Justice For All |
- Ibrahim Ali Bertanding Guna Lambang Parti Tin Kosong???
- Kes Pembunuhan Sosilawati : Banyak Betul Tempat Bahan Bukti Dibuang
- Mahkamah Kanggarooo Tangguh Perbicaraan Kes Siputeh Untuk Elak PRK Diadakan
- Kisah Di sebalik Tabir Kehidupan Sosilawati Yang Penuh Suka & Duka
- 2 Minggu Lagi untuk Ketahui Milik Siapa Tulang-Tulang Yang Ditemui Di Ladang Milik Suspek
- Rosmah Mansor Hina Permaisuri Agong Di Luar Negara
- Isteri Ahli Perniagaan India Tunda Balik Ke Chennai Demi Mencari Keadilan Buat Suaminya
- Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam Lebih Jantan Dari Samy Vellu
- Manchester City Tewaskan Chelksea 1-0, Arsenal Pula Tumbang Di Tangan Pasukan Kerdil
- Kuda Tua BN Sarawak Masih Nak Bertanding
- Kes Pembunuhan Kejam Sosilawati : Tempat 2 Mayat Ditanam..Ditemui
- Woooi UMNgOk..Gaji Kakitangan Awam Dibayar Dengan Duit Halal Ke?
- Jentolak Dibawa Masuk, Cari Mangsa Yang Tak Dibakar
- Polis Jangan Terburu-Buru Selesaikan Kes Sosilawati, Takut Ada Yang Terlepas
- Pengundi Pasir Mas Dah Tak Nak Katak Jadi YB
- UMNO Memang Laknatullah..Kaki Tipu
- Tomoi Pakai Seluar Panjang??
- Tok Guru Nik Aziz Tak Nak Saman I'DA World Walaupun Ditipu
- Ibrahim Ali Sondol Muhyiddin, Nazri Sekaligus
| Ibrahim Ali Bertanding Guna Lambang Parti Tin Kosong??? Posted: 25 Sep 2010 09:10 PM PDT Ibrahim Ali adalah manusia paling kurang ajar. Memang sesuai dapat status katak. Merapu je kerjanya. Kalau PAS tin kosong, kenapa masuk bertanding guna nama PAS. Kenapa tak guna lambang Katak..Nampak sangat Ibrahim Ali ni macam kambing. Mengembek sana sini..beritahu najis itu bukan dia yang punya... Ibrahim Ali Si Katak: Pemimpin PAS 'tin kosong' bukan saya PASIR MAS, 25 Sept — Walaupun memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS, Datuk Ibrahim Ali tetap mengkritik pemimpin parti Islam itu dengan menyifatkan mereka sebagai "tin kosong" dan tidak melakukan apa-apa perubahan untuk rakyat di Kelantan. "Saya tin kosong? Yang tin kosong pemimpin PAS bukan saya kerana saya telah lakukan banyak perkara untuk penduduk di Pasir Mas. "Tetapi Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tidak buat apa-apa selama memerintah selama 21 tahun. "Sebagai contoh masalah air di negeri ini sehingga sekarang masih belum selesai," katanya pada sidang media selepas program Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas di sini. Ibrahim yang juga Presiden Perkasa berkata, Kelantan akan menjadi lebih baik sekiranya beliau menjadi menteri besar. "Kalau nak Kelantan maju, saya adalah orangnya kerana saya boleh membawa perubahan kepada negeri ini. "PAS selama ini tidak buat apa-apa. Perubahan terbesar yang pemimpin mereka lakukan adalah ceramah perdana, itu sahaja. "Jadi kalau nak Kelantan maju, ikut saya," katanya di hadapan kira-kira 5,000 orang yang hadir di program itu. Program tersebut disertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. "Macam-macam perkara boleh dilakukan di sini (Kelantan), kita ada banyak produk pelancongan yang boleh dimajukan. "Cuma apa yang menjadi masalah adalah ketiadaan pemimpin yang kreatif dan berinovasi," kata Ibrahim. Beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-12 setelah menewaskan calon Umno Ahmad Rasdi Mahmed dengan majoriti 8,991 undi. Pada pilihan raya umum ke-11 2004, Ibrahim turut bertanding di kawasan tersebut sebagai calon Bebas namun tewas. Ia dimenangi calon PAS Ismail Noh (17,526 undi) manakala calon Umno Datuk Abd Rahim Ab Rahman hanya memperoleh 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198 undi. Ibrahim buat pertama kali memenangi kerusi Pasir Mas pada pilihan raya umum 1986 dengan memperoleh 55 peratus atau 15,711 undi dan mempertahankan kerusi itu empat tahun kemudian atas menggunakan tiket S46. Beliau tewas tiga pilihan raya umum seterusnya dan menang kembali dua tahun lalu atas tiket PAS. Semenjak menjadi Ahli Parlimen, Ibrahim melalui Perkasa banyak membangkitkan isu-isu berkaitan orang Melayu dan juga perpaduan Melayu yang dilihat semakin terhakis. Ketika ditanya mengenai sama ada akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, Ibrahim berkata, ia masih belum difikirkan lagi. "Lambat lagi pilihan raya pun, jadi saya belum fikir sama ada akan bertanding atau tidak. "Bagi saya soal bertanding ini adalah perkara kedua kerana apa yang penting sekarang adalah soal perpaduan orang Melayu. "Sekiranya perjuangan masih belum selesai saya akan bertanding lagi," katanya Dan ini gambar-gambar si melayu gila meroyan. Nak tanya satu soalan sahaja. Kalau berhimpun macam ni..adakah orang melayu akan maju. Buat letih badan je. Tapi kerja malas nak buat. Sebab itulah bukan melayu kuasai ekonomi negara ini..ini semua projek menipu rakyat. Demi laba politik Ibrahim Ali dan Mahathir mamak
|
| Kes Pembunuhan Sosilawati : Banyak Betul Tempat Bahan Bukti Dibuang Posted: 25 Sep 2010 08:13 PM PDT Banyak betul tempat bahan bukti pembunuhan dibuang. Haritu di Sungai, pastu di Ladang. Terbaru di kincir air. Ntah-ntah di rumah peguam dajal tu pun, ada bahan bukti dibuang. Kawasan kunci air tumpuan cari bukti baru BANTING: Kawasan Kunci Air Pekan Banting, di sini, sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai apabila sepasukan anggota Unit Menyelam Pasukan Gerakan Marin (PGM) menjalankan operasi mencari bahan bukti baru berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Sepasukan anggota termasuk dari Unit Forensik bersama 12 kenderaan polis dilihat memasuki kawasan kunci air berkenaan di Jalan Persiaran Majlis di sini kira-kira jam 11 pagi semalam. Seorang suspek juga dilihat dibawa ke lokasi mencari bahan bukti dengan menaiki sebuah kereta polis. Polis turut menutup laluan utama di samping memasang garisan kuning kira-kira 100 meter dari tempat enam anggota Unit Menyelam PGM melakukan penyelaman. Kunci air terbabit terletak kira-kira 300 meter dari lokasi penemuan gelang di tali air Kampung Sungai Lang, pada 21 September lalu. |
| Mahkamah Kanggarooo Tangguh Perbicaraan Kes Siputeh Untuk Elak PRK Diadakan Posted: 25 Sep 2010 07:20 PM PDT Apani mahkamah kangarooo. Kalau kes Nizar lawan MB Haram dulu, bukan main cepat buat keputusan. Tapi bila kes Kota Siputeh, slow macam kura-kura. Ini semua konspirasi nak biar tempoh 3 tahun pilihanraya umumm ke 12 lalu berakhir. Jika tinggal 2 tahun lagi sebelum parlimen bubar, maka tak boleh adakan mana-mana pilihanraya kecil..Ini yang BN mahu. Kerana mereka tak sanggup nak berhadapan PR di PRK Kota Siputeh itu. Memang benar mahkamah Malaysia, mahkamah kangaroo Kota Siputeh: MB kecewa tapi akur ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akur pada keputusan Mahkamah Rayuan yang menangguhkan sekali lagi tarikh pendengaran rayuan kes Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Katanya, walaupun berasa sedikit kecewa dengan perkembangan kes itu, namun pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menentukan perkara itu. "Kerajaan Negeri agak kecewa dengan keputusan penangguhan itu, namun kita tidak ada kuasa untuk menentukannya. Kita akur dan terpaksa tunggu satu tarikh baru dikeluarkan pula," katanya. Azizan berkata, pihaknya menyerahkan kepada badan perundangan itu untuk menilai kes terbabit, sama ada perlu dipercepatkan atau sebaliknya, kerana ia berkaitan dengan kepentingan awam. "Saya tak akan desak mana-mana pihak untuk percepatkan kes ini, sebab ia berkaitan dengan badan perundangan. Namun kita harus peka sebab kes ini sudah lama berlarutan. Tambahan pula, ia mempunyai kepentingan awam, terutama pengundi dan penduduk sekitar DUN Kota Siputeh," katanya. Ditanya sama ada Kerajaan Negeri akan mengesyorkan supaya pihak tertinggi badan perundangan campur tangan bagi menyelesaikan kemelut ini, Azizan berkata, ianya tidak perlu. "Tidak payahlah kita suruh pihak-pihak tertentu campur tangan, nanti lain pula jadinya. Elok kita serahkan pada Mahkamah Rayuan untuk buat keputusan. Saya tidak suka jika adanya campur tangan daripada mana-mana pihak, sama ada yang memihak kepada kita atau pada Barisan Nasional (BN)," katanya. Kelmarin, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail berkata, Mahkamah Rayuan telah menyatakan keputusan penangguhan kes Kota Siputeh kepada pihaknya dua minggu lalu, dengan menyatakan tindakan itu diambil berikutan ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sharif tidak dapat hadir pada tarikh perbicaraan, yang ditetapkan pada 20 dan 22 September lalu. Tarikh berkenaan diputuskan oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya selepas pengurusan kes terbabit yang diadakan pada 29 Julai lalu. Pada 24 November 2009, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membenarkan penangguhan interim yang dipohon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan untuk mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh sementara menunggu rayuan. Bagaimana pun Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah terdahulu di Mahkamah Tinggi pada 16 November apabila mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan Abu Hassan bukan lagi ADUN. SPR mengemukan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan berlaku kekosongan kerusi, seterusnya mengundang pilihan raya kecil berikutan kegagalan ADUN terbabit hadir sidang DUN dua kali berturut-turut, iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun lalu. |
| Kisah Di sebalik Tabir Kehidupan Sosilawati Yang Penuh Suka & Duka Posted: 25 Sep 2010 06:22 PM PDT Ini kisah di sebalik tabir Sosilawati, yang dilaporkan secara eklusif oleh akhbat Metro hari ini.. Sosilawati mencari kasih SEBAGAI individu, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bertuah kerana dianugerahkan Ilahi harta melimpah ruah hasil usaha kerasnya dalam bidang perniagaan, terutama kosmetik, selama ini. Wartawan Metro Ahad, NORIAH IDRIS yang mengenali dan antara teman rapatnya sejak 16 tahun lalu, mempunyai bingkisan istimewa mengenai kisah hidup jutawan berhati waja itu. "SATU hari ketika saya bermalam di rumahnya, dia pernah meluahkan rasa yang sangat meruntun hati saya sebagai sahabat dan wanita. Beliau berkata: "Aku ada segala-galanya... (harta). Apa yang aku inginkan semua Tuhan bagi kecuali satu, iaitu kasih sayang. Aku tak pernah mengharapkan harta daripada mereka sebab aku sudah ada. Yang aku inginkan hanya kasih sayang. "Sebenarnya, susah mencari lelaki yang benar-benar ikhlas menyayangi diri ini. Kalaulah aku dapat, pasti aku hidup bahagia. Lebih baik kita hidup sendiri daripada terus dikhianati." Banyak kegembiraan dan kedukaan di sebalik tabir hidupnya tersingkap antara kami sehingga kepada hal peribadi. Namun hebatnya wanita bernama Sosilawati (Wati) ini, dia tidak pernah mempamerkan kepada khalayak akan kepedihan hatinya, misalnya duka perceraiannya dengan Bukhari Mohamad yang juga bapa kepada enam anaknya, sebagai batu penghalang kejayaannya. Melihat kegigihannya bekerja dan sikapnya cepat mesra dengan sesiapa saja, terdetik di hati bahawa wawasan anak penoreh getah dari Kampung Sri Medan, Batu Pahat, Johor ini untuk melebarkan empayar perniagaan kerana dia terkenal sebagai gigih, degil, fokus dengan apa dilakukan serta bijak mengetepikan antara masalah peribadi dengan kerjaya, pasti tercapai. Bercerita pengalamannya ketika premisnya di Jalan Raja Bot, dia pernah dihalau dan dengan titisan air mata, dia keluar dari pejabat berkenaan tetapi azam kuat disemat di dada bahawa dia akan buktikan sesuatu keajaiban akan berlaku. Teringat kata-katanya bahawa dia perlu bekerja keras demi mempertaruhkan seluruh hidupnya dalam perniagaan selepas rumah tangga yang dibina lebih 10 tahun sebagai isteri kedua gagal. Ketika perniagaan beralih ke Diamond Square, Jalan Gombak, dia mendapat khabar bangunan kedai di Jalan Raja Bot bakal dilelong dan dia terus meminta penasihat kewangannya sebelum membuat permohonan untuk 'mendapatkannya' dan ternyata nasib menyebelahinya apabila dia membeli bangunan kedai itu dengan 'bermaruah'. Biarpun berpendidikan SPM, kesedaran terhadap pentingnya pelajaran sering menjadi pertaruhan buat anak dan sekali gus mewariskan perniagaan itu buat mereka. Justeru, tidak hairan apabila dia membuat keputusan menghantar tiga anak perempuannya iaitu Erni Dekritawati Yuliana (Rita), 25, Erni Erinawati Sofia (Rina), 21, dan Erni Reenilawati (Reeni), 19, ke United Kingdom untuk mempelajari bidang yang menjadi aspirasi impian masing-masing. Manakala Erwan Suwari Ridzuan, 24 dan Erwan Nasri, 23, banyak membantu urusan perniagaan ibunya manakala si bongsu, Siti Nur Fatimah, 13, masih menuntut dalam tingkatan satu di sebuah sekolah antarabangsa. Sepanjang ketiadaan anaknya, saya bersama beberapa lagi rakan rapatnya yang lain banyak menemaninya demi mengelak kesunyian. Dia sebenarnya tabah menghadapi apa juga situasi dan terkenal sebagai insan yang kental semangatnya. Setiap tahun dia terbang ke London bagi meninjau keadaan anak dengan membawa tiga lagi anaknya untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar dan untuk teman, dia tidak pernah melupakan buah tangan, bahkan sering mengajak menemaninya bercuti. Derita perkahwinan bagi Wati tidak lama kerana dia sering dikelilingi lelaki yang sering mengintip hatinya. Antara kebahagiaan yang pernah terakam dalam hidupnya dan pernah berbahagia rasa itu adalah mengenai rahsia cinta yang paling dalam terhadap vokalis rock kumpulan Lefthanded, Jamaluddin Elias (Nash). Setiap kali bercerita mengenai lelaki yang bertakhta di hatinya itu, matanya sentiasa bersinar dan nama hebat itu tidak lekang daripada bibir apabila saya dapat menghidu bibit cintanya selepas dia mengerjakan umrah pada 2006 dan memberitahu pada tahun itu juga akan berkahwin. Lalu perkahwinan paling berprestij dilangsungkan dalam tiga majlis resepsi dengan perbelanjaan hampir menelan lebih RM300,000. Namun kebahagiaan dikecapi tidak panjang kerana di awal perkahwinan, beliau dapat menghidu sesuatu yang menyedihkan berlaku. Hampir dua minggu saya menyimpan rahsianya apabila dia sudah pun meminta peguam syarie, Datuk Zaidi Mohd Zain untuk memfail kes cerai. Apabila segala-galanya terbongkar dan putuslah kasih antara mereka, cerita perceraiannya menjadi tatapan umum dan semua itu menjadi bahan luahan rasanya apabila kami berbual. Lepas satu-satu kontroversi melanda diri wanita bertaraf jutawan ini, namun sesuatu yang mengagumkan mengenainya, dia memang seorang yang tabah. Seperkara lagi yang sering menjadi ingatan, apabila tidak lalu makan dan ke rumahnya, perkara pertama yang dilakukan adalah terus menuju ke dapur. Di atas meja sedia terhidang makanan buat rakan rapat atau sesiapa saja kerana dia terkenal hebat di dapur. Kalau saya ada masalah dan tidak mahu makan, dia akan menyuapnya ke mulut dan memaksa kita untuk terus mengunyahnya selayak ibu memaksa si anak makan. Sempat juga bergurau dengannya, selalu kami katakan kalau hendak 'diet' jangan datang ke rumah Wati dan dia akan tergelak besar. Pernah dalam gurauannya dia berkata, bila 'banglonya' bakal dibina di Cyberjaya siap kelak, dia meminta 'menjaga' banglo di Taman Harmonis, Gombak apabila dia dan anak sudah ke sana. Pernah juga dia menunjukkan pelan banglo baru yang dianggar bernilai RM5 juta siap kelak, dia sudah menyiapkan bilik khusus buat rakan baiknya. Mengenali Wati sebenarnya, hidup wanita itu ditabiri warna yang beraneka. Apabila sekali lagi kisah hidupnya tersingkap berikutan kes tangkap khalwat pada malam tahun baru 2010 bersama pasangannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tetapi dinafikannya bahawa beliau sudah bernikah dengan lelaki berkenaan. Saya yang tahu perancangan pernikahannya seawal November hanya tersenyum dengan spekulasi itu. Kenangan terindah yang tidak mungkin saya lupa sampai bila-bila adalah berpeluang mengerjakan umrah pada April 2008 bersama dia yang tujuh kali melakukan ibadat itu, selain ditemani saudara-maranya, stokis dan kenalan yang rapat dengannya. Ketika kunjungan ke Makkah waktu itu, dia membawa adik perempuan tiri dan ibu tirinya. Di situlah saya mengenali hati budi pemandu peribadinya Kamaruddin Shansuddin (Kamal), 44, dan Noorhisham Mohammad, 38 (pegawai bank CIMB) yang dipercayai turut dibunuh serta isteri Noorhisham, Suzana Radin Pangat. Hubungan kami sangat akrab dan ketika Sosilawati, Kamal, Norhisham dan peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, diberitakan hilang dan dibunuh kejam, hati ini menangis pedih kerana sudah tiada lagi teman tempat menyandarkan serta berkongsi rasa. |
| 2 Minggu Lagi untuk Ketahui Milik Siapa Tulang-Tulang Yang Ditemui Di Ladang Milik Suspek Posted: 25 Sep 2010 05:38 PM PDT Nampaknya hanya keterangan Pakar (DNA), yang boleh bantu siasatan polis ini. Dan jika ujian 2 minggu lagi membuktikan sah Sosilawati dibunuh, maka memang pembunuhan mereka ada kaitan dengan peguam suspek ini. Keputusan identiti DNA 2 minggu lagi KUALA LUMPUR: Pasukan forensik dan jabatan kimia memerlukan sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk mendapat keputusan identiti ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) ke atas sisa tulang berkaitan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan rakannya. Pasukan itu dikatakan menghadapi kesukaran mendapatkan pengesahan ujian kerana keadaan sisa tulang ditemui dikategorikan 'uzur' selepas dibakar dan memerlukan penelitian khas menggunakan kaedah berbeza daripada amalan biasa. Sumber berkata, dalam amalan ujian DNA biasa, mereka boleh mendapatkan keputusan ujian dalam tempoh 48 jam tetapi dalam kes ini, ia terlalu berbeza dan memerlukan banyak masa. Tambahan pula, katanya mereka perlu memisahkan jenis tulang yang ditemui mengikut kategori, jantina sebelum ujian identiti dilakukan. "Ujian pengasingan jantina lebih mudah kerana dalam kes ini dipercayai hanya ada seorang mangsa wanita (Sosilawati) dan beberapa lelaki, tetapi masalahnya ialah untuk dapatkan pengesahan tulang A milik siapa dan tulang B milik siapa," katanya semalam. Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan satu atau dua daripada sampel tulang itu sudah pun disahkan identitinya tetapi belum diumumkan keputusannya. Membandingkan pengalamannya dalam mengendalikan kes pembunuhan penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian yang mayatnya juga dibakar, beliau mengakui proses itu agak mudah berbanding kes ini kerana cuma membabitkan seorang mangsa. Canny Ong diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003. Ditanya sama ada makmal ujian di bawah kendalian Jabatan Kimia Negara mampu menyelesaikan proses pengesahan DNA berkenaan, beliau cukup yakin dengan kelengkapan serta kepakaran yang disediakan. "Kita dah ada semua itu (kelengkapan dan pakar), cuma perlukan masa. Agak mustahil untuk dapatkan keputusan minggu ini atau minggu depan. Paling awal pun dua minggu lagi," katanya. Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop ketika mengulas keperluan mendapatkan bantuan pakar DNA luar negara berkata, pihak berkuasa mampu menyelesaikan siasatan kes sendiri tanpa bantuan luar. Katanya, beliau cukup yakin dengan kemampuan pakar tempatan serta kemudahan sedia ada kerana kelengkapan di sini tidak kurang hebatnya berbanding makmal di luar negara. "Tak perlu (bantuan luar), cuma perlukan masa. Ini kes rumit dan perlukan penelitian khas. Biarkan mereka jalankan kerja," katanya. |
| Rosmah Mansor Hina Permaisuri Agong Di Luar Negara Posted: 25 Sep 2010 04:46 PM PDT Rosmah..rosmah..memang puaka betullah. Dia langsung tak takut hina SUltan dan Peremaisuri Agung. Kalauu hina ALLAH, memang dia lagi tak kisah. Di New York ketika ini, si big size ni dah buat dirinya macam Permaisuri Agung. Gelaran First Ladies digunakannya tanpa rasa bersalah. Sedangkan jelas perkara 32 perlembagaan sebut yang wanita pertama Permaisuri Agong. Tak caya, baca perkara 32 ini.. Perkara 32. Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya. (1) ...................................................................... (2) Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Nah Roswah. Sape sekarang yang jadi first ladies. Ko yang gemuk atau Permaisuri Agong?? Sudah tentu Permaisuri Agong kerana negara ini bukannya negara republik, presiden berkuasa. Negara ini adalah Raja Berperlembagaan, YDPA sebagai ketua agama. Jadi roswah ni memang benar-benar kurang ajar. Dia sah memang tak hormat langsung pada intitusi istana. Dahla lawatan YDPA ke Jerman dan beberapa negara lain tempohari, cerita permaisuri agong langsung tak dilaporkan. Tapi bila roswah pergi luar negara, akhbar negara ini akan jadi jaguh untuk bodek bini no 2 najib ini...lawat ladang anggur pun dilaporkannya..geram betullah kat manusia yang berat dan tak sedar diri... Rosmah, isteri Obama lawat ladang organik
ROSMAH menemui Michelle ketika lawatan ke sebuah ladang organik di New York, semalam. NEW YORK: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyertai wanita pertama lain dalam lawatan ke sebuah ladang organik di New York diketuai Wanita Pertama Amerika, Michelle Obama, yang berkempen bagi tabiat pemakanan sihat bagi melawan kadar obesiti yang meningkat di Amerika. Mereka disambut mesra oleh Obama dan dalam lawatan ke Stone Barns Center, sebuah pusat pendidikan tidak berasaskan keuntungan dan ladang seluas 32 hektar terletak 40 kilometer ke utara bandar raya New York, sambil memerhatikan pelajar gred tiga menuai, memasak dan menikmati hidangan sayur segar, telur dan produk ladang lain. Pelajar datang dari JFK Magnet School di Port Chester dan Pocantico Hills Central School di Pocantico Hills – kedua-duanya sekolah Blue Ribbon. Rosmah, yang mengakui beliau tidak gemar makan sayur ketika muda berkata, program seumpama ini amat berguna bagi menggalakkan kanak-kanak makan sayur-sayuran yang ditanam di laman sendiri, menyedia dan memasak dan khususnya tanpa bahan kimia dan pengawet. Rosmah menyuarakan kebimbangan mengenai obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia yang mungkin disebabkan peningkatan pengambilan makanan segera dan kurangnya senaman. – Bernama 'Back to basics' for First Ladies Saturday, September 25th, 2010 15:57:00 NEW YORK: Datin Seri Rosmah Mansor joined other first ladies in touring an organic farm in New York, led by US First Lady Michelle Obama who is campaigning for healthy eating habits to fight rising obesity in America. The first ladies were warmly greeted by Michelle, and in their extensive tour of Stone Barns Center, a non-profit 80-acre farm and education centre located 25 miles north of New York City, they observed third grade students harvest, cook and eat fresh vegetables, eggs and other farm products. The students came from JFK Magnet School in Port Chester, and Pocantico Hills Central School in Pocantico Hills -- both Blue Ribbon schools. Rosmah, who admitted that she did not like to eat her vegetables when she was young, said that such a programme was very useful in encouraging children to eat vegetables that they grew in their own gardens, prepared and cooked, and especially without chemicals or preservatives. The wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is accompanying her husband who will deliver a speech on Monday, at the 65th United Nations General Assembly. Rosmah voiced her concern on obesity among children in Malaysia, that it could be due to the increasing consumption of fastfood and lack of exercise. However, she said, such food was acceptable as long as they were made without preservatives or other chemicals which she described as harmful, to a child's mental and physical development. Rosmah, who is hosting a First Ladies Summit in Kuala Lumpur next month, discussed with other first ladies over lunch at the farm, one of the pressing issues faced by the world -- climate change -- and how it would affect the next generation. She recalled the concern of a first lady over lunch, who originated from an island in the Pacific, who said that her country was "shrinking" with the rise in sea level, while a first lady from Mongolia said there was not much snow this year, and quipped that her country's snow was probably 'dumped' in Washington DC which last winter, experienced one of the heaviest winters in its history. She said, 23 countries had confirmed their attendance at the upcoming summit. She has also written to invite Michelle Obama to the Summit. Rosmah said she met a few of the first ladies who planned to attend and they were looking forward to attending the Summit. Michelle gave each first lady a basket of farm products grown in the farm, while Rosmah reciprocated with a songket shawl from Terengganu. "On behalf of the people of Malaysia, we are proud of our handicraft," said Rosmah.-the malaymail ![]() ![]() |
| Isteri Ahli Perniagaan India Tunda Balik Ke Chennai Demi Mencari Keadilan Buat Suaminya Posted: 25 Sep 2010 03:52 PM PDT ![]() Isteri peniaga India tangguh hasrat pulang ke Chennai BANTING: Isteri ahli perniagaan India yang hilang sejak lapan bulan lalu di negara ini, S Usharani, 24, menangguhkan hasratnya pulang ke Ramapuram, Chennai, hari ini. Beliau berkata, ini kerana polis masih dalam proses mengambil keterangannya bagi membantu siasatan kes kehilangan suaminya, Muthuraja Allal Kanthan, 34, yang kemudian disahkan dibunuh. "Tujuan saya ke Malaysia untuk mendapatkan perkembangan terkini kehilangan suami selepas membuat laporan di Balai Polis Banting. Saya bercadang pulang ke tanah air esok (hari ini), tetapi mungkin terpaksa menangguhkan hasrat itu kerana polis masih perlukan keterangan saya," katanya ketika dihubungi, semalam. Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam, berkata Usharani mahu penjenayah yang membunuh suaminya dijatuhkan hukuman setimpal. "Sebab itulah dia begitu berani dan sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis sejak tiba di negara ini 8 September lalu. Pagi tadi (semalam) beliau awal-awal lagi menghubungi saya memberitahu hasratnya menyambung keterangan kepada polis," katanya. Manickavasagam berkata, beliau membantu Usharani memberi keterangan kepada polis kerana wanita itu tidak boleh berbahasa Inggeris. "Dia sanggup ke Malaysia dengan perbelanjaan sendiri bukan saja kerana mahu mencari jawapan berhubung kehilangan suaminya, malah supaya nasib individu lain yang dibunuh termasuk Sosilawati mendapat pembelaan sewajarnya," katanya. Muthuraja tiba di negara ini 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik peguam yang disyaki suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya, bulan lalu. Kelmarin, Usharani menyerahkan telefon bimbitnya jenis Nokia kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, yang didakwa mengandungi rakaman perbualan antaranya dengan suspek utama dan seorang individu yang mendakwa pegawai polis. Ditanya mengenai keluarga suaminya yang dijangka tiba esok untuk menjalani ujian DNA bagi membantu siasatan kes kehilangan ahli perniagaan itu, Usharani berkata, beliau tidak tahu mengenainya. * Kalaulah polis Malaysia cekap dan bertindak pantas selesaikan kes suaminya hilang dahulu. Maka sudah tentu pembunuhnya sudah didakwa sekarang. Bukannya baru sekarang nak siasat. Bila dah heboh satu dunia tentang pembunuhan Sosilawati ini.. |
| Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam Lebih Jantan Dari Samy Vellu Posted: 25 Sep 2010 01:30 PM PDT Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam memang berani. Sesuai jadi sivagi lawan penjenayah. Memang berani. Si Samy Vellu tak seberani ahli Parlimen ini. Tengoklah sendiri pendedahannya.. Tapi kesian juga kat ahli Parlimen. Kerana membela rakyat, pernah dulu rumahnya disimbah cat merah.. Manikavasagam terima ugutan bunuh KLANG: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, pagi ini menerima ugutan bunuh menerusi nota yang diikat pada bungkusan plastik mengandungi cat merah yang dilempar ke anjung rumahnya di Pekan Meru di sini. Nota ugutan itu bertulis "Jangan campur isu pasir u mati". Bungkusan cat merah yang dilemparkan itu mengenai bahagian belakang dua kenderaan milik wakil rakyat itu, sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Estima warna kelabu gelap dan Proton Perdana warna putih. Nota dan bunkusan plastik itu dipercayai dilempar antara jam 4 hingga 5 pagi oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan dakwaan Manikavasagam sebelum ini membabitkan isu pasir dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Manikavasagam berkata, beliau hanya menyedari kejadian itu pada jam 7.30 tadi pagi ketika ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Katanya, polis yang dihubungi sejurus kejadian, datang ke rumahnya kira-kira jam 7.45 pagi. "Saya tidak akan berganjak daripada pendirian saya membabitkan dakwaan itu. Saya masih tidak akan meminta maaf dan tarik balik apa yang saya katakan mengenai isu ini," katanya kepada pemberita. Jumaat lalu, Manikavasagam membuat laporan polis terhadap tiga ugutan bunuh yang diterimanya melalui panggilan ke telefon bimbitnya, membabitkan dakwaan beliau itu. |
| Manchester City Tewaskan Chelksea 1-0, Arsenal Pula Tumbang Di Tangan Pasukan Kerdil Posted: 25 Sep 2010 11:14 AM PDT Manchester City tewaskan Chelsea 1-0. Manakala Arsenal tumbang 2-3 Kepada Pasukan Kerdil, West Bromwich Albion Manchester City 1-0 Chelsea Barclays Premier League leaders Chelsea suffered their first defeat of the season at Manchester City. The only goal of the match came on 59 minutes when Carlos Tevez went on a flying run from the halfway line after Ramires had lost possession. Ashley Cole tried to make the tackle. But Tevez jinked to the outside, then let fly with a low shot that shot through Cole's legs before finding the net off the inside of a post. It was the fifth time in a row that Tevez had scored against Chelsea and only the second time in 49 matches that the champions had failed to find the net. Arsenal 2-3 West Bromwich Albion West Bromwich Albion gained their first away win of the season with a shock success at Arsenal. Peter Odemwingie put Albion in front on 50 minutes tapping in his third goal of the season and Gonzalo Jara doubled the advantage just two minutes later. Jerome Thomas netted against his old club on 73 minutes to effectively seal the points for the Baggies who had missed a first-half penalty when Manuel Almunia saved from Chris Brunt. But the Gunners staged a brave fight-back. Samir Nasri pulled one back on 75 minutes and then set up a grandstand finale with his second in stoppage-time. Arsenal piled on the pressure in five added minutes but were unable to find an equaliser. It was West Brom's first win at Arsenal since 1983. Barclays Premier League leaders Chelsea suffered their first defeat of the season at Manchester City. The only goal of the match came on 59 minutes when Carlos Tevez went on a flying run from the halfway line after Ramires had lost possession. Ashley Cole tried to make the tackle. But Tevez jinked to the outside, then let fly with a low shot that shot through Cole's legs before finding the net off the inside of a post. It was the fifth time in a row that Tevez had scored against Chelsea and only the second time in 49 matches that the champions had failed to find the net.
Arsenal 2-3 West Bromwich Albion
West Bromwich Albion gained their first away win of the season with a shock success at Arsenal. Peter Odemwingie put Albion in front on 50 minutes tapping in his third goal of the season and Gonzalo Jara doubled the advantage just two minutes later. Jerome Thomas netted against his old club on 73 minutes to effectively seal the points for the Baggies who had missed a first-half penalty when Manuel Almunia saved from Chris Brunt. But the Gunners staged a brave fight-back. Samir Nasri pulled one back on 75 minutes and then set up a grandstand finale with his second in stoppage-time. Arsenal piled on the pressure in five added minutes but were unable to find an equaliser. It was West Brom's first win at Arsenal since 1983. |
| Kuda Tua BN Sarawak Masih Nak Bertanding Posted: 25 Sep 2010 10:20 AM PDT Kuda-kuda tua BN masih berminat nak bertanding pilihanraya negeri Sarawak. Baguslah, nanti biar rakyat Sarawak tolak muka-muka dinosaur ini. Macam rakyat Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar pada pilihanraya umum 1999 dulu.. Seperti biasa, Taib Mahmud akan tetap pegang jawatan Ketua Menteri sampai masuk kubur..walaupun diri penuh dengan najis roswah.. Taib Mahmud umum terus terajui kepimpinan BN KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini mengumumkan secara rasmi kesediaannya untuk terus menerajui kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dan kerajaan negeri. Pengumuman tersebut sekali gus menepis spekulasi yang timbul berkaitan dengan kedudukannya berikutan kenyataannya dibuat pada 24 Ogos lalu menyatakan beliau bersedia berundur. Abdul Taib yang juga Ketua Menteri paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac 1981 itu berkata walaupun ada di kalangan keluarganya tidak bersetuju namun oleh kerana khidmatnya masih diperlukan rakyat akhirnya mereka memahami keputusannya. Mereka sekeluarga bersetuju (supaya saya) tidak menghampakan harapan rakyat Sarawak," katanya di Hangar Hornbill Skyway di sini, hari ini. "Bagi saya sendiri walau apa pun terjadi saya akan terus menolong negeri Sarawak," katanya di depan lebih 7,000 orang yang terdiri daripada menteri kabinet negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), penyokong parti komponen BN Sarawak dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Pemimpin yang berusia 74 pada tahun itu, bagaimanapun enggan menyatakan berapa lama beliau akan terus menerajui tampuk pemerintahan negeri namun berkata proses pembentukan satu pasukan bagi menerajui kepimpinan akan datang kini sedang dilakukan. Abdul Taib berkata, sudah sampai masa penyokong dan ahli parti komponen BN Sarawak untuk menangkis dakyah palsu pembangkang yang hanya tahu mengkritik segala usaha yang dibuat oleh kerajaan. Beliau memberi jaminan akan meneruskan visi kerajaan negeri untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai antara negeri termaju menjelang 2020. Pada 24 Ogos, Abdul Taib dipetik sebagai berkata, yang beliau masih belum memutuskan untuk bertanding dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-10 yang tempoh penggal berakhir pada Julai tahun depan. Abdul Taib sebelum ini ialah ADUN Asajaya sebelum bertukar ke kawasan DUN Balingian pada 2001. - Bernama Ini dinosaur dari SUPP, yang turut ingin bertanding Dr Chan mahu bertanding pilihan raya Sarawak
MIRI: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, akan tetap mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau pada pilihan raya negeri akan datang. Katanya, parti itu mendapati beliau masih adalah calon terbaik untuk bertanding mengekalkan kerusi tersebut iaitu salah satu daripada tiga kerusi DUN yang dikuasai oleh parti itu dalam kawasan bandaraya Miri. "Saya sendiri tidak mahu bercakap mengenainya tetapi jelasnya ia mengenai parti. Saya masih perlu membawa parti untuk meraih kejayaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat SUPP Miri di sini, hari ini. Dr Chan, 74, pernah menjadi Ahli Parlimen Lambir pada 1982 sebelum menjadi ADUN Miri bermula 1983 dan 1987, kemudian sebagai ADUN Piasau (sebelum itu dikenali DUN-Miri) pada 1991, 1996, 2001 dan 2006. Mengulas cabaran sengit bagi SUPP pada pilihan raya negeri akan datang, Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, berkata mereka masih perlu berdepan dengan keadaan itu. Pada pilihan raya negeri 2006, SUPP tewas lapan daripada 19 kerusi yang ditandinginya kepada calon daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ditanya kemungkinan berdepan dengan beberapa calon pembangkang bagi kerusi beliau, katanya, sesiapa saja bebas untuk bertanding menentangnya. "Saya masih ingat bertanding menentang empat hingga lima calon dalam pilihan raya," kata ahli politik veteran yang memegang kerusinya sejak 1991. Selain beliau, katanya, penyandang bagi dua lagi kerusi DUN di bandaraya Miri iaitu Andy Chia Chu Fatt (Pujut) dan Datuk Lee Kim Shin (Senadin), kemungkinan akan dikekalkan untuk bertanding pada pilihan raya negeri kali ini. Katanya, parti itu sudah hampir memuktamadkan senarai calon parti bagi menghadapi pilihan raya negeri dan akan hanya mengumumkan barisan calon pada masa yang sesuai. - Bernama |
| Kes Pembunuhan Kejam Sosilawati : Tempat 2 Mayat Ditanam..Ditemui Posted: 25 Sep 2010 09:17 AM PDT Nampaknya suspek ni memang ganas. Bukan setakat bakar, mayat pun turut ditanam. Semoga ALLAH tunjukkan petunjuk sebenar, siapa pembunuh yang lakukan kerja jahat ini semua.. Kes pembunuhan Sosilawati: Lokasi mayat ditanam ditemui di Ladang Gadong KUALA LANGAT: Dua lokasi baru dipercayai adalah tempat dua mayat yang dikaitkan dengan suspek utama kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain ditanam, ditemui di kawasan Ladang Gadong, Banting di sini, hari ini. Difahamkan, kedua-dua lokasi itu terletak di kawasan ladang milik suspek utama terbabit di mana satu daripadanya terletak di bahagian dalam, manakala satu lagi di bahagian luar. Polis mendapat petunjuk berhubung lokasi berkenaan hasil maklumat daripada empat suspek yang dibawa masuk ke dalam ladang itu kira-kira jam 4 petang tadi. Tinjauan juga mendapati sebuah jentolak dibawa masuk kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan ladang itu dipercayai digunakan untuk kerja-kerja mengesan lokasi mayat tersebut. Bagaimanapun, operasi mengorek dua lokasi itu hanya akan dilakukan pagi esok berikutan kesemua kenderaaan forensik, MPV polis dan sebuah van yang membawa suspek, keluar semula dari ladang itu kira-kira jam 6.45 petang. Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu yang dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. Pada 13 September lalu, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. Suspek utama kes tersebut yang juga seorang peguam turut dikaitkan dengan kes kehilangan beberapa individu lain termasuk seorang ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 34, dan seorang kontraktor Shafik Abdullah, 37, dari Kedah serta seorang rakannya. Muthuraja dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu dan Shafik serta rakannya dilaporkan hilang sejak lima bulan lalu. Kesemua mereka dilaporkan hilang selepas berjumpa dengan suspek utama itu. - Bernama |
| Woooi UMNgOk..Gaji Kakitangan Awam Dibayar Dengan Duit Halal Ke? Posted: 25 Sep 2010 08:33 AM PDT Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar. Lim Guan Eng berkata,"Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk ...diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang. "Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini". |
| Jentolak Dibawa Masuk, Cari Mangsa Yang Tak Dibakar Posted: 25 Sep 2010 07:38 AM PDT Bawa jentolak nak korek apa ya..nak gali kubur mangsa pembunuhan suspek kejam ini ker?? Kalaulah ia benar-benar menjumpai mayat dalam tanah..sah..pembunuhan ala pembunuhan bersiri telah berlaku di kawasan ini.. KUALA LANGAT, 25 Sept — Dua lokasi baru dipercayai merupakan tempat dua mayat yang dikaitkan dengan suspek utama kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain ditanam, ditemui di kawasan Ladang Gadong, Banting di sini hari ini. Difahamkan, kedua-dua lokasi itu terletak di kawasan ladang milik suspek utama terbabit di mana satu daripadanya terletak di bahagian dalam manakala satu lagi di bahagian luar. Polis mendapat petunjuk berhubung lokasi berkenaan hasil maklumat daripada empat suspek yang dibawa masuk ke dalam ladang itu kira-kira pukul 4 petang tadi. Tinjauan juga mendapati sebuah jentolak dibawa masuk kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan ladang itu dipercayai digunakan untuk kerja-kerja mengesan lokasi mayat tersebut. Bagaimanapun, operasi mengorek dua lokasi itu hanya akan dilakukan pagi esok berikutan kesemua kenderaaan forensik, MPV polis dan sebuah van yang membawa suspek, keluar semula dari ladang itu kira-kira pukul 6.45 petang. Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu yang dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. Pada 13 Sept lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. Suspek utama kes tersebut yang merupakan seorang peguam turut dikaitkan dengan kes kehilangan beberapa individu lain termasuk seorang ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 34, dan seorang kontraktor Shafik Abdullah, 37, dari Kedah serta seorang rakannya. Muthuraja dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas dan Shafik serta rakannya dilaporkan hilang sejak lima bulan lepas. Kesemua mereka dilaporkan hilang selepas berjumpa dengan suspek utama itu. — Bernama |
| Polis Jangan Terburu-Buru Selesaikan Kes Sosilawati, Takut Ada Yang Terlepas Posted: 25 Sep 2010 03:10 AM PDT Iya ke ni..jangan kerana terburu-buru, pembunuh sebenar tak dapat dihukum.. Siasatan kes pembunuhan Sosilawati dijangka selesai masa terdekat: KPN GEORGETOWN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, hari ini berkata siasatan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, dijangka selesai dalam tempoh terdekat. "Polis masih meneruskan siasatan (kes pembunuhan Sosilawati)...kita akan selesai tidak lama lagi," katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob sempena Hari Raya Aidilfitri di sini. Semalam, pasukan forensik polis dilaporkan sekali lagi melawat ladang milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati yang terletak di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Selangor. Sosilawati, 47, pemandu Kamarudin Shansuddin, 44, peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang pada 30 Ogos selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Pada 13 September lalu, polis mengesahkan mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mangsa dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. – Bernama |
| Pengundi Pasir Mas Dah Tak Nak Katak Jadi YB Posted: 25 Sep 2010 02:39 AM PDT Kerusi Pasir Mas: Apa Nasib Ibrahim Ali Pada PRU-13?
Pengundi di Parlimen Pasir Mas tidak akan undi Ibrahim lagi. - Gambar oleh Jack Ooi PASIR MAS, 24 Sept — Sejak lebih setahun lalu antara nama yang menjadi sebutan dalam arena politik tempatan ialah Datuk Ibrahim Ali yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas kerusi Pasir Mas, Kelantan. Tinjauan The Malaysian Insider menunjukkan walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh Ibrahim, namun nampaknya ia masih gagal untuk mendapatkan sokongan menyeluruh pengundi Melayu di kawasan Pasir Mas pada pilihan raya umum ke-13.
Majoriti pengundi Melayu di kawasan ini berpendapat Ibrahim adalah seorang pemimpin yang hanya pandai "bercakap kosong." Ibrahim yang juga Presiden Perkasa memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-12 setelah menewaskan calon Umno Ahmad Rasdi Mahmed dengan majoriti 8,991 undi.Ketika itu Ibrahim bertanding atas tiket PAS.Parlimen Pasir Mas mempunyai seramai 59,640 pengundi. Pada pilihan raya umum ke-11 2004, Ibrahim turut bertanding di kawasan tersebut sebagai calon Bebas namun tewas. Ia dimenangi calon PAS Ismail Noh (17,526 undi) manakala calon Umno Datuk Abd Rahim Ab Rahman hanya memperoleh 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198 undi. Ibrahim buat pertama kali memenangi kerusi Pasir Mas pada pilihan raya umum 1986 dengan memperoleh 55 peratus atau 15,711 undi dan mempertahankan kerusi itu empat tahun kemudian atas menggunakan tiket S46. Beliau tewas tiga pilihan raya umum seterusnya dan menang kembali dua tahun lalu atas tiket PAS. Semenjak menjadi Ahli Parlimen, Ibrahim melalui Perkasa banyak membangkitkan isu-isu berkaitan orang Melayu dan juga perpaduan Melayu yang dilihat semakin terhakis. Malah beliau turut "menghentam" pemimpin PAS dan Umno dan Parlimen apabila ia berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu. Seorang penduduk, Yusof Hasan, 72, berkata, Ibrahim tidak akan berpeluang untuk memenangi pilihan raya umum akan datang kerana pengundi di Parlimen itu tidak menyukainya. "Dulu beliau (Ibrahim) bertanding dengan tiket PAS dan dalam pilihan raya akan datang saya tidak akan lagi mengundi beliau. "Ini kerana beliau hanya mendatangkan lebih banyak masalah, bukan kebaikan terutamanya kepada pengundi-pengundi di sini," katanya kepada The Malaysian Insider. Tambahnya, Ibrahim hanya bernasib baik menang dalam pilihan raya umun ke-12 kerana PAS memberikan ruang kepadanya. "Pilihan raya akan datang saya pasti PAS tidak akan tertipu lagi, sejak menjadi Ahli Parlimen saya lihat beliau banyak menghentam PAS di Parlimen. "Jadi saya rasa PAS pasti akan letakkan calon sendiri," katanya. Bagi Salleh Hussin, 63, pula, sudah sampai masa Ibrahim melupakan hasrat untuk bertanding semula di Parlimen Pasir Mas kerana pengundi-pengundi di kawasan itu sudah muak dengan tindakan yang dilakukan beliau sejak menjadi wakil rakyat. "Saya dah serik nak undi beliau lagi, semenjak jadi wakil rakyat tiada apa yang beliau lakukan untuk kami di sini. "Beliau hanya tahu cakap sana, cakap sini... tapi tiada apa-apa yang dilakukan," katanya dengan nada kecewa. Suhaimi Deraman, 42, berkata PAS perlu meletakkan calon lain dalam pilihan raya akan datang dan jangan memberikan mandat kepada Ibrahim untuk bertanding atas tiket parti Islam itu. "Saya tidak mahu beliau jadi Ahli Parlimen lagi, saya mahu PAS letakkan calon lain kerana ramai lagi calon yang berkebolehan untuk menjadi wakil rakyat. "Lagipun Datuk Ibrahim tidak buat apa-apa pun kepada penduduk di sini, beliau hanya tahu bercakap sahaja," katanya. Menurut Salleh Junoh, 63, dia sanggup tidak membuang undi dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Ibrahim tetap bertanding atas tiket PAS. "Saya sanggup tidak mengundi kalau PAS tetap memberikan mandat kepada Datuk Ibrahim. "Jadi saya minta supaya PAS tidak lagi memberikan mandat kepada beliau sebaliknya meletakkan calon lain yang berkebolehan," katanya. Bagi pesara Yusoff Mohamad, 56, tiada pengundi di Parlimen itu akan memberikan undi kepada Ibrahim sekiranya beliau bertanding atas tiket Umno ataupun sebagai calon Bebas. "Dulu beliau menang atas tiket PAS, kalau beliau bertanding atas tiket Umno sudah pasti beliau akan kalah. "Jadi Ahli Parlimen kemudian di Parlimen hentam pula pemimpin PAS... macam mana ini? Saya percaya dalam pilihan raya akan datang beliau pasti akan kalah," katanya. Dia juga menjelaskan bahawa pengundi di Kelantan mempunyai pandangan yang berbeza dalam politik. "Kalau di kawasan lain pengundi pasti akan melihat kepada calon yang bertanding tetapi di sini (Kelantan) kita melihat parti. "Saya percaya kalau PAS meletakkan calon yang kurang sempurna seperti buta pun boleh menang di sini (Pasir Mas)," katanya. Seorang lagi pengundi di kawasan itu Rahman Mat, 48, berkata, tiada perubahan yang dilakukan Ibrahim semenjak menjadi wakil rakyat. "Saya ada satu perkara untuk menggambarkan Datuk Ibrahim, kucar-kacir dan hanya tahu bercakap sahaja. "Anda boleh tengok sendiri, selama ini apa yang beliau lakukan? Hanya tahu bercakap sahaja, cakap pasal orang Melayu, cakap pasal perpaduan tetapi akhirnya tiada juga perubahan," katanya. Menurut peniaga, Syed Khalid Syed Zakaria, 38, apa yang dilakukan Ibrahim selama ini adalah semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terutamanya pengundi di Parlimen Pasir Mas. "Tapi apa yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. "Pengundi sudah serik dan tidak akan tertipu lagi dengan apa yang dicakapkan beliau. Cukuplah apa yang beliau lakukan selama ini. Kami lebih selesa dengan PAS berbanding beliau," katanya. Parlimen Pasir Mas mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana ketiga-tiga tersebut dimenangi PAS pada pilian raya umum lalu. Ketiga-tiga DUN tersebut adalah DUN Tendong (Mohamad Mat Daud), Pengkalan Pasir (Hanifa Ahmad) dan Chetok (Abdul Halim Abdul Rahman). Namun, masih ada pengundi di Parlimen Pasir Mas mahukan Ibrahim kekal menjadi wakil rakyat dan memenangi pilihan raya akan datang. "Sebagai pengundi saya sayang akan wakil rakyat saya. Walaupun masih tiada perubahan yang dilakukan namun beliau banyak membantu rakyat di kawasan ini. "Beliau memang seorang yang pemurah dan selalu menghulurkan bantuan kepada mana-mana penduduk yang memerlukan bantuan. "Bahkan beliau juga ada memberikan sumbangan Hari Raya kepada penduduk," kata Hasan Ali, 63. Dia berkata Ibrahim masih berpeluang untuk menang di kawasan itu dalam pilihan raya akan datang. "Saya rasa beliau boleh menang lagi," katanya. Bagi Azan Abdul Rahman, 24, walaupun masih baru menjadi wakil rakyat Ibrahim telah menunjukkan prestasi dan imej yang baik kepada rakyat. "Beliau masih lagi baru, mungkin masih banyak perubahan yang boleh dilakukan. "Jadi beliau perlu diberikan lebih masa dan peluang untuk menunjukkan apa yang boleh dilakukan," katanya. Esok satu program Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan akan diadakan di Pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas. Selain Ibrahim, program tersebut turut disertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. The Malaysian Insider difahamkan seramai 20,000 orang akan hadir ke program tersebut. Dalam pada itu, walaupun Ibrahim dilihat sebagai pemimpin rasis, andaian yang dinafikannya, bagi masyarakat Tiong Hua di Kampung Cina di sini, ketua Perkasa itu merupakan seorang pemimpin yang memahami dan tidak membezakan taraf antara kaum. "Saya lihat beliau (Ibrahim) adalah seorang pemimpin yang bagus. "Walaupun masih tiada perubahan yang jelas dilakukan beliau semenjak menjadi wakil rakyat, tapi apa yang positif tentang beliau adalah tidak pernah membezakan orang Melayu dan orang Cina di sini," kata Teo Bo Tiap, 40, ketika ditemui The Malaysian Insider pada Pesta Tanglung di Kampung Cina di sini malam tadi. Program anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia Pasir Mas dirasmikan oleh Ibrahim. Ia disertai kira-kira 100 orang masyarakat Tiong Hua dengan Ibrahim disambut dengan perarakan tanglung sebelum dipersembahkan dengan tarian singa. Tan Ah Wang yang berusia 61 tahun memberitahu walaupun masih lagi baru wakil rakyat di kawasan itu, namun Ibrahim telah menjalankan tugasnya dengan baik. "Setakat ini apa yang beliau lakukan masih lagi tiada masalah. "Sebagai pengundi di kawasan ini saya berpuas hati dengan usaha-usaha yang dilakukan selama ini. "Selain itu, saya juga melihat beliau tidak membezakan orang Melayu dan Cina, sebaliknya beliau memberikan hak sama rata kepada semua," katanya. Tambahnya, hubungan antara orang Melayu dan orang Cina di kawasan itu boleh diibaratkan seperti adik-beradik. "Kami di sini tiada masalah dengan orang Melayu. Kami juga selalu kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. "Kadang-kadang kalau ada perayaan kami juga dijemput sama begitu juga sebaliknya," katanya. Seorang lagi masyarakat Tiong Hua yang hanya mahu dikenali sebagai Yap, 38, berkata, sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat Ibrahim selalu turun padang untuk menemui penduduk. "Beliau selalu juga turun padang jumpa dengan penduduk di sini. "Kadang-kadang beliau juga ada memberikan sumbangan kepada penduduk yang mempunyai masalah dan bagi saya secara peribadi beliau merupakan seorang pemimpin yang baik dan pemurah," katanya. Seorang penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Tan memberitahum walaupun berlainan bangsa dan budaya, namun orang Melayu dan orang Cina di kawasan itu boleh hidup sebagai sebuah keluarga yang besar. "Di sini orang Melayu atau orang Cina semua sama sahaja. Kami boleh duduk dan makan bersama. "Kami di sini tidak ada gaduh seperti di bandar besar.. kau duduk sana, aku duduk sini, itu semua tidak berlaku di sini," kata yang berusia 50 tahun.
Dalam pada itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ong, 41, berkata, masih banyak perkara yang perlu dilakukan Ibrahim sekiranya mahu terus kekal menjadi wakil rakyat. "Banyak lagi perkara yang perlu beliau lakukan. Beliau perlu membuktikan kepada semua bahawa beliau mampu membawa perubahan di sini. "Beliau juga harus berhenti bercakap terlalu banyak dan buat perkara yang boleh meraih kepercayaan penduduk," katanya. Sementara itu, Ong Lee Kin, 41, berkata dia tidak terlalu menyukai Ibrahim kerana pemimpin itu banyak bercakap kosong dan bersifat perkauman. "Saya tidak berapa suka beliau. Sebab yang pertama beliau banyak cakap perkara yang bukan-bukan. "Kedua, beliau banyak bercakap pasal perkauman yang saya anggap ia tidak wajar dilakukan," katanya. Justeru dia menasihati Ibrahim supaya menghentikan daripada bercakap perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan kaum lain di negara ini. "Apa yang beliau cakap pasal perkauman boleh menyinggung perasaan kaum-kaum lain. "Jadi adalah lebih baik beliau berhenti bercakap akan perkara itu," katanya.TMI |
| UMNO Memang Laknatullah..Kaki Tipu Posted: 25 Sep 2010 12:00 AM PDT Haritu bekas ketua Pemuda PAS Selangor kata UMNO tipu dalam isu 30 pemuda PAS masuk UMNO..Harini Ketua Pemuda PAS kawasan itu sendiri, Kawasan Kuala Selangor yang tegas nafikan pembohongan UMNO ini..memang UMNO sentiasa dilaknat, Tipu dah jadi bahan ratib merekaPas sangkal dakwaan 30 ahli sertai UMNO JERAM - Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Selangor, Sazali Turiman menafikan kemasukan 30 ahli pemuda Pas ke dalam parti UMNO seperti yang didakwa individu tersebut sebelum ini. Menurutnya, ia merupakan fitnah kepada parti Pas kerana tiada Ahli Dewan Pemuda Pas yang menyerahkan borang keahlian UMNO pada majlis berkenaan. "Pihak kami membuat semakan daftar keahlian Pas dan mendapati individu yang mendakwa kononnya Pemuda Pas adalah palsu sama sekali," katanya kepada Sinar Harian. Dalam pada itu, pada Majlis Jamuan Aidilfitri yang diadakan di rumah Ketua Pemuda Pas Cawangan Kuala Parit, seorang ahli yang dikatakan keluar UMNO, Sharudin Mohd Nri turut hadir pada majlis berkenaan untuk memberikan penjelasan sebenar. Dia menafikan ada menyebut bahawa perjuangan Pas terpesong sejak bergabung di dalam Pakatan Rakyat (PR). "Saya juga tidak pernah menyebutkan bahawa Pas menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik. "Oleh yang demikian saya ikhlas hadir pada malam ini untuk membuat kenyataan sebenar," katanya selepas menandatangani surat akuan bagi menafikan kenyataan sepertimana yang terkandung di dalam akhbar harian pada 21 September 2010 lalu dan menyatakan kekesalannya sehingga menyinggung perasaan semua pihak. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Kuala Parit akan membuat laporan polis terhadap fitnah terhadap perkara berkenaan dan berharap supaya perkara sebegini tidak akan berulang lagi. Mengulas isu tersebut, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Selangor, Rosham Muhammad berkata, UMNO Kuala Selangor berada dalam keadaan terdesak kerana kurang mendapat sambutan rakyat di kawasana ini. Dan ini pembohongan UMNO yang telah disiarkan oleh Akhbar. Apalagi? Saman jelah UMNgOk ini 30 PEMUDA PAS SERTAI UMNO KUALA SELANGOR Oleh : Suzaini Bin Sulaiman KUALA SELANGOR : 30 Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) Kuala Selangor sepakat menyertai UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Kuala Selangor Datuk Amiruddin Setro bertempat di rumah Pengerusi JKKP Kampung Bukit Kuching merangkap Ketua UMNO Cawangan Bukit Kuching, Noh Buang kelmarin. Sharudin Mohd. Nri , 31, bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS cawangan Kuala Parit membuat keputusan untuk menyertai UMNO bersama lebih 30 pemuda di Kampung Bukit Kuching setelah merasa perjuangan Pas sudah terpesong semenjak parti ini bergabung dengan Pakatan Rakyat (PR) yang disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Pada hari ini kami sepakat menyertai UMNO kerana kami sebagai bangsa Melayu merasa tertindas kerana hak kita tidak diperjuangkan dan kebanyakan pemimpinnya tidak sepakat serta ada yang mempunyai kepentingan peribadi didalam parti. "Lebih mengecewakan lagi masjid pun dijadikan tempat berpolitik sedangkan UMNO tidak pernah berbuat demikian," katanya yang telah menyertai PAS semenjak berumur 18 tahun. Sharudin berkata sebelum ini PAS dilihat benar-benar memperjuangkan Islam tetapi semenjak Selangor diperintah Pakatan Rakyat, PAS seolah hilang pedoman hinggakan masjid turut dijadikan lokasi berpolitik. "Kami menyertai UMNO dengan harapan dapat menyatukan bangsa melayu dan memperjuangkan Islam kerana parti inilah yang dilihat mampu melakukannya. "Saya benar benar kecewa dengan senario politik PAS sekarang semenjak parti ini bergabung dengan Pakatan Rakyat yang menyebabkan bentuk perjuangan mereka kabur dan umpama "Lalang Ditiup Angin" hinggakan saya rasa perjuangan terhadap Islam seolah olah diketepikan demi perjuangan Pakatan Rakyat," katanya. Beliau juga meragui sekiranya Pas di dalam Pakatan Rakyat menang didalam pilihanraya tetapi mempunyai majoriti yang rendah dan mampukah PAS memerintah dan bolehkah Islam dan bangsa Melayu diperjuangkan. Sementara itu, Amiuddin Setro merangkap ADUN Kawasan Jeram mengulas persitiwa bersejarah ini berasa bersyukur kerana mereka membuat keputusan yang bijak kerana memilih UMNO sebagai parti yang menyatukan bangsa melayu dan menegakkan Islam. "Pemuda di kampung ini telah timbul kesedaran mereka tentang pentingnya mempejuangkan Islam dan bangsa Melayu. "Ini adalah satu penghijrahan yang baik sempena bulan Syawal yang mulia ini dan berharap semua pemuda meneruskan halatuju generasi melayu yang akan datang," katanya. Amiruddin menjelaskan UMNO Kuala Selangor mengamalkan prinsip "Yang muda disayangi dan yang tua dihormati". "Semoga lebih ramai belia di kampung ini menyertai UMNO kerana hanya parti inilah yang dilihat mampu memperjuangkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu," katanya.-sinar harian |
| Posted: 24 Sep 2010 11:00 PM PDT Tomoi: Pandang positif syarat tutup aurat KOTA BHARU - Orang ramai diminta memandang positif syarat Kerajaan Negeri yang mahukan ahli tomoi mengenakan pakaian menutup aurat semasa sukan itu berlangsung. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan badan bukan kerajaan (NGO), Abdul Fattah Mahmood, berkata, usaha mengenakan syarat tertentu dalam tomoi diadakan bagi membentuk jati diri remaja dan ia perlu dibentuk dari dalam bagi mewujudkan suasana jati diri di luar. Beliau yang juga ADUN Bukit Panau (Tanah Merah), orang ramai perlu ada pemikiran yang baru dari segi fizikal dan Islam dan dalam soal pelancongan, ia dijangka lebih hebat kerana kelainan pada tomoi. "Memang setiap perkara yang dicadangkan Kerajaan Negeri tidak diterima pada peringkat awal, tetapi lama-kelamaan, apabila sudah dilaksanakan, ia menjadi ikutan. "Contohnya, dulu ramai yang marah sebab kita (Kerajaan Negeri) mengadakan cuti pada setiap Jumaat, tetapi sekarang ia sudah menjadi ikutan kepada beberapa negeri," katanya kepada Sinar Harian semasa Majlis Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong, di sini, semalam. Dalam majlis berkenaan, beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, Datuk Takiyuddin Hassan konvoi bersama ahli Kelab Honda Klasik dan Motosikal Berkuasa Tinggi. Abdul Fattah, berkata, dalam permainan sukan renang, Kerajaan Negeri turut mengenakan syarat pemakaian renang menutup aurat dan ia tidak dapat diterima pada awalnya, tetapi sekarang menjadi ikutan di Kuala Lumpur dan luar negeri. Kata beliau, tomoi yang disyaratkan perlu menutup aurat sekurang-kurangnya memakai baju-T dan seluar labuh dijangka tidak menjejaskan pelancongan di negeri ini. Katanya, sewaktu meluluskan tomoi, pihaknya sudah mengenakan prasyarat iaitu memastikan permainan tersebut tidak ada unsur judi dan mengikut ajaran Islam tanpa ada unsur azimat. "Selain itu, pihak kami juga sudah membuat syarat dan memberi tempoh selama tiga tahun kepada persatuan berkenaan supaya menutup aurat dan kedudukan penonton diasingkan lelaki juga perempuan, malahan perkara ini dipersetujui. "Sepatutnya ia berkuat kuasa sejak 2007 lalu, tetapi atas sebab beberapa perkara, tahun hadapan syarat ini diperketatkan dan berharap ia tidak dipandang negatif sebab niat Kerajaan Negeri ikhlas," katanya. |
| Tok Guru Nik Aziz Tak Nak Saman I'DA World Walaupun Ditipu Posted: 24 Sep 2010 10:00 PM PDT Nik Aziz tiada hasrat saman I'Da World KOTA BHARU - Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat I'da World Group Sdn Bhd yang menimbulkan kontroversi kerana tindakannya mahu menyumbang RM 4 bilion kepada Kerajaan Negeri sekali gus dikatakan menjejaskan imej kerajaan Pas Kelantan. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika ditanya isu tersebut enggan mengulas lanjut dan berkata setakat ini, kenyataan-kenyataan dan tindakan yang diambil sebelum ini sudah memadai. "Setakat ini itu sahaja (tidak dibawa ke mahkamah)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu semalam. Kelmarin, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengakui ada usaha untuk menjatuhkan beliau, namun menafikan isu wang RM4 bilion sebagai usaha untuk menjatuhkan pentadbiran beliau. Beliau mengganggap kemelut itu sebagai biasa dan beliau tidak mahu membuat sebarang tuduhan terhadap pihak terbabit. Dalam masa yang sama sebuah akhbar melaporkan Pengerusi Eksekutif I'da World Group terkilan kenyataan Nik Abdul Aziz yang mendakwa tidak tahu kewujudan syarikatnya atau bertemu dengannya. Menurutnya, beliau mempunyai bukti bahawa Nik Abdul Aziz tahu mengenai kehadiran syarikat itu di Kelantan malah pernah mengadakan mesyuarat bersama beliau dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dalam pertemuan berasingan. Dalam pada itu sebuah portal Internet semalam melaporkan Ahmad Yaakob mengakui pernah mengadakan pertemuan peribadi dengan wakil I'Da World Group Sdn. Bhd. di kediamannya di Tumpat, Kelantan baru-baru ini. Sambil mengesahkan pertemuan tersebut turut menyentuh mengenai perancangan syarikat berkenaan untuk melaksanakan projek pembangunan di negeri itu membabitkan RM4 bilion, Ahmad bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau meragui keupayaan syarikat Bumiputera itu. |
| Ibrahim Ali Sondol Muhyiddin, Nazri Sekaligus Posted: 24 Sep 2010 09:00 PM PDT Ibrahim Ali: 'Saya faham 1 Malaysia tapi Muhyiddin, Nazri tidak' PASIR MAS, 25 Sept — Sambil menyatakan dirinya bukan rasis, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, maksud sebenarnya konsep 1Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib Razak adalah bahawa semua rakyat berbilang kaum di negara ini mesti memberi kesetian padu kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum menganggap diri mereka sebagai "rakyat Malaysia." Sehubungan itu Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata berdasarkan konsep tersebut, beliau "setia kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu, kemudian baru rakyat Malaysia." Bulan lalu beliau mendesak Perdana Menteri memperjelaskan konsep 1Malaysia. Gesaan itu diulangi Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali minggu lalu. Ibrahim berkata, apabila rakyat sudah memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong baru mereka akan taat dan menghormati Perlembagaan Persekutuan. "Bagi saya secara peribadi maksud konsep 1 Malaysia adalah sebagai seorang rakyat saya harus memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong. "Kalau sudah taat kepada Yang di-Pertuan Agong baru kita boleh taat kepada Perlembagaan negara. "Bukan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) yang kata beliau Melayu dulu baru warga Malaysia dan bukan juga seperti Datuk Seri Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang kata beliau warga Malaysia dulu baru Melayu. Saya faham 1 Malaysia tapi mereka tidak," kata beliau selepas merasmikan program Pesta Tanglung di Kampung Cina di sini malam tadi yang disertai sekitar 100 orang. Dalam menjawab tulisan Awang Selamat Mingguan Malaysia Ahad lalu, Nazri berkata. beliau adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru orang Melayu. "Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?" kata beliau. Pendirian itu bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno pada April lalu bahawa beliau orang Melayu terlebih dahulu, baru rakyat Malaysia. Ibrahim berkata setiap rakyat di negara ini mempunyai hak masing-masing tetapi ada had yang tidak sepatutnya dipersoalkan. "Sebagai contoh dalam sebuah keluarga, ada ayah, ibu, anak dan mungkin juga tukang sapu. Kesemua mereka ini mempunyai hak yang ditetapkan. "Seorang isteri tidak mempunyai hak seperti suaminya, begitu juga dengan anak dan tukang sapu. "Jadi kalau tukang sapu mengemas bilik anda, dia mempunyai hak untuk kemas tetapi pada masa dia tidak mempunyai hak langsung untuk tidur di atas tilam anda. Betul atau tidak?" soalnya. Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-12 setelah menewaskan calon Umno Ahmad Rasdi Mahmed dengan majoriti 8,991 undi. Ketika itu Ibrahim bertanding atas tiket PAS. Parlimen Pasir Mas mempunyai seramai 59,640 pengundi. Ibrahim juga menggesa penduduk di kawasan Pasir Mas supaya tidak terpedaya akan usaha yang dilakukan parti politik yang mahu menjatuhkan imejnya. "Bila saya katakan tentang hak Melayu, mereka (parti politik) kata saya rasis dan perkauman. "Sedangkan apa yang saya perjuangkan adalah apa yang tertulis dalam Perlembagaan Negara. Adakah ini dikatakan rasis?" katanya. Baru-baru ini pemimpin Umno-BN terlibat dalam perang kenyataan dengan Ibrahim berhubung kenyataan pemimpin-pemimpin perikatan itu bahawa BN tidak harus menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan itu kerana bimbang dasar perjuangannya boleh menghakis sokongan dalam pilihan raya umum ke-13. Hari ini Perkasa akan mengadakan Perhimpunan Perdana Perkasa Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas pada pukul 3 petang. Program yang bertemakan "Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Rakyat Malaysia" turut akan disertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
brehim tidur je kerjanya. mahathir senyum simpul 





+(1).jpg)



.jpg)










.jpg)











Tiada ulasan:
Catat Ulasan