Isnin, 9 Ogos 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


RUPANYA KHIR TOYO DAN NOH OMAR YANG PUJUK EZAM MASUK UMNO - VIDEO EZAM

Posted: 09 Aug 2010 10:00 PM PDT




Oleh: WFAUZDIN NS


BILA kita baca laporan Bernama di sini, tahulah kita bahawa raja sesumpah Ezam dipujuk oleh Khir Toyo dan Noh Omar sebaik sahaja raja sesumpah ini keluar dari PKR. Oleh itu, pelik apa bila kita melihat bersungguh benar raja sesumpah ini memburukkan DS Anwar dan Pembangkang di samping terus memuja dan memuji Umno.

Di dalam kempen `Selamatkan Selangor' yang terakhir di Jalan Kebun yang hanya dihadiri sekitar 300 orang itu, raja sesumpah seperti biasa menyebut nama DS Anwar kerana itu adalah `sumpahannya' setiap kali berceramah. Rakyat Selangor akan membuktikan kepada raja sesumpah bahawa `sumpahannya' itu akan makan tuan. Umno tidak lagi punyai harapan di Selangor kerana rakyat Selangor telah lama memberi peluang kepada Umno memerintah tetapi yang semakin kaya raya adalah pemimpin Umno termasuk Khir Toyo. Dan, inilah pemimpin yang raja sesumpah jadikan kawan.

Kini, giliran PR pula `membeli' apa yang `dijual' oleh kumpulan raja sesumpah. Sesi penerangan kepada seluruh pelosok negeri Selangor akan diketuai oleh Us Dr Badrul Amin Bahron meliputi madrasah dan masjid demi untuk menyelamatkan rakyat Selangor dari diracuni oleh pemikiran orang yang kecewa seperti raja sesumpah dan gerombolannya.

Akhirnya, marilah kita tonton video klip di atas untuk kita mengenali raja sesumpah. Siapakah dia kumpulan lemah semangat itu? Siapakah yang masuk Umno itu ikhlas ? /wfauzdin.blogspot.com

MAIN ISU PERKAUMAN - INI KERJA AKHBAR HARAMJADAH !!

Posted: 09 Aug 2010 07:30 PM PDT

Alahai UTUSAN.. tak rasa berdosa ka dok buat cerita karut marut nie...
Punca Sebenar 27 Peniaga Melayu Tidak Dibenarkan Berniaga di Bazar Ramadan KOMTAR

Isu 27 peniaga Melayu tidak dibenarkan berniaga di Bazar Ramadan KOMTAR cukup hangat dimainkan oleh blogger UMNO. Malangnya, isu perkauman ini turut dimainkan oleh Utusan Malaysia (UM) dengan menyiarkan artikel berkaitan:

* 1,000 peniaga protes hari ini
PULAU PINANG 8 Ogos – Kira-kira 1,000 orang peniaga dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini esok bagi membantah tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan peniaga Bazar Ramadan berniaga di situ...

* Diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu

PULAU PINANG 8 Ogos - Tindakan menghalang peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini berniaga sepanjang bulan puasa membuktikan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP memiliki sikap perkauman yang tebal....

Tanpa merujuk kepada kerajaan negeri, akhbar lidah UMCO itu menyiarkan berita bersifat provokatif di muka hadapan akhbar itu. Isu agenda akhbar ini berbuat demikian tidak perlulah dipanjanglebarkan, kerana orang yang celik minda sudah tahu akan hal itu.

Susulan daripada laporan UM, Harakah menyiarkan berita di bawah ini tentang respons Lim Guan Eng berkaitan dengan laporan UM pagi tadi:

PULAU PINANG, 9 Ogos: Para peniaga bazaar Ramadhan di Komtar tidak boleh berniaga tahun ini ekoran dari tindakan penganjur bazar itu tidak membayar sewa kepada Lembaga Pembangunan Pulau Pinang (PDC) walaupun telah mengutip yurannya dari peniaga.

Demikian dijelaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam laman komuniti Twitternya.

"Mengapa penganjur tak bayar PDC wang sewa yang dkutip daripada 27 peniaga Melayu? Bazar Ramadan tunggu bayar sewa.Tahun depan deal terus dengan peniaga," tulis beliau dalam twiiternya.

Sementara itu, beliau juga berkata, satu surat kelulusan telah dikeluarkan kepada penganjur iaitu Persatuan Peniaga Komtar melalui naib pengerusinya yang bernama Ghani.

Utusan Malaysia, media Umno, hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang menyekat peniaga Melayu membuka bazar Ramadhan di Komtar.

Laporan bertajuk "Melayu terus ditindas" itu jelas cuba memainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng itu.

Ekoran itu, Guan Eng menyifatkan ia satu lagi siri mempermainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, akhbar yang sama memainkan isu seorang peniaga Melayu yang mempertahankan kedainya yang dibina di atas pokok dari dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Guan Eng menjelaskan, tidak ada isu ia kedai Melayu atau tidak. Isunya adalah keselamatan kerana ia dibina di atas pokok, kata beliau.
Manakala The Malaysian Insider pula melaporkan bahawa pihak PDC tidak menghalang peniaga Melayu berniaga di KOMTAR:

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) hari ini menafikan dakwaan Dewan Perniagaan Komtar (KMA) dalam Mingguan Malaysia semalam yang ia menghalang 27 peniaga Melayu daripada berniaga ketika Ramadan di Komtar.

"Merujuk kepada kenyataan akhbar (semalam), pihak PDC ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang dilaporkan bahawa 27 peniaga Melayu dihalang berniaga di bazar Ramadan di Komtar adalah tidak benar," kata Pengurus Kanan Hartanah PDC Mohd Bazid Abdul Kahar.

Bazid berkata, adalah tidak bertanggungjawab untuk memainkan sentimen perkauman bahawa ada penindasan peniaga Melayu hanya untuk menutup kegagalan Persatuan Perniagaan Komtar (KMA) membayar sewa kepada PDC dan kegagalan menguruskan bazar Ramadan mengikut peraturan ditetapkan....
Persoalannya, siapakah penganjur yang melesapkan duit peniaga itu?

Sumber: KedahLanie

UMNO `ALIM-ALIM KUCING' - DR HASSAN ALI

Posted: 09 Aug 2010 06:00 PM PDT

Haram Ketika Ramadhan Sahaja, Umno 'Alim-Alim Kucing'

Nurshakira Buang

Exco Hal Ehwal Islam,Adat-adat Melayu,Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali menyifatkan saranan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omah supaya menutup pusat hiburan dan rumah urut pada Ramadhan sahaja, sebagai alim-alim kucing.

Dalam Islam, beliau berkata, perkara yang terang-terang haram itu tidak bergantung bulan tertentu sahaja.

Dr Hassan Ali berkata demikian selepas melancarkan Tabung Ehsan Ummah Selangor, di Dewan Banquet MBSA, Shah Alam.

"Tidak, Tidak. Haram ini dalam bulan Ramadhan pun haram, dalam 11 bulan yang lain pun haram. Itulah yang menunjukkan ceteknya pengetahuan agama Umno. Bulan Ramadhan nampak, konon-kononnya alim. Itu alim kucing, memanglah Umno ini alim kucing," katanya.

Bagi beliau, saranan Noh Omar itu jelas menunjukkan Umno iri hati dengan kejayaan Pakatan Rakyat yang berjaya membendung masalah sosial di Selangor.

Apatah lagi, masalah pusat hiburan dan rumah urut adalah warisan kerajaan Umno BN yang berakar umbi hingga sukar dibanteras.

"Dia cemburu tengok kita dalam masa dua tahun lima bulan sudah dapat redakan persoalan arak, redakan persoalan judi dan sebagainya. Hanya kita hendak sekarang ini, insyaAllah dengan sokongan dan dokongan serta komitmen semua pihak sama-sama memberi sokongan yang sangat positif.

"Beri kami masa lagi. Dua tahun lima bulan ini tidak cukup untuk menilai kita dan sepatutnya Noh buat kenyataan itu ditujukan kepada Najib dan Kabinet sebelum ditujukan kepada PAS," katanya.

Jumaat lalu, satu demonstrasi menyokong saranan Noh Omar supaya menutup semua pusat hiburan dan rumah urut pada bulan Ramadhan ini.

Dr Hassan kesal kerana saranan itu datangnya dari pimpinan parti yang bertanggungjawab membiak masalah sosial itu ketika asyik memegang tampuk kuasa.

"Kita baru mentadbir negeri Selangor. (Selama) 52 tahun mereka mentadbir sekarang ini kita hendak kikis saki baki Umno-BN, rumah pelacur Umno-BN, Arak Umno-BN.

"Apa yang kita buat sekarang? Arak misalnya, kita dapati seluruh kawasan Melayu di Shah Alam tidak lagi menjual arak. Ambil seksyen 8, misalnya kedai arak itu dekat dengan surau - dalam 100 meter sahaja zaman Umno nampaknya tak berubah tapi zaman kita, benda itu sudah tidak ada lagi.

"Cara kita lebih meresap dibandingkan dengan apa pun yang dibuat Umno. Dalam zaman Umno, yang terlarang itu bukan surut ataupun diketepikan tetapi makin membiak bercambah-cambah.

"Inilah dasar Umno-BN tetapi mereka mahu salahkan kita pula. 52 tahun nak lawan dua tahun lima bulan," katanya lagi./TVSelangor

Penganjur tidak bayar sewa punca masalah di Komtar

Posted: 09 Aug 2010 03:00 PM PDT

Harakahdaily
PULAU PINANG, 9 Ogos: Para peniaga bazaar Ramadhan di Komtar tidak boleh berniaga tahun ini ekoran dari tindakan penganjur bazar itu tidak membayar sewa kepada Lembaga Pembangunan Pulau Pinang (PDC) walaupun telah mengutip yurannya dari peniaga.


Demikian dijelaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam laman komuniti Twitternya.

"Mengapa penganjur tak bayar PDC wang sewa yang dkutip daripada 27 peniaga Melayu? Bazar Ramadan tunggu bayar sewa.Tahun depan deal terus dengan peniaga," tulis beliau dalam twiiternya.

Sementara itu, beliau juga berkata, satu surat kelulusan telah dikeluarkan kepada penganjur iaitu Persatuan Peniaga Komtar melalui naib pengerusinya yang bernama Ghani.

Utusan Malaysia, media Umno, hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang menyekat peniaga Melayu membuka bazar Ramadhan di Komtar.

Laporan bertajuk "Melayu terus ditindas" itu jelas cuba memainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng itu.

Ekoran itu, Guan Eng menyifatkan ia satu lagi siri mempermainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, akhbar yang sama memainkan isu seorang peniaga Melayu yang mempertahankan kedainya yang dibina di atas pokok dari dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Guan Eng menjelaskan, tidak ada isu ia kedai Melayu atau tidak. Isunya adalah keselamatan kerana ia dibina di atas pokok, kata beliau.

TOLONG KEJUTKAN `ULAMAK UMNO' CEPAT

Posted: 09 Aug 2010 12:00 PM PDT

Soi Lek Hina Islam, Mana Suara Ulama Umno?
Nurshakira Buang

PAS meminta golongan ulama Umno tidak hanya berpeluk tubuh sebaliknya bangkit mempertahankan kesucian Islam yang diperlekeh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, seorang pemimpin yang sama-sama bergandingan dalam Barisan Nasional.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Nizar Jamalludin juga kesal kerana kenyataan melulu itu datangnya dari seorang pemimpin yang terbukti tidak bermoral.

Bagi Nizar, pimpinan Umno yang selama ini mengaku berkobar-kobar membela bangsa Melayu dan agama Islam sewajarnya membidas kenyataan Dr Chua tetapi sebaliknya pimpinan Umno dilihat hanya berpeluk tubuh.

Ia menimbulkan persoalan di kalangan rakyat, sama ada sikap diam diri Umno itu mungkin ada kaitan dengan usaha meraih sokongan pengundi Cina.

Lantas, Umno membiarkan sahaja Presiden MCA itu bercakap apa sahaja demi memastikan undi cina dikembalikan semula.

"Kalau Umno itu sendiri mahu mempertahankan Islam, maka sewajarnya mereka akan mempersoalkan. Mereka akan bertanyakan kepada Chua Soi Lek dan apabila Umno diam ketika Chua Soi Lek mengherdik Islam secara tak langsung menghentam PAS maknanya Umno juga terkena.

"Maka, saya minta ulama dalam Umno membuat kenyataan Chua ini tidak bermaruah, menghina Islam. Kenyataan Chua itu tidak ada hak mempersoalkan kewujudan PAS kerana PAS dibina atas prinsip Islam," katanya.

Nizar juga menganggap tindakan Dr Chua Soi Lek melabel negara Islam sebagai tidak progresif dan korup disifatkan sebagai keterlaluan.

Malah, beliau berkata seseorang yang tidak bermoral dan tidak bermaruah tidak layak untuk mengkritik kepimpinan dan prinsip PAS.

"Dia (Chua) tiada hak moral untuk mengkritik PAS kerana PAS diwujudkan atas dasar Al-Quran dan Sunnah. Maka itulah yang membendung, memelihara dan juga menjadi garis panduan kepada gerakan PAS.

"Siapakah dia yang tiada moral yang MCA sendiri menolak dia untuk mengkritik prinsip-prinsip PAS. Dia tiada hak dan untuk itu saya mengatakan bahawa ini satu penghinaan bukan sahaja kepada PAS malah kepada Islam itu sendiri," katanya.

Nizar berkata demikian ketika ditemui selapas majlis Hi-Tea dan Pelancaran Tabung Ehsan Ummah Selangor di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

Dr Chua sebelum ini dikatakan memberi tanggapan negatif, kononnya negara-negara Islam tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang./TVSelangor

FOTO - CERAMAH UMNO SEMAKIN MENGANCAM

Posted: 09 Aug 2010 11:33 AM PDT

Ramainya orang dengar ceramah UMNgOk . hahaha.. Tak terkira..




Tadi selepas mesyuarat di Pejabat PAS Kawasan Batu Gajah, kami yang diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu Gajah, Sdr Rosdy Abdullah telah pergi meninjau ceramah UMNgOk yang bertajuk Pecah Rahsia PR. Entah ape rahsie nak dipecahkan tak taula .. haha..
Ceramah itu diadakan di tapak ceramah Pakatan Rakyat Minggu lalu..

Tak sampai 40 orang dengar ceramah tu.. Khemah sampai 2 disediakan tapi tak penuh pun..

Macam- macam cerita bohong dan fitnah telah dilemparkan oleh penceramah iaitu Bekas Ahli PKR Kedah dan Exco Haram, Kak Midah.. Tuan Guru Nik Abdul Aziz dihina. DS Anwar difitnah ejen yahudi dan Banyak lagi.. YB Hamidah menipu tentang projek jambatan di Kampung Seri Jaya.

Yang paling best tu, Kak Midah htaz Ir Radzi berdebat.. haha.. Cakap tak tgk org dulu.. die ingat tak ada orang PAS kot..

Ayuh Ustaz Ir Radzi, sahut cabaran Kak Midah.. Sediakan tempat dan masa.. war-warkan kepada orang ramai. Panggil wartawan.. hahaha...



Sdr Rosdy dan beberapa ajk Pas Batu Gajah


ni la orang-orang yang masih tak sedar




Ape la Kak Midah merapu

Wahai Mak Cik, Sedarlah!!!

Sumber: Batu Gajah Mari.blogspot

KETUA PENGARAH JAIS TIADA KELULUSAN ?

Posted: 09 Aug 2010 10:00 AM PDT

'Khusrin, tak ada Empat Senawi jangan sibuk'
Ogos 9, 10

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata ketua pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Khusrin Munawi sepatutnya mempunyai kelulusan Sijil Menengah Agama sebelum menetapkan supaya syarat untuk mengisi jawatan pengerusi masjid dan surau.

"(Khusrin) hendak pengerusi masjid dan surau paling rendah ada kelulusan Tiga Senawi (Sijil Rendah Agama). Ini saya sokong," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khusrin pada hujung minggu lalu berhubung jumlah penceramah tanpa tauliah di masjid dan surau negeri itu.

"Tapi pengarah JAIS paling kurang kena ada (kelulusan) Empat Senawi. Jangan awak nak sibuk dengan kelusan pengerusi masjid kalau awak sendiri pun tak ada kelulusan.

"Nanti jadi masalah kepada pentadbiran Selangor," katanya yang menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Khusrin itu sebagai "berbau politik."

Katanya lagi, Khusrin juga didakwa sengaja memperbesar-besarkan angka bahawa seramai 20 hingga 30 orang anggota jawatankuasa masjid di Selangor meletakkan jawatan setiap bulan.

"Saya pertikaikan statistik dia. Mungkin mereka rasa bertanggungjawab, mereka letak jawatan, tapi tidak sampai 20 hingga 30 orang setiap bulan.

"Dia memperbesar-besarkan angka itu untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat," kata Khalid lagi.

Dalam sidang media sama, Khalid turut mengulangi tuntutannya supaya proses pentauliahan dijalankan secara telus dan bertanggungjawb.

Katanya, perkara berkenaan telah dimaklumkannya dalam sepucuk surat kepada Sultan Selangor yang dihantar kira-kira dua minggu lalu.

Antara lain, beliau menggariskan bahawa status kelulusan permohonan untuk mendapatkan tauliah itu perlulah dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh sebulan.

Sekiranya gagal, pemohon itu juga sepatutnya diberi peluang untuk merayu keputusan tersebut kepada exco agama dan negeri.

"Barulah ada semak dan imbang. Kalau tidak, sekarang ini kalau pengarah JAIS tidak suka (pemohon), permohonan akan ditolak ke tepi (dan) tidak ada berita lagi selepas itu," tambahnya./Malaysiakini

DISKAUN UNTUK ORANG KAYA, SUBSIDI UNTUK ORANG MISKIN, TAPI SUBSIDI PULA DIPOTONG

Posted: 09 Aug 2010 08:00 AM PDT


Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas pengampu-pengampu pemimpin Umno yang hanya memperjuangkan diskaun untuk pembelian rumah mewah kepada Bumiputera tetapi berdiam diri terhadap pemotongan subsidi.

"Sikap mereka yang membisu seribu bahasa terhadap pemotongan subsidi yang ternyata membebankan rakyat terutama menjelang musim perayaan ini membuktikan sikap mereka yang bukan sahaja tidak prihatin malah tidak peduli sama sekali terhadap penderitaan rakyat terutama yang berpendapatan rendah," katanya.

Malah, katanya lagi, mereka bersekongkol dengan tindakan kerajaan yang hanya berani merampas subsidi dari rakyat dan mengumumkan kenaikan harga barang sebaik sahaja sesi Parlimen selesai bersidang.

Beliau mendedahkan, tidak ada sebarang pandangan diminta mahupun perbicangan secara khusus dibuat bersama-sama Ahli Parlimen sepanjang Parlimen diadakan.

"Selepas tamat sesi Parlimen, kerajaan terus umum kenaikan harga barang tanpa berunding dengan rakyat. Masa bila kerajaan berunding dengan rakyat?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Pengampu-pengampu pemimpin Umno yang membuat bising menentang pemotongan diskaun rumah mewah itu juga lansung tidak peduli terhadap nasib hampir 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja di negara ini yang memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700, katanya.

"Bila harga minyak dan harga barang makanan dinaikkan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), bukan harga barangan tersebut sahaja yang naik harganya tetapi, seperti yang berlaku sebelum ini, ia akan mengakibatkan kesan berganda dan barangan lain juga naik harga.

"Kenaikan harga minyak akan mengakibatkan kenaikan kos pengangkutan dan dengan sendirinya harga begitu banyak barangan lain akan naik harga.

"Kenaikan harga gula pula akan mengakibatkan kenaikan harga makanan dan minuman lain. Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan, pergilah ke pasar-pasar Ramadhan dan lihat sendiri adakah pelbagai juadah yang menggunakan gula sebagai bahan akan tetap sama harga?

"Kalau tidak dinaikkan harga pun, biasanya para peniaga terpaksa mengurang kuantiti atau mengecilkan saiz," kata Mahfuz.

Tetapi, katanya, para pemimpin Umno dan pengampu-pengampu mereka tidak peduli penderitaan rakyat akibat kenaikan harga barang itu.

"Saya yakin, sebahagian besar dari 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja di negara ini yang memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700 itu adalah adalah orang-orang Melayu Islam yang akan menyambut Ramadhan kali ini dengan penderitaan akibat kenaikan harga barang.

"Malang bagi mereka kerana orang-orang Umno hanya sibuk dengan memperjuangkan diskaun untuk pembelian rumah mewah kepada Bumiputera.

"Maklumlah, mereka yang hendak beli rumah-rumah itu kerana pekerja yang berpendapatan bawah RM700 sebulan tentu tidak mampu membeli rumah-rumah mewah itu," kata Mahfuz./Malaysiakini

`PERPADUAN PEROMPAK DENGAN POLIS' , JAWAPAN BUAT AHMAD MASLAN

Posted: 09 Aug 2010 05:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

`Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-Sorong'. Itulah yang boleh kita gambarkan kepada Ketua Penerangan Umno yang masih `tebal muka'nya untuk memohon restu agar PAS terima perpaduan dengan Umno. Baca di sini. Biarpun berulangkali pemimpin PAS bersilih ganti menyebut Umno tiada harapan untuk bersatu dengan PAS selagi Umno masih `Umno Sekular' yang tidak pernah berubah sikap. Ahmad Maslan masih tidak berputus asa kerana apa?

Ketua Penerangan Umno ini terus `menjual' nama Melayu kununnya Melayu perlu bersatu. Lucunya yang perlu bersatu itu Melayu Umno dan Melayu PAS. Apakah beliau fikir PAS itu sama seperti Umno yang setiah hari berzikir menyebut nama Melayu...Melayu...Melayu...? Wahai Ahmad Maslan, PAS adalah Parti Islam yang bukan Nasionalis atau Assobiyyah. PAS tidak menjual nama Melayu untuk naik di dalam politik, tetapi PAS menyebut nama Allah dan Rasulnya di dalam apa jua langkah kerja perjuangan PAS.

Ketua Penerangan Umno ini tentu ada muslihat besar apabila tidak pernah berputus asa mahukan Umno dan PAS bersatu. Bukan kerana Melayu, jauh sekali kerana agama. Buktinya, bila beliau menyebut jika Umno dan PAS bersatu, yang pasti rugi adalah pemimpin dari PKR dan DAP. Apa maknanya itu jika tidak berniat jahat dan busuk hati? Habis itu, siapa pula yang untung jika Umno dan PAS bersatu? Bukan Umno atau Najibkah?

Apakah jika Umno dan PAS bersatu, maka akan selesailah isu Altantuya, VK Linggam, Fitnah DS Anwar, skandal PKFZ, skandal kehilangan injin pesawat TUDM, skandal Scorpene, Isu Kg Baru, Kenaikan harga barang akibat kenaikan petrol, diesel, gula dan gas? Selesaikah segala kes rasuah yang banyak tergantung melibatkan pemimpin Umno jika Umno dan PAS bersatu? Maka, berakhirkah Akta zalim ISA jika Umno dan PAS bersatu? Kelantan dan Terengganu akan dikembalikan royalti jika Umno dan PAS bersatu? Dan...dan...tidak terlarat mahu disenaraikan yang Umno berhutang dengan rakyat selama ini. Selesaikah semua itu jika Umno dan PAS bersatu?

Sekiranya jawapannya tidak akan selesai walaupun Umno dan PAS bersatu, maka bererti perpaduan antara Umno dan PAS umpama `perpaduan perompak dengan Polis'. Mana mungkin begitu./wfauzdin.blogspot.com

AMARAN DARI RAJA KATAK UNTUK PEMIMPIN MCA

Posted: 09 Aug 2010 03:38 AM PDT

Oleh: Mandor

HEBAT Ibrahim Ali, MP Pasir Mas yang `menenggek' atas simpati PAS itu. Beliau telah memberi amaran kepada pemimpin MCA dan beberapa pemimpin lain agar tidak menghina Islam, kelak akan kalah di dalam Pilihanraya. PERKASA katanya akan tentukan kekalahan mereka. Mahu termuntah rasanya mendengar cakap raja katak ini.

Seramai mana puak-puak PERKOSA ini mahu menentukan jatuh bangun orang lain? Sebelum mahu berkira nak bangun atau jatuhkan orang lain, lebih baik beliau kaji dulu kerusi Parlimen Pasir MAS itu selamat atau tidak untuk beliau di dalam Pilihanraya akan datang. Nanti jangan ditertawakan oleh MCA jika Presiden PERKOSA sendiri jatuh terlentang sedangkan pemimpin MCA selamat. /mandor.blogspot.com

BILA PAS BERKUASA, UMNO AKAN BERSATU DENGAN PAS - HUSAM MUSA

Posted: 09 Aug 2010 03:00 AM PDT

Kerjasama Pas-UMNO bukan mustahil

Kerjasama Pas-UMNO terus menjadi polemik. Bagaimana Datuk melihat isu ini?

HUSAM: Saya properpaduan. Saya masuk Pas kerana mahu melihat orang Melayu bersatu-padu. Kalau saya yakin perpaduan itu boleh dijayakan menerusi UMNO, dah lama saya masuk UMNO tetapi bila melihat UMNO sendiri tidak mampu menyatukan ahlinya sendiri, apatah lagi rakyat, saya memilih perjuangan Pas. Apa kuncinya, ialah sikap yang sendirinya akan melahirkan dasar-dasar, pendekatan, politik yang salah atau betul.

Saya ambil kes pembayaran royalti minyak di Kelantan. Masalah sikap menjadi penyekat kepada usaha menyelesaikan isu ini. Peranan sikap yang berbeza telah menghasilkan kesan yang pelbagai. Saya ambil contoh masa pemerintahan Tun Abdul Razak, apa yang
beliau lakukan ketika berlakunya tragedi 13 Mei? Beliau terbang ke Kota Bharu, jumpa secara tertutup dengan Datuk Asri Muda dan menangis di hadapannya. Saya pernah baca satu surat tulisan Tun Abdul Razak melantik Datuk Asri (ketika itu masih bersama Pas) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Majlis Keselamatan Negeri Kelantan dan Pengerusi Pembangunan Negeri dengan dua sebab iaitu keperluan dan kecemasan.

Bandingkan sikap Tun Abdul Razak dengan anak beliau (Datuk Seri Najib) yang menerajui pemerintahan negara sekarang. Dalam kes tuntutan royalti minyak ini, Tok Guru (Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tulis surat kepada Perdana Menteri sebanyak tiga kali, satu surat balas pun tidak diterima.

Jadi, kalau kita mempunyai sikap yang betul, secara automatiknya keadaan masyarakat akan menjadi harmoni. Oleh kerana saya properpaduan, saya kena asingkan pemimpin yang mempunyai sikap dan track record yang tidak baik.

Maknanya, kerjasama dua parti ini adalah mustahil direalisasikan?

HUSAM: Peluang itu ada dan saya yakin akan berlaku selepas Pas, insya-Allah memperoleh majoriti mengambil alih pemerintahan negara. Ketika itu, UMNO akan bersatu dengan Pas. Bagi saya, yang tidak mahu bersatu sekarang ialah UMNO.

Tetapi, Pas dilihat ketara menolak penyatuan dengan UMNO?

HUSAM: Kalau kita nak mengurat anak dara orang tetapi anak dara itu menolak, tetapi kita nak jugak kena gunalah strategi baru. Gunalah cara baik, pujuk dia, hantar dia hadiah, lama-lama mungkin dia nak.

Ini tidak, Pas dijadikan mangsa kritikan, kutukan di media dengan pelbagai tohmahan kata Pas tolak, anti-perpaduan... hati mana nak terbuka. Jadi, melihat keadaan itu, ia membuktikan sama ada UMNO ni tak pandai nak mengurat atau memang dia (UMNO) tak mahu perpaduan. UMNO dilihat lebih banyak bersandiwara dan tidak serius pun menjayakan isu ini

Bagaimana dengan cadangan penglibatan orang tengah dalam membawa Pas- UMNO ke meja rundingan?

HUSAM: Orang tengah ni satu lagi hal, belum apa-apa dah cerita macam-macam. Sepatut orang tengah ini perlu lebih tenang, jaga rahsia...barulah peranannya lebih efektif. Ini tidak, orang tengah pula dilihat bersikap lebih sudu daripada kuah

Adakah Pas yakin Melayu boleh bersatu tanpa UMNO?

HUSAM: Ya. Contohnya semasa empayar Melaka dulu, masa itu UMNO belum wujud dan masyarakat Melayu ketika itu hidup aman daman dan bersatu padu. Pas kuat kerana dasar Islam yang kita perjuangkan. Islam mengatasi kaum, puak dan dasar Islam seperti adil, saksama yang boleh diterima oleh semua pihak. Islam bukan milik orang Melayu, oleh itu kaum lain berpeluang menerima layanan adil.

Ada pihak beranggapan, Pas tidak perlu bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat kerana ada kekuatan sendiri.

HUSAM: Pas bukan sekadar berpolitik tetapi kita juga berdakwah kerana kalau hanya tertumpu pada politik, kita dilihat seperti mementingkan kuasa tanpa mengutamakan jiwa raga masyarakat kita. Negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum, ia membuka peluang untuk Islam lebih menyerlah. Kalau UMNO memerintah negara dengan bantuan MCA dan MIC, apa salahnya kalau Pas bekerjasama dengan DAP. UMNO tanya kita, kenapa Pas boleh berkawan dengan DAP tidak dengan UMNO, mengapa mereka tidak tanya kenapa UMNO tak boleh berkawan dengan DAP?

Kenapa sejak awal tidak kerjasama dengan DAP?

HUSAM: Dulu lain, sekarang lain. Ini membuktikan berlakunya keberanian politik dan Pas pernah bekerjasama dengan DAP menerusi Angkatan Perpaduan Ummah sebelum ini yang dicetuskan Presiden terdahulu, Datuk Fadzil Mohd Noor.

Apa komen Datuk mengenai cadangan pilhan raya asing dan serentak?

HUSAM: Tarikh pilihan raya secara idealnya haruslah diberitahu lebih awal. Mesti ada masa jangkaan pilihan raya akan diadakan contohnya dalam tempoh empat atau enam bulan dari sekarang, Parlimen akan dibubarkan dan pemberitahuan itu dianggap munasabah untuk memberi ruang setiap parti membuang persediaan.

Pada aspek demokrasinya, ia nampak lebih demokratik. Walau pun Perdana Menteri mempunyai hak untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa yang difi kirkan sesuai tetapi sekiranya negeri-negeri tidak mahu membubarkan DUN masing-masing berdasarkan alasan-alasan tertentu seperti terlalu awal dan sebagainya, negeri mempunyai hak berbuat demikian. Contohnya, pilihan raya negeri Sarawak yang diadakan berasingan, kenapa negeri-negeri seperti Kelantan, Selangor ataupun Kedah tidak boleh melakukan perkara sama. Pilihan raya tidak semestinya diadakan serentak sekiranya tarikh yang dipilih itu dianggap tidak munasabah.

Terakhir, adakah Kerajaan Pas Kelantan sudah bersedia dengan kabinet bayangan sekiranya berlaku sesuatu terhadap Nik Abdul Aziz?

HUSAM: Kalau mengambil kira persoalan 'sekira', kalau boleh Parlimen saya mahu Tok Guru bertanding. Kalau Tok Guru ni sihat, kerusi Parlimen pun dia kena bertanding, sebab beliau adalah ikon yang sudah diterima masyarakat.

Sumber: Sinar

Tiada ulasan: