Selasa, 31 Ogos 2010

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SURAT YANG DI TERIMA

Posted: 31 Aug 2010 06:55 PM PDT



SURAT YANG DI TERIMA


Sejak awal tahun ini, saya mengikuti segala perkembangan di blog tukar tiub dan saya rasa segala sindirin dan mesej yang disampaikan cukup baik untuk membuka minda rakyat malaysia yang masih ketinggalan.

Tetapi hari ini saya rasa tidak berpuas hati dengan satu artikel yang telah membuat kan saya dan pembaca lain yang bukan melayu tersinggung.

""inilah yang dilakukan oleh british apabila mereka
membawa buruh china dan india ke tanah melayu
lihat hingga hari ini masaalah belum selesai. british ingin
buruh china dan india bekerja agar mereka dapat untung.
ini samalah macam membawa pekerja haram untuk daapt untuk.
british tidak memikirkan jangka panjang tanah melayu ini.""

Adakah kami China dan India adalah pembawa masalah seperti kata anda?
Apakah yang telah dilakukan oleh China dan India hingga di samakan dengan warga nigeria yang membawa masalah?

Walaupun sudah 53 tahun merdeka tetapi anda masih samakan China dan India sebagai pekerja haram dan apakah bezanya anda dan Umno?

Tidak kah kami juga turut menyumbang kepada ekonomi negara walaupun kami China dan India di anak tiri kan selama ini? Kini kenyataan anda membuatkan saya berfikir panjang dan banyak soalan mula bermain di otak fikiran ku.. Apakah perbezaan antara Melayu Umno dan Melayu anti Umno bila idealogi perkauman mereka tetap sama dan mudah mempermainan kan perasaan kaum lain?

Terima kasih banyak2 kerana menampakkan diri anda yang sebenar.

Yang kecewa.

David @ Rajkamal 1


nota:
tt menerima banyak surat
ada macam macam bentuk
ada yang kata balon bro
ada yang kata bodek bro
ada yang kata pergi lanchowlaa bro

macam macam berbagai bagai

surat ini tak ada edit
hanya beberapa baris yang
di garis hitamkan TIDAK dapat digaris hitankam
ini bukan sengaja - ini sebab tt old tai
tak tahu cara nak buat - jadi hilang
yang ditanda hitam kan itu - itu saja

nota:
paling best ada yang tanya
kau ini islam ke?
kah kah kah

PERCUBAAN TERAKHIR

Posted: 31 Aug 2010 10:58 AM PDT




TAJAM JUGA PISAU LIM GUAN ENG





UMNO JUARA FITNAH, CETUS SENTIMEN AGAMA
– harakah daily

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.


KAH KAH KAH…

woit… INI SAJE KESANGGUPAN MEREKA….kah kah kah..

woit... DAH TAK BOLEH BANTU... NAK BUAT MACAM MANA?... kah kah kah..

kah kah kah… AJAK BERDEBAT TAKUT… kah kah kah..

kah kah kah… AJAK BERDEMO LARI…. kah kah kah..

kah kah kah…. SUPERIMPOSE LAAAA…. kah kah kah..

nota:
dengar khabar semua cybertrooper gerombolan
telah di arahkan agar mereka juga wajib superimpose
muka isteri dan awek mereka dengan muka ???

muka siapa hah ?
cuba teka !

muka bik mama laaa
ini agar mereka terus tak selaras tenaga batin kah kah kah


nota:
kalau superimpose dengan muka
ziana zain satu kerja tak selesai
ngang dan selaras sepanjang masa kah kah kah

SEMUA KERANA RASUAH GEROMBOLAN

Posted: 31 Aug 2010 10:49 AM PDT




MUSTAHIL BALAK SEBESAR INI TIDAK NAMPAK - MESTI KERJA RASUAH





SPRM BONGKAR PEMBALAKAN, PERLOMBONGAN HARAM DI TERSANG – berita hairan

RAUB : Serbuan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap aktiviti pembalakan haram di Hutan Simpan Tersang di sini hari ini turut menemukan mereka dengan kegiatan perlombongan emas haram di hutan simpan yang sama.

Operasi yang disertai oleh 10 pegawai penguatkuasa dari Putrajaya itu mula memasuki hutan simpan tersebut seawal jam 8 pagi selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan mengenai aktiviti haram berkenaan.

Kegiatan pembalakan haram itu dipercayai bermula sejak empat tahun lalu dan kawasan yang telah diceroboh adalah seluas 30 peratus dan di bawah pengetahuan agensi penguatkuasa terutamanya Jabatan Perhutanan.

NOTA:
ini mesti ada rasuah
tak mungkin tak ada rasuah

balak besar bukan mancis api boleh suruk dalam kopek
lombong besar bukan boleh suruk dalam kerpai

empat tahun?
empat tahun punya kerja
lori keluar masuk
balak keluar masuk
tak kan tak nampak

siapa di belakang ini ?
jamin towkay ini cukong
jamin ada hubungan dengan gerombolan

tak kan malaon kerajaan pahan tak tahu
apakah ini kerja raja gopal?

berapa banyak agaknya hutan negara ini ditebuk
semua oleh cukong yang ada kerjasama dengan gerombolan

gerombolan asik marah china baik masuk surau
tapi gerombolan kerjasama dengan china jahat curi balak

china baik masuk surau dikutuk
china jahat curi balak dipilihara

akhirnya china dan melayu bergaduh
towkay china dan gerombolan jadi kaya

woit.. tak kan tak sedar sedar kah kah kah


nota:
betul ke ada kes nanti?
kita lihat dan tunggu
selalunya kes akan ada jika
tim curi balak ini bukan tim mb

kalau kes tak ada ertinya semua
kautim - berita hari ini hanya nak
bagi oarang melayu tidor nyenyak kah kah kah


MANA ADA KELAS

Posted: 31 Aug 2010 10:45 AM PDT




MAK PUN ADA FACE BOOK




FACEBOOK PALSU TMJ : DUA DITAHAN UNTUK BANTU SIASATAN - melayau

Dua lelaki berusia 31 dan 33 tahun ditahan di Taman Seri Majidee, Johor Bahru pagi ini bagi membantu siasatan kes penyamaran sebagai Tengku Mahkota Johor dalam Facebook.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah... NI YANG MAK MARAH PADA NYAH... kah kah kah..

woit… KALAU NAK BUAT FACEBOOOK PALSU… NYAH CARILAH WATAK BERIILMU…. kah kah kah..

woit…. CARILAH ORANG YANG ADA ILMU PENGETAHUAN…. kah kah kah..

kah kah kah… NYAH NAK JADI RAJA GOPAL BUAT APA?.... kah kah kah..

kah kah kah…. MAK CAKAP NYAH…. NYAH MANA ADA KELAS…. kah kah kah…

MEREKA DATANG KERANA RAJA AFRIKA

Posted: 31 Aug 2010 10:35 AM PDT




PENGUSAHA BLACK MONEY DI TANGKAP DI THAILAND




SINDIKET BLACK MONEY TUMPAS – berita hairan

100,000 keping kertas bercetak AS$1 ditemui di rumah tiga pelajar Nigeria

KAJANG: Polis berjaya menumpaskan sindiket 'black money', berikutan penahanan tiga pelajar kolej swasta dari Nigeria dalam satu serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Sungai Long di sini, Khamis lalu.

Dalam serbuan jam 10 malam itu, kira-kira 100,000 keping kertas bercetak AS$1 dengan nilai pasaran tempatan RM342,000 ditemui disembunyikan dalam dua beg pakaian, selain pelbagai peralatan membuat wang palsu.

Antaranya mesin pengimbas, set komputer dan botol plastik mengandungi bahan kimia di salah sebuah bilik di rumah itu yang dipercayai disewa tiga pelajar asing terbabit.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood, berkata siasatan mendapati wang palsu itu dipercayai bukan untuk diedarkan kepada pelanggan seperti kebiasaannya, sebaliknya digunakan untuk memperdayakan mangsa mereka


RAMPASAN GANJA DALAM BAS EXPRESS -berita hairan

GEORGETOWN: Polis menahan seorang warga Nigeria dan merampas ganja bernilai RM100,000 dalam sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah ke Johor Bahru, di Plaza Tol Sungai Dua, Butterworth, kelmarin.

Dalam pemeriksaan jam 10.45 malam itu, polis menemui 29 ketulan ganja mampat dalam dua beg pakaian lelaki terbabit.

nota:
sebelum terlambat perlu di hentikan warga nigeria
dari datang ke malaysia. di eropah warga nigeria telah
lama di larang. ini bukan rasisma. ini untuk menjaga
agar warga negara kita hidup aman damai. kebanyakan
warga nigeria ini adalah pembawa masaalah. jangan tak
ada beban cari beban. kita sudah cukup dengan masaalah
kita sendiri. kita telah cukup dengan masaalah sosial kita
sendiri. jangan dis susahkan dengan warga afrika. bila mereka
bertapak mereka akan menjaga pelacur, dadah dan
penipuan. ini bukan pilihan mereka tetapi
hakikatnya ini sahajalah peluang untuk mereka mencari makan.
di bangkok mereka telah mula bertapak. di tokyo pun mereka
ada membuat kerja kerja gelap.

rasisma terhadap orang hitam tidak ada dalam budaya melayu.
ini kerana orang hitam tidak ada diwilayah kita. seperti orang melayu
tidak memiliki sifat prasangka terhadap orang papua. ini kerana
warga papua tidak ada di negara kita. bila orang hitam ini mula sampai
mereka membawa masaalah – maka timbulkan apa yang di katkan rasisma
terhadap orang hitam.

jangan risau – seluruh dunia tahu perangai orang nigeria. malah di afrika
sendiri orang nigeria disisih.


nota:
pengusaha kolej tempatan ini
akidah mereka ialah mencari duit
kalau pada bulan pertama orang itam
ini telah membayar yuran sekolah
maka mereka senang hati - kaum pemodal
ini tidak ada semangat cintakan masyarakat
jauh sekali bangsa dan negara.

untuk mereka yang penting duit dan untung.

inilah yang dilakukan oleh british apabila mereka
membawa buruh china dan india ke tanah melayu
lihat hingga hari ini masaalah belum selesai. british ingin
buruh china dan india bekerja agar mereka dapat untung.
ini samalah macam membawa pekerja haram untuk daapt untuk.
british tidak memikirkan jangka panjang tanah melayu ini.

lima puluh atau seratus tahun dari hari ini
lekit masaalh ini akan di bayar oleh anak cucu
cicit kita. jadi - kita wajib belajar dari sejarah ini.


ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

Posted: 30 Aug 2010 08:04 PM PDT



APA ITU MERDEKA JANG OOOiii

nota:
sila klik untuk besar gambar
tapi jangan besar sangat macam
perut bik mama kah kah kah





FAKTA FAKTA YANG WAJIB DI KETAHUI OLEH GENERASI MUDA



MERDEKA :

laungan merdeka datangnya dari KMM – kesatuan melayu muda yang ditubuh pada tahun 1938. parti melayu kiri pertama yang mengerakan nasionalisma melayu. parti ini di haram kan oleh penjajah british. bila KMM haram maka british menubuhkan gerombolan.

lihat tarikh gerombolan lama ditubuhkan pada tahun 1946.

KMM melaungkan MERDEKA ! untuk tanah melayu

gerombolan lama meluangkan hidup melayu ! kerana ketika itu kurang rasuah untuk beli oxygen


MERDEKA TIDAK ADA PERTUMPAHAN DARAH:


ini bohong. ini tipu besar. ini lebong.

ini sengaja di sebarkan oleh gerombolan.

parti komunis, angkatan pemuda insaf, awas, peta adalah antara puluhan organisasi
yang angkat senjata melawan british. beratus ribu yang gugur tewas
mengabadikan darah mereka untuk kelahiran malaya yang merdeka.

kalau tak percaya tanya robert kouk yang kaya raya itu. adik dia gugur
di hutan pahang.

kalau tak percaya tanya dj radio stesen china yang baru kena buang itu.
arwah emak dia angkat senjata.

ini perang kolonial yang amat besar sehinggakan memufliskan
great britain. sila rujuk buku sejarah. jangan malas membaca.

SINGAPURA:

singapura adalah sebahagian dari tanah melayu. nama lamanya temasek.
sama seperti pulau pinang , langkawi, pulau babi besar,
pulau bidong, pulau kapas dan pulau pulau yang lain di semenjanjung

united malays national organistion belot dan memberikan pulau ini
kepada british pada tahun 1957 seperti hong kong jadi wilayah kolonial.

parti komunis, parti buruh, parti rakyat, dan pas - menentang malaysia
kerana ini adalah projek british.

parti parti ini menentang singapura masuk malaysia kerana ini kerja bodoh.
tidak mungkin pulau pinang masuk malaysia atau pulau bidong masuk malaysia.
singapura adalah sebahagian dari tanah melayu. pulau ini sebahagian dari johor.


31 OGOS HARI APA ?

31 ogos bukan hari malaysia. ini hari cuti umum untuk bangun lambat.
16 september ialah hari malaysia – sila tanya warga sabah dan serawak.

SABAH DAN SERAWAK

tidak ada pertalian sejarah dan budaya dengan tanah melayu. sila rujuk
sejarah melayu – tidak ada langsung disebut sabah atau serawak dalam kitab ini.

LAGU NEGARA KU

lagi ini di ciplak dari lagu TERANG BULAN lagu indonesia.
ketika konfontasi 1963 – bung karno memainkan lagu terang bulan ini
di radio republik indonesia. lagu terang bulan ini berasal dari lagu peranchis
memula moon.

JALUR GEMILANG

ini juga di ciplak dari bendera amerika. motif bendera ini tidak ada
langsung kaitan dengan sejarah negara bangsa.

motif nusanatra ialah merah putih – motif ini adalah kesinambungan sejarah
sri vijaya dan langkasuka. contohnya bendera indonesia, singapura dan bendera united malays national organisation sendiri – mengguna kan motif ini.


HAKIKATNYA:

generasi muda wajib mengetahui dan membetulkan sejarah.

lagu nasional baru wajib di garap
bendera baru wajib di garap

lagu dan bendera baru ini wajib melambangkan pensejarahan negara
bangsa di bumi melayu bukan ciplakan yang menjadi kemarahan
orang lain.

nota:
gerombolan bukan parti nasionalis yang berjuang untuk melayu
kalau nasionalis kenapa namanya UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATIONSkah kah kah





Tiada ulasan: