WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- HIKMAH DI SEBALIK ISU MASJID DAN SURAU - KITA DIDEDAHKAN DENGAN KEJAHILAN UMNO TENTANG ISLAM
- SYABAS YB TEO, BERANI KERANA BENAR
- RAJA KATAK BERLAGAK PAKAR DALAM AGAMA
- DAP MASUK SURAU, KINI PAS MASUK KUIL PULA, UMNO MAHU CAKAP APA LAGI ?
- PEMIMPIN DAP PUN MAHU RUJUK PADA MURSYIDUL AM PAS
| HIKMAH DI SEBALIK ISU MASJID DAN SURAU - KITA DIDEDAHKAN DENGAN KEJAHILAN UMNO TENTANG ISLAM Posted: 30 Aug 2010 10:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS ADA hikmahnya bila timbul isu Wakil Rakyat dari DAP berucap di dalam surau baru-baru ini. Begitu juga dengan isu mendoakan pemimpin Non Muslim di dalam Khutbah Jumaat yang dikatakan berlaku di P.Pinang yang begitu hangat dimainkan oleh media pencacai dan murahan di negara ini. Apa yang membanggakan kita, pemimpin DAP tidak terus melatah dengan propaganda puak-puak yang sengaja ingin mencetuskan isu agama dan perkauman ini. Mereka sebaliknya terus merujuk kepada yang mengetahui tentang tindakan mereka itu salah atau tidak atau pun boleh dianggap menghina agama Islam. Seperti MP Serdang, beliau terus berjumpa dengan Mursyidul Am Pas untuk meminta nasihat. Tanpa prejudis, Tuan Guru Nik Aziz memberikan nasihat dan pandangannya berkaitan hukum seseorang bukan Islam memasuki surau atau masjid. Maka, jelas kepada mereka betapa jahilnya puak-puak itu. Apa hikmahnya? Hikmahnya apabila isu ini timbul maka rakyat didedahkan betapa cetek dan jahilnya pemimpin Umno tentang hukum hakam agama. Jika di dalam perkara remeh dan mudah seperti ini pun pemimpin Umno jahil, apa kah kita boleh mengharapkan Umno untuk menegakkan Islam termasuk hukum hakam yang lebih mendalam seperti hukum Hudud? Patut pun selama ini Umno tidak menyokong sebuah Negara Islam yang berpandukan Al-Quran dan Hadith. Syabas kita ucapkan kepada seluruh pimpinan PR yang pantas menjawab propaganda Umno dalam isu ini. Tahniah juga buat semua Blogger Pro PR yang berjaya dedahkan betapa pemimpin Umno lebih teruk dan dahsyat lagi dari pemimpin DAP di dalam isu memelihara kesucian rumah ibadat kita. Isteri-isteri mereka `bertelanjang' ketika berada di dalam masjid tanpa menutup aurat. Apatah lagi di luar masjid, mereka langsung tidak menghiraukan tuntutan menutup aurat ini. Memalukan apabila mereka menuntut pemimpin DAP pula untuk menutup aurat. Kita yakin dan percaya, apabila semua pimpinan DAP telah belajar tentang Islam maka tidak mustahil satu hari nanti DAP adalah parti yang lebih awal menerima Perundangan Islam daripada Umno. Cuma, satu yang kita pelik dan hairan iaitu di manakah suara `Ulamak Muda' di dalam isu ini? Adakah terlalu awal mereka `dibisukan'?/wfauzdin.blogspot.com | |||
| SYABAS YB TEO, BERANI KERANA BENAR Posted: 30 Aug 2010 06:00 PM PDT Teo hadiri satu lagi majlis di surau Ogos 30, 10Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam. Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA. Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau. Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka. Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi. Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia. Malah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya. Teoh yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya. Tambahnya, selain sumbangan dari kerajaan negeri, beliau juga turut mengedarkan kurma dan duit raya kepada anak-anak dari ibu tunggal. Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu. Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam. Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teoh./Malaysiakini | |||
| RAJA KATAK BERLAGAK PAKAR DALAM AGAMA Posted: 30 Aug 2010 12:56 PM PDT Nurshakira Buang SHAH ALAM 31 Ogos: Pengerusi Seketariat Himpunan Ulama Asia (Shura), Ustaz Ghani Shamsudin meminta Perkasa tidak sesekali mencabar kewibawaan dan kepakaran alim ulama dalam mentafsir kandungan al-Quran. Mengikut fatwa yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Kebangsan Malaysia atau Jakim pada Mac lalu, orang bukan Islam boleh memasuki ruang solat dengan beberapa syarat tertentu. "Kalau Perkasa sudah berasa dia lebih perkasa dari segi kepakaran agama bermakna ia melampaui peranannya sebagai badan bukan kerajaan (NGO). Ini akan mengacaubilaukan agama itu sendiri. Jadi eloklah Perkasa membuat tuntutan berlandaskan kepakaran dan tidak memandai-mandai," katanya lagi./TVSelangor | |||
| DAP MASUK SURAU, KINI PAS MASUK KUIL PULA, UMNO MAHU CAKAP APA LAGI ? Posted: 30 Aug 2010 11:18 AM PDT
| |||
| PEMIMPIN DAP PUN MAHU RUJUK PADA MURSYIDUL AM PAS Posted: 30 Aug 2010 09:56 AM PDT
Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari bagi mendapatkan pandangan mursyidul am PAS itu berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu. Pertemuan itu berlangsung di Rumah Kelantan di ibunegara selepas menteri besar dan delegasi kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur, di Jalan Duta.Menurut Harakahdaily, selepas pertemuan itu, Nie Ching berkata, beliau gembira dapat bertemu dan mendapat pandangan mursyidul am PAS itu. "Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid. "Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan. Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno. Teo mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang Sentral untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut dan dijemput jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas. Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam. Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut dan akan memberi surat amaran kepada Teoh./Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KLANG, 30 Ogos: Kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting tetapi bagaimana reaksi mereka kalau melihat Adun PAS pergi melawat kuil Hindu dan berucap di sana.
Pertemuan itu berlangsung di Rumah Kelantan di ibunegara selepas menteri besar dan delegasi kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur, di Jalan Duta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan