Isnin, 2 Ogos 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


AMARAN - JANGAN JADI PEMIMPIN CELAKA !!

Posted: 02 Aug 2010 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA anda baca laporan ini, apa yang mahu anda katakan? CELAKA. Memang celaka bagi mana-mana pemimpin samada dari PAS, PKR mahu pun DAP yang bercadang mahu bersatu dengan Umno, apatah lagi mahu mewujudkan Kerajaan Perpaduan. Memang benar jangkaan kita selama ini, Umno tidak akan berubah kerana Umno wujud bukan untuk melakukan keadilan kepada rakyat jauh sekali untuk menegakkan Islam seperti yang PAS impikan.

Umno menyalak ke hulu ke hilir kununnya membela nasib rakyat. Umno bertopengkan Apco kununnya untuk memperjuangkan Islam. Di dalam keadaan Umno sekarang nyawa-nyawa ikan, mereka masih sombong dan angkuh menzalimi rakyat. Bayangkan jika mereka sudah kembali kuat dan gagah. Adakah terliur lagi pemimpin kita untuk berjabat tangan dengan Umno? Jika ada, memang itulah pemimpin celaka sebenarnya.

Amaran kita berikan kepada mana-mana pemimpin agar menjauhkan diri dari Umno. Umno tidak layak untuk kita jadikan sahabat. Biarlah beribu Mufti mengeluarkan `fatwa' wajib bersatu dengan Umno, persetankan. Biar Mufti itu memberi hukum di atas apa yang berlaku kepada rakyat yang majoritinya Melayu Islam yang dikasari dan dizalimi sewaktu program Pembangkang baru-baru ini. Mana Mufti yang selama ini menjerit melolong minta bersatu? Bisu seribu bahasa melihat kezaliman di depan mata?/wfauzdin.blogspot.com

PENDEDAHAN ANWAR, APA PULA KOMEN EZAM ?

Posted: 02 Aug 2010 04:00 PM PDT

Anwar dakwa Jho Low dapat lapangan terbang Sg Besi
Andrew Ong
Ogos 2, 10


Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low, telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkala udara Sungai Besi.

Berucap pada ceramah di Taman Ehsan, Selayang malam semalam, Anwar membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang didakwanya tergesa-gesa menswastakan aset negara untuk mendapatkan keuntungan segera.

Menurut Anwar, senarai itu termasuk Lapangan Terbang Sungai Besi yang dianggap sebagai khazanah nasional kerana ia merupakan lapangan terbang pertama negara.

NONE"Ini Jho Low boleh pergi 'enjoy' dengan Paris Hilton. Arak pun jutaan ringgit. Najib dan Rosmah bagi projek. Tender? Tiada. Cadangan projek? Tiada. Bolehkah rakyat terima ini," soal Anwar.

Pada Jun lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Dewan rakyat, lapangan terbang itu yang sekarang digunakan oleh tentera udara akan dipindahkan dan tapak berkenaan diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB).

Ini dilakukan tanpa tender terbuka kerana dakwa Ahmad Zahid masih melalui 'proses yang telus' kerana perjanjian itu tidak menjejaskan kepentingan kerajaan.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810PKR mendakwa perjanjian itu bernilai RM500 juta dan dikaitkan dengan Low kerana pembabitannya dengan Lembaga Pelaburan Terengganu yang kemudiannya diperbadankan menjadi 1MDB.

Bagaimanapun pada wawancaranya dengan the Star minggu lalu, Low menafikan dakwaan berkenaan.

"Zaman baik macam Nik Aziz dikatakan rasuah, yang rompak naik jadi Tun, yang bunuh naik takhta, ini zaman edan, cukuplah kita bangsa Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban, Orang Asli, Bugis, Bajau, semuanya mahukan perubahan, pembaharuan untuk yang lebih baik di semua peringkat, baru boleh pimpin orang lain.

Tutup mata

"Pemuda Umno pernah cakap kurang ajar sebab serang Tok Guru macam itu. Ini zaman edan. Ini peringatan, Ronggowarsito kata ini zaman edan - 'gila' kerana katanya pada zaman edan ini kamu kena berhati-hati, beringat-ingat dan berwaspada sebab yang baik macam Nik Aziz dituduh rasuah, penyamun dijadikan pejuang, yang baik dimasukkan penjara," katanya dalam Ceramah Perdana 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' di Dewan Serbaguna Taman Ehsan.


Papkr taman ehsan selayang ceramah 020810 anwarda ceramahnya malam semalam itu, Anwar juga mendakwa usaha mengheret bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling liong Sik ke mahkamah atas percubaan menipu jemaah menteri pada 2002, hanya percubaan mengaburi mata rakyat.

Ditambah dengan wang ikat jamin RM1 juta yang dikenakan ke atas Ling, Anwar berkata pihak berkuasa cuba menunjukkan seolah-olah mereka serius dalam usaha membanteras rasuah.

"Semasa di Pulau Pinang, rakyat kata: 'Aiyo... RM1 juta begitu tinggi tapi saya kata jumlah itu terlalu kecil bagi Ling," kata Anwar.

Sambil mengajuk bekas presiden MCA itu, Anwar berkata: "Huh? RM1 juta? Maksud anda RM10?"

Menurut Anwar lagi, terdapat dalang lain yang turut terbabit dalam skandal RM12 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang yang masih bebas.

"PNONEenyelewengan PKFZ adalah antara keuntungan kecil kepada BN. Terdapat banyak lagi penyelewengan besar yang tidak diketahui umum tetapi saya tahu.

"Banyak lagi pemimpin BN tidak ditangkap dan disiasat tetapi masih terus diberi jawatan tertinggi untuk sama bantu mengorek keuntungan agar dapat dibahagikan bersama pemimpin-pemimpin BN lain," kata Anwar./Malaysiakini

LAPORAN POLIS BUAT SAIFUL PULA

Posted: 02 Aug 2010 01:49 PM PDT

Kes ditangguh, Anwar mohon batal pertuduhan
Hafiz Yatim
Ogos 2, 10

Perbicaraan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan berikutan permohonan ketua pembangkang itu untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya dengan alasan seorang timbalan pendakwa raya dalam pasukan pendakwaan dikatakan mempunyai hubungan dengan saksi utama kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 9 Ogos depan untuk mendengar permohonan itu.

Peguam utama Anwar -- Karpal Singh -- yang sebelum ini cuti sakit selama 15 hari sehingga menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan sementara, hadir hari ini.

Katanya, timbalan pendakwa raya itu, Farah Azlina Latif dan pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan "seharusnya mengemukakan afidavit berasingan" bagi menjawab dakwaan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. yang mereka mempunyai 'hubungan romantis".

"Pihak pendakwaan tidak mengesahkan hubungan itu mahupun menafikannya. Berdasarkan ini, kami yakin wujudnya hubungan dan terpulang kepada mereka untuk menafikan dakwaan itu," katanya di luar mahkamah.

Menurut Karpal, seluruh imej pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, kini tercemar kerana dakwaan itu.

Justeru, katanya, integriti dan keadilan seluruh pasukan pendakwaan dicurigai berikutan dakwaan tersebut dan dengan itu mahkamah harus membatalkan tuduhan liwat yang dihadapi Anwar.

Karpal berkata Farah Azlina telah melanggar Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi manakala Mohd Saiful pula telah melanggar Seksyen 8(2) akta yang sama.

Katanya notis usul untuk menggugurkan tuduhan itu telah difailkan pagi tadi bersama afidavit Anwar untuk menyokong permohonan berkenaan.

Walaupun mengikut jadual, Dr Mohd Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur sepatutnya memberi keterangan dan disoal balas, namun 'hubungan romantis' berkenaan mencuri tumpuan.

Karpal meminta mahkamah mendengar permohonan itu sebelum meneruskan perbicaraan.

Peguam Anwar mendesak hakim supaya membuang kes ini berdasarkan dakwaan hubungan berkenaan.

P

eguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail Isnin lalu memutuskan Farah Azlina digugurkan dari pasukan pendakwaan agar 'hubungan romantisnya' tidak akan menjejaskan kes itu.

Faraf Azlina juga telah dipindahkan dari bahagian pendakwaan, pejabat peguam negara.

Perbicaraan hari ini dimulakan dengan Karpal memfail permohonan supaya pendakwaan terhadap ketua pembangkang itu digugurkan.

Bagaimanapun, ketua pendakwa raya membantah permohonan berkenaan tetapi bersetuju supaya kes itu ditangguh seketika.

Mohamed Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam hujah balasnya berkata ia hanyalah tuduhan tanpa kebenaran sama sekali, tambah lagi penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai prosiding tersebut.

Dalam permohonan itu, alasan yang dinyatakan dalam afidavit Anwar bagi menyokong permohonan beliau antaranya adalah Farah Azlina mempunyai pengetahuan kepada kertas siasatan dalam kes itu.

Anwar berkata Mohd Saiful mempunyai akses kepada kertas siasatan tersebut yang diklasifikasikan sebagai terhad dan sulit dan amat jelas Mohd Saiful juga mempunyai pengetahuan kepada kenyataan semua saksi yang direkodkan sebelum beliau memberi keterangan di mahkamah.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju untuk mendengar permohonan Karpal tetapi disebabkan peguam belum bersedia, perbicaraan ditangguh seketika.

Selepas perbicaraan ditangguhkan, Anwar membuat laporan polis terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful di bit polis, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur ini.

Kedua-dua mereka didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972.

Di dalam laporan itu Anwar juga menggesa pihak polis menyegerakan siasatan terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful.

Kehadiran Anwar di mahkamah pada jam 9 pagi ini diiringi oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin PKR termasuk, Saifuddin Nasution dan Dr Xavier Jeyakumar.


Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat./Malaysiakini


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Appreciating the persistence you put into your website and detailed
information you offer. It's great to come across a blog every once in a while that isn't the same out of date rehashed material.
Fantastic read! I've bookmarked your site and I'm adding your RSS feeds to my Google account.


my blog post Vernon Ashcraft (vernon4m) - Tweet