Jumaat, 27 Ogos 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


[Edisi Mesti Baca] Isu Khutbah Jumaat: Pengakuan daripada saksi dan anak murid Yang Berbahagia Ustaz Zakaria Ahmad

Posted: 27 Aug 2010 08:47 AM PDT



PENGAKUAN 1

ISU KHUTBAH GUAN ENG : PENGAKUAN DARIPADA SAKSI YG BERADA DITEMPAT KEJADIAN !!

Salam Sahabat semua,Puasa kini dah masuk ke fasa ke 2… Mari lah kita tingkatkan amalan supaya menjadi Muslim yang beriman… Minggu lalu kita semua di gempar dengan... "cerita meloya dari Utusan Meloya " yang di tulis oleh pengarang "jahil " dan di ulas oleh pemimpin UMNO yang sewaktu dengan akhbar tersebut…

Kononnya KHATIB baca khutbah bubuh nama "Ketua Menteri LIM GUAN ENG " ganti nama AGONG sebagai ketua Agama.. Sahabat sahabat semua… Salah seorang Khatib tersebut yang mempunyai "tauliah PUSAT ISLAM & merupakan Guru Takmir " dan boleh mengajar di mana-mana dan mempunyai kelulusan AL AZHAR..beliau Ustaz Zakaria Hj Ahmad…

Beliau merupakan adik kepada MUFTI PULAU PINANG Dato Hassan Hj Ahmad dan dan Abang kepada Ustaz Idris Hj Ahmad ketua penerangan PAS… dan seorang lagi Abang beliau Ustaz Salleh Hj Ahmad merupakan Pensyarah di UIA dan merupakan Timb. Yang dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM)…hebat tu semua ulamak besar belaka.

Setiap kali semasa membaca khutbah kedua atau kuliah beliau ada membaca doa untuk Agong tetapi dalam bahasa Arab… ni yang buat puak UMNO tak faham.. dan lepas tu beliau mendoakan agar Allah bukakan "hidayah" kepada Ketua Menteri P. Pinang LIM GUAN ENG untuk memeluk ISLAM dan bukannya ``menggantikan`` nama Agong… Saya dengar sendiri dengan mata kepala… tapi yang sedih POLIS pun dijadikan alat oleh UMNO ni… dah tu pulak MUFTI PERAK.. pun turut jadi burung kakak tua… sedih betul puak ni… ditambah pula oleh bekas menteri besar Kedah (lagi2 bodoh) Mahzir khalid suruh guna ISA… apa punya bebal puak ni…

Jadi rumusan yang dapat kita buat teramat betul lah TOK GURU NIK ABD AZIZ menolak kerjasama dengan UMNO… dalam bulan puasa pun hati terus "hasad"… Semuga Allah kurniakan kesedaran kepada mereka yang memfitnah ulama sebelum bala Allah turunkan sama seperti PAKISTAN…Selamat berpuasa !


Sumber: facebook

PENGAKUAN 2

Khatib Zakaria Hj. Ahmad @ Ustaz Zakaria Haji Mat Petai

Nama Zakaria Haji Ahmad semakin disebut-sebut orang.Seminggu dua ini akhbar arus perdana dan sebahagian akhbar tabloid dan para penulis blog juga tidak ketinggalan melaporkan polemik atau isu mendoakan pemimpin bukan Islam dalam khutbah Jumaat yang berlaku di negeri Pulau Pinang. Orang yang mencetuskan kontroversi tersebut ialah seorang manusia yang bernama Zakaria Hj. Ahmad atau Khatib(pembaca khutbah) Zakaria .

Bagi sesetengah orang nama itu mungkin asing, tetapi bagi saya dan rakan-rakan, nama tersebut sangat sinonim dengan kehidupan kami. Ustaz Zakaria bukan hanya seorang pembaca khutbah seperti yang di laporkan malah lebih dari itu. Beliau merupakan seorang Da'i yang telah sekian lama berdakwah dan mewarisi ilmu dan jejak langkah ayahandanya iaitu Hj Ahmad Sungai Petai (Ustaz Mat Petai).

Bapa beliau ialah pengasas Madrasah Ahmadiah di Sg Petai Bukit Gantang dan sering dikunjungi ramai warga tua dan muda untuk menimba ilmu agama pada setiap awal bulan satu ketika dulu. Ustaz Zakaria juga telah menjadi pendakwah di Pantai Barat Semenanjung sejak sekian lama. Sekitar penghujung tahun 80-an nama beliau tidak asing lagi di kalangan pendengar Radio 3 Kawasan Utara sebaris dengan nama beberapa pendakwah lain seperti Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad dan lainnya.

Saya masih teringat satu peristiwa yang berlaku berbelas tahun dahulu. Satu malam di musim menuai, saya dan aruah adik serta Din SG (pemancing tegar) sedang melakukan aktiviti "menekut" (panggil burung) burung wak-wak dan ayam-ayam.

Oleh kerana tidak terdaya menggunakan serunai yang diperbuat daripada buluh kami menggunakan kaset yang dirakam dengan bunyi burung-burung tersebut. Sedang kami leka memerhatikan jaring sambil menanti burung melanggar jaring tiba-tiba terdengar suara.... "Buah durian tuan-tuan, bukannya elok semua....macam tulah jugak anak-anak kita....yang sulung elok...yang kedua elok...mai yang tengah...perangainya lain sangat....sambil memetik sepotong ayat...

أحسب الناس ان يترکوا ان يقولوا امنا وھم لايفتنون

bermaksud :Apakah manusia menyangka cukup dengan mereka mengatakan Aku Beriman...sedangkan mereka tidak di fitnah atau diuji..." Pecah derai ketawa kami. Rupa-rupanya tape tersebut mengandungi rakaman ceramah agama oleh Yang Berbahagia Ustaz Zakaria yang telah dirakam lapis oleh arwah adik saya.Tape itu kepunyaan saya dan saya rakam melalui siaran radio 3 kawasan Utara memandangkan saya dan keluarga amat meminati ceramah yang disampaikan oleh Yang berbahagia Ustaz.

Sehingga kini jika saya bertemu dengan Din SG pastinya saya akan sebut semula kisah itu...butir bicara ustaz tersebut menjadi "uman" di mulut adik saya hinggalah ke akhir hayatnya.Saya tidaklah ingin memanjangkan polimik yang berlaku antara ustaz Zakaria dan sebilangan orang seperti yang dilaporkan oleh akhbar.

Pada saya apa yang jelas, Ustaz Zakaria telah menjalankan tanggung jawab beliau sebagai seorang pendakwah dan orang-orang yang tersebutpun (Orang politik) melaksanakan tanggungjawab mereka juga.Jalankanlah tanggungjawab anda sekiranya masing-masing berpendirian dan mempunyai asas yang kukuh terhadap apa yang dibangkitkan.

Masyarakat juga tidak membuat penilaian semata-mata dengan apa yang surat khabar laporkan kerana sebahagian besar masyarakat boleh berfikir dan menilai apa yang berlaku dengan pendapat dan pemikiran yang lebih rasional daripada apa yang orang politik dan surat khabar sangkakan. Usaha dakwah Ustaz Zakaria bukan hari ini sahaja mendapat ujian, tentangan dan dugaan malah sejak sekian lama.

Sumber: puakajoran.blogspot.com

p/s: Gambar Atas: Sohibus Somahah, Mufti Pulau Pinang, Abang kepada Ust Zakaria Ahmad.


Gambar Berbicara....

Posted: 27 Aug 2010 08:30 AM PDT

BICARA GAMBAR 1



Siapa yang hina agama?

YB DAP tu bukan Islam(gambar kecil)...Puteri UMNO tu Islam...Kalau nak kira tuduhan menghina...siapa yg sebenarnya hina Islam(berpandukan gambar ini)?...
Ingat, murka Allah lebih dahysat dai murka manusia, tidak kira pemimpin mahupun sultan...

BICARA GAMBAR 2



Sejuk mata memandang iklan billboard seperti ini...dan ia pertamakali ditemui di Kota Bharu, Bandaraya Islam...
Semoga menjadi contoh di tempat2 lain..perkasakan al-Quran dan hadith dlm setiap kehidupan dan amalan...


BICARA GAMBAR 3



Lagi gambar pasal puteri Umno..apa yang istimewa gambar ni? sama2 fikirkan..ada positif, ada negatifnya...apa pun, yg baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan..hak dan batil tidak sesekali boleh bercampur...wallahua'lam...

GEMPAR: Gerakan pertikai tulisan jawi, mahu mansuh koata pemilikan 50% bumiputra di Kedah!

Posted: 27 Aug 2010 03:15 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

Nampaknya bergilir-gilir parti kompenan BN menimbulkan isu sensitif melibatkan kaum dan agama..belum reda isu MCA hina dan pertikai kesucian agama Islam, timbul pula isu parti Gerakan bantah tulisan jawi di Kedah, dan pemilikan koata 50% bumiputra dalam pemilikan rumah di Kedah...

Tidak cukup dengan itu, mereka telah menggelarkan PAS sebagai "ekstrimis agama" kerana terlampau menumpukan kepada aspek keagamaan dalam memerintah negeri Kedah...

Begitu hebat sekali percaturan Umno/BN dlm memainkan isu agama dan perkauman...Umno di depan orang Melayu, menuduh PAS semakin melupakan dasar Islamnya, parti Cina dlm BN pula dakwa di depan penyokong bukan Islam, PAS terlalu lebihkan persoalan agama dlm pemerintahan...

Nah, korang lihatlah betapa jijiknya kerja politik mereka, bermuka2, hipokrit dan bersandiwara..ternyata mereka terdesak sehingga terpaksa menimbulkan isu sensitif yg melibatkan agama dan kaum...korang fikirlah sendiri...wallahua'lam..


PKR Kedah bidas Pengerusi Gerakan negeri

ALOR SETAR: Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim membidas Pengerusi Gerakan negeri, Dr Cheah Soon Hai kerana masih menimbulkan isu-isu yang sudah selesai.

Sehubungan itu, Ahmad menganggap Adun Derga itu sebagai wakil rakyat ketinggalan zaman.

Tiga isu yang dibangkitkan oleh Dr Cheah ialah kuota 50 peratus Bumiputera dalam pemilikan rumah, penggunaan tulisan jawi pada papan iklan dan pemusnahan rumah sembelihan babi.

Ahmad Kassim berkata, apa yang disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Derga itu kelmarin, hanya berniat untuk memburuk-burukkan Kerajaan Negeri memandangkan isu yang dibangkitkan sudah selesai.

"Saya rasa beliau tidak faham dan kurang jelas dengan isu yang dibangkitkannya sendiri. Ketiga-tiga isu, kuota 50 peratus Bumiputera, penggunaan tulisan jawi pada papan iklan dan pemusnahan rumah sembelihan babi tiada kaitan dengan isu agama," katanya.

Dr Cheah sebelum ini medakwa membidas PKR dan DAP yang disifatkan gagal menyekat 'ekstremis agama' PAS dalam mentadbir Kedah.

Ahmad berkata, tulisan jawi bukan isu agama, ia adalah tulisan orang Melayu. Banyak juga papan iklan di kawasan pekan Cina dalam bahasa Cina, tetapi kita tidak pula menuduh mereka ekstremis, sedangkan tiada langsung bahasa kebangsaan," katanya.

Katanya, Dr Cheah mungkin tersilap percaturan apabila mengaitkan isu itu dengan konsep Islam yang cuba diterapkan oleh PAS Kedah.

"Itu adalah urusan pentadbiran, bukannya isu agama. Contohnya, pusat sembelihan babi baru dibina semula di Kampung Sungai Tok Pawang, bermakna Kerajaan negeri bukan menghalang. Sebaliknya isu itu sengaja dipolitikkan, mungkin sebab mereka sudah tiada
idea," katanya.

Berikutan itu, Dr Cheah diminta supaya mengkaji terlebih dahulu fakta sebelum membuat kenyataan.

"Eloklah kaji perkara itu dengan mendalam sebelum buat kenyataan, Mungkin ia bertujuan memburuk-burukkan imej kerajaan negeri atau melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat yang kini dilihat semakin erat," katanya. - FMT

Artikel berkaitan:
- Koleksi sekutu Umno (parti Kompenan BN) timbul isu perkauman, hina Islam!

MCA semakin galak timbulkan isu kaum/agama, Umno terus menyalak salahkan DAP..

Posted: 27 Aug 2010 01:45 AM PDT

15 Ogos: KUALA LUMPUR: Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA, dalam deklarasinya semalam, menggesa dimansuhkan syarat ekuiti 30% Bumiputera secara perlahan-lahan.Gesaan ini dibuat ditengah-tengah desakan golongan radikal Melayu yang mahu dasar pengagihan ekonomi berasaskan kaum dikekalkan.

27 Ogos: MCA akan mengutarakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengiktiraf taraf kewarganegaraan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan anak-anak mereka yang merupakan warga Malaysia, kata Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Berita sepenuhnya...

BERITA 1



Peniaga Cina mahu ekuiti Bumi dimansuh

KUALA LUMPUR: Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA, dalam deklarasinya semalam, menggesa dimansuhkan syarat ekuiti 30% Bumiputera secara perlahan-lahan.

Gesaan ini dibuat ditengah-tengah desakan golongan radikal Melayu yang mahu dasar pengagihan ekonomi berasaskan kaum dikekalkan.

Kongres itu berkata, "selari dengan promosi tadbir urus yang baik dan lebih telus" dan "pemansuhan secara perlahan-lahan" kuota berasaskan kaum ini mestilah sejajar dengan amalan sistem tender terbuka supaya semua pihak mempunyai peluang yang adil dan sama rata.

Kuota ekuiti Bumiputera menjadi dilema utama di tengah-tengah sistem ekonomi negara.

Di samping ada pihak yang percaya hak Bumiputera sebagai "kontrak sosial" telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, golongan lain berpendapat dasar ini menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan rasuah.

Kongres juga menyalahkan orang-orang Melayu kerana gagal bersaing dalam perniagaan dan perdagangan.

Terdahulu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek, menggesa supaya diperkenal dasar yang lebih inklusif berhubung penyertaan bukan Bumiputera dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ini juga merupakan satu lagi isu yang sensitif di mana golongan radikal Melayu dalam arus perdana politik di mana ramai memikirkan bahawa GLC adalah hak eksklusif Bumiputera, dengan penyertaan yang kecil dari bukan Bumiputera.

Tetapi Chua, yang membaca deklarasi 12 perkara itu, berkata pendekatan yang radikal ini adalah penting untuk merealisasikan seruan Perdana Menteri Najib Tun Razak tentang konsep 1Malaysia.

"Kongres mendesak kerajaan mengamalkan dasar-dasar yang inklusif dengan meliberalisasi GLC supaya mengambil ahli lembaga pengarah dari berbilang kaum dan tenaga kerja dalam sistem-eko GLC.

"Ini termasuk memberi kontrak kepada syarikat-syarikat tempatan yang layak tanpa mengira komposisi ekuiti," kata bekas menteri kesihatan itu.

Titik perseimbangan

Tuntutan-tuntutan ini meletak Najib dalam keadaan serba salah dalam menghadapi proses membuat keputusan.

Beliau perlu mencari titik perseimbangan di antara mengekalkan sokongan orang-orang Melayu yang radikal atau menghadapi risiko hilang undi Cina. Masyarakat Cina merupakan golongan kedua terbesar para pengundi.

Chua, dalam ucapan penutupnya, secara berseloroh berkata, pertemuannya dengan Najib di kongres pagi semalam membuat Najib keluh, di mana perdana menteri berharap rumusan forum tidak membawa "lebih banyak masalah kepadanya."

"Saya telah bertemu beliau dan memberitahu beliau tentang tuntutan itu dan beliau menasihati supaya saya perlu faham bahawa dengan ekonomi, terdapat isu-isu yang rumit yang perlu kepada titik perseimbangan," kata Chua.

Bagaimanapun, kongres telah berikrar sokongan penuh dan taat setia terhadap pentadbiran Najib dan program-program reformasinya.

Banyak perkara yang ditimbulkan mempunyai persamaan dari segi kelemahan yang dikenalpasti oleh kerajaan, yang memerlukan perhatian segera seperti dasar gaji minima yang komprehensif dan pemotongan subsidi bagi mengurangkan defisit belanjawan yang sangat luas.

Kongres menggesa kerajaan menambah bantuan tunai kepada enterprais kecil dan sederhana (SME), yang disifatkan oleh kongres sebagai kritikal untuk mencapai status negara maju dalam tempuh 10 tahun sepertimana digariskan di bawah Model Baru Ekonomi.

Satu lagi perkara yang ditimbulkan ialah keperluan kepada langkah pro-aktif oleh pentadbiran Najib untuk mengukuhkan usahasama perniagaan Bumiputera-Cina yang tulen dengan mengambil peluang dari kekuatan dan pelbagaian etnik. - FMT

BERITA 2

Beri Taraf Kewarnegaraan Kepada Rakyat Berumur 60 Tahun, Cadang MCA

KUALA LUMPUR: MCA akan mengutarakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengiktiraf taraf kewarganegaraan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan anak-anak mereka yang merupakan warga Malaysia, kata Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata MCA telah melantik Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong untuk mempengerusikan satu pasukan petugas khas, bagi membantu pemohon mendapat kewarganegaraan Malaysia.

"Didapati 25,751 orang Cina di negara ini masih memegang kad pengenalan Merah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden parti itu di Wisma MCA pada Khamis.

Dr Chua berkata MCA memberi tempoh enam bulan bagi Lee untuk memperhalusi semua permohonan dan mengemukakan laporan kepada Majlis Presiden kelak. - mStar Online

Artikel berkaitan (mesti baca):
- Koleksi parti kompenan BN timbul isu perkauman, hina Islam!

Tiada ulasan: