WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- UMNO GUNA STRATEGI LAPOK - AZMIN
- MURAHNYA UMNO DI SELANGOR.......
- BENDERA KITA SUDAH BERUBAHKAH ?
- UMNO BERKECAMUK, MCA PULA AMBIL KESEMPATAN
- SIAPA BENAR - KEADILAN ATAU FELDA ?
| UMNO GUNA STRATEGI LAPOK - AZMIN Posted: 16 Aug 2010 11:00 PM PDT Strategi lapuk BN ![]() SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) menyalakan bara sentimen dalam kalangan orang Melayu sebagai strategi lapuk. Naib Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, BN/UMNO heboh mahukan orang Melayu bersatu sebagai kaum majoriti tetapi isu salah guna kuasa, rasuah dan kecurangan hanya ditutup sebelah mata. "Persoalannya, bersatu untuk apa? Kita tidak rela kalau perpaduan bangsa hanya untuk membenarkan pimpinan elit UMNO menggunakan kuasa mereka dengan mengamalkan rasuah dan memperkaya diri sendiri. "Seandainya orang Melayu termakan umpan dan bersatu menyokong kecurangan ini, maka musibah akan melanda bangsa dan negara kelak," kata Azmin dipetik dalam laman blognya www.azminali.com. Menurutnya, perpaduan perlu mempunyai asas dan tidak boleh digunakan untuk perkara yang mengongkong individu. "Ini kerana ia bertentangan dengan jaminan Tuhan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan maruah yang perlu dijamin. "Kita bersyukur apabila orang Melayu kini cukup matang dan tidak mudah terperangkap dalam polemik diskaun 7 peratus Bumiputera untuk belian tanah dan rumah mewah. "Masih terdapat pelbagai inisiatif dan subsidi untuk golongan kaya tetapi malang apabila subsidi rakyat dihakis sehingga ayam dan gula di dapur juga semakin mahal," katanya. Beliau yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, perkara yang perlu dikaji ialah rumah mampu dimiliki rakyat pada harga yang munasabah terutama majoriti orang Melayu. "Lihat sahaja kualiti rumah untuk rakyat miskin dengan dapur yang sempit, kamar tidur bersiling rendah, bilik mandi dipasang dengan jubin yang tidak berkualiti, tiada padang permainan dan jumlah rumah yang terlalu padat. "Ini adalah realiti sebenar kesempitan dan himpitan hidup yang menimpa majoriti orang Melayu di setiap bandar ketika tanah dan kawasan strategik diberikan kepada tauke-tauke dan kroni mereka," katanya./Sinar | |||
| MURAHNYA UMNO DI SELANGOR....... Posted: 16 Aug 2010 08:00 PM PDT
| |||
| BENDERA KITA SUDAH BERUBAHKAH ? Posted: 16 Aug 2010 06:00 PM PDT
| |||
| UMNO BERKECAMUK, MCA PULA AMBIL KESEMPATAN Posted: 16 Aug 2010 12:29 PM PDT Pertelingkahan dan pergolakan dalam Umno semakin membarah ketika pemimpin-pemimpin mereka cuba memainkan lagu perpaduan. Di Terangganu Dato Hishamudin selaku pengerusi perhubungannya pening kepala dengan karenah kumpulan Mat Said dan Idris Jusoh. Walaupun telah dilantik menjadi kapten kapal, Hishamudin berkecamuk kerana di Terangganu Umno mempunyai dua tekong yang tak sehaluan. Dalam masa yang sama Hishamudin berperang mulut dengan direktor filem yang kini menerajui MCA berhubung isu semangat BN yang masing-masing berperang mulut menunding jari di antara satu sama lain. Di Alor Star Kedah, 11 AJK pemuda bahagian berkenaan meletak jawatan serentak kerana tidak berpuasa hati dengan pucuk pimpinan bahagian. Manakala akar umbi Umno di Bukit Bendera hari ini mengugut untuk menyertai persatuan lompat melompat yang dipelopori Dato Ibrahim Ali kerana tidak berpuas hati perjalanan mesyuarat bahagian Umno baru-baru ini. Jumlahnya bukan sedikit dikhabarkan kira-kira 360 orang. Tak payah nak sembunyi 1Malaysia tahu di mana-mana Umno dan BN sedang bergolak. Pastinya presiden mereka yang baru balik bercuti untuk mencari ilham di Peranchis dan Itali pening lebih-lebih lagi tarikh pilihanraya negeri Sarawak semakin hampir dan ketika sedang berkira-kira untuk mencari masa sesuai untuk membubarkan parlimen. Maka dalam keadaan Umno sedang berkecamuk dan bergaduh sesama sendiri masih lagi dengan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong hendak mengajak Pas bekerjasama kononnya atas nama Melayu? Selesaikanlah masalah rumah tangga sendiri dulu.../Angkasanuri | |||
| SIAPA BENAR - KEADILAN ATAU FELDA ? Posted: 16 Aug 2010 11:44 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Kenapa jual pada murid2?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan