WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- KES LIWAT II - MENGAPA MUHYIDDIN GELABAH SANGAT ?
- Debat: Dalam dewan pun tak berani, inikan pula di luar
- KONSPIRASI MELANDA DI DALAM ATM ?
- KES CURI ENJIN JET - SAKSI MISTERI BAKAL MUNCUL ?
- FOTO WAJAH `IBU TUNGGAL' YANG MAUT BERSAMA BEKAS ADUN SELANGOR
| KES LIWAT II - MENGAPA MUHYIDDIN GELABAH SANGAT ? Posted: 05 Aug 2010 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSMENGAPA Muhyiddin begitu gelabah apabila mendengar bantahan dari negara luar terhadap perbicaraan kes Liwat II DS Anwar? Negara luar sememangnya ada hak untuk mengemukakan pandangan dan pendapat mereka berkaitan apa jua dasar atau ketidak adilan yang berlaku di dalam negara ini. Begitu juga negara kita sering memberikan pendapat dan respon terhadap apa yang berlaku di negara lain, contohnya seperti yang pernah berlaku terhadap pemimpin Myanmar dan Apartheid di Afrika. Semua maklum bahawa negara luar tiada hak untuk campor tangan atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh negara ini, tetapi mereka punyai hak untuk bersuara kerana mereka bukan seperti `katak di bawah tempurung'. Kenyataan Muhyiddin di sini, yang kelihatannya amat gelisah apabila mengetahui negara luar telah tahu `tembelang' pemimpin negara ini amat menghairankan. Apa yang penting, DS Anwar tidak merayu meminta tolong negara luar untuk membebaskannya dari tuduhan Liwat II yang rakyat negara ini sendiri pun tahu betapa songsangnya kes tersebut. Apa yang DS Anwar lakukan adalah memberi penerangan kepada dunia luar bagi membersihkan namanya dari fitnah kali kedua ini. Penerangan ini penting kerana DS Anwar adalah tokoh dunia yang terkenal dan pernah dinobatkan di antara 100 pemimpin dunia yang berpengaruh. Sekiranya Saiful Bukhari juga ingin membersihkan namanya, beliau juga boleh berbuat demikian ataupun beliau boleh bersumpah laknat di semua masjid di dalam dunia ini. Itu hak beliau. DS Anwar pun tahu, negara luar tidak boleh mempengaruhi undang-undang di dalam negara ini walau sekuno mana sekalipun undang-undang di negara kita ini. Samada DS Anwar bersalah atau tidak nanti, yang paling penting adakah rakyat di dalam dan di luar negara percaya atau tidak dengan sistem kehakiman dan undang-undang yang diamalkan di negara kita. Di dalam kes Altantuya, dunia luar sendiri pun tertanya-tanya apa motif pembunuhan wanita Mongolia itu. Mereka juga pening bagaimana rekod kemasukan Altantuya boleh hilang secara `tiba-tiba'. Salahkah mereka meraguinya? Kita tidak boleh memperbodohkan dunia luar semata-mata kita sudah menjadi bodoh. Justeru itu, Muhyiddin harus melihat kembali mengapa dunia luar sekarang semakin memandang serong ke atas sistem kehakiman di negara kita. Jika dikatakan DS Anwar adalah kesayangan Amerika, apakah DS Anwar juga kesayangan Ulamak terkemuka As Syeikh Yusoff Qardhawi yang turut membantah fitnah ke atas DS Anwar? /wfauzdin.blogspot.com | |||
| Debat: Dalam dewan pun tak berani, inikan pula di luar Posted: 05 Aug 2010 04:00 PM PDT
| |||
| KONSPIRASI MELANDA DI DALAM ATM ? Posted: 05 Aug 2010 12:08 PM PDT Bekas TUDM dakwa dipenjara kerana adu kesalahan pegawai atasan Nazar Hashim Aug 05, 2010 Nasib bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Faizzal Jinong Abdullah masih tidak terbela, meskipun lebih daripada 20 laporan polis, malah aduan dibuat terhadap Kementerian Pertahanan. Faizzal mendakwa bahawa dirinya pernah dihumban ke penjara, malah keluarganya diberi layanan yang buruk kerana cubaannya untuk mengadu kesalahan pegawai atasan.
Pemimpin PAS ini berkata, "Pihak berkuasa khususnya Kementerian Pertahanan haruslah mengambil insiatif dengan menjalankan siasatan tanpa melindungi mana-mana pihak yang bersalah. Buktikan ketelusan yang ada dalam perkhidmatan tentera dengan membawa mereka yang bersalah ini ke muka pengadilan." Air dan elektrik diputuskan "Persoalannya kenapakah penderaan dan penindasan perlu dilakukan sekiranya tiada perkara yang hendak disembunyikan oleh mana-mana pihak? Oleh kerana itu sekiranya pihak berkuasa telus dan jujur untuk melaksanakan undang-undang yang ada maka bawa mereka yang bersalah itu ke hadapan tanpa melindungi mereka dalam apa jua cara," katanya lagi.
Faizzal yang telah berkhidmat selama 23 tahun mulai merasakan beliau dan keluarga ditindas dan diberi layanan yang buruk ketika bersama pasukan tersebut semasa mereka tinggal di kuarters tentera di Blok F4(0-2) di Kuching, Sarawak. "Saya sekeluarga bukan saja dianiayai dengan bekalan elektrik diputuskan selama tiga bulan dalam keadaan gelap bersama enam orang anak yang berusia antara 5 hingga 17 tahun, tetapi juga dihumban ke dalam penjara apabila cuba untuk mengadu kesalahan pegawai atasan kepada pihak yang berkuasa," kata Faizzal.
Puluhan laporan polis Isterinya Che Murni Dara Mat Zain turut menunjukkan bukti puluhan laporan polis yang telah dibuat bagi menuntut supaya mereka diberi pembelaan yang sepatutnya tetapi segalanya tidak berlaku. "Aduan kepada Komander di Pengkalan Tentera Udara di Kuching dan juga di ibu pejabat TUDM di Kuala Lumpur pernah kita lakukan. Begitu juga kepada Kementerian Pertahanan tetapi tiada apa-apa tindakan yang mereka ambil bagi membawa mereka yang menganiayai kami."
"Kemudian kami ditempatkan di sebuah rumah di Negeri Sembilan tanpa mempunyai bekalan air dan elektrik sedangkan anak-anak saya masih kecil dan bersekolah. Penindasan ini bukan saja setakat ini, sebaliknya ia berterusan apabila kad pengenalan awam suami saya yang sepatutnya mencatatkan juga nombor tentera beliau sebelum ini tidak dicatatkan walaupun kami menghadapi kesukaran yang begitu payah bagi mendapatkan kad pengenalan tersebut sebelum ini," katanya lagi. Masih diancam dan diugut Faizzal yang kini menetap di Jawi, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan masih lagi menerima ancaman dan ugutan dari pihak tertentu yang membuat panggilan bagi mengancam keselamatan beliau dan keluarga. "Sekiranya mereka yang bersalah masih tidak dibawa ke muka pengadilan di atas segala penyelewengan dan skandal yang mereka lakukan, maka selagi itulah ancaman dan ugutan akan terus kami sekeluarga terima." "Oleh kerana itu adalah menjadi harapan saya dan keluarga bagi mendapat pembelaan yang sepatutnya dari pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan kami supaya dapat hidup aman dan damai dalam sebuah negara yang merdeka dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan," tambahnya lagi. *Nazar Hashim ialah penulis khas untuk MerdekaReview. | |||
| KES CURI ENJIN JET - SAKSI MISTERI BAKAL MUNCUL ? Posted: 05 Aug 2010 11:00 AM PDT
Ogos 5, 10 Seorang saksi misteri dijadual memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Ogos ini semasa perbicaraan bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang cuba membatalkan pertuduhan mencuri dua enjin jet F5 terhadapnya pada Disember 2007. Pesuruhjaya kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad menetapkan 25 Ogos bagi mendengar permohonan N Tharmendran bagi membatlakn pertuduhan itu. Tindakan itu bagi memberi masa kepada kedua-dua pasukan pendakwaan dan pembelaan untuk memfailkan dokumen berhubung penemuan saksi baru itu.
"Saksi itu akan beri keterangan bahawa penderaan fizikal memang dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak tentera," kata Surendran. Katanya, pihak pendakwaan akan mendedahkan identiti saksi berkenaan apabila mahkamah mendengar permohonan Tharmendran pada hujung bulan ini. Pihak pembelaan juga memohon mahkamah untuk 'campurtangan' dalam kes ini kerana Surendran mendakwa pihak pendakwaan menyalah-gunakan kedudukan mereka bagi mendapatkan keputusan bersalah dengan segera. "Jangan beritahu saya apa-apa...failkan afidavit terlebih dahulu," kata Asmabi. "Ini membuktikan pihak berkuasa mengunakan taktik kotor untuk mendapatkan pengakuan bersalah. Mereka paksa Tharmendran untuk membuat kenyataan berhubung seksaan dan menyoalnya berhubung kecurian enjin jet," katanya. Manakala pengarah sebuah syarikat pembekalan, K Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah pada tarikh yang sama atas tuduhan dengan sengaja melupuskan dua enjin TUDM itu di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang pada 30 April 2008./Malaysiakini | |||
| FOTO WAJAH `IBU TUNGGAL' YANG MAUT BERSAMA BEKAS ADUN SELANGOR Posted: 05 Aug 2010 01:00 AM PDT Pelbagai Teori Muncul, Kes Bekas ADUN Ditembak Terus Misteri Misteri kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh bersama Naib Ketua Wanita Umno Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat dengan kesan tembakan pagi semalam terus menjadi perbualan dengan pelbagai teori dilontarkan. Pelbagai andaian dibangkitkan bagaimana kedua-dua pemimpin Umno Tanjong Karang ini boleh terbunuh sebelum kereta mereka merempuh pembahagi lebuh raya dengan kesan tembakan di bahagian kepala. Teori-teori yang dibangkitkan dalam pelbagai portal dan blog mendakwa kemungkinan ada pihak ketiga dalam kejadian itu. Ia mempertikaikan 'kemahiran' melepaskan tembakan ngeri dari jarak dekat. Bagaimanapun Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar telah menolak andaian sedemikian dengan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tidak berasas. Katanya, polis tidak menolak kemungkinan kematian Abdul Aziz, bekas setiausaha politik Tan Sri Abu Hassan Omar bersama Siti Rohana adalah akibat tembakan daripada salah seorang mangsa itu sendiri. Kata Khalid, berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak melibatkan orang lain. Polis menemui pistol jenis revolver .38 dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul Aziz, yang juga ahli jawatankuasa Umno Tanjong Karang. Hasil bedah siasat menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz. Bekas ADUN itu ditemui mati bersama Siti Rohana, 43, kedua-duanya dengan kesan tembakan, dalam kereta yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini kira-kira 11 pagi./Seterusnya di TVSelangor |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan