WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- MASALAH PERKAUMAN TIADA JIKA UMNO PUPUS
- Merdeka atau negara polis?
- The Star tokok tambah kenyataan saya - Mustafa
- PEMILIHAN KETUA AMK - LUAHAN CHEGU BARD
- APABILA KUASA HILANG, OTAK MENTERI JADI MERENG?
- Video terbaru inkues Teoh 'hilang' dari web AG?
| MASALAH PERKAUMAN TIADA JIKA UMNO PUPUS Posted: 25 Aug 2010 09:00 PM PDT
| ||||
| Posted: 25 Aug 2010 06:00 PM PDT Bagaimana hendak Merdeka tatkala Negara menjadi sebuah negara polis, rakyat menderita disisihkan, dan penunjuk perasaan dibelasah, ditangkap dan dilayan seperti hamba abdi, barangkali lebih teruk lagi? Mengapa pihak berkuasa gagal menghayati semangat kemerdekaan sepertimana yang dimasyhurkan oleh Tunku itu? Barangkali apa yang dilakukan oleh rakyat dengan berprotes dan berdemonstrasi di jalanan adalah disebabkan rasa cinta kepada Negara? Mungkinkah ini manifestasi sifat patriotisme yang melawan segala bentuk kuasa yang menindas rakyat?
Di sebalik acara-acara gilang-gemilang yang dianjurkan Kerajaan untuk kononnya menggambarkan nilai kemerdekaan dan menggalakkan perpaduan, wujudnya semangat kemerdekaan yang amat kuat di kalangan rakyat. Semangat yang jelasnya lebih menggerunkan kerajaan daripada perairan negara yang dicerobohi tentera laut China. Rupanya semangat perjuangan bangsa Malaysia itu masih segar dan masih kuat dalam diri mereka yang turun ke jalanraya untuk melawan kuasa yang menindas.Patrotisme dan semangat nasionalisme bukan dinilai dari bilangan Jalur Gemilang yang dikibarkan mahupun iklan-iklan menyentuh perasaan di televisyen, tetapi dinilai daripada kesanggupan rakyat untuk menyelar dan melawan penguasa yang zalim dan menindas rakyat. Tiada lagi gambaran perpaduan yang lebih bererti ketika melihat anak-anak muda berbilang bangsa bersatu bertempur dengan FRU. Mungkin mereka mencari kemerdekaan, mungkin mereka cuba mempertahankan Negara daripada dasar-dasar yang menyeleweng dan menekan rakyat.
Ke mana agaknya kita sebagai satu bangsa, menjelang hari ulangtahun kemerdekaan? Hanya masa yang bakal merungkainya, sehingga itu kami mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menghayati Kemerdekaan dan Selamat Meyambut Hari Raya Aidilfithri kepada semua. *Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas. Sumber: Merdeka Review | ||||
| The Star tokok tambah kenyataan saya - Mustafa Posted: 25 Aug 2010 09:23 AM PDT
| ||||
| PEMILIHAN KETUA AMK - LUAHAN CHEGU BARD Posted: 25 Aug 2010 06:00 AM PDT Angin Pemilihan makin terasa... Angin pemilihan makin terasa. Ramai teman - teman mula resah dan mendesak untuk che'GuBard mengumumkan pendirian untuk bertanding Ketua Angkatan Muda Malaysia. Tidak akan umum che'GuBard dengan ini menyatakan pendirian dengan tegas tidak akan membuat pengumuman bertanding. Kita memilih antara yang terbaik dalam keluarga kenapa perlu heboh - heboh urusan dalam rumah kita. Lebih - lebih lagi dalam keadaan media arus perdana tidak sama sekali menyebelahi kita dan sentiasa umpama serigala lapar bersedia memanipulasi apa juga cerita kecil untuk menyerang parti. Parti ini telah matang. che'GuBard amat yakin dengan kematangan ahli - ahli muda parti. Mereka bukan orang lain, kebanyakanya ialah mereka yang bergelumang bersama menyambung nafas dan membina parti ini dalam keadaan susah dan senang. Maka kami saling mengenali dan sudah umpama adik beradik. Anak muda dalam parti ini sudah tentu tidak sama dengan segelintir pengundi yang sering tertipu dengan Bn. Ketika pilihanraya jauh Bn begitu sombong dalam membuat keputusan dan jarang sekali muka pemimpin menjengok rakyat tetapi malangnya ada rakyat yang tertipu apabila dekat pilihanraya pemimpin Bn bersungguh turun bawah dengan perbagai tawaran dan umpan. Sudah tentu tak terlawan dengan pemimpin kita yang sejak habis pilihanraya walaupun tewas di tempat tertentu tetapi tidak henti bekerja siang dan malam tanpa peruntukan dan penuh kepayahan sepanjang masa. Manakala pemimpin Bn dengan perbagai peruntukan dan payung atas nama 'kerajaan' sudah tentu mampu menunggang semua jentera mengambil hati rakyat saat akhir dan selepas menang mereka akan melupakan rakyat sehinggalah pilihanraya akan datang sekali lagi. Sementara rakyat dilupa itulah rakyat yang dihimpit perbagai masalah mencari pemimpin kita untuk diperjuangkan nasib mereka. Sudah tentu ahli muda parti tidak akan sedemikian rupa. cheGuBard amat yakin selama ini tanpa henti dan letih bersama akar rumput anak muda dlaam parti kita sudah saling mengenali maka tidak perlu perantaraan media bagi menyatakan hasrat apa jua. Lainlah jika kita kita tidak punya hubungan. Gerakan muda parti pernah mengeluh apabila tidak punya arah dan pimpinan tidak menjengok 'ke bawah' namun bila tiba musim pemilihan ini suasana ternyata berbeza meriah. Apapun ambil semuanya dari sudut positif. Raikan demokrasi dengan tawaran bukan dengan serangan Belum pun umum pendirian tetapi mula diserang. Satu pihak menyerang terus secara peribadi dengan mengaitkan che'GuBard dengan hubungan keluarga Ketua Umum. Benar che'GuBard berkahwin dengan anak adik Anwar Ibrahim tetapi tidak pernah menggunakan kaitan hubungan itu dalam politik. Malah ramai yang tak ketahui sehinggalah ada pihak yang begitu bersungguh pertahan jawatan dalam Angkatan Muda menggunakan isu ini. Tersebar luar sms "Ketua Umum Anwar, Presiden Isteri, Anak Ahli Parlimen tak kan menantu nak jadi Ketua AMK pula.... ayuh pertahankan XXX yang selama ini berkorban untuk parti" begitulah salinan sms yang diterima dihantar oleh teman yang dapat dari seseorang yang dikenali. Inilah yang che'GuBard gelar tidak bijak dan terlalu ghairah berkempen hingga memancing bencana pada parti. Contohnya dalam pilihanraya yang lepas kalau ikutkan hubungan keluarga boleh sahaja che'GuBard merengek untuk bertanding kerusi selamat seperti beberapa kelompok pemimpin yang sanggup bertanding jauh dari tempat mereka semata mengejar kemenangan. Tetapi kerusi yang dijanjikan awal kepada che'GuBard di Negeri Sembilan juga di beri kepada orang lain sehingga che'GuBard 'terpaksa' mencari kerusi sendiri. Tapi itu semua enteng dihadapi sebab kita bukan dari kelompok politisi naungan. Dalam satu pihak lain yang mengejar jawatan dalam AMK pula menggunakan tema menerima naungan pimpinan utama parti. Kononya wahyu menetapkan dia perlu menukar imej gerakan muda kepada gerakan cerdik pandai yang boleh menyaingi anak muda parti lawan. Kononya dia tidak memerlukan jawatan itu tetapi parti dan wahyu yang memaksa dia menerima jawatan itu. Parti ini perlu segera diubah imej dan imej tersebut tidak akan berjaya diubah dan menyaingi anak muda parti lawan jika 'anak jalanan' seperti che'GuBard menerajui. Tersepit ; satu kata che'GuBard perlu ditolak sebab kerana punya hubungan keluarga dengan pemimpin utama dan satu lagi meminta mereka dipilih kerana dinaungi oleh pemimpin utama. Gerakan Muda di sebuah negeri di utara pernah menjadi gerakan muda yang membanggakan parti. Namun oleh kerana ingin mengubah imej kerana kita telah membentuk kerajaan maka seorang cerdik pandai yang juga bergelar YB 'diwahyukan' menjadi Ketua anak muda di sana. Sebelum ini gerakan anak muda diterajui oleh ana k muda biasa-biasa sahaja tetapi kukuh dan kuat sehingga memenangkan negeri tersebut. Malangnya apabila anak muda akur menerima ketua Yb 'cerdik pandai' gerakan anak muda di negeri tersebut hampir hancur.Demokrasi ini harus dirai dengan pesta tawaran dan pertunjukkan kebolehan bukan serangan dan politik naungan. Ahli yang matang dan cerdik akan menjadi hakim dengan melihat semua tawaran dan pertunjukkan kebolehan yang diselarikan dengan kerja buat selama ini maka penghakiman yang wajar harus diberikan./chegubard.blogspot | ||||
| APABILA KUASA HILANG, OTAK MENTERI JADI MERENG? Posted: 25 Aug 2010 01:33 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS JIKA anda mahu melihat seorang menteri yang bercakap guna `lutut', anda boleh baca temubual bersama menteri itu di sini. Di dalam temubual tersebut, pemimpin Umno dari Selangor jelas menunjukkan kebodohan di tahap `gila babi' sekurang-kurangnya di dalam dua perkara yang dapat saya kesan dari temubual tersebut. Pertama, apabila menteri tidak cedik itu bercakap mengapa Hudud tidak dilaksanakan di Kelantan sedangkan Enakmen hukum tersebut telah pun di luluskan di DUN Kelantan. Kerajaan Pusat tiada kuasa menghalang jika Kerajaan PAS Kelantan ingin laksanakan hukum hudud di Kelantan, katanya. Anda lihat sendiri betapa bahalolnya menteri ini. Mungkin ketika Kerajaan PAS Kelantan menerima surat amaran dari Kerajaan Pusat di bawah Mahathir agar Kelantan tidak laksanakan hukum hudud, di waktu itu menteri ini masih di dalam perut bonda beliau lagi agaknya. Sebab itu beliau tidak tahu apa cerita di Kelantan waktu itu. Kedua, menteri ini menyebut mengapa Islam tidak ditegakkan sepenuhnya di Selangor, bahkan banyak tempat perhudian dan kilang arak masih ada di Selangor. Kata menteri dungu ini lagi, PAS pernah menyebut kilang arak terbesar di Selangor ini akan ditutup sebelum ayam berkokok jika PAS memerintah. Sekali lagi kebodohan terlampau dari menteri ini terserlah. Mengapa menteri ini tidak menyebut siapakah yang berkuasa mengeluarkan lesen kilang arak terbesar di Shah Alam itu? Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat? Siapakah yang memerintah Pusat sekarang? PAS atau Umno? Semenjak bila kilang arak ditubuhkan, semenjak bila kesemua rumah urut dan kedai arak serta pusat hiburan di Selangor itu wujud? Di zaman MB bawah Umno atau di bawah PR ? Bahkan, usaha Kerajaan Negeri di bawah PR sekarang yang sentiasa berusaha menentukan kesemua gejala tidak sihat di Selangor dapat dikurangkan wajar dipuji. Tiada lagi kedai `7 E' di merata-rata tempat menjual arak seperti di zaman Umno memerintah Selangor. Semuanya dikawal dengan baik sekarang. Keberanian MB Selangor menjemput SPRM berada `sebelah' KKSB bagi mengawal pengurusan dari sebarang unsur rasuah tidak mampu dilakukan oleh MB dari Umno dahulu. Akhir sekali, menteri ini perasan kununnya Selangor gementar bila diserang dari berbagai penjuru oleh `3 pencacai' iaitu Noh, Anak Toyo dan raja sesumpah. Sebenarnya apa yang mereka serang? Penjuru mana mereka serang? Apabila anak Toyo serang sebelah kiri, terkena batang hidung Noh Omar. Apabila Ezam pula serang, kedua-dua batang idung Noh dan anak Toyo terkena. Begitu juga bila Noh Omar yang serang penjuru kanan, batang hidung anak Toyo juga yang kena. Penutupnya, raja sesumpah akan bersumpah. Begitulah hakikat yang berlaku sepanjang kempen mereka `Selamatkan Selangor'./wfauzdin.blogspot.com | ||||
| Video terbaru inkues Teoh 'hilang' dari web AG? Posted: 24 Aug 2010 11:56 PM PDT Ogos 25, 10 "Mengapa rakaman terdahulu inkues Teoh Beng Hock dimuat-naikkan di lamanweb Pejabat Peguam Negara, tetapi yang terbaru sengaja ditinggalkan?
"Adakah kerana ia berkaitan dengan persembahan yang kurang memuaskan ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa (kiri) dalam inkues itu?" Ia antara persoalan yang dilemparkan oleh ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng dari DAP, hari ini yang mendakwa kegagalan pihak pendakwaan memuat-naikkan laporan inkues terbaru itu membuktikan bahawa suruhanjaya berkenaan tidak berkecuali. "Pejabat AG memuat-naik video perbicaraan di lamanweb mereka sejak hari pertama inkues. Tetapi mengapa memilih tidak menyiarkan yang terbaru? "Ini cuma menunjukkan mereka adalah berat sebelah, walaupun dalam kes ini mereka sepatutnya berkecuali," kata Lim dalam sidang medianya hari ini. Lim juga mencabar pejabat peguam negara untuk memuat-naikkan video berkenaan dalam tempoh 24 jam. "Ji
Pada inkues terbaru pada 18 Ogos lalu, ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mempertahankan pendapatnya bahawa Teoh kemungkinan besar tidak membunuh diri tetapi sebaliknya diasak oleh Abdul Razak yang sejak awal mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi. Abdul Razak berpendapat keterangan Pornthip adalah berdasarkan imaginasinya. Pornthip menafikan perkara itu dan berkata kesimpulannya adalah berdasarkan pemerhatian dan kerjanya.
Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti tempat beliau belajar, tidak diiktiraf di negara ini. Pornthip (kiri) menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Asia - mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan. Cekik diri sendiri Razak kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik. Gobind bangkit dan mengarahkan Razak menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakkan daripada mereka di mahkamah itu. "Saya cadangkan bahawa anda datang ke mari untuk serang SPRM," katanya. Beliau memberi beberapa kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Pornthip tetapi dinafikan oleh pakar patologi Thailand itu. Menurut Pornthip, laporan yang dikemukakannya disokong dengan bukti saintif./Seterusnya di Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Kami hanya berharap ketegangan di antara rakyat dan pihak penguasa ini tidak bertukar menjadi angka-angka berdarah. Di mata rakyat pula, perjuangan ini telah pun meragut beberapa nyawa yang kini menjadi pembakar semangat dan asas solidariti mereka. Keadaan ekonomi yang gawat dan isu-isu perkauman yang terus dimainkan oleh politikus-politikus pemerintah sangat jelas kelihatan dan amat membimbangkan.
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berita yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak menggambarkan kenyataan beliau yang sebenar kepada media berkaitan dengan hukum hudud.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan