kalam Perantau |
| Siapa Pula ‘Maat Bin Ismail’ Di sisi Mek Hawa? Posted: 19 Sep 2010 09:00 PM PDT
Kejayaan Mek Hawa Binti Abdul Rahman mendapat kontrak membekalkan pakaian sekolah kepada kerajaan Terengganu bukan hanya disebabkan faktor Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, yang meluluskan kontrak tersebut secara runding terus. Ada lelaki yang lebih penting dalam kehidupan wanita separuh baya berumur 49 tahun itu, yang bernama Haji Maat bin Ismail. Kalau hanya Mek Hawa memohon secara ‘dogol’, kepada Ahmad Said, dengan sebuah entiti perniagaan ‘berstatus’ Enterprise sahaja, mustahil kontrak bernilai RM7,995,000.00. berjaya diperolehinya. Agak tidak masuk akal, Hamie Enterprise boleh meraih kontrak jutaan ringgit, tanpa perlu menunjukkan sebarang rekod kejayaan yang diraih perniagaan itu sebelumnya. Mek Hawa memohon melalui seorang perantara ‘Hamie Azreen’ yang dilantik sekejap sebagai ‘partner’. Dengan hanya sehelai surat sahaja, tanpa lampiran rekod-rekod kejayaan perniagaan, MB Ahmad Said yang berpengalaman luas, berpuluh tahun sebagai Pegawai TCS, kemudian menjadi wakil rakyat dan Exco kanan kerajaan Terngganu, terus meluluskan kontrak jutaan ringgit kepada Hamie Enterprise. Pasti hebat lelaki di belakang Mek Hawa yang juga menjadi isteri kedua kepada Haji Maat Ismail, namun, siapa Haji Maat yang hebat itu? Apa hubungannya dengan MB Ahmad Said? |
| Lima Remaja Hamil Akan Daftar Masuk Sekolah Harapan hari ni.. Posted: 19 Sep 2010 04:00 PM PDT
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah tersebut berkata remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar. “Empat daripada mereka akan bersekolah dalam Tingkatan Lima dan seorang di Tingkatan Empat. “Mereka masing-masing dari Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan meninjau operasi sekolah tersebut, Ahad. Sekolah Harapan itu yang dibuka Jumaat lepas dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka, beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah berserta sebuah asrama. Mohd Ali menjelaskan kesemua remaja itu memasuki sekolah tersebut melalui bantuan ibu bapa masing-masing dan bukan datang secara sukarela. “Seorang daripada lima pelajar perempuan berkenaan adalah berbangsa Cina. Ini membuktikan kita tidak mengenakan sebarang sekatan atau had demi memberi perlindungan kebajikan kepada remaja yang memerlukan bantuan,” katanya. Beliau berkata peraturan yang ditetapkan di sekolah itu adalah sama dengan pusat pemulihan dan sekolah biasa yang lain termasuk mempraktikkan sistem pembelajaran yang sama. “Bagaimanapun, orang ramai tidak dibenarkan memasuki sekolah ini tanpa kebenaran dan indentiti serta gambar pelajar dirahsiakan bagi menjaga kepentingan pihak berkaitan,” katanya. Mengenai tindakan undang-undang Syariah terhadap pelajar terbabit di atas kehamilan mereka tanpa hasil pernikahan yang sah, Mohd Ali berkata perbincangan lanjut akan diadakan bersama dengan keluarga remaja terbabit dan terpulang kepada Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan lanjut. -BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Setiap kejayaan wanita pasti ada lelaki yang menjadi inspirasi di belakang kejayaan tersebut.
JASIN: Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan