Jumaat, 10 September 2010

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Umno pasti melutut kepada PERKOSA...

Posted: 09 Sep 2010 09:36 PM PDT

Kalau tak percaya miker tengoklah nanti...

La ni cakap besor ler KJ dengan Tengku Adnan.....

Bila Che Det menyebelahi PERKOSA...apa Umno boleh buat?? Maka terhegeh2lah Najib men'flip-flop'kan pendirian Umno....Muhyiddin jangan cakaplah. Dia memang penasihat PERKOSA dalam gelap. Kelam kabut Umno ni yob.

Teman bersyukur betul dengan kewujudan PERKOSA dan panjangnya umur Che Det ni. Dua-dua ni memang anugerah Allah belaka. Makin lurus jalan ke Putrajaya selagi PR tak gaduh sesama sendiri...

Baik Umno...baik PERKOSA mahupun juga Che Det...ketiga2nya adalah institusi yang tidak berintergriti...masing2 pulak dengan segala kehipokritan masing2. Perasuah nak menghambat rasuah...macam mana? Rasis nak menyemai harmoni...macam mana? Kaki langgar perlembagaan nak tegakkan Perlembagaan Negara....macam mana? Kaki salah guna kuasa nak cakap pasal intergriti...macam mana? PERKOSA pertubuhan bertaqwa?? Ini sudah jadi lawak pagi raya weh!!

Baca perenggan terakhir retorik Brahing Ali di bawah nun....ghase nak terkincit teman..he he!!

Sementara mereka bergaduh sakan dan bersandiwara....marilah kita nikmati ketupat, lemang dan rendang. Maaf zahir dan batin...mood raya yob!!

Ibrahim Ali: Perkasa tidak perlukan sokongan Umno

September 09, 2010KUALA LUMPUR, 9 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataan lebih tegas hari ini berbanding semalam berkata, pertubuhan bukan kerajaan pimpinannya tidak memerlukan sokongan Umno termasuk jika pihaknya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

"Perkasa, NGO tidak memerlukan sokongan Umno atau mana-mana parti politik.

"Cuma (kami) memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangan Perkasa," kata beliau dalam kenyataan SMS susulan dikeluarkan hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini mendakwa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu.

"Beliau (Tengku Adnan) mahukan undi orang Cina. Beliau tidak mahukan undi orang Melayu," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bagaimanapun semalam, Ibrahim (gambar) yang lantang bersuara ini enggan mengulas lanjut sambil berkata: "Tidak perlu. Ini sudah cukup."

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Tengku Adnan menegaskan partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.

Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim.

Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.

"Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.

Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.

"Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami," kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno.

"Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi," katanya lagi.

Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

Ibrahim berkata, Perkasa akan terus berjuang untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

"Saya percaya, jika Perkasa tidak wujud, sokongan bukan Melayu kepada BN pun sama selepas pilihan raya umum ke-13 kerana komponen BN, terutama pemimpinnya ada macam-macam rekod yang rakyat tolak dan janji PKR kepada mereka... nampak pasti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir," katanya.

Ibrahim juga mendakwa Perkasa cuma memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangannya iaitu mempertahankan perlembagaan negara dan kerajaan yang amanah, adil, saksama, tidak rasuah, salah guna kuasa, sistem penyampaian cekap, mesra rakyat dan pemimpin atau wakil rakyat yang amanah, mesra rakyat, tidak rasuah, bermoral, tidak maksiat dan bertaqwa.

Tiada ulasan: