Jumaat, 10 September 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Komen Ustaz NorAmin Tentang Iklan Raya TV3

Posted: 10 Sep 2010 05:23 AM PDT

Saya lihat negara Malaysia ini sering kali membuat iklan yang mencampurkan perayaan, seperti raya 1 dalam 2, Raya Cina Melayu, Raya Melayu India dan banyak lagi. Sebenarnya ini sepatutnya tidak berlaku, kerana ia telah menyamakan perayaan Islam dengan perayaan agama lain. 

Raya puasa ini adalah untuk orang yang berpuasa selama satu bulan dan ia merupakan kemenangan kepada umat Islam yang berpuasa dan dapat melawan nafsu semasa di dalam bulan puasa. Kalau kita menyamakan raya Islam dengan raya agama lain, maka seolahnya orang non muslim juga mendapat kemenangan dalam bulan puasa. Ini mustahil, sebab Allah menolak segala amalan orang yang tidak beriman dan tidak mengaku Allah sebagai tuhannya.

Bukan tidak boleh orang non muslim ingin menziarah dan bersama orang Islam merayakan perayaan Islam. Tetapi janganlah disamakan perayaan Islam itu dengan perayaan agama lain.
baca lagi disini

Tiada ulasan: