WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- ISU SURAU DI KAJANG - JADIKAN SATU PENGAJARAN
- `GENG MAMAK' DITERIMA JADI SEKUTU UMNO ?
- SAHAM BUMIPUTERA HILANG, SIAPA SAPU ?
- PKR BUKIT BINTANG - SEBAB BELIAU KELUAR PKR
| ISU SURAU DI KAJANG - JADIKAN SATU PENGAJARAN Posted: 27 Aug 2010 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS![]() APA yang berlaku di sebuah madrasah di Kajang nampaknya menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor. Kehadiran MP Serdang Teo Nie Ching di madrasah berkenaan serta memberikan ucapan di dalam ruang ibadat madrasah tersebut menjadi punca kemurkaan Sultan. Berlanjutan peristiwa itu MAIS telah diarahkan untuk mengambil alih madrasah berkenaan. Baca sini. Saya juga menjadi pelik dan hairan mengapa peristiwa ini boleh berlaku. Mengapa pihak pengurusan madrasah tersebut tidak sensitif dengan hal-hal sebegini. Memang tidak salah jika mana-mana Non Muslim mengunjungi tempat ibadah kita apatah lagi berniat untuk memberikan bantuan, tetapi mereka juga mempunyai batas-batas tertentu dengan adab-adab yang perlu mereka hormati. Sekiranya MP Serdang yang berniat baik untuk hadir memberikan bantuan atau nasihat, adalah lebih baik dan sesuai acara itu diadakan di perkarangan madrasah dan bukannya di dalam madrasah. Apatah lagi di dalam situasi sekarang, di mana terdapat pihak-pihak yang sentiasa ingin mencari isu perkauman untuk kepentingan politik mereka. Oleh yang demikian, tindakan kita menimbulkan fitnah ini tentulah satu tindakan yang tidak bijak samasekali. Kita tidak boleh menyalahkan MP Serdang yang tidak tahu batas-batas dan adab rumah ibadah kita. Menjadi tanggungjawab kita terutamanya pihak pengurusan rumah ibadah untuk memaklumkan kepadanya. Saya percaya MP berkenaan akan akur dengan nasihat yang kita berikan kepadanya. Adalah diharapkan peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada semua. Sesiapa pun samada perseorangan atau pemimpin yang Non Muslim boleh berkunjung ke rumah ibadah kita dengan tujuan yang baik tetapi tentukan adab kesucian rumah ibadah ini dipelihara. /wfauzdin.blogspot.com | |||
| `GENG MAMAK' DITERIMA JADI SEKUTU UMNO ? Posted: 27 Aug 2010 11:32 AM PDT
Ogos 27, 10 Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini menerima Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) sebagai ahli bersekutu Umno.
Sehubungan itu, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno, Kimma akan mendapat beberapa keistimewaan seperti dijemput sebagai pemerhati pada mesyuarat agung Umno dan mesyuarat perwakilan bahagian jika mereka mempunyai wakil di bahagian tersebut. "Tetapi mereka tidak boleh terlibat dalam urusan Umno. "Mereka juga bersetuju dan menyokong segala dasar (yang dibuat) oleh kerajaan dan MT," katanya. Menurut Najib lagi, Kimma juga berperanan untuk membantu menguatkan Umno dan BN./Malaysiakini | |||
| SAHAM BUMIPUTERA HILANG, SIAPA SAPU ? Posted: 27 Aug 2010 03:44 AM PDT Bangkit Perkauman Untuk Tutup Kehilangan RM52 Bilion GEORGETOWN, 27 Ogos - Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng. Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini. "Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion. "Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. "Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup." Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja. "Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN. "Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya. Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu. "Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi. Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud. Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing. 29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu. Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja. Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu.-HARAKAH DAILY | |||
| PKR BUKIT BINTANG - SEBAB BELIAU KELUAR PKR Posted: 27 Aug 2010 02:53 AM PDT
Ketua pemuda PKR Bukit Bintang, Rahman Hakeem membidas bekas pengerusinya, Mahmood Abdullah yang meninggalkan parti itu semalam untuk menyertai Umno sebagai pemimpin tidak cekap. Mahmood bersama 15 ahli dari cabang yang menyerahkan borang keahlian menyertai Umno kepada timbalan pengerusi Umno WP Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin semalam dan mendakwa PKR "tidak mempunyai fokus". Bagaimanapun kata Rahman, Mahmood meninggalkan parti itu sendiri dan jawatankuasa cabang Bukit Bintang tetap utuh. Malah jelasnya, Mahmood telah memilih untuk meninggalkan cabang itu dan telah dipindahkan ke PKR cabang Subang pada Jun lalu. Justeru, beliau bukan lagi ketua cabang Bukit Bintang. "Siapa yang 15 itu? Timbalan pengerusi, tiga naib pengerusi, setiausaha, ketua pemuda (merujuk kepada dirinya sendiri) masih bersama parti," kata Rahman sambil menambah bahawa Mahmood telah dua tahun tidak menjalankan tugasnya sebagai pengerusi. "Kami tolaknya kerana dia tidak cekap dan dia rasa dirinya terancam. Mahmood juga gagal memanggil mesyuarat bulanan sejak dua tahun lalu dan tidak menganjurkan sebarang aktiviti untuk cabang ini." Rahman mendakwa Mahmood juga mensabotaj cabang Bukit Bintang daripada menghalangnya daripada menghadiri kongres kebangsaan parti 2009 yang diadakan di Kelantan pada Mei tahun lalu. "Kami mengadakan mesyuarat tahunan cabang pada Mac tetapi dia tidak hantar minit mesyuarat kepada majlis tertinggi," dakwanya Mahmood sebagai punca cabang itu tifdak dapat menghantar perwakilan menghadiri kongres itu./Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan