Selasa, 3 Ogos 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TIBA-TIBA NOH OMAR ANTI MAKSIAT DI BULAN RAMADHAN?

Posted: 03 Aug 2010 11:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TIBA-TIBA pula Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar begitu prihatin dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti. Jika anda membaca kenyataan Noh Omar di sini, pastinya anda akan merasa bahawa inilah dia pemimpin Umno yang patutnya menjadi Presiden Umno dan juga PM kita.

Mengapa saya berkata demikian? Benar, andainya Noh Omar dipilih sebagai Presiden Umno dan menjawat jawatan PM Malaysia, sudah pasti seluruh negara kita akan `bercahaya' dengan Syiar Islam. Ini adalah kerana Umno, parti tunjang kerajaan sekarang yang pemimpinnya dan majoriti ahlinya terdiri dari orang Melayu berugama Islam, maka tiada masalah buat Umno untuk menutup semua Pusat Hiburan dan tempat perjudian di Bulan Ramadhan. Malangnya, Noh Omar bukan Presiden dan bukan PM, beliau hanya `burung belatuk' peliharaan sahaja. Oleh kerana Umno yang menjadi tunjang Kerajaan Pusat gagal untuk menutup semua pusat hiburan dan judi di bulan Ramadhan, maka Noh Omar tuding pula kepada PAS di Selangor.

Noh Omar tidak tahukah siapa tunjang pemerintahan di Selangor? PAS atau PKR? Sekiranya PAS yang menjadi tunjang pemerintah di Selangor, cabaran Noh Omar itu boleh dikira lojik walaupun masih boleh diperbahaskan. Semua orang tahu, kecuali seorang dua yang dungu seperti Noh Omar bahawa yang menjadi tunjang pemerintah di Selangor adalah PKR sebuah parti berbilang kaum dan agama, bukannya PAS. Sungguhpun begitu, PAS sedaya upaya telah banyak melakukan usahanya untuk membersihkan Kerajaan PR Selangor agar lebih hampir kepada kehendak Islam. Tidak mendapat 100 peratus kehendak PAS ditunaikan, namun jauh lebih baik pembangunan dakwah dan kemajuan Islam di Selangor jika dibandingkan dengan semasa Umno menjadi tunjang pemerintah di Selangor.

Sekarang, Umno parti Melayu Islam tunjang Kerajaan Pusat. Mengapa Noh Omar tidak mahu cadangkan perkara yang serupa kepada Najib? Takut? Alasan apa tidak mahu lakukan, sedangkan Umno tunggak pemerintah tidak seperti PAS di Selangor. Jika benar mahu melihat PAS lakukan, ayuh..!! Noh Omar tolong tarik semua orang-orang Melayu Islam di dalam Umno menyokong PAS agar PAS dapat menjadi tunggak pemerintah bukan sahaja di Selangor malahan di peringkat pusat.

Pada saya, cadangan Noh Omar itu satu lagi idea bodoh dari `Belatuk' Umno sama seperti hujahnya tentang isu pasir di Selangor. Masih ramaikah lagi orang Melayu Islam Selangor yang masih bodoh seperti `Belatuk' ini? /wfauzdin.blogspot.com

FOTO - POLIS BANTU TURUNKAN BANNER DI BATU PAHAT, TERIMA KASIH !!

Posted: 03 Aug 2010 09:00 PM PDT

BENGONG - TUN MAHATHIR PUN TAK FAHAM `1 MALAYSIA' ?

Posted: 03 Aug 2010 06:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

KITA selama ini ingat rakyat biasa sahaja yang tidak tahu apa bendanya `1 Malaysia' itu. Rupa-rupanya mantan PM Tun Mahathir pun tidak tahu apa kejadahnya `1 Malaysia' yang dihebohkan sangat oleh pentadbiran Najib. Jika sudah Tun Mahathir yang bijak pandai itu tidak tahu apa itu `1 Malaysia', usah ditanya pada Ketua-Ketua Umno Cawangan beserta semua JKKK di kampung-kampung. Ini diakui sendiri oleh TPM Muhyiddin. Melucukan.

Melucukan bila Tun Mahathir berkata, jika ditanya pada orang Melayu apa itu `1 Malaysia', mereka akan memberi jawapan yang berbeza pula dengan jawapan orang berbangsa Cina dan India. Belum lagi ditanya masyarakat yang menetap di Sabah dan Sarawak. Lagi parah, jawabnya.

Itu bukan sahaja menandakan kegagalan konsep `1 Malaysia', tetapi cukup untuk membuktikan satu kegagalan Najib. Dasar yang sepatutnya lebih difahami terlebih dahulu oleh orang yang cerdik pandai seperti Tun Mahathir, nampaknya begitu membingungkan Tun sendiri. Justeru itu, apa sangatlah mahu diharapkan kepada rakyat biasa./wfauzdin.blogspot.com

Misteri kematian bekas ADUN, janda

Posted: 03 Aug 2010 01:18 PM PDT


ANGGOTA polis mengangkat salah seorang mangsa yang ditemui mati dalam kereta di Sungai Buloh semalam.

SUNGAI BULOH - Sepasukan polis trafik semalam menyangka kemalangan maut melibatkan sebuah kereta Toyota Caldina berwarna putih dinaiki dua individu yang berlaku di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur Sungai Buloh sebagai kemalangan biasa.

Bagaimanapun, sangkaan mereka meleset apabila mendapati bukan sahaja mangsa yang maut dalam kemalangan pukul 11 pagi itu sebagai orang penting, malah dipercayai terdapat unsur jenayah apabila melibatkan senjata api.

Sehubungan itu, ia ibarat misteri yang menyelubungi kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, bersama pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, apabila terdapat kesan tembakan di kepala masing-masing.

Abdul Aziz pernah berkhidmat sebagai ADUN Permatang bagi tempoh 2004 hingga 2008 dan kini memegang jawatan sebagai bendahari Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor.

Siti Rohana yang merupakan janda anak empat menetap di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang pula merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang. Dia juga dikatakan seorang ahli perniagaan di kawasan tersebut.

Melayu baca mantera Urdu

Posted: 03 Aug 2010 11:34 AM PDT

Oleh Shamsul Munir Safini dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah menengah di Desa Petaling di sini, terpaksa ditutup sementara selepas lebih 10 pelajar perempuan, seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita tiba-tiba diserang histeria, semalam.

CEMAS...Fairuz (kiri) membantu menenangkan Atikah.
CEMAS...Fairuz (kiri) membantu menenangkan Atikah.

LAPAR...Atikah gelojoh jamah makanan apabila dirasuk.
LAPAR...Atikah gelojoh jamah makanan apabila dirasuk.

Serangan histeria itu bermula kira-kira jam 7.45 pagi apabila seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Atikah Abdullah, yang menghadiri perhimpunan pagi tiba-tiba mengamuk dipercayai dirasuk.

Keadaan dialami mangsa berjangkit kepada sembilan pelajar lain termasuk seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita ketika semua mereka yang juga rakan sekelas mangsa cuba menenangkannya.

Ini menyebabkan suasana di sekolah itu kelam-kabut seketika apabila semua mangsa menjerit kuat. Sejurus selepas itu, Atikah cuba melarikan diri sebelum ditahan beberapa rakan dan gurunya. Rakan mangsa, Mohd Fairuz Faizin Amran, 16, berkata sejurus kejadian itu, perhimpunan disuraikan dan mangsa dibawa ke bilik berdekatan. Katanya, rakan serta guru membacakan surah Yasin menyebabkan Atikah tenang seketika sebelum kembali meronta, malah rontaan mangsa diikuti beberapa pelajar perempuan lain yang turut diserang histeria. Menurutnya, pihak sekolah membenarkan semua pelajar sesi pagi pulang pada jam 9.30 pagi dan sekolah dijangka dibuka semula hari ini.

"Mangsa dipapah pulang keluarganya selepas dimaklumkan kejadian itu. Pelajar lain yang diserang histeria juga dibawa pulang keluarga masing-masing. "Sebaik tiba di rumah, Atikah masih meronta dan cuba keluar rumah untuk ke sebatang pokok berhampiran," katanya ketika ditemui di sini. Katanya, mangsa merangkak dan menggelupur sebelum menjerit dalam bahasa Urdu supaya disediakan buah limau, epal hijau dan colok.

Dalam keadaan mata terbeliak ketika dipapah beberapa lelaki, mangsa memandang tepat ibunya, Suraya Abdullah, 33, sambil menjerit seolah-olah mahukan makanan. Suraya mendakwa, makhluk halus yang mengganggu anaknya dipercayai tinggal di sebatang pokok berhampiran rumah, tetapi pokok itu baru ditebang bulan lalu menyebabkan makhluk yang menghuni pokok itu mengganggu Atikah.

Katanya, anak sulungnya itu sering meracau dan diserang histeria tidak kira masa, malah lebih teruk apabila terdengar laungan azan. "Saya amat terkejut dengan kejadian yang menimpanya, kadangkala dia menyanyi lagu Tamil dan ketika diserang histeria terdengar seolah-olah dia membaca mantera dalam bahasa Urdu. "Dia sering diserang penyakit ini, kelmarin (Sabtu) sudah tiga kali dan semalam (kelmarin) empat kali dia diserang histeria, malah saya terpaksa mengambil cuti," katanya. Menurutnya, sebelum ini, sudah lapan penduduk di kawasan tempat tinggalnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling diserang kejadian pelik itu.

Suraya berkata, daripada gambaran diberikan anaknya, makhluk yang mengganggu itu banyak dan yang merasuk anaknya paling kuat di kalangan mereka dipercayai jin kafir dan tidak mengendahkan bacaan al-Quran. Menurutnya, selepas ditenteramkan serta menjamah makanan, anaknya tiba-tiba diam dan mula sedar. Atikah yang lemah sejurus itu berkata, dia tidak sedar apabila dirasuk, malah berasa ada sesuatu yang mengawal tindakannya serta berasa mual ketika dirasuk./Metro

Adun BN Perak bacul, tak berani berbahas

Posted: 03 Aug 2010 10:11 AM PDT

V Sivakumar

Apa yang telah berlaku dalam Dewan Negeri Perak hari ini, 3 Ogos amat mengecewakan. Ahli-ahli Dewan Negeri Perak BN sanggup membunuh demokrasi semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik mereka. Kemuliaan Dewan Negeri Perak telah dicompang-camping sekali lagi dalam persidangan Dewan Negeri hari ini. Mereka ini merupakan golongan yang paling tidak bertamadun. Tindakan mereka harus dikecam untuk menghidupkan kembali demokrasi di Negeri Perak.

Persidangan Dewan Negeri Perak lebih sesuai dipanggil Persidangan Polis Diraja Malaysia. Lebih ramai polis berkerumun di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat. Nampak jelas bahawa pihak kerajaan cuba menggunakan polis yang begitu ramai untuk menggertak pihak pembangkang secara tidak langsung. Tidak ada sebab kenapa beratus-ratus anggota polis ditugaskan di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada hari ini. Kenapa masa dan tenaga polis dikerah untuk tujuan politik BN? Kehadiran polis yang begitu ramai sendiri telah mengancam amalan demokrasi yang sihat di Negeri Perak. Tambahan pula, orang awam tidak dibenarkan hadir sebagai pemerhati persidangan Dewan Negeri.

Pihak media tidak diberi ruang di dalam dewan untuk membuat liputan. Mereka ditempatkan di sebuah bilik 'akuarium' yang kalis bunyi. Kebebasan akhbar telah dinodai oleh kerajaan BN yang zalim. Pihak media tidak diberi penghormatan yang sewajarnya. Mereka dilayan dengan buruk dan tidak dibenarkan membuat laporan yang sebenar. Dalam kata lain, kerajaan BN mempunyai niat buruk menyekat atau mengambus berita sebenar supaya tidak sampai kepada rakyat jelata. Tindakan ini membuktikan bahawa kerajaan BN takut kepada kuasa rakyat yang bakal menjatuhkan kerajaan itu di Negeri Perak dalam PRU ke 13.

Terbukti Datuk R.Ganesan adalah kuda tunggangan BN yang sanggup menggadai maruah legislatif kerana akur seratus peratus arahan pihak eksekutif. Beliau bertindak secara kelam kabut dan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak rasional apabila menerima arahan komplot daripada ketua eksekutif. Terbukti Datuk R.Ganesan tunduk kepada kemahuan dan manupulasi politik kerajaan BN. Jari telunjuk ketua eksekutif dianggap sebagai cokmar oleh Datuk R.Ganesan yang terang-terang jahil dalam Perintah-perintah Tetap dan Konvensyen Dewan Negeri.

Satu Rang Undang-undang yang bertajuk Enakmen Perbekalan Tambahan 2010 telah dibentangkan di Dewan Negeri hari ini. Peruntukan tambahan yang dipohon oleh kerajaan ialah sebanyak RM80 juta. Jumlah ini adalah terlalu besar dan memerlukan pertimbangan yang sewajarnya. Tetapi, Datuk R.Ganesan telah mengumumkan bahawa persidangan hanya selama satu hari sahaja. Perkara ini amat ganjil sekali dan menimbulkan rasa kesangsian dan kecurigaan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri PR. Kenapakah rang undang-undang itu perlu diluluskan secara ekspres? Kenapakah persidangan Dewan Negeri tidak dilanjutkan selama 4 atau 5 hari mengikut konvensyen.

Ketua pembangkang hanya diberi 15 minit untuk membahaskan rang undang-undang tersebut. Semua Ahli-ahli Dewan yang lain hanya dibenarkan untuk berucap selama 10 minit sahaja. Ini merupakan satu penghinaan kepada Dewan Negeri Perak yang mulia. Ahli-ahli Dewan Negeri BN di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terbukti bacul kerana tidak berani berbahas dengan Ahli-ahli Dewan Negeri PR di bawah pimpinan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin.

Kerajaan BN menggunakan Datuk R. Ganesan, seorang boneka eksekutif untuk mencari jalan pintas meluluskan wang RM80 juta tanpa perbahasan dan prosiding yang sebenar. Walaupun Datuk Seri Zambry dan konco-konconya dicabar berulangkali untuk mengadakan perdebatan selama sekurang-kurangnya 4 hari, tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran itu. "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah" dalam keadaan dewan yang kalut, Ahli-ahli Dewan Negeri PR terpaksa meninggalkan dewan kerana penyalahgunaan kuasa oleh Datuk R.Ganesan yang menghalau keluar Datuk Seri Nizar dari Dewan.

V Sivakumar,

Adun Tronoh dan Speaker Pakatan Rakyat Dewan Negeri Perak.

Sumber: Harakahdaily

`RAJA KATAK' KENA BELAJAR BAHASA INGGERIS ?

Posted: 03 Aug 2010 09:43 AM PDT

Pelajaran bahasa Inggeris untuk Ibrahim Ali
John Malott
Ogos 3, 10


KOMENTAR Apabila saya bangkit pada pagi Isnin lalu, saya melayari laman sesawang Malaysiakini dan mendapati saya menjadi sasaran demonstrasi di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Saya tidak pasti sama ada saya terkejut ataupun ia satu penghormatan. Ketika saya menjadi duta, seringkali terjadi demonstrasi terhadap Amerika Syarikat - semuanya membabitkan isu serius.

Tetapi demonstrasi yang dilakukan adalah terhadap diri saya? Ini hanya semata-mata saya berkata benar dan menamakan PERKASA sebagai kumpulan militan? Semuanya berlaku kerana ketua PERKASA, Datuk Ibrahim Ali tidak boleh membezakan antara adjektif (kata sifat) dengan 'kata benda'.

Isu ini bermula kerana bahasa Inggeris bukan bahasa ibubunda Ibrahim. Saya tidak menyalahkannya kerana dia tidak faham perbezaan itu dalam bahasa Inggeris. Ia bukan bahasa ibundanya. Saya berharap saya mengetahui lebih banyak bahasa Melayu.

Bagaimanapun sebelum seseorang berhujah dengan berkobar-kobar selama dua minggu dengan menuduh saya sebagai "tolol" dan "bodoh" (stupid) serta mengetuai bantahan ke atas kedutaan Amerika, sekurang-kurangnya perbetulkan dahulu fakta anda.

Namun nampaknya, Ibrahim tidak ambil peduli. Beliau gembira dengan publisiti yang diterimanya di media massa.

Saya labelkan PERKASA sebagai kumpulan militan Melayu, yang mana ia memang bersifat demikian. Apabila saya menggunakan perkataan 'militan' ia digunakan sebagai adjektif. Ia membawa maksud 'perwatakan yang agresif' atau 'semangat baja dalam perjuangan', sebagai contoh 'aktivis hak asasi manusia yang militan'.

Ibrahim sepatutnya menerimanya sebagai satu pujian.

Apabila perkataan 'militan' digunakan sebagai adjektif, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan.

Jadi apabila saya menyentuh mengenai PERKASA - hanya enam perkataan dalam rencana pengarang saya yang berjumlah lebih kurang 800 perkataan berhubung "kumpulan baru militan yang bernama PERKASA - saya tidak menggunakannya sebagai 'kata benda'. Saya gunakannya sebagai 'kata sifat' - menunjukkan agesif atau bersungguh-sungguh.

Itu adalah perkataan yang tepat bagi menghuraikan Ibrahim. Saksikan sahaja videonya dan anda akan faham apa yang saya maksudkan. Beliau seseorang yang sedia bergaduh memperjuangkan apa yang dipegangnya. Beliau seorang yang agresif.

Tetapi saya tidak pernah melabelkan PERKASA sebagai kumpulan yang terbabit dengan keganasan atau terorisme.

Bagi rakan-rakan saya di Washington, isu berkenaan boleh diselesaikan dengan mudah jika Ibrahim hanya merujuk kamus Oxford English.

Sumber: Malaysiakini

JOHN R MALOTT adalah duta Amerika Syarikat ke Malaysia dari 1995-199

YB ZUL, MENGAPA TIDAK CADANG MCA DIHARAMKAN ?

Posted: 03 Aug 2010 01:00 AM PDT

Sumber: Tranungkite

MCA masuk campur soal melayu, masuk campur soal islam kenapa ? siap buat demo lagi...berkumpul ramai-ramai menyalak bantah hukum Islam kenapa ?


hukum hudud adalah hukum Islam...untuk orang Melayu Islam...apa kena mengena hukum untuk orang Islam dengan kaum Cina MCA ? takde kena mengena kan? habis kenapa buat demo? bukankah ini dinamakan ganggu hak melayu ? bukan kah ini tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan ?

yang hairannya, kenapa YB Zul tak minta supaya MCA diharamkan ? kenapa YB Zul tak buka mulut dalam soal ini?

Tiada ulasan: