Jumaat, 3 September 2010

dollah yankee

dollah yankee


Undang-undang taik minyak !

Posted: 03 Sep 2010 05:01 AM PDT


Susah nak percaya dan boleh ternga-nga mulut bila diketahui yang sehingga 16 Ogos 2010, jumlah saman yang masih tertunggak dan belum dituntut oleh PDRM ialah 1,665,040 dan hanya 25% yang telah di-selesaikan.

Lagi ternga-nga mulut bila tengok Solah Mat Hassan dengan bersemangat telah menyatakan bahawa saman-saman yang tertunggak itu boleh diselesaikan secara beransur-ansur, boleh anggap macam bayar loan kereta, boleh bayar sikit-sikit.

Adakah cara Solah Mat Hassan menyelesaikan masalah ini betul?? Atau adakah dengan cara bayar saman ini sikit-sikit bermakna JPJ seolah-seolah menggalakan lagi mereka yang melakukan kesalahan ini akan terus melakukannya?? Apakah dengan cara ini juga JPJ seperti memaklumkan kepada mereka bahawa jangan takut untuk terus melakukan kesalahan trafik kerana jika anda tidak ada fulus al'mahfuz nak bayar sekaligus anda boleh bayar sikit-sikit. (sebab, kalau anda tak buat salah Penguatkuasa JPJ tak ada kerja pulak sebab tak ada benda nak saman!)

Mengikut apa yang gurkah-gurkah politik di'port' paham ialah, tidak ada sesiapa yang berhak untuk memberikan potongan harga atau membenarkan pembayaran secara ansuran saman-saman ini kecuali ada undang-undang dan akta yang membenarkannya berbuat demikian. Dan jika ada sekali pun gurkah-gurkah politik di'port' ini nak juga tahu perkara ini jatuh dibawah seksyen apa yang JPJ benarkan??

Gurkah-gurkah politik di'port' pula berpendapat cadangan Solah Mat Hassan ini adalah satu cadangan gila.

Cadangan gila Solah Mat Hassan ini bukan saja seolah-olah menggalakan lagi mereka melakukan kesalahan trafik tetapi juga memberi peluang dan ruang kepada mereka yang telah melakukan kesalahan ini untuk buat pilihan nak bayar boleh, tak mau bayar engkau boleh buat apa??

Gurkah-gurkah politik di'port' ada banyak cadangan yang membolehkan mereka yang ada saman-saman ini akan menyelesaikan dengan segera saman-saman mereka yang tertunggak, tetapi memandangkan Solah Mat Hassan dapat gaji ribu-ribu, biarlah dia yang fikir dan selesaikan masalah ini.

Tujuan saman-saman ini dikeluarkan adalah sebab mahu menghukum mereka yang telah melanggar undang-undang, tetapi kini apa yang dah Solah Mat Hassan buat??


dollah yankee-
Kah..Kah..Kah.. ini lah undang-undang taik minyak! Sebab itu lah Malaysia ini sudah jadi 'dalca'!

Tiada ulasan: