Justice For All |
- Zaid Tak Gentar Untuk Cabar Azmin
- Macam2 Zaman Najib..Lembu Dicuri Pada Bulan Puasa Untuk Kegunaan Raya
- Malaysian Insider Bakal Diharamkan
- Bulan Ini Sahaja, 262 Web/Blog Digodam
- Ibarat Lembu Sama Lembu Bergaduh, Mat Rempit Tersepit Di Tengah-Tengah
- BN & UMNgOk Dengki Kat PAS
| Zaid Tak Gentar Untuk Cabar Azmin Posted: 09 Sep 2010 04:09 AM PDT Tidak gentar cabar orang kuat Anwar Zaid terus hasrat tanding Timbalan Presiden PKR KUALA LUMPUR: Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau tidak gentar dan akan meneruskan hasrat untuk bertanding Timbalan Presiden pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) November depan walaupun berdepan dengan orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Naib Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali. Beliau menegaskan, keputusannya untuk bertanding jawatan kepemimpinan tertinggi itu bukan kerana Mohamed Azmin atau Anwar, sebaliknya bagi membantu memperkukuh PKR dan memberi sumbangan kepada parti berkenaan. Malah, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu menyifatkan sokongan terbuka sebilangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti berkenaan kepada Mohamed Azmin melalui sidang media, sebagai tindakan orang terdesak `membuat wayang' untuk menunjukkan kekuatan yang sebenarnya tiada. "Saya tidak bimbang kerana yang mengundi adalah ahli parti, bukan mereka saja. Bagaimanapun, pemilihan ini sepatutnya berkisar kepada sumbangan serta pemikiran (calon bertanding) untuk mengukuhkan parti, dan bukan menggunakan taktik serangan. Ahli boleh fikir semua ini. "Ini tidak melemahkan tetapi menguatkan semangat saya (untuk bertanding). Saya tidak ambil kira sangat siapa sokong siapa. "Saya relaks saja kerana pemilihan adalah peluang untuk ahli parti membuat keputusan. Sambutan dan sokongan yang saya terima setakat ini memberi keyakinan kepada saya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sementara itu, pensyarah sains politik dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman, berpendapat Mohamed Azmin mempunyai sokongan peringkat akar umbi yang lebih kukuh berbanding Zaid berikutan pembabitannya sejak awal perjuangan PKR dalam arena politik negara. "Beliau (Mohamed Azmin) bermula dari bawah, malah sudah melalui bersama pelbagai fasa susah dan senang parti itu, sedangkan seperti yang ramai sedia maklum, Zaid dulu adalah penyokong kuat UMNO sebelum beralih arah kepada PKR. "Faktor itu menjadi antara sebab sokongan peringkat akar umbi terhadap Zaid masih belum begitu menyerlah berbanding Mohamed Azmin," katanya. "Ada juga andaian bahawa Mohamed Azmin mendapat sokongan kerana beliau dikatakan adalah `protege' Anwar tetapi harus diingat kemasukan Zaid dalam PKR juga dengan sokongan Anwar. "Bagaimanapun dalam politik, apa saja boleh berlaku pada saat-saat akhir. Pemilihan itu boleh dianggap sebagai medan terbaik untuk mengukur sokongan ahli terhadap perjuangan Zaid dalam PKR," katanya. | |||||
| Macam2 Zaman Najib..Lembu Dicuri Pada Bulan Puasa Untuk Kegunaan Raya Posted: 09 Sep 2010 03:37 AM PDT Lembu dicuri dijual untuk buat rendang raya..sau je ayat...padan muka...padan muka buat rakyat Malaysia terutama melayu yang sokong UMNO. Sebab kerana UMNO laknatullah ini, maka pencuri tak takut untuk mencuri..hatta di bulan puasa. Sebab UMNO terang-terangan tolak hukum Allah..nah rasakan..kalau ada hukuman hudud bagi mencuri iaitu potong tangan di khalayak ramai, ada berani ke orang nak mencuri..tentu jawapannya tak berani..habistu lembu ni hilang...padan mukalah sebab sokong UMNO lagi.. Lembu dicuri dijual sempena hari raya KUANTAN 8 Sept. - Kedatangan 1 Syawal ini seharusnya disambut dengan rasa keinsafan oleh umat Islam, namun sekumpulan pencuri di sini, tergamak melakukan dosa pula dengan mencuri lembu untuk dijual sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Kejadian berlaku di Ladang Felcra Kampung Ubai di sini antara pukul 8 malam kelmarin sehingga awal pagi semalam, apabila tiga ekor lembu ditemui mati akibat ditembak dengan ubat pelali manakala dua lagi dalam keadaan mabuk. Tindakan itu dilakukan oleh pencuri sebelum mereka melarikan haiwan-haiwan berkenaan. Difahamkan, terdapat lebih 100 ekor lembu yang diternak lima penduduk di kawasan berkenaan. Seorang penternak, Harun Kadri, 34, berkata, dia menyedari kejadian menimpa haiwan ternakannya itu apabila dimaklumkan abangnya yang pergi ke ladang tersebut, kira-kira pukul 10 pagi semalam. "Apabila sampai, abang saya menemui tiga ekor lembu yang sudah mati dalam keadaan lidahnya terjelir manakala dua lagi pening dan mabuk. "Kami mengesyaki ada pencuri yang menembak ubat pelali untuk mencuri lembu-lembu di sini. "Pencuri itu mungkin tak sempat mencari lembu yang melarikan diri selepas ditembak sebelum mati," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Menurut Harun, dia dan abangnya turut menemui kesan tembakan dipercayai ubat pelali pada leher lembu yang mati selain kesan tompokan darah di tanah. "Kita percaya pencuri menyembelih lembu di situ berdasarkan penemuan kesan darah sebelum dibawa keluar," ujar beliau. Harun berkata, dia kehilangan seekor lembu jantan dan dua betina berusia dua tahun dan jumlah kerugian dianggarkan RM4,000. "Saya tak berani sembelih dan jual lembu yang masih mabuk itu kerana dikhuatiri memudaratkan kesihatan pengguna," ujar beliau yang turut menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk menyiasat. Ketua Kampung Ubai, Kadri Ahmad memberitahu, pihaknya telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam. | |||||
| Malaysian Insider Bakal Diharamkan Posted: 09 Sep 2010 02:48 AM PDT UMNgOk bila kalah lawan hujah, maka mereka akan guna sikap doiktator. Kalau The Malaysian Insider buat fitnah dan hasutan, dakwalah di Mahkamah. Bukannya guna kuasa SKMM yang stupid itu..mana dia kebebasan untuk bersuara..UMNgOk betullah mamat nih.. Tutup operasi The Malaysian Insider KUALA LUMPUR 8 Sept. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menutup operasi portal berita The Malaysian Insider kerana berita-berita yang disiarkan selama ini didakwa dilakukan secara semberono, tidak beretika dan berasaskan fakta. Pada masa sama SKMM serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga diminta menyiasat dan seterusnya mendedahkan pihak yang menjadi pembiaya portal berita itu. Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari (gambar) berkata, tindakan itu perlu bagi menghalang The Malaysian Insider daripada terus mempengaruhi rakyat dengan berita-berita yang tidak berasas. "Apatah lagi timbul dakwaan mengenai hubungan antara Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jahabar Sadiq dengan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang pasti boleh memberi kesan buruk kepada negara. "Jahabar juga didakwa mempunyai hubungan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Kalimullah Hassan, Lim Guan Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Metro TV di Indonesia, Surya Paloh dan penulis The Straits Times di Singapura, Riongkali," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas tindakan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang membuat laporan polis berhubung dakwaan hubungan istimewa portal berita propembangkang tersebut dengan tiga pemimpin Bendera di Indonesia. Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya percaya dua bukti itu mampu membantu polis dalam penyiasatan kes tersebut. Seperti mana kenyataan JMM semalam, Anuar juga mahu Jahabar memperjelaskan hubungannya dengan kesemua individu terbabit Dalam perkembangan sama Anuar berkata, pihaknya percaya melalui hubungan itu Jahabar telah menjadikan The Malaysian Insider sebagai portal berita yang memperjuangkan kepentingan individu tertentu termasuk Anwar dan bukannya rakyat secara keseluruhan. "Kita semua tahu Anwar sekarang amat terdesak dalam usahanya mengalihkan perhatian orang ramai bagi melengah-lengahkan kes liwatnya. Orang seperti Anwar ini sanggup melakukan apa sahaja," katanya. Selain itu beliau tidak menolak kemungkinan The Malaysian Insider terpengaruh dengan kecenderungan Metro TV yang kini begitu hebat membakar sentimen anti-Malaysia di kalangan rakyat negara itu. Akibat permainan Metro TV itu, beliau berkata, gerakan anti-Malaysia masih berlaku di republik berkenaan walaupun pada asasnya hubungan antara Malaysia dan Indonesia selama ini cukup terpelihara. "Inilah yang berlaku sekarang. Atas sebab itu saya terpanggil untuk membangkitkan isu ini kerana kita tidak mahu The Malaysian Insider terus menerus mempengaruhi rakyat dengan menyiarkan berita yang langsung tidak berasaskan fakta. "Kita khuatir kewujudan portal berita seperti The Malaysian Insider hanya akan memberi kesan negatif kepada rakyat dan negara," katanya Dalam pada itu, beliau sekali lagi menyatakan bahawa Kalimullah merupakan individu yang bertanggungjawab mewujudkan The Malaysian Insider. "Penafian yang dibuatnya sebelum ini tidak cukup kukuh untuk tidak mengaitkannya dengan kewujudan The Malaysian Insider kerana banyak persoalan yang ditimbulkan tidak terjawab," katanya. | |||||
| Bulan Ini Sahaja, 262 Web/Blog Digodam Posted: 09 Sep 2010 02:14 AM PDT Banyak betul website di'hacking' atau digodam. Blog PR antara laman web yang selalu digodam Jumlah laman web digodam naik mendadak KUALA LUMPUR 8 Sept. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengesan peningkatan dalam kes penggodaman laman-laman web di Malaysia yang meningkat kepada 262 kes pada minggu pertama bulan ini. Menurut SKMM dalam satu kenyataan akhbar, jumlah itu naik secara mendadak berbanding dengan bulan Ogos yang hanya mencatatkan 168 kes penggodaman laman web. "Semua pemilik laman web diminta meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan mengemaskini pelayan dan aplikasi yang berkaitan pada laman web mereka,'' kata kenyataan itu di sini hari ini. SKMM berkata, ia bertujuan mengurangkan risiko penggodaman jika terdapat kelemahan pada ciri-ciri keselamatan laman web. Para pemilik laman web juga disaran mengambil langkah sewajarnya dalam melindungi laman web mereka. "Pastikan keselamatan web terjamin dan diberi perhatian khususnya ketika musim perayaan seperti hari raya kerana kebanyakan laman web tidak dipantau,'' katanya. SKMM berkata, serangan ke atas laman-laman web juga meningkat ketika musim cuti hari raya pada tahun lepas. Bagaimanapun SKMM akan terus memantau situasi itu melalui Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM. "Pusat ini merupakan pusat pemantauan keselamatan siber yang diwujudkan selaras dengan Dasar Keselamatan Siber Kebangsaan dan 10 Objektif Dasar Kebangsaan yang termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998),'' katanya. Katanya, pusat itu juga akan bertindak memberikan amaran pencegahan awal kepada semua pihak yang berkaitan di Malaysia. Ia berkhidmat sebagai termometer rangkaian Internet kebangsaan untuk memberikan pemahaman menyeluruh berkaitan ancaman siber pada tahap makro dengan penglibatan dan kerjasama daripada sektor awam dan swasta. Pemilik laman web boleh menghubungi SKMM menerusi talian 03-8688-8303 jika mengesan sebarang kegiatan penggodaman di laman web mereka. | |||||
| Ibarat Lembu Sama Lembu Bergaduh, Mat Rempit Tersepit Di Tengah-Tengah Posted: 09 Sep 2010 01:21 AM PDT Bak Kata Pepatah.. Lembu Sama Lembu Bergaduh.. Mat Rempit Tersepit Di Tengah-Tengah Tapi ini memang betul-betul lembu yang gaduh..mat rempit pula yang terkena..tengok video kat bawah nih..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
| |||||




Tiada ulasan:
Catat Ulasan