Sabtu, 11 September 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Islam Bukan Agama Keganasan

Posted: 11 Sep 2010 03:41 PM PDT

Assalamualaikum bagi saudara seislamku dan salam blogger bagi yang masih belum memasuki keluarga besar Islam semoga Allah membukakan pintu hidayah utk kamu.

Baru-baru ini dunia di hebohkan dengan kenyataan biadab dan tidak bertamadun Dr Terry Jones ,seorang paderi dari Dove Dunia Outreach Centre di Florida Amerika.Dia menyatakan hasratnya ingin mengadakan demontrasi membakar Al-Qur'an,kitab suci orang Islam yang di rancang akan diadakan pada 11 sebtember 2010(kelmarin) tapi dibatalkan selepas mendapat kecaman antarabangsa.

Saya rasa mereka sengaja nak melihat reaksi orang-orang Islam seluruh dunia,adakah masih lagi perihatin dengan masaalah agama mereka.Mereka cuma nak test sejauh mana usaha mereka merosakkan akidah orang-orang islam dan memasukkan perasaan ragu-ragu pada agama Islam dalam hati orang islam berhasil atau tidak.
Mereka cuma nak menguji sejauh mana tahap keimanan dan sensitiviti ummat Islam di zaman ini.

Alhamdulillah masih ramai ummat Islam masa kini yang sensitive dengan isu-isu ini.Masih ramai yang sanggup mengadaikan nyawa mereka untuk mempertahankan agama Islam.

langkah ini juga sara kira sebagai satu langkah provokasi untuk mengapi-apikan perasaan orang Islam ,mungkin harapan mereka akan ada tindakan balas dari orang Islam sebagai contoh bakar gereja dan sebagainya.Dengan itu mereka dengan mudah akan terus mengaitkan Islam dengan agama keganasan.

Tragedi serangan bangunan WTC 11 september dijadikan hujjah kononnya orang Islam yang yang melakukan serangan tersebut sedangkan tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan orang Islam yang melakukan serangan itu.Mengikut pakar forensik bangunan itu runtuh disebabkan letupan dari bawah bangunan bukan disebabkan oleh rempuhan kapal terbang.Mustahil bangunan WTC yang dibina begitu kukuh boleh runtuh sekelip mata hanya dengan rempuhan bangunan kecuali diletupkan dengan bahan letupan serentak dengan rempuhan kapal terbang tersebut.Malangnya ada juga orang Islam yang percaya dengan propaganda yahudi yang kononnya orang Islam yang melakukan serangan tersebut.

Poin kedua,kenapa pada hari tragedi itu berlaku tidak ada seorangpun pekerja berbangsa yahudi yang datang bekerja disitu?

Jikapun benar pengganas Islam yang melakukan serangan tersebut mereka tidak boleh ,menghukum agama Islam hanya kerana perbuatan segelintir ummat Islam.Perlu dibezakan antara orang Islam dengan Agama Islam.Islam tidak pernah mengajarkan ummatnya melakukan keganasan bahkan dalam perangpun ada peraturannya,walaupun dalam peperangan Rasulullah s.a.w melarang jangan membunuh kanak-kanak,orang tua,wanita yang tidak turut serta dalam perang,jangan membunuh paderi dan orang yang berlindung di gereja.Rumah-rumah ibadat mereka tidak boleh dimusnahkan bahkan pokok pun tidak boleh ditebang jika tidak ada keperluan.

Jika Islam nak disalahkan disebabkan ada beberapa kelompok Islam yang tidak mengikut ajaran Islam sebenar,umat yahudi juga ada pengganas yahudi,lebih dahsyat dari serangan 11 september,bukan setakat sebuah bangunan,bahkan sebuah negara Palestin hancur-sehancur hancurnya dikerjakan pelampau yahudi keparat tu.kenapa Dr.Tery Jenes tak buat demonstrasi bakar kitab Yahudi.dalam kitab suci orang Islam tidak pernah mengajar ummatnya memulakan peperangan tapi kitab Talmud yang menjadi pegangan kebanyakan orang yahudi sekarang terang-terang menyebut membunuh orang bukan yahudi itu bukanlah satu kesalahan bahkan orang-orang selain yahudi dianggap sebagai binatang.

"Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang non Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang." (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

"Orang-orang non-Yahudi diciptakan sebagai budak untuk melayani orang-orang Yahudi."(Midrasch Talpioth 225)

Kenapa tak bakar kitab Talmud orang yahudi yang terang-terang mengajar keganasan?

Ummat Islam tidak pernah memulakan peperangan,Islam mengajar ummatnya "musuh jangan dicari tapi bila musuh datang jangan kamu lari"
Rasulullah s.a.w mengibaratkan orang-orang Islam seperti lebah yang menjaga sarangnya.Lebah tidak akan menyerang jika sarangnya tidak diusik.Lebah juga seperti adik-beradik saling menjaga antara satu sama lain,masing-masing ada tugas dan peranan tersendiri.

Dahan yang dijadikan sarang oleh lebah,akan dibalut dan diperbaiki,itulah sifat Islam akan membetulkan kepincangan masyarakat,kepincangan moral,akhlak,ekonomi,politik semuanya akan dijaga dengan adanya Islam.

Malaysia Today Di Serang Untuk Selamatkan Penyangak Negara

Posted: 11 Sep 2010 01:58 AM PDT

Pihak tertentu mahu menyekat portal sensasi Malaysia Today dari menyiarkan dokumen yang dikatakan membongkar skandal membabitkan pemimpin atasan Kerajaan Malaysia.

Laman yang dikendalikan Raja Petra Kamarudin dilanda masalah teknikal yang misteri sepanjang 24 jam lalu sebaik sahaja ia menerbitkan rencana memperincikan bagaimana Umno merompak kekayaan Sistem Penerbangan Malaysia.

"Kami diserang bertubi-tubi," kata Raja Petra kepada Asia Sentinal.

"Kita menghadapi masalah sejak 12 jam lalu, dan sehari sebelum itu selama 24 jam. Nampaknya seseorang melaburkan wang yang banyak untuk menghalang kami dari ke udara," tambah beliau.

Bahkan, akses unit teknologi laman web itu berjaya dipulihkan hanya buat seketika, sebelum akses itu terputus kembali.

"Laman ini diserang beberapa jam selepas kami siarkan rencana mengenai MAS. Kita dedahkan dokumen dari dan kepada mahkamah yang menunjukkan ada usaha untuk mengugat kes MAS terhadap Tajudin Ramli.

Raja Petra melarikan diri ke luar negara selepas didakwa memfitnah Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan isteri, Rosmah Mansor, dan diancam dengan penahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Malaysia-Today tanpa lelah menyiarkan rencana dan dokumen-dokumen yang memperincikan salahlaku Tajudin Ramli di MAS. Beliau dituduh merompak jutaan ringgit dan hampir memufliskan syarikat penerbangan nasional itu.

Penyelewengan itu menyebabkan syarikat itu menanggung kerugian RM8 bilion ringgit dan perlu diselamatkan oleh Kerajaan yang memberi pada harga ia dijual, tanpa mengira kerugian yang ditanggung.

Manakala, anggota polis yang bertanggungjawab membongkar penyelewengan itu, Dato Ramli Yusoff, diheret ke mahkamah menghadapi pelbagai tuduhan-tuduhan yang meragukan.

Raja Petra meneruskan kempen beliau dan mengelurkan rencana pada 8 September mendakwa Tajudin diberi kekebalan oleh Umno dengan sokongan mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Raja Petra, beliau telah dikunjungi peguam Tajudin di London, yang memaklumkan bahawa hartawan itu sekadar boneka Umno dalam urusan itu, dan Umno "bukan sahaja perlu melindungi Tajudin dari didakwa, tetapi juga perlu memastikan kerajaan membeli semula saham-saham di MAS pada harga yang sama dijual kepada Tajudin, meskipun nilainya telah jatuh dari nilai sebenar."

Malaysia Today juga bersiap-sedia untuk menyiarkan dokumen yang membutirkan salahlaku di syarikat kaitan Umno, UEM-Renong yang didahulunya diketuai oleh seorang lagi kroni kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Halim Saad telah dituduh merompak perbendaharaan negara dengan mengenakan harga yang melampaui untuk kontrak-kontrak pembinaan.

"Mereka ini adalah sekutu-sekutu Tajudin, berkerjasama untuk mendedahkan salahlaku-salahlaku yang telah berlaku. Mereka adalah boneka Umno. Mereka mahu mendedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Raja Petra.

"Bahkan, Perdana Menteri Najib Tun Razak memberi restu kepada Tajudin Ramli, Rahman Maidin dan Halim Saad untuk bersuara dan menuding jari pada Umno, Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin sebagai penyangak sebenar yang merompak berbilion ringgit wang rakyat."

Bukan itu sahaja, pada 5 September, Malaysia Today menyiarkan rencana mendakwa rakan golf Najib, Tan Kay Hock, yang menguasai saham di Johan Holdings Bhd, meminta RM500 juta dari pegawai-pegawai Kerajaan China yang mendapat kontrak untuk membina projek laluan keretapi nasional.

Mereka diberitahu bahawa RM200 juta adalah untuk keluarga Najib.

Menurut Raja Petra, sistem keretapi negara akan menjadi punca pendapatan baru untuk Najib. Urusniaga membekalkan koc keretapi bernilai RM1.4 bilion dikatakan diraih oleh syarikat Rosmah Mansor.

Koc-koc itu dikatakan berharga RM300 juta sahaja, dan tidak berfungsi.

http://panjanghitam.blogspot.com

-ijoks2009-
Jika benar seperti kata Raja Petra amat malang sekali negaraku,
undang2 hanya digunakan keatas rakyat bawahan jika orang atas yang buat salah terus dibela dan di sembunyikan,dan jika apa yang dikatakan oleh raja Petra itu fitnah kenapa pihak kerajaaan takut untuk berdepan kebenaran,jangan salahgunakan polis untuk kepentingan politik.
Biar hujjah lawan hujjah.

Bila agaknya kita boleh menyaksikan perdebatan terbuka antara Najib sebagai pemimpin BN dengan Anwar selaku orang no 1 pakatan rakyat.Sampai bila kita nak tengok politik fitnah dan politik hentam menghentam sesama sendiri.
Hanya dengan cara hujjah lawan hujjah baru boleh selesai masaalah,biar rakyat tahu siapa pengangak sebenar ,siapa jaguh dan siapa yang hanya berani bersuara dibalik kuasa polis dan mahkamah.

Tiada ulasan: