WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- KESIHAN TPM KITA SERING DITERTAWAKAN
- TUTUP PUSAT HIBURAN, BINI MEREKA `TELANJANG'
- TUDUH PAS - CHUA SOI LEK TOLAK AGAMA ?
- KES MAHKAMAH - KITA KENA SENARAIKAN BERJUTA NAMA PENERIMA RASUAH - ZAID IBRAHIM
- KES LIWAT II - MOHON DAPATKAN NOTA PERUBATAN PUN TIDAK BOLEH ?
- LAWATAN MP PAS KE KILANG ARAK ?
- VIDEO - KENALI UMNO YANG SEBENAR
- TAHNIAH PR SELANGOR, KEMPEN UMNO FASA PERTAMA DAPAT DIGAGALKAN
| KESIHAN TPM KITA SERING DITERTAWAKAN Posted: 06 Aug 2010 09:00 PM PDT Mahyudin buat lawak lagi......... Oleh: notan"Nak tergelak bila membaca lapuran yang menyebut Mahyudin mahu rakyat menilai Ir.Nizar kerana membuat kecoh di DUN Perak.Menurut Mahyudin Ir.patut mematuhi arahan speaker dan perlu mematuhi peraturan dewan.Sekali pandang betul kata kata Mahyudin itu tetapi dua kali pandang ianya menjadi bahan lawak. Ir Nizar sebagai ketua pembangkang memang perlu menghormati peraturan dewan tetapi yang tidak disebut oleh Mahyudin ialah peraturan dewan tidak sepatutnya diubah sesuka hati mengikut kehendak kerajaan.Peraturan dewan sepatutnya konsistant dengan speaker menjadi orang yang bertanggungjawab ke atas keadilan kepada semua ADUN.Tetapi dalam kes Ir Nizar, speaker semacam bertindak dengan arahan pihak tertentu sambil menafikan keadilan kepada Ir. Nizar.Rasanya itupun sudah cukup untuk rakyat menilai Ir. Nizar. Mahyudin sejak menjadi TPM ini sudah banyak kali membuat lawak dan banyak kali juga bercakap kosong, tidak menggambarkan kualiti seorang TPM.Lawak kali ini nampaknya tidak terlepas dari usaha Mahyudin menyembunyikan kebenaran yang sudah dapat dilihat oleh rakyat jelata yang waras.Mana mungkin seorang ketua pembangkang yang mewakili rakyat boleh duduk diam apabila hak dan keadilan kepadanya dinafikan oleh sepaker. Malang sungguh kerajaan UMNO/BN yang cuba melakukan sesuatu dengan proses yang licik sambil mengelak pihak pembangkang.Dan untuk menunjukkan mereka melakukan perkara itu mengikut prosedur yang betul, alasan menghormati peraturan dewan sering digunakan walhal peraturan dewan itulah yang dimanupulasikan mereka untuk mencapai matlamat mereka. Mahyudin kemudiannya melalak sambil membuat lawak sebagai TPM.Ditunjukkan kepada umum, seolah olah ketua pembangkang seorang yang tidak menghormati undang undang dan tidak layak menjadi ketua pembangkang.Tetapi sebenarnya yang tidak layak jadi kerajaan ialah UMNO yang sanggup melakukan apa saja untuk menyamun harta rakyat termasuk memanupulasi peraturan dewan dengan speaker suruhan mereka. Rakyat sudah menilai Ir. Nizar sejak kuasa MBnya dirampas oleh UMNO dan rakyat sudah melihat kualiti ketua pembangkang untuk mentertawakan lawak yang dibuat oleh Mahyudin kali ini.Malah yang tidak layak menjawat jawatan TPM ialah Mahyudin kerana gagal menjaga kebajikan rakyat dan gagal menghentikan aktiviti samun pemimpin pemimpin UMNO. Secara tidak langsung juga, menyerlahkan kualiti DSAI kerana semasa beliau menjadi TPM, banyak usahanya untuk membela rakyat sehingga beliau ditendang keluar dengan cara yang paling jijik dalam sejarah politik negara walaupun ada setengah pihak tidak mahu mengiktiraf sumbangan DSAI ini dengan mengaitkan beliau dengan yahudi dan pluralism.Tetapi Alhamdullillah, semakin ramai rakyat sudah membuka mata dan menerima usaha DSAI./Tranungkite | ||||
| TUTUP PUSAT HIBURAN, BINI MEREKA `TELANJANG' Posted: 06 Aug 2010 08:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SEMPENA bulan Ramadhan ini nanti, apa kata kita cadangkan kepada semua isteri pemimpin Umno agar menutup aurat mereka masing-masing? Aku bukan apa, cuba nak tiru sikit kempen oleh sekumpulan anak muda yang baru-baru ini berhimpun meminta Kerajaan Selangor menutup semua Pusat Hiburan dan Rumah Urut di Selangor sepanjang Ramadhan ini nanti. Lojiknya, sebelum kesemua itu ditutup lebih baik tutup dulu `kemaluan' isteri pemimpin-pemimpin Umno yang mengaku Islam itu. Tidak malukah kita bangunan atau Pusat Hiburan dan Rumah Urut ditutup, sedangkan `kemaluan' atau aurat isteri kita `telanjang'. Jika sudah isteri sendiri pun tidak dapat kita kawal, apa cerita mahu kawal yang di luar sana. Itu cadangan sahaja. Sebenarnya itu kewajipan bukan di Bulan Ramadhan sahaja mahu menutup aurat. Tetapi, sekadar mahu melatih bini-bini mereka yang suka `bertelanjang' ini eloklah bermula di Bulan Ramadhan. Gamaknya, Rosmah dan Shahrizat setuju tak? Dan, apa kata Harussani pula gamaknya ye?/wfauzdin.blogspot.com | ||||
| TUDUH PAS - CHUA SOI LEK TOLAK AGAMA ? Posted: 06 Aug 2010 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS KENYATAAN Presiden MCA yang pernah terlibat di dalam skandal seks, Chua Soi Lek di dalam Malaysiakini hari ini yang menuduh Umno dan PAS menggunakan Islam untuk meraih sokongan orang-orang Melayu memperlihatkan Presiden MCA itu seperti tidak percaya kepada agama. Mungkin sebab itu, beliau memandang remeh perbuatan seks tanpa nikah yang pernah beliau lakukan. Jika beliau menuding jari kepada Umno, mungkin ada lojiknya kerana Umno sebuah parti sekular yang bukan sahaja tidak berjuang untuk mendaulatkan Islam, bahkan gagal membela nasib Melayu. Tetapi PAS, sebuah parti yang memperjuangkan Islam bukan parti yang ekstrim terhadap Melayu, telah menunjukkan rekod bahawa dengan Islam maka keadilan semua kaum dapat ditegakkan. Chua Soi Lek boleh bertanya kepada kaum Cina di Kelantan di bawah pentadbiran PAS selama 20 tahun. Mengapa majoriti kaum Cina di Kelantan masih kekal menyokong PAS tidak MCA jauh sekali Umno? Presiden MCA itu patut menilai mengapa MCA gagal memberi keadilan kepada kaum Cina selama beliau bersekutu dengan Umno. Mengapa kaum Cina tidak lagi percaya kepada MCA mahu pun gerakan, sebaliknya mereka lebih yakin kepada PR termasuk PAS? Adakah kerana PAS menggunakan agama maka sekarang ini kaum Cina mulai yakin dengan PAS? Sewajarnya MCA dan Gerakan mendekati PAS dan memahami tujuan perjuangannya. Chua Soi Lek jangan cuba untuk melindungi kelemahan MCA dengan menuding jari kepada PAS. Beliau juga jangan mengajar rakyat melupakan agama sekiranya beliau tidak berugama. Chua Soi Lek patut berasa beruntung kerana MCA masih mahukan pemimpin yang `berzina' untuk memimpin parti terbesar kaum Cina itu. /wfauzdin.blogspot.com | ||||
| KES MAHKAMAH - KITA KENA SENARAIKAN BERJUTA NAMA PENERIMA RASUAH - ZAID IBRAHIM Posted: 06 Aug 2010 07:00 AM PDT
| ||||
| KES LIWAT II - MOHON DAPATKAN NOTA PERUBATAN PUN TIDAK BOLEH ? Posted: 06 Aug 2010 07:00 AM PDT
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendapatkan nota-nota perubatan dari tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang merawat pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari yang mengetuai panel tiga hakim berkata keputusan itu dicapai selepas berbincang dengan panjang berhubung takat bidang kuasa. "Ia tidak menolak hak tertuduh. Untuk menjawap soalan oleh perayu, sama ada ia menolak hak tertuduh, jawapan kami adalah negatif. "Justeru, kami menolak rayuan itu," katanya Zaleha berkata mahkamah juga bersetuju dengan penghujahan yang dibuat oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Hakim-hakim lain yang bersidang hari ini adalah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu menolak permohonan Anwar Ibrahim bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor yang terlibat. Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata tidak ada peruntukan atau asas undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan. Permohonan itu dikemukakan oleh peguam Anwar pada 4 Jun lalu.
Pihak pembela juga ingin mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng. Dr Mohd Razali adalah pakar bedah di HKL yang telah memeriksa bekas pembantu Anwar dengan pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam dan pakar patologi forensik Dr Siew. Semasa pemeriksaan utama, Dr Mohd Razali mengesahkan berlaku penetrasi zakar berdasarkan laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani pada empat kapas kesat yang diambil daripada Mohd Saiful. Anwar juga gagal bagi mendapatkan dokumen utama termasuk sampel spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya, apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bagi semakan keputusan Mahkamah itu yang tidak menyebelahinya pada 2 Februari tahun ini. Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Anwar boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Seorang pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia oleh pihak pembela, Dr David Wells, sebelum ini mengadu bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan. Profesor dari Victoria Institute of Forensic Medicine itu berkata peranannya sebagai penasihat pihak pembela akan terjejas tanpa dokumen berkenaan. Prosedur lazim bagi kes jenayah adalah bagi pihak pendakwa membekalkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembela sebelum permulaan perbicaraan./Malaysiakini | ||||
| LAWATAN MP PAS KE KILANG ARAK ? Posted: 06 Aug 2010 05:00 AM PDT
Ogos 6, 10 Seorang ahli parlimen PAS yang terkenal dengan kontroversinya tersendiri, Khalid Samad kini mengambil langkah berani dan mengejutkan dengan melawat sebuah kilang arak di kawasannya. Lawatan kerja wakil rakyat Shah Alam itu ke kilang Carlsberg di Seksyen 15 petang semalam mungkin yang pertama seumpanya dilakukan seorang pemimpin parti Islam itu.
Khalid (kanan) yang juga anggota biro politik PAS menulis dalam blognya, beliau dan beberapa ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melawat kilang itu bagi membincangkan cadangan pemindahan stesen bas Shah Alam daripada Sekyen 16 ke tapak itu. Bagaimanapun, kunjungan itu mungkin mengundang syak dan fitnah ekoran arak merupakan minuman haram dalam Islam dan dianggap sebagai "ibu segala maksiat". Dalam lawatan itu, rombongannya disambut oleh timbalan pengarah urusan syarikat itu Datuk Chin Voon Loong, yang kemudiannya memberikan taklimat berhubung latar belakang dan prestasi kilang itu sejak dibangunkan 38 tahun lalu. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khalid menegaskan beliau mengambil inisiatif melawat kilang tersebut hanya bagi melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat. "Tentulah saya kena pergi. Kilang tersebut terletak dalam kawasan (parlimen) saya," jelas Khalid. Tidak mungkin digunakan Bagaimanapun, beliau dilihat telah bersedia dengan kemungkinan itu apabila menulis ayat pertama dalam artikel berjudul 'Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg dengan' dengan: "Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak."
"Terdetik juga rasa khuatir bahawa gambar itu akan disalahgunakan oleh pihak penyokong UMNO sepertimana yang terjadi dengan isu kuil Seksyen 19 dahulu di mana ianya diputar-belitkan. "Namun, saya berserah kepada Allah dan saya rasa tiada yang perlu saya takutkan kerana saya tahu mengapa saya ke situ," katanya. Bagaimanapun, di sebalik 'kejutan' itu, rundingan dengan pihak kilang dilihat mungkin mengalami laluan sukar apabila Khalid menulis "kemungkinan mereka (Carlsberg) berpindah adalah amat tipis sekali" "Sekiranya diminta berpindah sekalipun, ianya memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan negeri. "Oleh itu, walaupun tapak itu kelihatan yang paling strategik, ia tidak mungkin digunakan untuk terminal bas Shah Alam," tambah Khalid. "Satu tapak yang lain, yang berhampiran landasan keretapi komuter dan juga lebuh raya perlu dikenalpasti."/Malaysiakini | ||||
| VIDEO - KENALI UMNO YANG SEBENAR Posted: 06 Aug 2010 03:00 AM PDT Renungilah ucapan Almarhum Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ketika itu tentang perangai buruk Umno......Masihkah ada yang sayang dan cinta pada Umno? | ||||
| TAHNIAH PR SELANGOR, KEMPEN UMNO FASA PERTAMA DAPAT DIGAGALKAN Posted: 06 Aug 2010 12:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS NAMPAKNYA Umno Selangor semakin tidak tentu arah apabila Kerajaan Selangor berupaya menangkis serangan demi serangan dari mereka di dalam Kempen Selamatkan Selangor. Ternyata `Pendekar Sesumpah' beserta Noh Omar dibantu pula oleh Anak Toyo (bukan Toyol) gagal mempengaruhi rakyat Selangor. Sehingga kini, tiada satu pun mereka dapat buktikan secara jelas tentang keburukan Kerajaan PR Selangor. Bukti mereka tidak dapat menunjukkan secara jelas dan berfakta penyelewengan Kerajaan PR Selangor adalah pada setiap ceramah mereka, isu peribadi DS Anwar dimainkan. Isu lapok yang membosankan masih didendangkan oleh raja sesumpah yang sentiasa gagal bila berdepan dengan bekas bosnya DS Anwar. Tiada jalan lain, raja sesumpah pun memuji dirinya sendiri kununnya beliaulah pejuang paling berani di era reformasi dahulu. Beliau ingat rakyat lupa siapa yang kecut telor lari ke luar negara awal-awal lagi tatkala DS Anwar ditangkap? Raja sesumpah `naik bakul, angkat sendiri' apabila menyebut beliau sanggup masuk penjara demi DS Anwar. Beliau merasakan hanya beliau seorang sahaja yang masuk penjara kerana DS Anwar? YB Tian Chua jauh lebih berani dari raja sesumpah, beliau dipukul dan ke hadapan di era reformasi sehingga beliau berbaring di bawah trak FRU ketika itu. Raja sesumpah tidak pernah ada setitik darah pun yang mengalir ditubuhnya ketika era reformasi. Pejuang hebat? Ustaz Dr Badrul Amin tidak pernah masuk penjarakah? Raja sesumpah jangan cuba perasan merasakan beliau paling hebat. Beliau masuk penjara dahulu kerana mendedahkan kes rasuah terhadap Rafidah Aziz di bawah Akta OSA, sehingga raja sesumpah melutut depan parti Rafidah Aziz iaitu Umno, kes tersebut diam. Raja sesumpah pun turut diam. Hebat sangatkah? Saya bersyukur masih ada ramai lagi pejuang-pejuang di era reformasi yang tidak lapar untuk disuapkan oleh Umno. Walaupun mereka ramai yang tidak memegang jawatan penting setelah PR berjaya memerintah beberapa buah negeri, namun mereka tidak melutut dan menyembah depan Umno demi memberi makan anak bini mereka. Percayalah, usaha kumpulan raja sesumpah dibantu oleh `orang kaya' Anak Toyo (Pesara Penyamun Pasir, bak kata Tan Sri Khalid) pasti gagal kerana mereka tiada modal yang kuat untuk membuktikan bahawa Kerajaan PR Selangor lebih teruk dari Umno di zaman Khir Toyo. Tambahan pula, serangan balas dari kumpulan yang dipimpin oleh Us Dr Badrul Amin akan membuat Umno `Check Mate' di Selangor. Setelah mereka gagal menyerang PAS dan PKR, kini mereka menumpukan pula kepada DAP. Begitulah cara Umno yang sudah hilang arah dan tuju. Segala keburukan yang mereka sebut di Selangor, umpama meludah ke langit. Tidak hairan nanti apabila mereka semakin meroyan, akhirnya mereka akan guna kuasa yang ada pada mereka seperti pihak Polis. Pedulikan apa jua yang mereka gunakan. Usaha untuk mentalkinkan Umno wajib diteruskan kerana orang-orang Melayu mesti diselamatkan dari Umno yang telah banyak mencipta sejarah khianat kepada bangsa Melayu. PAS, PKR dan DAP harus terus menyerang Umno sehebat-hebatnya kerana Umno kini bersendirian. Parti di dalam komponen Bn yang lain pun sudah tidak ingin membantu Umno yang sering mempermainkan mereka. Selamat berjuang, selamat mengkebumikan Umno. /wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan membuat rayuan ekoran mahkamah menolak petisyen pilihan raya untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan