WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- PERKASA MESTI SOKONG PAS JIKA IKHLAS MAHU BELA NASIB MELAYU
- KHIR TOYO - SIAPA `ORANG GILA' YANG HADIAH ENYAPU KEPADA PEGAWAI KERAJAAN ?
- ULAMAK MUDA YANG BIKIN KITA TERMUNTAH
| PERKASA MESTI SOKONG PAS JIKA IKHLAS MAHU BELA NASIB MELAYU Posted: 15 Aug 2010 11:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MAKA, raja katak Pasir Mas mengetuai Perkosa memberi amaran kepada Najib. Ini adalah berlanjutan kepada resolusi Kongres Ekonomi MCA yang menuntut agar ekuiti Bumiputera dikurangkan. Kongres tersebut sebelum itu telah dirasmikan oleh Najib. Raja katak memberi kata dua kepada Najib agar Najib berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan Bumiputera. Jika tidak, Umno akan kehilangan sokongan orang-orang Melayu, katanya. Baca di sini. Apakah selama ini sokongan orang-orang Melayu sudah begitu kuat kepada Umno? Sebenarnya orang-orang Melayu mahu apa hidup di dunia ini? Mereka hanya perlukan ekuiti 30 peratus itu sajakah? Jika benar, selama 50 tahun lebih Umno berkuasa adakah tercapai 30 peratus itu? Jika tidak, apa yang orang-orang Melayu perlukan di dalam hidup mereka? Raja katak jangan berfikir serendah itu untuk menggambarkan orang-orang Melayu hanya menuntut ekuiti yang tidak pernah membantu mereka selama ini. Orang-orang Melayu yang masih berpegang kepada ugama Islam, mereka mahukan lebih dari itu terutamanya keadilan dan kesejahteraan. Keadilan dan kesejahteraan hanya boleh dicapai jika Islam yang memerintah. Berilah selama mana Umno memerintah, selagi mereka menolak Islam sebagai asas perjuangannya nescaya selagi itulah orang-orang Melayu akan gagal. Sekiranya Islam yang memerintah, bukan sahaja Melayu yang selamat bahkan kaum lain juga akan merasa nikmat berada di bawah payung Islam. Di negara kita, hanya PAS sahaja yang berjuang untuk menegakkan Islam. Justeru itu, marilah bersama PAS untuk kita buktikan bahawa Islam mampu membela semua bangsa dan kaum./wfauzdin.blogspot.com | |||
| KHIR TOYO - SIAPA `ORANG GILA' YANG HADIAH ENYAPU KEPADA PEGAWAI KERAJAAN ? Posted: 15 Aug 2010 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSMANTAN MB Selangor yang pernah `melancung' bersama keluarga ke Disneyland dengan duit rakyat, menganggap MB Selangor sekarang `nyanyuk'. Jika anda baca di sini, anda akan dapat melihat betapa Khir Toyo sudah tidak mampu berhadapan dengan Tan Sri Khalid. Jika Tan Sri Khalid yang `nyanyuk' itu boleh mentadbir Selangor jauh lebih baik dari Khir Toyo, apakah ini bermakna Khir Toyo boleh dianggap `gila' kalau pun tidak `gila babi'?. `Se nyanyuk' Tan Sri Khalid pun beliau berani mencadangkan SPRM berada di Pejabat MB mahupun di Pejabat anak syarikat Kerajaan Negeri seperti KKSB. Tan Sri Khalid tidak membawa keluarga dan kroni ke Disneyland untuk melihat Mickey Mouse kununnya atas alasan mahu bina kawasan hiburan seumpama itu. Zaman Khir Toyo dulu, di mana kertas kerja atau hasil lawatan ke Disneyland yang telah beliau lakukan? Sekiranya mahu hadiri `SELCAT' sahaja Khir Toyo sudah kecut, usahlah mahu memperlekehkan orang lain. Hanya `orang gila' sahaja yang menghadiahkan penyapu kepada pegawai kerajaan. Itu semua kerja Anak Toyo dahulu. Pegawai Kerajaan dapat hadiah penyapu, dia dapat hadiah jam ratusan ribu ringgit. Bukan gilakah namanya?/wfauzdin.blogspot.com | |||
| ULAMAK MUDA YANG BIKIN KITA TERMUNTAH Posted: 15 Aug 2010 11:34 AM PDT
Hafizal Iskandari Ogos 14, 10 Kita tidak marah. Masuklah ke dalam Umno. Ini Malaysia, negara demokrasi. Semua parti yang sah didaftarkan, maka semua orang boleh menyertainya. Maka, jika ulamak mana sekali pun mahu masuk Umno, masuklah. Mahu masuk parti sosialis pun, masuklah. Cuma, gunakan akal. Jangan jadi bodoh dan naif. Rugi mengaji tinggi jika membezakan angsa dan gajah pun tak reti! Bila terbaca atau lebih tepat, terpaksa membaca tulisan Fathul Bari Mat Jahya - pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat (Ulama Muda Umno) – eee…geli…maka perut saya mulai melugai. Nasib baik ini bulan Ramadan. Jika sengaja memuntahkan diri, nanti membawa kepada batalnya puasa. Saya tahanlah! Saya tak tahu dia duduk di planet mana selama ini, sehingga tidak mampu mencium segala kebusukan Umno. Mungkin dia tak pernah dengar, Tun Dr M sendiri pernah berkata: "Umno busuk sehingga ke usus-ususnya!" Zaman jahiliyah adalah penuh kezaliman, lalu nabi membawa Islam yang penuh keadilan. Adilnya Islam termasuklah untuk seluruh alam - termasuklah kepada bukan Islam. Hai ustaz Umno…nabi pernah ditawarkan jadi raja…tapi nabi tolak. Nabi tahu, 'raja' itu peranannya tak lebih hanyalah boneka…syariat Allah tak dapat tertegak dengannya. Maka, nabi pilih jalan susah…hijrah, perang dan meraih kemenangan! |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan