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan